Selasa, 24 Mei 2016

Adakah Ahmad Al-Hassan Mencari Dunia!


Adakah Ahmad Al-Hassan Mencari Dunia!
هل أحمد الحسن طالب دنيا!


Bahagian ini adalah penjelasan Syed Ahmad Al-Hassan (as)  atas soalan seorang yang meletakkan namanya sebagai Firas Al-Wadi
:

[ ...... Seperti yang kamu katakan, semoga Allah menjayakan kamu  “Sekiranya kamu mencari dunia dengan tanaman akhirat nescaya tidaklah beruntung perniagaan kamu dan kamu tidak akan ditolong.”

Ya, saya akan benarkan kamu jika kamu katakan saya adalah orang yang mencari dunia, tetapi bagaimana saya dikatakan seorang yang mencari dunia, dengan contoh berikut?

Saya tidak percaya bahawa seseorang yang mengejar darjat (kedudukan) mengambil jalan yang saya telah ambil, kerana sebelum seruan (dakwah) ini saya terpencil dan sekarang saya lebih terpencil lagi dan kehilangan tempat tinggal di bumi Allah, saya dan keluarga saya, sama seperti para penzalim lakukan kepada bapa-bapa saya para Imam (as) alami, dan mereka adalah contoh tugas saya, kerana kebenaran meninggalkan pemilik sahaba rapatnya selain Allah SWT.

Dan saya terpaksa berpisah dari salah seorang yang paling dicintai di hati saya; ibu saya. Saya tidak pernah berpisah dengannya walaupun satu hari sebelum seruan (dakwah) ini, tetapi saya terpaksa berpisah dengannya sehingga dia meninggal dunia, dan saya jauh darinya, dan saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Begitukah perjalanan orang yang meminta (mengejar) dunia ini sebagai jalan yang sukar dan suram, dan dia dapat bertolak ansur dengan kesakitan dan kesedihan?

Dan saya tidak percaya bahawa seseorang yang mengejar wang meletakkan Baitu l-Mal pada orang yang beriman di setiap negara, dan sistem akaun dan tempat-tempat yang diketahui untuk pengeluaran dan setiap jumlah yang masuk ke Baitu l-Mal direkodkan dan setiap jumlah keluar darinya juga direkodkan, dan wakil-wakil yang dibenarkan memungut khums, orang-orang yang dikenal, seperti Syed Hassan Al-Hamaamiy dan Syiekh Shadiq Al-Muhammadi, dan mereka tidak menyerahkannya kepada saya tidak juga mereka ambil untuk diri mereka sendiri, sebaliknya ia diberi kepada Baitu l-Mal dan diedarkan dari sana kepada fakir miskin, anak-anak yatim, janda-janda, pelajar dan lain-lain, dan juga untuk orang-orang yang tidak beriman dengan seruan (dakwah) ini.

Dan saya tidak mempunyai wang (harta) saraan peribadi yang melebihi keperluan saya untuk sara hidup setiap hari dan sewa untuk kehidupan keluarga saya. Ya, yang saya miliki adalah sebahagian kecil tanah pertanian yang saya beli di pinggir Al-Najaf untuk didiami, dan saya bina sebuah rumah yang sangat kecil di sana dalam simpati dengan orang-orang miskin, dan saya fikir oleh kerana saya tinggal di Iraq, saya harus hidup seperti kehidupan orang-orang miskin lain di Iraq. Dan mungkin hari-hari akan berlalu dan saudara akan melihat rumah ini satu hari nanti. Dan wang yang saya dapat untuk membelinya adalah sebahagiannya dihadiahkan kepada saya oleh abang saya lebih tua, (Hafidzahu Allah – semoga Allah melindungnya), dan saya pinjam bahagian yang lain dari salah seorang sahabat saya yang juga seorang yang beriman pada seruan (dakwah) yang benar ini, dia adalah Al-Syeikh Abu Muhammad Al-Ziyadi (Hafidzahu Allah). Dan saya bayar balik dengan pendapatan hasil daripada tanah (tanaman) selepas menuainya. Dan apabila Al-Syeikh Abu Muhammad memberikan saya wang dengan dihadiri oleh beberapa orang ansar, Kalimah Fadak telah dicop pada nota bank (banknotes), dan pada hari yang sama beliau telah memberikan saya hadiah dari Kitab Al-Ghaybah yang juga dicap dengan Kalimah Fadak, jadi saya berkata Subhan Allah, tanda-tanda mengikuti satu sama lain. Dan perkara ini telah disaksikan oleh sekumpulan ansar tersebut, semoga Allah melindungi mereka, termasuk Al-Syeikh Abu Muhammad Al-Ziyadi dan Al-Syeikh Abu Al-Hasan al-Ziyadi dan Al-Syeikh Abu Al-Husain (Hafidzahuma Allah).

Bagaimanapun, saya meninggalkan tanah ini pada tahun 2007 dengan isteri dan anak-anak saya beberapa jam sebelum ia diserang oleh angkatan tentera pengikut ulamak dan oleh hasutan ulamak, dan apabila mereka tidak menemui saya, mereka telah mengepungnya dan pengawal diletakkan sekelilingnya dan meninggalkannya selepas beberapa ketika. Dan bagaimana ia sama dengan Fadak, dan bagaimana tindakan hodoh mereka yang sama dengan tindakan mereka menyerang rumah ibu saya Al-Zahara (as).

Dan sejak tahun 2007, saya tidak tahu apa-apa tentang tanah itu sehingga beberapa hari lalu, dari salah seorang daripada orang-orang mukmin iaitu Al-Syeikh Abu Hasan dan beberapa orang ketua-ketua puak Al-Najaf, semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka dengan kebaikan yang berusaha untuk mendapatkannya kembali. Dan puji-pujian tertentu bagi Allah yang menjadikan saya sama seperti ibu saya Fatimah Al-Zahara (as). dan bapa saya Amirul Mukminin Ali (as).

"Fadak (kamu manfaatkan) apa yang dimiliki di bawah langit. kerana kerakusan hati sebahagian orang sementara sebahagian yang lain menutup mata darinya.. Tetapi Allah adalah Hakim yang terbaik dan diciptakan apa yang kamu manfaatkan dan yang tidak kamu manfaatkan dan tempat tinggal diri (jiwa) kamu dalam kubur esok nanti? Yang terganggu dalam akibat kegelapannya dan tidak ada berita yang kedengaran. kerana kubur adalah sebuah lubang yang walaupun ia luas, akan disempitkan oleh batu-batu dan jurang yang akan dipenuhi dengan tanah. Sesungguhnya  jiwa yang diredhainya adalah dengan takwa, supaya ia tiba dengan selamat pada Hari Ketakutan Besar, dan supaya ia akan berada di jalan yang lurus."}))

Mungkin sebahagian daripada mereka yang mengejar dunia ini dengan memenuhi keinginan nafsu mereka, dan sejak masa sebelum seruan (dakwah) lagi, saya telah berkahwin dengan seorang isteri dan dia adalah ibu kepada anak-anak saya dan saya tidak pernah mengenali sesiapa selain dari dia, tidak oleh perkahwinan tetap ataupun perkahwinan sementara. Jadi di manakah boleh dikatakan mengejar dunia ini di sini?!

Saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana – ego) sehingga hari ini pada bila-bila masa pun, apabila saya bersama beberapa orang ansar dan kami perlu memasak makanan, saya yang masak dan ketika kami perlu mencuci pinggan mangkuk, saya akan cuci dengan tangan saya, walaupun mereka ingin melayan saya tetapi saya amat berbesar hati untuk berkhidmat kepada mereka. Apakah ini dikatakan perbuatan mengejar dunia?!

Dan saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana – ego): Saya sendiri pergi ke pasar membeli keperluan rumah. Saya tidak mempunyai pengawal bersenjata dan tidak mempunyai senjata, Alhamdu Lillah, Allah mengurniakan saya keselamatan dan tidak membuatkan saya memerlukannya. 

Saya tidak menerima seseorang yang ingin mencium tangan saya dan tidak menyuakan tangan saya untuk dicium oleh orang lain seperti yang dilakukan oleh Al-Maraji3 (Marajik) dan sebahagian wakil-wakil mereka

Ini semua adalah hakikat (kenyataan) yang dilihat oleh ansar (pendokong) terdahulu dan sekarang terdapat ansar yang rapat dengan saya dan melihatnya, dan ia bukanlah perkara yang tersembunyi, bahkan dilihat dan disaksikan oleh sebilangan manusia pada masa lalu dan sekarang ini.

Di manakah dunia yang saya kejar?

Dan bagaimana dikatakan mengejarnya dan yang bagaimana pula dikatakan membawa kepada Allah?

Dalam riwayat-riwayat mengatakan bahawa tangan tidak boleh dicium kecuali tangan seorang nabi atau washiy, jadi adakah munasabah orang-orang yang bukan nabi atau washiy dan yang menghulurkan tangan mereka untuk orang-orang menciumnya, meminta (mengejar) akhirat?! Manakala Ahmad Al-Hassan, yang enggan sesiapa mencium tangannya walaupun dia washiy, meminta (mengejar) dunia ini?!

Demi Allah, saya tidak mengatakan bahawa kamu tidak adil kepada Ahmad Al-Hassan, sebaliknya kamu tidak adil kepada akal kamu jika beginilah cara kamu berfikir dan menghakiminya.

Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Mereka yang mewajibkan bertaqlid ke atas kamu adalah para pedagang ayam dan harta benda, mereka adalah pengikut hawa nafsu dan bukan pencari yang mengejar akhirat dan mereka tiada kaitan dengan akhirat dan kamu mengetahui perkara ini. Dan kamu telah melihat mereka dengan diri kamu sendiri di Iraq dan kalau kamu berada di luar Iraq, kamu melihat bahawa mereka menghantar anak-anak mereka dengan mengambil dari khums (khumus) dan wang dan menghabiskan masa berseronok di Barat dengan alasan menyebarkan agama. Saya ingin kamu akan bertanya kepada mereka mengapa mereka hanya menghantar anak-anak mereka semua belajar di Barat di luar dari Hauzah Al-Najaf, dan mengapa pejabat mereka diuruskan oleh anak-anak mereka yang melakukan apa yang mereka ingin dengan wang tanpa pemantauan, peraturan, kira-kira atau pengawasan?!

Kasihanilah diri kamu, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu, dan gunakanlah kecerdasan kamu untuk membezakan dan mengenali kebenaran (hakikat), kerana para pengejar dunia kamu akan mengenalnya dari penyelewengan mereka, cara (jalan) mereka dan tindakan (perbuatan) mereka.)))

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam atas kamu dan rahmat serta KeberkatanNya

Ahmad Al-Hassan

Zhu Al-Hijjah 1433 H] .

Salam Allah atas kamu, wahai Al-3abdu Al-Sholeh, dan ata bapa-bapa mu yang disucikan, dan anak-anak kamu Al-Mahdiyin, dan syiah kamu Al-Muntajibin.

Saya berdoa kepada Allah agar menolong tuan dengan pertolongan yang kuat (banyak), dan menempatkan tuan di bumiNya.

والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا .


✡✡✡✡✡
✡✡✡✡✡
✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: