Akibatnya Firqah Itu Membunuh Hujjah Allah!
نتيجة الفرقة قتل حجة الله !!
Pembukaan lubang udara berbentuk tingkap-tingkap untuk menyampaikan
kebenaran kepada manusia adalah terbuka. Perselisihan telah berlaku di kalangan mereka yang terlibat dan di
dalamnya terdapat orang orang yang beriman, Apa yang membawa kepada terbukanya tingkap-tingkap
lain bersama kekalnya yang awal, dan kemudian berpaling sebahagian daripada
mereka dengan tindakan mereka yang berani kerana tidak boleh menerima Khalifah
Allah.
Sebahagian daripada mereka menyatakan kesediaan untuk menutup tingkap-tingkap
baru itu. Jika itu dikehendaki oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as) .Maka beliau (as)
menjawabnya
Mengapa mereka menutupnya? Ia adalah perbuatan yang baik, dan Allah
memberkati mereka dan kerja-kerja mereka. Saya bermohon kepada Allah agar membimbing
mereka dan memberi kepada mereka kebaikan di dunia dan akhirat.
Perbezaan-perbezaan itu saya katakan berulang kali:: Bahawa pengislahan (perbaikan) perhubungan di antara
sesama kamu adalah sebaik-baik amalan,
dan diredhai Allah dan Rasul-Nya, Tetapi apa yang ada di tangan saya? Adakah tentera
Ali (as) mendengar hal itu supaya semua orang mendengar (kata-kata) saya hari
ini!
Yang penting bagi mereka adalah untuk bekerja dan hidup sendiri, dengan
ketaatan kepada hujah-hujah Allah dan inilah apa yang penting kepada mereka, dan
itulah yang menghidupkan diri manusia itu sendiri dan terhindar dari neraka
(jahanam). Maka mereka cuba untuk memperbaiki sesama sendiri di kalangan orang-orang
mukmin, Tetapi jangan mengasingkan sesiapa dari kebenaran walaupun perkataan
itu menyakitkan, dan walaupun sehingga akibatnya firqah itu membunuh Hujjah Allah
seperti yang berlaku dengan Ali (as)
Ini adalah bahagian ucapan beliau, kita perlu merenungnya
berulang kali, dan saya rasa bahawa tidaklah perlu membuat ulasan. Saya bermohon
kepada Allah agar memelihara keluarga Muhammad (as) dengan perlindunganNya, dan
menyatukan perkataan orang-orang mukmin berterusan selama-lamanya.
Dan demi perbaikan
dan usaha untuk menyelamatkan manusia termasuk orang-orang mukmin ketika diuji,
kita membaca perkataan Abdus Soleh (as) yang berikut ini:
Syaitan pada umumnya cuba untuk mengaibkan sesiapa yang boleh, tetapi
kita cuba sebanyak mungkin membuat perbaikan (islah).
Cubalah tanya saudara-saudaramu betapa saya cuba pada Haidar Musyattat[1]
dan pengikut-pengikutnya dengan berbagai cara untuk membimbing mereka kembali kepada
kebenaran?
Secara umumnya, kita sentiasa cuba sedaya upaya mencari jalan keluar untuk
mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh fitnah, dan jika boleh jangan kita berikan
kepada syaitan itu apa jua manfaat (keuntungan).
✡✡✡✡✡
----------------------
[1] Salah seorang ansar awal dan sahabat Syed Ahmad Al-Hassan (as) yang telah murtad
(berpaling) - pentj
Tiada ulasan:
Catat Ulasan