Pengenalan
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan puji-pujian bagi Allah yang berfirman,
﴿وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيراً
وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ * وَيَقُولُونَ مَتَى
هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ * قُلْ لَكُمْ مِيعَادُ يَوْمٍ لا
تَسْتَأْخِرُونَ عَنْهُ سَاعَةً وَلا تَسْتَقْدِمُونَ﴾
Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan
kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai
pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. * Dan mereka
berkata: "Bilakah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang
benar?".* Katakanlah: "Bagimu ada hari yang telah dijanjikan yang
tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaatpun dan tidak (pula)
kamu dapat meminta supaya dikedepankan".) [Saba’ 34:28-20] [1]
BagiMu puji-pujian wahai Tuhan kami, yang telah memperkenalkan kepada
kami janji Mu yang tiada mungkirnya, dan pedang Mu yang memancung, dan batu
(penjuru) Mu yang menarik hambaMu yang Engkau telah tarik kepada DiriMu dan
dengan redha untuk menyokong agama Mu, dan telah memilih Ilmu Mu dan melindunginya
dari dosa, membebaskan daripada aib dan menunjukkan kepadanya yang ghaib,
memberi nikmat kepadanya dan menyucikannya dari kekejian dan membersihkannya
dari kekotoran dan menjadikan ketaatannya hanya kepada Mu, dan sokongannya
sokongan kepada Mu, dan diperkenalkan dia kepada hamba Mu dengan lisan Nabi (S)
Umm Al-Quraa, dan dengan lisan nabi-nabi sebelumnya, yang disebut di dalam
Taurat, Injil dan Al-Quran serta memberi amaran kepada hambaMu dari kelalaian,
dan berfirman dengan kesucianMu dari ungkapan
,
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ
مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً * يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلاناً
خَلِيلاً * لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ
الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولاً﴾
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang (Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua
tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan
bersama-sama Rasul".. * Besarlah kecelakaan bagiku; kiranya aku (dulu)
tidak menjadikan Si Fulan itu teman akrab(ku).* Sesungguhnya dia telah menyesatkan
aku dari peringatan ketika ia telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu
tidak mau menolong manusia.) [2]
Dalam tulisan ini sebahagian kecil dan sedikit dari keseseluruhan yang
disediakan untuk diri-diri orang yang beriman. Dan di dalam tulisan ini adalah
sesuatu dari masa lalu, sesuatu dari masa kini dan sebahagian besar untuk masa
depan. Dan pada masa lalu terdapat pelajaran tidak dapat dinafikan, dan ia
adalah sunnah Allah yang tidak berubah.
قال الخاتم (ص): (والذي
نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذّة بالقذّة حتى لا
تخطئون طريقهم ولا يخطئكم سنّة بني إسرائيل)
Nabi Penutup (S) bersabda, (Demi jiwaku di tangan-Nya, kamu akan
mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu, tapak demi tapak, selangkah
demi selangkah, sehingga langkah kamu seperti langkah-langkah mereka, langkah,
sunnah (perjalanan) Bani Israel).[3]
Dan di dalam tulisan ini menceritakan suatu umat yang masuk ke padang (tersesat)
di gurun pasir dan keluar darinya suatu umat yang pernah masuk ke dalamnya dan
masih di dalamnya, dan dalam tulisan ini adalah arahan terhadap jalan keluar
dari tersesat (berpusing-pusing di gurun pasir) itu.
Saya, yang lemah ini membuat kerja yang sedikit dan banyak kesilapan,
dengan menulis tulisan ini supaya semua mereka yang lemah akan menangisinya
dalam menghadapi para taghut penzalim, dan kerana ia adalah tangisan penghulu
mustadh3afin (orang-orang yang ditindas), Hujjah atas seluruh penciptaan, Mahdi
umat ini (as), kepada setiap mukmin dan mukminah, di mana dia (as) meminta
sokongan mereka, dan supaya seruan ini akan menjadi bukti (hujjah) kepada
setiap mereka yang bersikap tidak peduli pada hari ini sebelum dia bangkit, dan
esok selepas dia bangkit .
Kemudian saya berharap dari Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha
Mengasihani, lagi Yang Maha Mulia, supaya menjadikannya hujjah dari
hujjah-hujjahNya semasa pembentangan pada Hari Kiamat.
Dan segala puji bagi Allah yang menciptakan daku, kerana Dialah yang
memberi petunjuk padaku, Tuhanku, benarkanlah daku bersama orang-orang yang
soleh dan janganlah hinakan daku pada hari mereka dibangkitkan; Hari yang tidak
berguna harta kekayaan dan anak-anak selain orang yang datang kepada Allah
dengan hati yang suci murni (qalbin salim).
Tuhanku, terimalah dari kerjaku yang kecil ini, ke halaman qalbu Shahib
Al-Zaman dariku...
Ya maulai, Ya Shahib Al-Zaman, Wahai Hujjag Allah di bumiNya, Wahai
Baqiah (Tinggalan) Anbiak dan Aushiak, Wahai yang ditindas dan dirampas haknya,
Wahai yang perkasa; yang dikasihi, kemudaratan telah menyentuh kami dan
keluarga kami dan kami datang dengan kelemahan yang tidak layak ini, maka
tolonglah kami mengukurnya dan berikanlah kepada kami sesungguhnya Allah
memberi ganjaran orang-orang yang memberikan ...
Telah mati yang sabar dalam menunggu kamu..... wahai yang menghidupkan
syariah
Maka bangunkanlah gerakan dengan apa yang tinggal untuk dipikul .....
hanyalah ketakutan – cemas
Telah koyak pakaian kesedihan .. dan dalam genting mengadu untuk
meneruskan
Masa pedang telah tiba untuk menyembuhkan sakit .....hati-hati Syiah mu
bergelora,
Yang lain tidak memulihkan mereka .... Ini yang mengejangkan diri
Tali panjang untuk bersandar ..... yang akan membawanya kembali berehat
Berapa lama terbiarnya agamamu ..... peraturan yang tinggi dirobohkan
Berkabung ranting dari perdunya (pangkal)..... Berkabung perdu dari
rantingnya
Padanya hukum dari bapa .... pada hari ini kesuciannya ditembusi
Kalau menilai kadarnya ... ketiadaannya disamakan dengan kepulangannya
Maka asahlah bilah pedang untuknya... roh-roh dipohonkan ketaatan dan
patuh.
Yang membiarkannya mengurangkan dakwahnya... tetapi jika mereka
mengambil berat ia mempercepat.
Menuntut korban darah..... di Karbala tempat terbaik Syiah
Apa yang membuat kamu bersabar..... yang mengurangkan
kedahsyatan?
Adakah kamu melihat bahawa bencana akan datang..... lebih buruk dari
apa yang telah datang?
Di mana Al-Hussein di atas tanah ..... kuda yang menginjak tulang rusuk
Dibunuh oleh Keluarga Umaiyah ..... dahagakan Syariah sampingan
Dan bayinya dilindungi dengan darah.... Dibayangi untuk menuntut
bayinya
Wahai yang mencemburui Allah.... serulah perlindungan yang menembusi
agama
Dan mengasah pedang pembela kamu..... untuk leher pelampau yang
pengecut
Dan serulah tentera Allah memenuhi... tanah yang luas ini
Dan ambil walaupun bayi... daripada keluarga peperangan, yang
perempuan dan yang lelaki. [4]
✡✡✡✡✡
-----------------------
[1] Surah Saba’ 34:28-30 .
[2] Surah Al-Furqan 25:27-29 .
[3] Tafsir Al-3iyasyi, Jilid.1 halaman 303, Mausnad Ahmad Jilid 5 halaman 340,
Sunan Al-Tirmizhi Jilid. 3 halaman 332, Majma al-Zawaeid oleh Al-Haithami Jilid
7, halaman . 216. Dengan perbezaan-perbezaan pada kata-kata yang.sama maknanya
[4] - Bait-bait dari sebuah puisi terkenal Ahl Bayt, oleh penyair Haidar
Al-Hilli (rahimahu Allah) Diambil dari Diwan Al-Hilli Jilid 1 halaman 37.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan