Setiap Orang
Daripada Kamu Adalah Dari Umat Ini!
ليكن كلّ واحد منكم أُمّة !
Sekarang saya akan menyampaikan kata-kata Syed Ahmad Al-Hassan (as)
untuk para
ansarnya yang mulia.
Kisah ini: adalah kisah
salah seorang ansar yang telah bertangguh dari beriman dengan dakwah Al-Haq
yang diberkati. Dia telah menulis kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan memohon
maaf atas kelewatannya dalam mendokong dan memenuhi dakwahnya, dan meminta
sokongan (bertawassul) dengan ibunya Fatimah Zahraa’ (as) pada dirinya untuk
menyeru padanya dan keluarganya, dan bahawa sekiranya mereka menjadi orang-orang
yang celaka semoga Allah memadamkan nama mereka dari senarai orang-orang yang
celaka dan ditulis dalam senarai orang-orang yang bahagia dengan keberkatan
Muhammad dan Aali Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in).
Memandangkan
jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenai iktikad-iktikad umum, difikirkan
sesuai dipaparkan kepada semua orang mukmin dan mungkin yang dihadapi oleh hati
dan kesedarannya, dan menjadikan mereka seperti yang dikehendaki oleh hujah
Allah dan khalifahNya..
Ini adalah teks
ucapan beliau (as):
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kamu kejayaan dan semua yang
baik dan menjauhkan kamu dari segala kejahatan, dan saya tidak berdaya, saya
adalah hamba yang lemah mengharapkan ampunan dan
rahmat Tuhan untuk mengatakan bahawa ini yang bahagia dan itu yang celaka.
Saya datang untuk menjelaskan kebenaran dan menunjukkan jalan kebenaran,
Saya datang untuk memusnahkan struktur kebatilan dan membina dengan kuasa dan
kekuatan Allah dan dengan bantuan orang-orang yang beriman dengan struktur
kebenaran-Nya SWT. Bahkan saya adalah tanda (alamat) dari tanda-tanda jalan tersebut.
Maka matlamat kamu adalah mencapai dan menyampaikan pengetahuan tersebut, Bahkan
saya berharap kepada Allah dan kamu wahai saudara-saudari, kamu adalah
sebahagian orang-orang yang benar dan bahawa kamu juga akan menjadi tanda-tanda
di jalan Allah. dan dengan kedudukan dalil-dalil penjamin secara tenang kepada
kebenaran, Kepada Allah SWT yang memberi panduan daripada jalan yang sesat..
Yakinlah sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa bersama kamu, ikhlaskan diri
kamu kepada Allah SWT, dan semoga setiap seorang daripada kamu akan memikul
Al-Haq sahaja tanpa melihat bersamanya melainkan Allah, dan agar melawan kebatilan
dengan segala keyakinan, kerana setiap seorang daripada kamu adalah dari umat
ini.
Janganlah kamu berharap kepada seseorang, janganlah kamu berharap kepada Ahmad Al-Hassan hamba yang akan mati, tetapi bertawakkallah kamu
kepada Tuhan yang tidak mati
﴿وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ
الْمُتَوَكِّلُونَ﴾
Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang
bertawakkal itu, berserah diri".[Ibrahim 14:12]
Maka alangkah baiknya
Al-Rabb Tuhan kamu, kerana Dialah Yang Maha Mulia, yang diriNya ditaati oleh orang-orang
yang bertaqwa, yang yakin lagi ikhlas. Berjihadlah kepada Allah dan beramallah
agar menjadi seperti mereka itu. Kamulah yang membangunkan orang-orang yang
tidur dan menghidupkan orang-orang yang mati. Melihatlah semula orang-orang
yang buta dan mendengarlah semula orang-orang yang tuli, dan hendaklah setiap
seorang dari kamu yakin sepenuhnya bahawa hanya dengan memikul kebenaran dan menentang
kebatilan sahaja kamu akan ditolong (dimenangkan) Allah.
Selamat bagi kamu, berjihad bersama Al-Haq Yang Maha Suci, dan selamat bagi
kamu, untuk memerangi kebatilan.
Puji dan syukur pada Allah bagi sesiapa yang mengenali saya dan saya
bersama kamu wahai tuan, wahai puan yang mulia lagi benar. Sesungguhnya kelebihan di sisi Allah amat
tinggi lagi agung, dan adalah menjadi harapan saya bahawa ansar Al-Haq yang dihormati
saya persilakan untuk (berdakwah) menyeru mereka.
Puji dan syukur pada Allah kerana tidak menjadikan saya seorang yang sombong
lagi celaka..
dan ampunan dipohonkan kepada Allah bagiku dan kamu semua.
Yang berdosa lagi lemah
Ahmad Al-Hassan
28 / Zhu Al-Hijjah / 1428 H].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan