Sebab-Sebab Penting Kederhakaan Ini Ialah:
1.
Iman mereka lemah pada
kenabian Musa (as) dan risalah beliau. Kebanyakan daripada mereka tidak melihat
beliau sebagai seorang pemimpin dan sebagai seorang nabi yang besar, tetapi ada
di antara mereka yang memberontak sehingga atas kepimpinan beliau (as).
2.
Mereka lemah dalam taqwa dan
takut kepada Allah yang membawa mereka kepada menderhaka dan maksiat tanpa
sikap penuh perhatian (peduli).
3.
Diri (jiwa) mereka lemah dan
takut kepada taghut penzalim dan tunduk dan menyerahkan kepada mereka dan kezaliman
manusia, Oleh itu mereka meninggalkan jihad di jalan Allah.
4.
Mementingkan kehidupan dunia
lebih daripada akhirat, dan kasihkan dunia itu sudah berakar umbi dalam diri mereka
dan terlalu berpegang kepada hidup di luar tabi’ei, seperti halnya dengan
kebanyakan umat Islam hari ini.
5.
Tersebarnya sayangkan diri
sendiri antara mereka; sehinggkan sebahagian daripada mereka melihat diri
mereka lebih baik dari Musa dan Harun (alaihima s-salam), dan tidak menerima
kepimpinan mereka berdua!! Seperti yang dinyatakan di dalam Taurat, Kitab
Bilangan - Bab XVI:
((1) Korah
bin Yizhar bin Kehat bin Lewi, beserta Datan dan Abiram, anak-anak Eliab, dan
On bin Pelet, ketiganya orang Ruben, mengajak orang-orang (2) untuk
memberontak melawan Musa, beserta dua ratus lima puluh orang Israel,
pemimpin-pemimpin umat itu, yaitu orang-orang yang dipilih oleh rapat, semuanya
orang-orang yang kenamaan. (3) Maka mereka berkumpul
mengerumuni Musa dan Harun, serta berkata kepada keduanya: "Sekarang
cukuplah itu! Segenap umat itu adalah orang-orang kudus, dan TUHAN ada di
tengah-tengah mereka. Mengapakah kamu meninggi-ninggikan diri di atas jemaah
TUHAN?" (4) Ketika Musa mendengar hal itu, sujudlah ia. …. (12) Adapun Musa telah menyuruh orang untuk
memanggil Datan dan Abiram, anak-anak Eliab, tetapi jawab mereka: "Kami tidak
mau datang. (13) Belum cukupkah, bahawa engkau memimpin
kami keluar dari suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya untuk
membiarkan kami mati di padang gurun, sehingga masih juga engkau menjadikan
dirimu tuan atas kami?...)
Menurut Al-Quran ia hampir dengan kenyataan
ini.
Haruslah kita ingat mencintai diri dan
keangkuhan adalah akhlak keji yang menhancurkan anak-anak Adam dan kebanyakan
daripada mereka mahu jatuh ke dalam jurang neraka (Hawiyah Jahannam)), dan
berapa banyak syaitan berjaya mencapai janjinya dengan mengumpan Bani Adam,
melalui keangkuhan, berapa ramai yang dengan sifat keangkuhan itu menjadi halangan
utama yang menghalang manusia dari mentaati dan mempercayai mereka anbiak (as).
Ramai orang yang angkuh pada anbiak dan aushiak (as) iaitu mereka yang kaya dan
mewah dan ketua-ketua sesuatu kaum, Allah Taala berfirman:
﴿وَمَا
أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا بِمَا
أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ﴾
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah
negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam
kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa
yang kamu diutuskan membawanya".[8].
Mereka melihat diri mereka lebih baik dari anbiak dan aushiak (as), dan
semua pemimpin yang dilantik Allah untuk agama atau dunia, dan mereka berasa
dengki atas apa yang diberi Allah pada mereka, Allah SWT berfirman:
﴿أَمْ
يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا
آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكاً عَظِيماً *
فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ بِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ صَدَّ عَنْهُ وَكَفَى بِجَهَنَّمَ
سَعِيراً﴾
Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran
kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan
Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya
kerajaan yang besar.* Maka di antara mereka, ada orang-orang yang beriman
kepadanya, dan di antara mereka ada orang-orang yang menghalangi (manusia) dari
beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahannam yang menyala-nyala
apinya. [9].
Dari apa yang dilalui itu kita tahu bahawa dalam diri Bani Israel yang keluar
bersama Musa (as) telah melibatkan banyak kelemahan akhlak, maka adalah tersesat
(berpusing-pusing) sebagai hukuman Allah kepada mereka dan ia adalah suatu
kemestian kerana keengganan mereka untuk masuk ke Tanah Suci, untuk
membersihkan jiwa mereka dan mengembalikan mereka kepada fitrah Tauhid dan
kebaikan.
Juga, dalam tempoh empat puluh tahun tersesat berpusing-pusing
(Al-Tiih) dibesarkan generasi Bani Israel di padang pasir, mereka adalah
anak-anak dan cucu-cucu yang keluar bersama Musa (as). Mereka tidak mempunyai
rumah untuk menetap. Tidak banyak perhiasan dunia yang menarik diri mereka dan penghubungan antara mereka. Mereka tidak berada
di bawah kuasa mana-mana taghut penzalim yang mengenakan hukuman berat ke atas mereka
dan menanam di dalam diri mereka perasaan lemah dan takut. Maka dibangkitkan semangat
bebas dan kasihkan kemerdekaan. Dengan mukjizat-mukjizat yang diperlihatkan
kepada mereka di Al-Tiih (tersesat berpusing-pusing) itu memberi kesan yang
besar dalam mendidik mereka, mendidik rohani dan iman mereka menjadi lebih
tinggi. Dengan tersesat berpusing-pusing (Al-Tiih) dibangkitkan generasi mukmin
yang kuat dan berani yang layak untuk membawa risalah Ilahiyah dan penyebarannya,
dan layak untuk memerangi kezaliman dan berjihad di jalan Allah dan memasuki
Tanah Suci.
Dari sini menerangkan sebab mengapa kepentingan ketuhanan kepada ibu
bapa dan terutusnya nabi yang besar dari Uuli l-’Azim (Ulul Azmi) untuk mereka,
iaiu Musa (as) di mana kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang berdosa
(fasiq) dan mereka bukan orang-orang yang soleh untuk membawa risalah
ketuhanan, bahkan orang-orang yang keluar bersama Musa (as) mati kesemuanya di Al-Tiih
yang tertinggal daripada mereka hanya Kaleb dan Yusak (alaihima s-salam) dengan
dipimpin oleh Yusak (as) kemudian anak-anak dan cucu-cucu mereka memasuki tanah
suci, dan mencapai kemenangan yang besar.
Secara keseluruhannya, pelajaran daripada Al-Tiih bahawa proses pembaharuan (pengislahan-perbaikan)
berlangsung di samping sesuatu hukuman, dan merupakan matlamat utama dalam pengislahan
(perbaikan) peribadi (nafs) Bani Israel dan mengajar mereka untuk menolak kezaliman,
kerosakan dan penguasa taghut penzalim selepas mereka melupakannya dan hanya
berserah sahaja kepada mereka dan tanpa bergerak dengan mendiamkan diri untuk
mengubah keadaan yang tidak baik di Mesir itu. Tempat Al-Tiih itu memberi kesan
yang besar menjadikan padang gurun itu memaksa manusia kepada Allah dan bertawakkal
kepada-Nya dan berkubu dengan Wilayah Allah dan mengingati (berzikir kepada) Allah,
dan seperti mana keperibadian beliau (as) memberi kesan yang besar kepada pengislahan
(perbaikan) Bani Israel dan memulihkan mereka untuk memikul risalah ketuhanan,
Maka peribadi Rabbani ini yang dipilih oleh Allah SWT untuk diriNya sendiri dan
menolong agamaNya seperti yang diceritakan dalam Al-Quran [10], Berjihad
dijalan Allah dan bersendirian ketika ia ada di istana Firaun dia membantu
orang yang tertindas dan berdiri menghadapi mustakbirin (orang-orang yang
sombong), dan apabila tidak perlu menggunakan kekerasan untuk membunuh salah
seorang daripada mereka yang zalim seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Allah
SWT berfirman:
﴿وَدَخَلَ
الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ
يَقْتَتِلانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي
مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ
قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ﴾
Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika
penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang
laki-laki yang berkelahi; yang seorang dari syiahnya (Bani Israil) dan seorang
(lagi) dari musuhnya (kaum Fir'aun). Maka orang yang dari syiahnya meminta
pertolongan kepadanya, untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa
meninjunya, dan matilah musuhnya itu. Musa berkata: "Ini adalah perbuatan
syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata
(permusuhannya).[11].
Adapun kata-kata Musa (as): (Ini adalah perbuatan syaitan),
Mungkin ucapannya, bermaksud perkara yang berlaku itu disebabkan dia yang membunuhnya
atau mungkin orang itu sengaja membunuh dirinya, maka ia adalah perbuatan
syaitan, memandangkan ia mencemar kesucian Tauhid dan merupakan kebaikan di
sisi syaitan..
Musa (as) telah keluar selepas peristiwa ini dari Mesir, khuatir akan agamanya
dan menjangkakan pengawasan dengan rahmat Allah yang dijanjikan Allah dengan memberinya
kekuatan, iman dan hidayah supaya tidak membantu orang yang zalim walaupun berdiam
diri atas kezaliman, berhijrah kepada Allah, meninggalkan dunia kebendaan yang hina
dan kemewahan yang wujud di istana Firaun, redha dan berpada dengan bahagian
Allah yang diberi oleh Allah yang layak bagi seorang nabi yang agung, Dia
adalah Shuaib (as) dan dikahwinkan dengan salah seorang dari anak perempuannya
dan tinggal bersamanya selama sepuluh tahun menggembala biri-biri, dan mungkin
ini adalah pilihan (ketentuan) Allah untuknya.
Kemudian Allah mahu membawa dia kembali kepada kaumnya di Mesir selepas
menghilangkan diri dari mereka, untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada
cahaya yang terang dan dari perhambaan kepada bebas merdeka dan keluar dari
mereka umat (genarasi) rabbani yang soleh yang layak memikul risalah Ilahiyah seperti
yang dilalui itu, dan tidak keluar anak-anak yang bebas merdeka yang tawadhuk
(merendah diri) kerana Allah ini, dari orang-orang yang ibu bapa mereka hamba yang
menderhaka dengan perintah Allah. Kalaulah tidak belas kasihan dan rahmat Allah
ke atas mereka maka tidaklah peribadi yang suci ini; iaitu Musa (as) dipilih
dan disucikan Allah.
✡✡✡✡✡
-----------------------
[8] – Saba’ 34: 34.
[9] – Al-Nisa’4:54-55.
[10] –ditunjukkan (as) dengan ayat (maknya): (dan
Aku telah memilihmu untuk diri-Ku. * Pergilah kamu beserta saudaramu dengan
membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku; *, Pergilah
kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;) [Taha 20:41-43]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan