Nasihat
beliau kepada sesiapa yang
berhadapan untuk berbahas dari para ansar:
نصيحته إلى كلّ من يتصدّى للمناظرة من الأنصار
Ini adalah teks nasihat Syed Ahmad Al-Hassan (as)
kepada sesiapa yang berhadapan untuk berbahas dan menjelaskan kebenaran
kepada manusia dari para ansarnya yang mulia:
Kepada ....... dan kepada sesiapa yang berhadapan dengan perbahasan dari ansar Imam
Mahdi (as), semoga Allah memelihara mereka.
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصل ى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya berharap kamu semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakkal (penyerahan) dan dengan sepenuh hati, dan janganlah bergantung (bersandar)
mengikut kefahaman kamu, tetapi ikhlas kepada Allah SWT sehingga kamu tidak
melihat diri kamu sendiri tetapi kamu melihat Dia Yang Maha Suci, hanya Dia sahaja,
kemudian Allah menjadikan kelancaran ke atas lidah kamu dan mengatakan apa yang
Dia kehendaki pada kamu menzahirkan kebenaranNya melalui kamu.
Jangan sekali-kali terpedaya atau kamu menyangka terhadap diri kamu dengan bermacam-macam syak wasangka
﴿وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ
مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا
يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ﴾
Dan janganlah kamu
memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di
muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
sombong lagi membanggakan diri. [Luqman
31:18]
Maka dari kamulah, dari mana kamu bermula, dan ke mana mengakhirinya. Kamulah
yang mengingatkan diri kamu dan jika kamu lalai terhadap Tuhanmu, maka kamu
adalah kegelapan dan dari mula kamu dilanda hingga ke akhir hayat jasad dan jika
ia tidak dikebumikan
niscaya kamu tidak berharap akan tinggal bersama mereka hari ini. Dan jika saya
menyebutkan Tuhanmu dan saya dari
orang-orang yang menyebutkan dalam setiap
keadaan, dan kamu adalah nur (cahaya) dan ruh suci yang dibersihkan oleh
malaikat dan diberkati dengan rendah
diri dan keakrabannya. Di mana permulaan dan pengakhiranmu adalah dari Allah
SWT Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Maka lihatlah urusan kamu dan dan renungkan keadaan kamu dan pilihlah
kamu mahu menjadi apa (siapa). Allah SWT mengasihi kamu, kerana itulah maka jika
kamu lalai dari mengingatinya dan kamu menyangka bahawa kamu mampu ditolong (menang)
oleh diri kamu sendiri dan kebolehan kamu sendiri, maka bagi syaitan ia tidak
akan meninggalkan kamu untuk menangkap kamu, bahkan ia akan mengingatkan kamu
dan memberi amaran kepada kamu seperti yang disebutkan terdahulu daripada kamu
dan memberi amaran kepada mereka kekalahan dan kemusnahan di hadapan
musuh-musuh dan orang-orang kafir. Di sini kamu akan ingat satu kenangan pahit (Perang
Hunain) apabila umat Islam menyangka mereka mampu mencapai
kemenangan atas diri mereka sendiri dan lalai untuk mengingati Allah. Maka mereka
akan berada dalam rahmat Allah dengan mengingatiNya SWT. Apabila dirasakan
kepada mereka kemusnahan dan kekalahan, dan ini adalah kerana kemenangan
sebenar adalah kemenangan ke atas pengabdian diri kepada Allah SWT:
﴿لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ
حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ
كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا
رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ﴾
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai
mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain,
yaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karena banyaknya jumlah(mu), maka jumlah
yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas
itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan
bercerai-berai. [Al-Taubah 9:25]
Berhati-hati untuk bersuka-ria (berbangga) dengan kemenangan yang dicapai, kecuali jika
kegembiraan kemenangan agama Allah dan bukan untuk diri sendiri serta diri kamu,
Ingatlah firman Allah Ta’ala:
﴿لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ﴾
Janganlah kamu terlalu
bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan
diri". [Al-Qashash 28:11]
dan firman Allah Ta’ala:
﴿لِّكَيْلَا
تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗوَاللَّـهُ
لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ﴾
(Kami jelaskan yang demikian itu)
supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya
kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, [Al-Hadid 57:23]
Ketahuilah bahawa Allah akan mengukuhkan kamu. Sesiapa yang mahukan sesuatu hendaklah bersedia menunaikan
janjinya. Maka jadilah kamu semua seperti bangunan yang kukuh dan bersiap sedialah
dengan perlengkapan (peralatan). Sediakan
diri dengan ilmu pengetahuan, kerja atau amalan yang tekun dan ikhlas kerana Allah
SWT. Hendaklah kamu bersuci, mendirikan sholat dan berdoa. Semoga Allah
membantu kamu dan mengukuhkan kamu serta
membantu kamu
dengan pertolongan yang kuat (banyak).
Sekurang-kurangnya bersihkanlah diri (ghusl - mandi) sebelum
setiap perbahasan dan pertemuan, mandi taubat sebagai penyingkiran (pengosongan)
kerana kamu telah keluar dari dosa-dosa kamu, dan bersholatlah dua rakaat selepas
setiap perbahasan, bersyukur kepada Allah SWT yang memberi rahmat dan melimpahkan
kurniaNya.
﴿وَإِذْ
تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ﴾
Dan (ingatlah juga), tatkala
Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih".[Ibrahim 14:7]
Dan alangkah nikmatnya apabila kamu menjadi hamba-hamba
yang bersyukur yang telah dipuji Allah di Al Mala'ul A'la (pemuka-pemuka
tertinggi)
﴿اعْمَلُوا
آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُور﴾
Bekerjalah wahai keluarga Daud
untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang
berterima kasih. [Saba 34:13]
Yang berdosa lagi serba
kurang:
Ahmad Al-Hassan
Ramadan Al-Mubarak 1431 H.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan