Selasa, 10 Mei 2016

Ini Kata-kata Mereka Mengenai Wasiat Suci!


Ini Kata-kata Mereka Mengenai Wasiat Suci!
وهذا قولهم عن الوصية المقدسة !


Syed Ahmad Al-Hassan (as) menyempurnakan sebahagian daripada paparan kata-kata orang-orang yang degil terhadap kebenaran bagi mereka yang bertanya kepadanya, beliau berkata:

Begitu juga: kata-kata yang termasuk pendustaan-pendustaan mereka adalah memberitahu manusia bahawa riwayat wasiat itu oleh orang-orang yang tidak diketahui (Majhul), dan dengan itu sanad wasiat itu lemah. Namun kita telah membuktikan kepada mereka kesahihan sumber wasiat itu adalah tawatur (mutawatir) dan riwayat-riwayat pendamping (Al-Qarain) yang mempunyai hubungan dengan riwayat wasiat menjadi penyokong perkara ini dan menjelaskan bahawa (hadits) wasiat ini tidak termasuk dalam empat bahagian untuk disifatkan sebagai (hadits) lemah. Walaupun mengikut Ilmu Al-Rijal,[1] yang  begitu megah tahu tentang perlakuan pembohongan besar yang dengannya dapat memperdaya manusia. Pada asalnya tidak wujud di sisi mereka berhujah dengan Ilmu Al-Rijal sebagai pertimbangan dan ia sudah mencukupi, akan tetapi demi berhujah dengan mereka, dan agar tidak membiarkan mereka terus menipu manusia yang tertindas dan terpedaya, maka kita jelaskan kepada mereka bahawa sanad[2] wasiat ini adalah sahih.

Sesungguhnya memadailah Al-Syeikh Al-Thusi (rahmahu Allah) meriwayatkannya kerana dia amat istimewa pada Syiah Imamiyah, dan kamu semua bergantung pada kata-kata Al-Thusi pada pertimbangan Al-Rijal, Maka bagi yang berhati-hati akan kelihatan jelas. Mengapakah dijadikan perkataan Al-Thusi pada pertimbangan Al-Rijal di sini dan adakah ia tidak bernilai di sisi kamu, atau secara tiba-tiba kamu tidak dapat mengawal dan tidak kembali kepada kebenaran dengan sesuatu tujuan?!

Secara umumnya, ini adalah satu soalan kepada saya satu ketika dahulu, dan saya telah menjawabnya dan berikut disampaikan kepada kamu soal-jawab tersebut:

Soalan / Sdr. Jaafar Al-Syabib bertanya tentang makna perkataan Imam dalam riwayat wasiat dan adakah disampaikan dengan sanad sahih. Abu Zainab

Jawapan /

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam
Dan Selawat Allah atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta penyerahan pengiktirafan

Sebelum menjawabnya,kita mesti menunjukkan bahawa hujjah yang tidak perlukan minhaj (penentuan) kedudukan (riwayat) yang diputarbelit dan menyeleweng terhadap kebenaran untuk membuktikan kebenaran, tetapi bertoleransi dengan orang yang berhujjah terhadap sebahagian para penyeleweng dengan minhaj (kaedah penentuan) mereka dan dengan perbincangan dan menunjukkan kelemahan dan kata-kata yang sahih dari orang yang bermasalah dan mereka perlu supaya kembali kepada kebenaran.

Jika perawi riwayat Syiah orang yang adil atau​​ orang-orang yang benar ia adalah sanad yang sahih di sisi mereka.

Jadi, untuk mensahihkan sanad adalah mencukupi supaya membuktikan bahawa ia:

1 - Seorang perawi Syiah.
2 - Orang-orang yang benar.

Dan cukuplah untuk membuktikan bahawa perawi Al-Washiah (wasiat) adalah seorang Syiah iaitu Al-Syeikh Al-Thusi meriwayatkan Al-Washiah (wasiat) dalam riwayat-riwayatnya sendiri. Di mana Al-Syeikh Al-Thusi dianggap perawi yang khusus (seorang Syiah). Maka Al-Thusi telah berkata dalam Al-Ghaibah: “Adapun apa yang diriwayatkan dari tanganku sendiri lebih daripada itu dan tidak terkira banyaknya, walau bagaimanapun, saya masih ingat bahagian-bahagiannya....”. Al-Ghaibah: halaman 137,

Kemudian, selepas menyenaraikan riwayat-riwayat khusus, termasuk mengulas Al-Washiah (wasiat) sebagai berikut.

Adapun yang menunjukkan kesahihannya adalah jika Syiah yang meriwayatkannya secara mutawatir sebagai ganti dari orang terdahulu (salaf) dan jalan yang sahih yang wujud dalam menuliskan nash-nash bagi imam-imam dari Amirul Mukminin (as) dan hanya satu jalan (Al-Ghaibah: halaman 156-157

Dan mungkin untuk merujuk kitab ”Intishar Lil-Washiah“ (Menolong Pada Wasiat) oleh Syeikh Nadzim (hafidzahu Allah - semoga Allah melindunginnya) telah membuktikan riwayat Al-Washiah (wasiat) Syiah secara terperinci.

Dan adapun hukum dalam menentukan kebenaran riwayat seseorang - dan kami cukup yakin dengan kebenarannya - tidak diperlukan padanya selain apabila ia terbukti tidak benar.

Pada dalil Syar’ei salah seorang dari mereka menyalahgunakannya. Seorang mukmin yang benar (jujur) tentang apa yang akan mereka katakan walaupun pada membuktikan yang didustakannya dengan dalil syar’ei

Mereka tidak boleh mengatakan bahawa seorang mukmin itu pendusta sehingga dibuktikan kebenaran (tuduhan)nya, dan sesiapa yang mengatakannya bermakna dia mengikut secara fasik dan menganggap mereka sebagai pendusta sehingga sepatutnya setiap orang daripada mereka dibuktikan benar dengan dalil?!

Bagi mereka yang mengatakan: bahawa orang mukmin Majhul Al-Hal [3] dengan jelas sehingga dibuktikan kebenarannya, dan mereka mahu adalah kebenaran Majhul Al-Hal atau kedustaannya secara jelas melainkan dengan dalil syar’ei. Kata-kata mereka ini adalah bertentangan dengan Al-Qur'an dan minhaj Al-Rasul yang mendengar dan membenarkan perkataan dari orang-orang mukmin tanpa memeriksa betapa besar iman mereka, ayat-ayat Al-Quran telah menunjukkan Sirah Al-Rasul yang sangat jelas dalam perkara ini. Dia SWT berfirman:

﴿وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴾

Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih. [Al-Taubah 9:61] 

Iaitu, bahawa orang-orang yang membantah perbuatan Rasulullah Muhammad (S) kata-kata mereka seperti kata-kata orang-orang yang dianggap perawi-perawi mukmin itu Majhul Al-Hal yang tiada jaminan atas kata-katanya sehingga ia dibuktikan benar dengan dalil. Mereka membantah (mendahului) Al-Rasul Muhammad (S) yang mendengar dan mempercayai perkataan mana-mana orang mukmin;
                                   
﴿وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ﴾

Mereka mengatakan: "Dia (Nabi) mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin

Iaitu bahawa Muhammad (S) mendengar semua orang-orang mukmin dan mempercayai apa yang mereka katakan dan tidak mengatakan bahawa perawi-perawi mukmin itu Majhul Al-Hal atau pendusta sehingga dibuktikan kebenarannya, tetapi pada Al-Rasul - seperti di dalam ayat - bahawa orang-orang mukmin adalah benar ​​sehingga terbukti pembohongannya

﴿ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ﴾

Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin

وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ - mempercayai orang-orang mukmin iaitu membenarkan orang-orang mukmin.

Ini ketentuan Al-Quran yang membenarkan orang-orang mukmin secara jelas, tidak dengan mempersoalkan Majhul Al-Hal mereka sebagaimana yang mereka dakwakan adalah mencukupi bagi kita, kerana perawi wasiat adalah Syiah, yang beriman dan orang-orang mukmin benar secara jelas ​​seperti (dijelaskan) di dalam Al-Quran, dan dengan ini riwayatkan wasiat oleh Syiah benar secara jelas, dan ini membuktikan kesahihan sanadnya. Bagi orang-orang yang mempersoalkan masalah kesahihan sanadnya, yang diterima pakai dan yang disandarkan kepadanya, tetapi masalah batin (dalaman) orang-orang yang beriman samada benar ​​atau dusta, pada hakikat masalah ini adalah suatu perkara yang Allah tidak berikan tanggungjawab kepada manusia dan yang tidak diberi pengetahuan selain Tuhan yang mengurus Ilmu-ilmu kebatinan dan kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk diberikan IlmuNya.
.
Saya percaya penerangan yang sebelum ini telah mencukupi, akan tetapi melihat pada penambahan kata-kata mereka bahawa orang mukmin itu pendusta pada zahirnya sehingga memerlukan kebenarannya atau Majhul Al-Hal pada zahirnya sehingga memerlukan kebenarannya, ini bercanggah dengan toleransi dalam syariat Islam yang lazim padanya tidak sunyi dari hukum-hukum syariat, kehakiman, pembelaan dan akad, yang sering kali terjadi sehingga tidak mampu untuk sampai kepada saksi nikah, talak, dan pembelaan melainkan dengan mengesyaki individu ini yang perlu kepada toleransi dalam menjadikan syarat adanya keadilan dan kebenaran pada mereka, melainkan jika tiada satu pun terbukti keadilannya, maka perlu kepada pemeriksaan dan penelitian padanya terhadap kata-kata mereka bahawasanya keadilan dan kebenaran tidak akan ada melainkan dengan penyelidikian dan penelitian. Maka penyelidikan dan penelitian itu memerlukan kepada individu yang menyaksikan hal tersebut dengan keadilan dan kebenaran supaya diterima kesaksiannya pada selainnya itu dengan kebenaran individu lain, dan ini merupakan satu perkara yang berterusan dan terbatal, maka tidak mungkin akan terbukti keadilannya dengan cara ini satu-satunya melainkan sesiapa yang menyaksikannya dengan hujjah dari hujjah-hujjah Allah, yang terbukti hujjahnya dengan dalil atau terbukti dengan penyelidikan padanya sahaja, dan tidak mungkin akan diteliti seorang hakim syar’ei keadilannya terhadap manusia sekiranya tersalah penyaksian itu ketika proses kehakiman itu dalam Islam...


Jadi kata-kata mereka dengan tidak mengetahui keadaan orang-orang mukmin menjadikan ia sukar untuk mengumpul keterangan (kesaksian) di mahkamah dan yang serupa dengannya termasuk peraturan akad dan pembelaan, maka kata-kata mereka tidak sah (batil) dan bertentangan dengan sirah (perjalanan) Al-Rasul Muhammad (S), para Imam (as) dan untuk keunggulan Islam dan bagi kebesaran Al-Quran dan hukum-hakamnya.
                   
Dan sebagai tambahan: bahawa kata-kata mereka dengan tidak mengetahui keadaan orang mukmin yang lazim padanya     
yang tiada jaminan atas penyampaian orang-orang mukmin lebih utama dari penyampaian orang-orang muslim, manakala riwayat-riwayat dianggap terjamin atas penyampaian muslimin boleh diterima, dan fuqahak mereka menjadi serpihan ini.
Ini bermakna riwayat-riwayat para Imam (as) yang dianggap benar oleh orang Islam dalam mengatakan sucinya bangkai ikan, binatang sembelihan dan sebagainya, Apatah lagi dengan orang-orang mukmin?!!

Oleh itu, yang sahih adalah menghukum (menentukan) orang mukmin itu benar sehingga dibawakan dalil muktamad (qath’ei) pendustaannya.

Orang-orang yang berkeras (berdegil) selepas kenyataan ini dengan tetap menyatakan yang orang mukmin itu Majhul Al-Hal atau fasiq walaupun keadilannya atau kebenarannya terbukti. Ini adalah keangkuhan dan kedegilan mereka kerana menghukum tanpa bukti. Bahkan dalil yang ditegakkan atas kebenaran orang mukmin dan dipercayai kata-katanya, untuk mendengar kata-kata pengikut mereka dan mengenal bahawa mereka adalah orang-orang fasik dan membantah penetapan Majhul Al-Hal dan bukan ​​orang-orang di sisi fuqahak (ulama) sesat, walaupun jika mereka membuktikan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman, di mana mereka mematuhi ulama sesat untuk membuktikan keadilan setiap individu itu yang tidak dapat dibuktikan mengikut cara mereka dengan dalil manthiq yang sahih, di mana jika mereka mengatakan keadilan seseorang dibuktikan dengan kesaksian-kesaksian adil atau dua saksi adil kerana keadilan mereka juga perlukan kesaksian, dan perkara ini akan berterusan dan ia terbatal.

Untuk mengatasi semua perkara di atas, orang-orang yang bermegah dengan Ilmu Al-Rijal mereka tidak pun mempunyai bahan asas tentang keadaan para perawi dalam Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) itu termasuk menyerang beberapa orang sahabat Muhammad dan Aali Muhammad (as) untuk menguatkuasakan ke atas mereka melalui memperkatakan tentang Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) itu, Maka mereka pada asasnya tidak nampak bahan Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) untuk menyerangnya kerana di sana terdapat beratus-ratus ribu sahabat Al-Rasul dan sahabat para Imam (as) yang tidak ada dalam kitab Al-Rijal yang utama yang hanya menyebut bilangan yang sangat sedikit daripada mereka semua, dan jika inilah keadaannya maka mana-mana riwayat yang tidak mereka kagumi (senangi) dan tidak sesuai dengan keinginan mereka memungkin mereka dengan mudah menolaknya atas alasan bahawa perawinya Majhul Al-Hal atau perawinya tidak disebut di dalam kitab kitab Al-Rijal yang utama, apatah lagi kebanyakannya tidak disebutkan. Manakala pada hakikatnya seseorang tidak akan mengenal semua orang: Iaitu mereka itu asalnya tidak mempunyai bahan yang sah (tsiqah) untuk menyerang secara mantik (logik) untuk menghakiminya. Dan sesiapa yang mahu penerangan yang lebih lanjut boleh merujuknya pada – tulisan - Syeikh Nadzim (semoga Allah melindungi beliau) dalam perkara ini. Dan Al-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Jadi, semoga Allah memberi kamu kejayaan:

Kita membuktikan hujjah kita dengan dalil syarak dan dalil akal dan ia diterbitkan dalam kitab-kitab dan yang terbaru Kitab Wasiat Suci (Kitab AL-Washiah Al-Muqaddasah), dan tidak ada di sisi mereka penolakan selain berdusta dan bukanlah kemahiran khusus yang lemah tetapi ia mencabar sanad wasiat yang mutawatir dan yang disertakan mengatasi tahap ini, Maka jika sanadnya telah disahihkan oleh Al-Thusi dengan disifatkan perawi-perawinya adalah mereka yang  khusus, dan mereka semua adalah ulamak mutakhirin yang menghayati perkataan-perkataan Al-Thusi dalam masalah Al-Rijal, dan mereka tidak menolak perkataan Al-Thusi dalam masalah Al-Rijal yang dibina atas kata-kata mereka yang mutakhir. Jika tidak, ini hanya untuk meledakkan serpihan-serpihan di antara mereka dan dengan memanggilnya Ilmu Al-Rijal. Pada hakikatnya perkataan orang-orang mutakhir mengenai Al-Rijal adalah tidak sama sebaliknya ia hanya satu perkataan bebas dari dalil syarak..

Mereka orang-orang yang lemah untuk mencabar dalil syarak atau dalil akal kepada akidah bertaklid yang ada di sisi mereka yang dengannya mereka bina rujukan agama. Mereka tidak mempunyai rujukan Al-Quran sebagai dalil muhkam mahupun riwayat yang qath’ei sebagai sumber dalil yang muktamad, dan mereka tidak mempunyai dalil akal yang sempurna. Sementara kaedah mewajibkan merujuk kepada ahli ilmu yang mereka tawarkan tidak berguna kepada mereka; kerana mereka berada dalam keadaan yang terbaik yang menyediakannya secara pandangan, maka mereka hanya memberi pendapat. Dan pada hakikatnya mereka kadang-kadang tidak menyediakannya selain ilusi-ilusi (agakan waham) seperti hukum sholat di sekitar kawasan kutub (utara dan selatan), pada hal sebahagian dari mereka menggelar diri mereka sebagai marajik (tempat rujuk) tetapi tidak memahami apa yang dikatakan kepada mereka. Ketika kami meminta dari mereka dalil aqidah mereka mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, kita dapati mereka menyediakan dalil mereka secara merujuk kepada pakar! Pandangan ini menjadi sangat baik pada syarat-syaratnya iaitu harus (dibolehkan) dan tidak wajib, Walaupun harus ia perlukan perbahasan. Dan makna yang mendahului pandangan mereka ini sebagai dalil akal (aqli) dimana mereka sama ada tidak faham apa yang kita katakan kepada mereka, atau mereka mengakui bahawa akidah mereka itu bid’ah dan tidak sah (batil) serta tanpa bukti dan tersasar dari aqidah yang  mereka (anggap) wajib selepas dijelaskan kebatilan mereka kepada aqidah diharuskan atau mustahab. Apabila diputuskan seperti itu, biarkan mereka mengumumkan penolakan aqidah batil mereka dengan berpindah dari wajib kepada harus. Dalam usaha untuk menyampaikan perbincangan kami dengan mereka ke maqam (kedudukan) ini dan kami membincangkan aqidah mereka yang baru (yang lain).
             
Pada Tuhan, bagaimana bagi orang yang berakal tidak takutkan akhirat untuk meninggalkan hakikat yang dikemukakan kepadanya oleh Ahmad Al-Hassan ini, dan berpegang dengan ilusi-ilusi (syak wasangka) dan kesilapan-kesilapan mereka yang menggelar diri mereka marajik (tempat rujukan)? Demi Allah, saya kasihan kepada keadaan orang-orang yang memanggil diri mereka marajik. Tidakkah mereka mempunyai kelemahan dan kekurangan serta tidak mampu mempertahankan aqidah mereka yang runtuh itu. Semoga dikurniakan Allah SWT kepada kita taufikNya, dan menyeru mereka untuk mengkaji (merujuk) diri mereka sendiri. Kita semua sedang menuju kematian dan kita akan ditanya dan dipersoalkan. Saya tidak fikir bahawa kedudukan kepimpinan agama berbaloi dengan semua kekecohan ini dan menjual kematian untuk akhirat mereka dan memilih jalan kesesatan dari ilmu yang menyesatkan manusia dengan membeli kemarahan dan kemurkaan Allah. Maka bertakwalah kepada Allah di kalangan manusia miskin yang akan mereka sesatkan dan mengeluarkan mereka dari kebenaran dengan kedustaan dan sangkaan yang tidak mempunyai kebenaran dan tidak ada dalil padanya seperti pendustaan aqidah mereka dalam mewajibkan bertaqlid kepada bukan maksum.
                                 
                                   
✡✡✡✡✡

----------------------
[1] Ilmu Rijal Al-Hadits adalah ilmu yang membahas tentang pengenalan para perawi dan sifat-sifat, yang memiliki peranan penting untuk menerima dan menolak seorang perawi
[2] Salasilah (mata rantai) periwayat-periwayat
[3] Perawi yang tidak diketahui kepribadiannya atau tidak masyhur




Tiada ulasan: