Isnin, 30 Mei 2016

Al-Tiih (Tersesat)nya Umat Islam


Al-Tiih (Tersesat)nya Umat Islam

Jalan yang dilalui umat Islam berantakan selepas kematian Rasulullah Muhammad bin Abdullah (S), di mana Abu Bakr dan sekumpulan orang-orang munafik menerpa kepada kuasa dan merampas khalifah Rasulullah (S). Dari kelemahan kebanyakan para sahabat untuk menolong Washi Rasulullah (S) yang dilantik Allah, Ali bin Abi Talib (as), seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah (S) dengan perintah Allah, Amir bagi Mukminin dan khalifah kepada Rasul Tuhan sekelian Alam (S) selepas baginda di Ghadir Khum dalam Haji Perpisahan (Hijjah Al-Wada3), tidak berpuas hati dengan merampas hak Imam Ali (as) hak kemanusiaan untuk dia menyanjung kalimah La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah (S), bahkan juga perbuatan menceroboh oleh Umar bin Al-Khattab dan sekumpulan orang-orang munafik untuk cuba membakar rumah Fathimah Al-Zahra’ (as). Dia adalah anak perempuan Rasul Allah (S) iaitu satu-satunya dari sulbi baginda. Dia, Al-Hassan dan Al-Hussein dan Ali (as) yang difardhukan Allah mengasihi mereka di dalam al-Quran. Firman Allah Taala:

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾

Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada keluarga(ku) (Al-Qurba)." [12].

Dan setelah percubaan ini tidak berjaya untuk mengeluarkan Imam (as) membai’ah Abu Bakr, mereka terpaksa memecah masuk ke rumah Al-Zahra’ (as) sehingga mematahkan tulang rusuknya dan gugur anak dalam kandungannya dan terbonjol keluar tulang di dadanya. di mana dialah yang disabdakan Rasulullah (S):

(أم أبيها وبضعة مني ويرضى الله لرضاها ويغضب لغضبها وسيدة نساء العالمين من الأولين والآخرين)

(Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya - Fathimah) adalah bahagian dari diriku dan redha Allah adalah redhanya dan murka (Allah) adalah kemarahannya. Dia adalah penghulu Kaum wanita seluruh alam dari awal hingga akhir). [13]

Maka tidakkah Umat Islam bersalah dengan tersesat berpusing-pusing (Al-Tiih)  atau mereka bersalah (berlainan) selepas mereka berjalan di atas jalan yang sama dari Bani Israel mengikuti mereka tapak demi tapak,


قال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم  سنة بني إسرائيل)

Rasulullah (S) bersabda, (Demi jiwaku di tangan-Nya, kamu akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu, tapak demi tapak, selangkah demi selangkah, sehingga langkah kamu seperti langkah-langkah mereka, langkah, sunnah (perjalanan) Bani Israel).[14]

Dan meletakkan nasib umat ini dengan berwilayahkan (ditadbir) musuhnya dan mengembalikan wali dan imamnya dengan menimbulkan murka Tuhannya, maka mulalah masuk Al-Tiih (tersesat berpusing-pusing) dan merugi sejak waktu itu berterusan hingga ke hari ini di tengah-tengah padang pasir. Dari Muawiyah dan Ziyad hingga kepada Yazid dan Ibn Ziyad dan Muslim Ibn ‘Uqbah kepada Marwan, Abdul Malik dan anak-anaknya dan Al-Hajaj hinggalah ke Bani Al-Abbas Al-Saffah dan Al-Manshur Al-Dawaniqi dan Al-Hadi, Al-Mahdi dan Al-Rasyid Al-Dhaalin kepada Al-Amin dan Al-Ma’mun yang tidak Al-Ma’munin kepada Al-Mutawakkil pada Al-Syaitan kepada... kepada .... suatu perjalanan hebat yang dialami oleh umat ini. Berapa banyak bandar dilanggar kesuciannya dan pembunuhan menjadi pilihannya dan Gejala penyalahgunaan wanita-
wanitanya tidak selamat walaupun di kota Rasulullah (S) (Madinah) dan Ka’bah Al-Mukaramah

(dihantar oleh Yazid (laknahu Allah) melalui Muslim bin ‘Uqbah - dan yang pertama untuk dipanggil penjenayah – menyerang Madinah dan membunuh lebih daripada sepuluh ribu umat Islam termasuk tujuh ratus sahabat, dan memperkosa lebih daripada seribu anak gadis, tidak berhenti di sini sehingga mensasarkan Ka’bah Al-Musyarafah tetapi Allah membinasakannya sebagaimana dibinasakan tentera bergajah) [15].

Berapa ramai orang merdeka diseksa dan orang-orang baik dibunuh dan berapa ramai mereka yang dihukum penjara atau dimasukkan ke bilik gelap yang tidak kenal siang atau malam, dan kalau dilihat apa yang dilakukan oleh Bani Umaiyah dan Bani Al-Abbas terhadap umat Islam penuh dengan kengerian, dan kalau diketahui kebejatan dan kekufuran mereka dan betapa jauh mereka keluar dari agama, ia amatlah menghairankan.

Al-Mas'udi menyatakan pada salah seorang daripada mereka, iaitu Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik dalam mengumumkan emas. [Maruj Al-Zhahab]:

(غناه ابن عائشة صوتاً فطرب فقال له الوليد أحسنت والله يا امرئ أعد بحق عبد شمس فأعاد فقال: أعد بحق أمية  فأعاد .. فقال الوليد إلى المغني فأكب ولم يبق عضو من أعضائه إلاّ قبله، وأهوى إلى إحليله ليقبله فضمه المغني بين فخذيه فقال له الوليد لا والله حتى أقبله, وما زال به حتى قبله, وأعطاه ألف دينار وأركبه بغلة وقال: مر بها على بساطي ففعل ووضع حوضا في بستان وملأه خمراً, فكان يسبح فيه مع الفواحش ويشرب منه حتى يبين فيه النقص ونزل يوماً على ابنته وقال من راقب الناس مات غماً)

(Ibn Aisyah telah selesai bernyanyi. Lalu Al-Walid mengatakan kepadanya, "Bagus... demi Allah, ulangkan sekali lagi dengan haknya Abd Shams", jadi dia mengulanginya sekali lagi. Lalu Al-Walid mengatakan, "Ulangkan sekali lagi dengan haknya Umayyah", jadi dia mengulanginya sekali lagi. Kemudian, Al-Waleed mencium setiap anggota badan penyanyi itu, dan apabila dia bersandar kehadapan untuk mencium kemaluannya, penyanyi itu berpaling darinya. Lalu Al-Walid mengatakan, "Demi Allah, akanku menciumnya juga!!!", dan memaksa penyanyi itu sehingga dia dapat mencium kemaluannya. Kemudian, dia memberi penyanyi itu seribu dinar dan seekor keldai, dan menyuruhnya untuk berjalan dengan keldai itu di atas permaidaninya, lalu dipatuhi oleh penyanyi itu. Setelah itu, dia mengisi sebuah takung mandi dengan arak dan merenang di dalamnya bersama orang-orang yang tidak berakhlak, sambil meminum darinya sehingga surut, dan dia juga cuba untuk mendekati anak perempuannya dan mengatakan kepadanya, "Sesiapa yang cuba mencari jalan keluar akan menghadapi kematian yang menyedihkan.) [16]. 


Syed Al-Murtada berkata dalam Al-Amali:

(Disampaikan kepada kami Abu ‘Ubaidillah Al-Muzarbani katanya: Diceritakan kepada ku Ahmad Bin Kamal katanya: Al-Walid bin Yazid zindiq (tidak berpegang teguh terhadap agama), Suatu hari dia membuka Al-Quran dan bacaannya adalah:

﴿وَاسْتَفْتَحُوا وَخَابَ كُلُّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ﴾

(Dan mereka memohon kemenangan (atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sombong takbur lagi keras kepala,) [17], Maka dia mengambil mushhaf Al-Quran dan melemparkannya sehingga koyak dengan anak panah, dia berkata:

Adakah terancam semua orang yang berlaku sombong takbur, lagi degil
... lihatlah, aku yang yang berlaku sombong takbur lagi degil
Maka jika aku bertemu dengan TuhanMu pada hari perhimpunan
... aku akan kata Ya Tuhan, Langgar untukku Al-Walid) [18]

Saya minta maaf kerana menyampaikan sejarah seperti perkara-perkara yang tidak bersih ini, dan apa yang disebut itu kecil daripada yang sebenar walaupun pemerintah zalim itu tidak membunuh keturunan Rasulullah (S) dan meteka dipindahan ke hujung negeri, di mana kita dapati hari ini keturunan Rasulullah (S) tinggal di Iran, Afghanistan, India dan negara yang jauh dari bandar datuk meteka (S) – Madinah -, kerana ia adalah bukti yang cukup untuk menunjukkan mereka dikeluarkan dari agama dan terhadap perjuangan Islam, Cukuplah itu membuktikan kebencian mereka terhadap Rasulullah (S).

Kezaliman dan kejahatan ini berterusan hingga ke hari ini, harta kekayaan kita di tangan taghut penzalim yang diakibatkan oleh kejahatan mereka di dalam negara dan hamba rakyat memberikan penyembahan kepada mereka di samping Allah. Penjara-penjara mereka tidak diketahui sejarah yang pernah dilihat, di mana kaedah-kaedah penyeksaan amat mengerikan pada jasad-jasad, dan tentera-tentera mereka dilengkapi dengan semua jenis senjata Ia bukan untuk mempertahankan negara-negara Islam tetapi untuk menindas umat Islam, dan semua suara untuk meninggi kalimah Tiada Tuhan Selain Allah (La Ilaha Illa Allah), dan umat Islam yang menyeru (berdakwah) kepada hukum yang diturunkan Allah akan disumbat ke dalam bilik gelap atau dibunuh. Kita tidak tahu bilakah akan berakhirnya perayauan Al-Tiih dan kesesatan ini dan bilakah akan kembalinya Islam untuk memerintah umat Islam seperti yang dijanjikan Rasulullah (S) menyebarkan keadilan dalam negara umat Islam dan seterusnya ke seluruh muka bumi, tetapi kita tahu bahawa ia akan kembali; kerana Rasulullah (S) telah berjanji dan memberitahu kepada kita bahawa Islam akan kembali sebagaimana ia turun, pada akhir zaman di tangan anaknya Al-Mahdi (as).

Kezuhuran yang diberkati ini juga adalah untuk perbaikan besar yang tidak akan tercapai sehingga terangkatnya sebab-sebab keghaibannya dan timbulnya generasi pada umat ini yang bersedia untuk membawa risalah ilahiyah kepada penghuni bumi seluruhnya untuk mencapai janji Ilahi dengan kemenangan agama ini atas segala agama lain, jika kita benar-benar mahu untuk melakukan tercapainya keadilan di bumi dan kita mahu untuk keluar dari padang pasir ini dan perayauan Al-Tiih ini dan kita mahu kemunculan Imam Mahdi (as) kita perlu kembali kepada Islam yang yang dikehendaki Allah bukan yang dikehendaki para pemerintah zalim (thaghut), Dia SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ﴾

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan. [19].

Para pemerintah zalim (thaghut) yang memerintah umat hari ini adalah dengan bantuan Amerika - walaupun mereka menunjukkan permusuhan mereka, demi untuk meyempurnakan satu bentuk permainan yang keji ini - mereka mahu meminggirkan Islam dan menjadikan hati umat Islam kosong dari beriman kepada Allah, dilalaikan dengan kulit agamanya dan bukan pada hakikatnya, dan walaupun mereka dapat membuang kulit ini dan memeranginya dalam peranan menahan mereka daripada melakukannya, seperti yang mereka lakukan terhadap Turki hari ini. mereka telah disyaki menjadi tali barut bagi Amerika dan Zionisme - terutama bagi mereka yang mendakwa diri mereka sebagai musuh-musuhnya -. lihatlah sejarah hitam mereka dan akan didapati bahawa pada bila-bila masa mereka akan mengekalkan kuasa sebagai khadam untuk tuan-tuan mereka, Amerika dan Zionis ketika melancarkan peperangan ke atas umat Islam dan Arab, dan menindas (menumpaskan) semua gerakan Islam dan kebangkitan agama. Dan bagi sesiapa yang mahuka lebih daripada bukti-bukti ini, Sila lihat Taurat (Perjanjian Lama) Kitab Daniel, dan kita akan dapati bahawa di daerah Timur Tengah di mana sepuluh raja-raja bernaung di bawah Amerika atau, seperti yang dilambangkan sebagai kerajaan kuku besi meratah dan memijak seluruh kerajaan di muka bumi tetapi Mahdi umat ini (as) Insya Allah akan menguruskannya seperti yang dinyatakan dalam kitab Daniel sendiri.

Kemudian Thaghut penzalim tidak mengambil berat selain dirinya sendiri dan yang lainnya pada kekuasaan dan tidak didirikan takhta pemerintahan dan bahagian-bahagiannya melainkan dengan darah dan memerangi semua pihak yang menolak kuasa dan pemerintahannya dan dialah yang mengendalikan krisis-krisis antara penduduk, yang tidak berakhir sehingga ditamatkan pemerintahan mereka dalam pengistiharan peperangan dan menyebarkan fanatik kesukuan antara puak-puak dan menghembuskan persengketaan kejahatan (syaitan). Bahkan walaupun dengan menghalang sebuku roti dari orang awam untuk mengalihkan perhatian mereka dalam menghasilkan (cita-cita)nya. Kehidupan di bawah bayang-bayang Thaghut penzalim yang meminta korban manusia, tetapi ia adalah kematian dalam kehidupan, yang rugi dunia dan akhirat.

Plato ahli falsafah Yunani berkata dalam menerangkan Kerajaan Thaghut penzalim dan pembentukannya:

(Maklumat penting di kalangan mereka yang menyeru kepada demokrasi dan perlindungan buat rakyat, adalah manusia yang paling ganas dan licik, jadi dia mengusir yang kaya dan membunuh mereka, dan membatalkan hutang-hutang, dan membahagikan tanah-tanah, dan mencari jalan untuk melindungi dirinya dari konspirasi jahat, dan bermegah-megahan dengan kekuasaannya, dan melalaikan rakyatnya sendiri dan sentiasa membuat mereka memerlukan dirinya. Dia melancarkan peperangan ke atas jiran-jirannya setelah membuat keamanan dengan mereka, supaya dia dapat melaksanakan kehendak dirinya sendiri, dan memenggal leher setiap pesaing atau pengkritik, dan meminggirkan setiap manusia yang bersikap mulia, dan berdampingan dengan pembunuh-pumbunuh upahan, dan amat bermurah hati terhadap penyair supaya mereka memujinya, dan menyempitkan hidup rakyatnya supaya dia boleh membayar upah pengawal-pengawal dan para tali barutnya. Dengan ini, rakyat akan mula sedar bahawa dia telah menuju daripada pembebasan kepada kezaliman.)
Sebagai hamba Thaghut penzalim dan tentera upahan khayalan mereka adalah kehidupan yang selamat dan stabil dan leka, selagi mereka berkhidmat dengan Thaghut penzalim mereka tidak akan mengalami sebarang keburukan. maka tuan-tuan mereka kuat memotong leher mereka dan rakyat diserahkan tertakluk kepada kezaliman.

ini adalah khayalan (ilusi); kerana api kekal di bawah abu (bara), Dia SWT berfirman:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. [20].

Kebenaran adalah apa yang diketahui oleh sesiapa yang menjejaki sejarah umat dan penduduk di mana berakhir setiap Thaghut penzalim dan tentera upahan adalah dengan kebangkitan (revolusi)  golongan tertindas dan golongan yang dizalimi dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali..

Orang-orang yang menyerah diri kepada para pemerintah zalim (Thaghut penzalim) dan tunduk kepada mereka, dan mereka mengaku mereka orang-orang Islam pada hal mereka terkeluar dari wilayah Allah, tetapi mereka tidak mengetahuinya, Dia SWT berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيداً﴾
:

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. [21].

Dan mereka terperangkap dengan Thaghut penzalim dalam peperangan dengan penduduk Islam dan tidak teragak-agak untuk membantu mereka kerana takut kepada mereka itu, dan mereka memerangi Auliak Allah dan melanggar kesucian orang-orang mukmin, maka manakah keadaan yang paling teruk daripada keadaan mereka dan kekufuran manakah yang lebih besar daripada kekufuran mereka kerana mereka menolong musuh-musuh Allah?! Dia SWT berfirman:

﴿الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً﴾

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. [22].

Mungkin sesetengah daripada mereka beralasan bahawa mereka takut pada pemerintah zalim (Thaghut penzalim) dan takut terbunuh tetapi alasan jelek ini tidak boleh diterima jika ia perlu membawa senjata bagi pihak Thaghut penzalim, tidakkah itu untuk menolong mereka, Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيراً﴾

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi.". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, [23].

Dan firmanNya lagi:

﴿قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَى بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ * وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَاداً وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴾

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: "Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa". * Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya". Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan. [24].
Dan begitu juga membantu Thaghut penzalim dan bergantung kepada mereka adalah juga dilarang. Meninggalkan jihad dan meninggalkan seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga diharamkan. Langkah-langkah itu jauh dari kehidupan umat Islam pada hal tidak gugur tugas dan tanggungjawabnya. Sesiapa yang terus tidak mengambil berat urusan umat Islam bukanlah dia salah seorang daripada mereka, walaupun dia ahli undang-undang (faqih) pendakwa di pejabat jaksa mengenai Imam (as). Yang dipandang bagi semua manusia Muslim adalah pada hatinya dan apa yang ada di dalamnya; takut pada Allah atau takut pada Thaghut penzalim? Kedua-dua jenis takut ini tidak boleh berhimpun di dalam hati mereka orang mukmin. takut kepada Allah bertukar menjadi takut Thaghut penzalim di mata orang mukmin lebih keji dari nyamuk. Mereka tidak memberi apa-apa kesan kepadanya atau keputusan beliau hanya dalam had-had bertaqiyah yang diwajibkan sahaja, Dia SWT berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلا أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلا تُظْلَمُونَ فَتِيلاً﴾

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih teruk dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. [25].

Alhamdulillah bahawa umat Islam hari ini telah mula berjalan pulang kepada Allah, dan pada jalan kebangkitan agama Islam yang kita lihat setiap hari meliputi seluruh negara Islam, Dan mengancam takhta-takhta Thaghut penzalim yang menguasi umat ini dan mereka membawa kembali segala apa yang mereka boleh untuk dilambakkan kepada belia Islam pada keinginan kebendaan dan seksualiti, dan mrmaparkan hiburan dan alkohol dan perbuatan keji di negara-negara umat Islam yang disampaikan melalui televisyen dan segala yang lain yang diharamkan Allah berupa lagu-lagu dan wanita telanjang dan cerita-cerita tentang kehidupan orang-orang Barat. Ia bertujuan untuk merungkai keluarga umat Islam tetapi Allah menggagalkan rancangan mereka dan mendatangkan kemajuan peraturan rohani, dan bumbung-bumbung akan runtuh menghempap kepala mereka tidak lama lagi, Insya-Allah.

Thaghut penzalim itu mempunyai prasangka seperti orang-orang sebelum mereka, mereka boleh mengaburkan hakikat mercu tanda Agama Tauhid, dan mencacatkan Islam dan membunuh aqidah-aqidah yang sahih yang mengancam takhta-takhta (kekuasaan) mereka terutamanya aqidah menunggu kedatangan Al-Mahdi (as), tetapi mereka memiliki semua itu dan Al-Quran yang ada di tangan kita membisik berita gembira ke telinga kita:

﴿وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. [26].

﴿وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ *  إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغاً لِقَوْمٍ عَابِدِينَ﴾

Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah Al-Zhikr (Al-Quran), bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. * Sesungguhnya ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah). [27].

﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tadak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [28].

Maknanya tidak tersasar dari yang dikeluarkan oleh Rasulullah (S) dan berdesing di telinga kita:

(لو لم يبق من الدنيا إلاّ يوم لخرج من ولدي من يملئها قسطاً وعدلاً كما ملئت ظلماً وجورا)

(Walaupun dunia ini hanya tinggal satu hari sahaja akan keluar dari anakku yang akan memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.) [29].
                 
Al-Mahdi (as) di sisi kita orang Islam mendapat manfaat daripadanya sepertimana bumi mendapat manfaat dari matahari apabila hilangnya awan [30].

Wahai muslimin dan muslimat, Wahai yang tercinta yang beriman kepada Allah dan kufur kepada Thaghut penzalim dan yang berpegang kepada simpulan (buhul) tali yang teguh kepada hujah Allah di bumiNya-Al-Mahdi (as), dan ketahuilah bahawa beriman kepada Allah dan menjadi pengikut kufur kepada Thaghut penzalim, kedua-duanya ini adalah satu perkara seumpama kegelapan berterusan ketika munculnya cahaya. Maka tidak boleh difahami suatu keadaan yang terus gelap sama dengan munculnya cahaya.

﴿قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [31].

Mereka takut kepada syaitan dan hawa nafsu (keinginan diri) tetapi kamu ikutilah apa yang telah datang kepada kamu dari Rasul Allah (S) dan keluarga baginda yang disucikan dari Allah SWT agar Allah mengampunkan segala dosa, tetapi Dia tidak mengampunkan dosa syirik kepadaNya.

Allah SWT berfirman

﴿إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً﴾

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. [32].

Dan beriman kepada Thaghut penzalim dan berhukum (merujuk) kepadanya, membantunya, bergantung dan merendah serta menyerahkan diri kepadanya, semuanya adalah syirik (mempersekutukan) Allah dan sesat dari jalan Allah yang lurus. Mana yang sesat? Adakah kamu melihat bahawa orang yang kafir kepada Allah atau orang yang syirik apabila berpuasa dan sholat akan diterima sholat dan puasanya? Ibadah-ibadah dilaksanakan untuk membuktikan seorang hamba yang taat kepada Allah. Jika taat kepada Thaghut penzalim musuh Allah, maka apakah makna meninggalkan ibadah-ibadah, ketika itu apabila manusia tunduk kepada arahan; arahan Thaghut penzalim dan undang-undangnya pada ketika itu ia kufur kepada Allah dan keluar daripada WilayaNya kepada wilayah Thaghut penzalim, dan keluar daripada cahaya kepada kegelapan.

Dia SWT berfirman

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيداً﴾

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. [33].

Maka jalan kembali kepada Allah dan WilayaNya adalah sama dengan jalan kufur kepada Thaghut penzalim dan keluar dari wilayahnya, kedua-dua adalah jalan yang satu pada hakikatnya, ia adalah jalan lurus yang diterima melaluinya segala amalan; ia adalah kerana Allah Yang Tunggal Lagi Esa. Maka jika kita benar-benar ingin kembali kepada kepada Islam Al-Muhammadi yang asli tulen, kita perlu beriman kepada segala sesuatu yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah (S), kita perlu percaya dalam semua Islam dan hukum-hakamnya, kita tidak perlu beriman dengan apa yang sesuai dengan keinginan kita dan meninggalkan yang lain, kita perlu iltizam (mematuhi) jalan yang disuruh oleh Aushiak Muhammad (as), maka merekalah Bahtera penyelamat dan yang mendahului mereka akan terpesong dan yang berada di belakang mereka akan binasa, dan yang mengiringi mereka akan bersama kebenaran.

Adapun orang-orang yang ingkar sebahagian Al-Kitab dan beriman sebahagian darinya akan mendapati diri mereka pada akhirnya bersikap takbur di sebalik khayalan fatamorgana (bayangan air) di padang pasir, tetapi tidak bagi kita - sebagai orang yang beriman - ahli-ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa (as) yang menjadi contoh. Dan perumpamaan orang-orang beriman mereka (asalnya) adalah yang orang-orang yang jauh dari manhaj (pendekatan) rabbani Al-Ilahiyah, tetapi mereka adalah auliak (penolong) Thaghut penzalim dan berdiri bersama Firaun (laknahu Allah) pada mulanya untuk menghujjah Musa (as), tetapi apabila mereka mematahkan (membantah) kehendak hawa nafsu mereka terhadap kebenaran yang diterangkan kepada mereka, maka mereka beriman kepada Allah dan mengingkari Firaun dan terbit (bersinar) cahaya kebenaran di dalam hati mereka dan semakin hilang kegelapan Thaghut penzalim dari pandangan mereka dan kali ini berdiri di samping Musa (as) untuk berjihad di jalan Allah dan menentang Firaun (laknahu Allah) dan menjelaskan kepada manusia kedustaannya, kehinaannya dan kelemahannya.

Dia SWT berfirman

﴿فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى * قَالَ آمَنْتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَاباً وَأَبْقَى * قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَى مَا جَاءَنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا﴾

Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa". * Berkata Fir'aun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". * Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. [34].

Hamba-hamba mukmin ini memburu dunia di mata mereka dengan tujuan menghina, bukan menjadikan ancaman Firaun (laknahu Allah) untuk memotong tangan dan kaki dan menyalib mereka tiada kesan ke atas keputusan mereka untuk mengikuti kebenaran, tidak mempengaruhi kehidupan bahkan menjadi jelas kepada mereka hakikat dunia dan alam kebendaan yang diperjuangkan oleh Firaun, Haman, Qarun; dan yang seumpama mereka, dan ahli-ahli sihir itu berjaya dalam ujian dan halangan maka mereka memenangi redha Allah bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

Zhabih Aali Muhammad Al-Hussein (as) berkata:

Apabila dunia ini amat berharga
. . . maka tempat pahala Allah lebih tinggi dan lebih mulia
Jika rezki-rezki dibahagi berkadaran.
. . . maka sedikit perhatian orang dengan usaha yang singkat
Jika harta-harta ditinggalkan menghimpunnya
. . . bagaimana pula ia terpulang kepada si bakhil
Jika tubuh-badan dibentuk untuk mati
.. . maka terbunuh seseorang dengan pedang Allah lebih baik [35].

Sepatutnya kita tertanya-tanya: Apakah hati kita takut untuk mengingat Allah dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. dengan berwalikan (walak) kepada Auliak Allah dan memushi musuh-musuh Allah, dan menjadikan Islam perlembagaan dan cara hidup kita, dan Al-Quran cogan kata (syiar) kita, dan Kalimah La Ilaha Illa Allah itu perlindungan dan benteng untuk kita!!

Kita hendaklah mengatakan kepada Thaghut penzalim,

Tetapkanlah apa yang kamu (ingin) tetapkan dan apa yang kamu tetapkan hanyalah kehidupan di dunia ini!!

Adapun kami memilih pemerintahan Islam dan menolak pemerintahan Jahiliyah!!

Pada hati kami terbit cahaya kebenaran, untuk menghapuskan kegelapan Thaghut penzalim padanya!!

Adakah kami akan kekal tersesar di Al-Tiih ini, di padang pasir ini di sebalik fatamorgana (bayangan air), dan keluar dengan usaha kami, dan air hampir pada kami?

Dia SWT berfirman:

﴿وَمَا أَنْتَ بِهَادِ الْعُمْيِ عَنْ ضَلالَتِهِمْ إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآياتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ﴾

Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (memalingkan) orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri. [36].


✡✡✡✡✡
                            
-----------------------
[12] – Al-Syuraa 42:23.
[13] - lihat: Asad Al-Ghabah oleh Ibn Al-Atsir: Jilid 5: halaman 520, Musnad Ahmad: Jilid 4: halaman 5, Sahih Bukhari: Jilid 4: halaman 210, Sahih Muslim: Jilid 7: halaman 141, Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5: halaman 360, kemuliaan para sahabat oleh Al-Nasa’ei: halaman 87, Sunan Al-Kubra oleh Baihaqi: Jilid 10: halaman 210. , Al-Isti3ab oleh Ibn Abd Al-Barr: Jilid 4: halaman 1895, Dakhair Al-3uqba. halaman 43, Tarikh Dimasyq: Jilid 42: halaman 134, Al-Ishabah: Jilid 8: halaman 102, dan sumber-sumber lain dengan perbezaan-perbezaan yang menyatakan kemuliaan sebenar Fathimah Al-Zahra; as.
[14] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1: halaman 303.. Dan Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad: Jilid 5: halaman 340, dan dalam Sunan Tirmidzi: Jilid 3: halaman 322, dan Al-Haitsami dalam Mujma3  Al-Zawaid: Jilid 7: halaman 216 dengan perbezaan pada lafaz dengan satu makna;.
[15] – Beliau (as) menunjukkan Peristiwa pertumpahan berdarah diperolehi pada 28 Zhu Al-Hijjah tahun 64 Hijrah, di mana Yazid membenarkan Madinah Rasulullah selama tiga hari di mana dia dapat dari pembunuhan dan serangan ke atas mercu tanda, yang tidak terdaya dinyatakan butirannya dan Sesiapa yang suka melihatnya dapatkan kitab kejadian tersebut. Beliau (as) juga menunjukkan apa yang berlaku pada 3 Rahi3 Al-Awwal tahun yang sama, di mana tentera Yazid mengepung Baitu Allah Al-Haram dan membakar Baitu Allah dan masjid.
[16] - Lihat Al-Kunn Wa Al- Alqab, Jilid 1: halaman 346..
[17] - Ibrahim14:15:.
[18] - Amali Al-Syed Al-Murtadha: Jilid 4: halaman 90.
[19] – Al-Nahl 16: 36.
[20] – Al-3angkabut 29:41.
[21] – Al-Nisa’ 4: 60.
[22] - Al-Nisa’ 4: 76.
[23] - Al-Nisa’ 4: 97.
[24] – Saba’ 34: 32-33.
[25] - Al-Nisa’ 4: 77.
[26] – Kisah 28: 5-6.
[27] – Nabi 21:105-106.
[28] – Al-Nur 24: 55.
[29] - Lihat, sebagai contoh: 3uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid 1: halaman 397, Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 99, dan selain keduanya banyak perbezaan-perbezaan tulisan.
[30] - Beliau (as) menunjukkan kepada sabda Rasulullah (S) Al-Jabir bin Abdullah Al-Ansari (Jabir berkata: Aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, Adakah mendapat manfaat pada Syiahnya semasa keghaibannya Baginda (S) bersabda: Demi yang mengutus ku dengan kenabian, sesungguhnya mereka akan diterangi cahaya dan mendapat manfaat dengan wilayah beliau semasa keghaibannya, sepertimana bumi mendapat manfaat dari matahari apabila hilangnya awan, wahai Jabir, ini daripada rahasia Allah yang tersimpan, dan perbendaharaan IlmuNya, maka ia disembunyikan melainkan untuk ahlinya) Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah:. halaman 253.
[31] - Al-Baqarah: 256.
[32] – Al-Nisa’ 4: 48.
[33] – Al-Nisa’ 4: 60.
[34] – Thaha 20: 70-72.
[35] – Rawaitu Al-Abiyat dalam Manaqib Aali Abi Talib: Jilid 3: halaman 246, Matsir Al-Ahzan: halaman 32, Bihar Al-Anwar: Jilid 44: halaman 374, dan yang lain-lain dengan perbezaan-perbezaan kecil..
[36] – Al-Rum 27: 53.






Tiada ulasan: