Ini Adalah
Sebahagian Daripada Tindakan Mereka Terhadap Al-Haq Dan Pemiliknya!
هذه بعض أفعالهم مع الحق وصاحبه !
Ada seseorang telah menghantar soalan bertanyakan kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as), meminta beliau untuk menerangkan
kedudukan dan kelayakannya, dan soalannya berbunyi:
[Adapun jika aku bertanya
kepada mereka yang mengejar dunia sebagai persediaan akhirat, maka tidaklah
beruntung perniagaan kamu dan tidaklah kamu mendapat pertolongan (kejayaan). Maka
berkatalah secara jujur kerana kematian tiada hijab antara aku dan dia yang
dapat disembunyikan, dan aku tidak mahu bertemu dengan Tuhanku dengan wajah
(muka) hitam semasa dia memintaku untuk menegakkan seruan kebenaran. Aku tidak
menjawab kerana aku meninggalkan kebenaran pada ahlinya]
Berikut dibawakan jawapan Syed
Ahmad Al-Hassan (as) kepadanya.:
. .. Dan ketahuilah semoga
Allah memberi kejayaan kepada kamu, bahawa aku berhujjah dengan wasiat Rasul Allah
Muhammad (S). Wasiat yang baginda sifatkan sebagai pemilihara dari kesesatan. Dan
kami telah membuktikan kesahihan sumber pengambilannya. Dan jelas terbukti
tidak dapat dielakkan dengan pemakaiannya (selaras) bagi pendakwanya untuk membenarkan
tujuannya (alasannya) … dan perselisihan kita bertambah kepadanya jika dia
tidak mempunyai dalil syar’ei maupun dalil aqli atas tuntutannya dari aqidah wajib
bertaqlid kepada bukan maksum. Maka dia tidak berdaya menolak dalil qath'ei
(bukti yang tepat) yang saya bawakan kepadanya. Tidak ada hujjah di hadapan
Allah untuk mereka yang menurut perkara yang salah (batil) yang tidak dapat mengemukakan
dalil syar’ei maupun dalil aqli dan dengan meninggalkan kebenaran dan agama Al-Ilahi
Al-Haq kita, agama para nabi dan agama Muhammad dan Aali Muhammad (as) yang menjadikan
ia sebagai dalil syar’ei yang qath'ei (dalil nash syariat yang tepat)…
Ada yang menamakan
diri mereka ayat-ayat (Ayatullah) dan tempat rujukan (Marajik) lari dari
berhadapan dan berbahas secara langsung dengan saya, saya berada di Najaf di
kawasan kejiranan Al-Nashr dan pintu rumah saya sentiasa terbuka siang dan
malam, dan saya menerima sesiapa sahaja, saya telah membuat tawaran perdebatan
langsung kepada mereka dan mengumumkan kesediaan untuk berdebat di mana sahaja
tempat pilihan mereka, walaupun di pejabat mereka dan menunggu selama
bertahun-tahun tanpa suatu jawapan pun!
Kemudian, apabila
mereka dapati bahawa mereka tidak dapat melepaskan kemarahan mereka, mereka
gerakkan kekuatan tentera pengikut setia mereka dan cuba untuk membunuh saya atau
menangkap saya dan menyerang Pejabat Dakwah berhampiran dengan (maqam) Imam Ali
(as) dan menahan sekumpulan orang yang beriman tanpa apa-apa kesalahan hanya
kerana mendedahkan kejahilan Marajik mereka dan ketidakmampuan mereka untuk berhadapan
dengan ilmu yang dikemukakan oleh Ahmad
Al-Hassan,
mereka melakukan semua ini untuk melarikan diri dari perdebatan awam; kerana
mereka akan menunjukkan kekosongan ilmu aqidah dan mendustakan agama mereka
yang mengadakan rujukan ke atas aqidah wajib bertaqlid kepada bukan maksum.
Dan setelah memaksa saya
dengan kekerasan senjata untuk mengeluarkan saya dari rumah saya di pinggir
Najaf tidak dapat menutup pintu perbahasan, bahkan saya membuka pintu yang
lain, yang terbuka kepada mereka hingga ke hari ini, di mana saya bangun dengan
mendatangkan aqidah Al-Haq dalam kitab (tulisan) dan meminta mereka untuk
membalasnya, dan perbahasan secara bertulis, tetapi mereka juga keberatan hingga
ke hari ini sebagaimana kamu dapat lihat.
Akhirnya beberapa
hari yang lalu diterbitkan “Kitab Al-Washiah Al-Muqaddasah” (Kitab
Wasiat Suci) di mana jawapan tertera di dalamnya dengan dibentangkan Wasiat berserta
dalil-dalil qath’einya atas peribadi sebenar yang mendakwanya. Marilah kita
meninggalkan segala yang lepas dan kembali kepada kedua-dua jawapan, dan saya menyeru
mereka untuk menjawab semula secara ilmiah yang mempunyai nilai, dan mintalah
bantuan Marajik di Najaf (Iraq) dan Qom (Iran) dan untuk bersoal jawab dan mulakan
perbahasan secara bertulis antara saya dengan mereka. Saya beritahu kamu
terlebih dahulu: Bahawa mereka tidak akan mahu bersoal jawab, mereka dari awal
lagi telah menghasut tentera untuk menyerang ke atas pejabat dan begitu berani menutupnya
di Najaf, ini tidak lain hanya satu sebab iaitu untuk lari dari perbahasan. Bagaimana
hendak menunggu mereka pada hari ini untuk bersoal jawab. Ya demi Allah, hanya
ada satu cara yang mungkin mendatangkan hasil, ia adalah menggesa mereka dan
memaksa mereka untuk bersoal jawab melalui kamu.
Jika mereka tidak
mahu untuk membahaskan dua soal jawab yang menjadi iktiqad kami, kita mulakan perdebatan
bertulis antara saya dan mereka dalam aqidah mereka yang mewajibkan bertaqlid
kepada bukan maksum.
Adapun anak-anak muda
mereka dari para pendakwah yang mendakwa
boleh berijtihad dan yang sumpamanya, mereka boleh bersoal jawab secara lisan dan
tulisan dengan syeikh-syeikh ansar Imam Mahdi. Mereka meminta perbahasan awam
ini disiarkan pada saluran (TV) satelit untuk menjelaskan Aqidah Al-Haq kepada
umat manusia.
,
Mereka melarikan
diri setiap kali mereka diajak keluar (berbahas) atas alasan untuk mewajarkan
mereka melarikan diri dari perbahasan dengan ansar Imam Mahdi (as)
Mereka dituduh melarikan
diri dari ansar dan perdebatan senyap, dan juga mengambil jalan mendustakan
menipu manusia.
Sebagai contoh: Al-Kurani
dan Markaz Pengikut Al-Sistani mengatakan bahawa nama salah seorang dari bapa-bapa
saya [Kathe3 - Katek] Nama ini diulang-ulang dalam TV satelit dengan mengatakan
: [Ibn Kuwaithe3 - Kuwaitek]. Ini sikap semborono untuk mengkhianati seorang manusia.
Bagaimana boleh seorang
tokoh besar dan terkenal ini yang berusia lanjut berdusta dan mempunyai tingkah
laku beradab ini.
Walaupun nama saya
dalam rekod pendaftaran rasmi di Iraq adalah Ahmad, Ismail, Saleh, Hussein,
Salman, dan tidak ada nama Kathe3 atau Qathe3. Dari manakah Al-Kurani
ambil nama Kathe3 ini?
Jadi ini adalah
salsilah keturunan dusta Markaz Al-Sistani dan Al-Kurani. Satu percubaan murahan
untuk berdusta kepada manusia dan menipu mereka dengan nama-nama gelaran,
seolah-olah mereka tidak pernah membaca Al-Quran, yang melarang dari mencipta
nama-nama gelaran buruk, walaupun ia adalah perkara benar. Bagaimana ini boleh berlaku
sedangkan dalam nama bapa-bapa saya tidak ada yang bernama [Qathe3] dan
ini bukanlah gelaran nama bagi saya sama sekali?
Saya berfikir bahawa
perdustaan perbuatan seleweng ini tidak layak bagi seorang lelaki tua yang
berjanggut putih dan memakai serban. Maka amat memalukan sekali mereka termasuk
golongan orang-orang yang berkhianat dengan mengeluarkan pembohongan dan
fitnah ini dan memanggil nama gelaran dengan cara yang mentah ini.
Allah SWT berfirman:
﴿وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ
الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ
الظَّالِمُونَ﴾
Dan jangan memanggil dengan
gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang
buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim. [Al-Hujuraat 49:11]
Dalam Wasail Al-Syiah:
Jilid 21, halaman 400 Bab Dibenci (makruh) menyebut gelaran dan nama panggilan
orang yang kedua-duanya adalah benar atau sifat peribadi kedua-duanya adalah makruh:
Dari Muhammad bin
Yahya bin Abi 3abbad dari Bapa saudaranya
dari Al-Redha (as): dia melagukan tiga bait
syair, dan menyebutnya, beliau berkata dan sedikit sahaja yang akan bersyair. Lalu
saya berkata ia untuk siapa, beliau berkata, untuk orang-orang Iraq kepada kamu.
saya berkata memuji-muji Abu Al-3atahiyah (bodoh; bebal) melagukan untuk
dirinya sendiri. Lalu beliau berkata, Dapatkan namanya, kamu tinggalkan yang
ini, Allah AWJ berfirman:
وَلَا
تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ
Dan jangan memanggil
dengan gelaran yang mengandung ejekan - Mungkin lelaki itu membencinya.
Tetapi adakah ia
berakhir di sini? Tidak.
Al-Kurani telah
berkata bahawa Ahmad Al-Hassan adalah
Zionis,
dan Ahmad Al-Hassan telah mempertahankan tuduhan
ini dengan dalil-dalilnya
Bagi bintang berbucu
enam dan dia mengatakannya adalah dari warisan para nabi.
Walau bagaimanapun bintang
berbucu enam juga terdapat dalam tinggalan Sumeria Antikuiti dan ia dikenali sebagai
tanah tamadun tertua, sebelum Musa bin Imran (as) dilahirkan lagi, dan sebelum suatu
nama yang dipanggil Yahudi wujud, tetapi Al-Kurani menegaskan bahawa bintang
berbucu enam hanya mempunyai hubungan dengan Zionis sahaja tiada yang lain, dan
mempertahankan mengenainya atau menerangkan hakikatnya dan mengatakan ia dari warisan
para nabi iaitu Zionis.
Dengan itu, mengikut
cara Al-Kurani pada kesimpulannya maka Hauzah Najaf (Pusat pengajian Najaf) dan
Kerajaan semasa Iraq dan penguasa wilayah semasa Karbala dan pengurusan Muzium Imam
Al-Hussein (as) di Karbala, semuanya mengikut tuduhan Al-Kurani adalah Zionis, Kerananya
juga Peti Replika (salinan) Fatimah Al-Zahraa’ (as) dihiasi dengan bintang segi
enam besar yang terletak di sebuah muzium di Turki, dan meletakkan salinan di
Muzium Imam Al-Hussein (as) di Karbala, Iraq dan ada pada bendera Hauzah Najaf,
bahkan Al-Kurani dengan ukuran (kiasan) ini telah menuduh Nabi Muhammad dan Fatimah
Al-Zahraa’ adalah Zionis. Dimana jika Fatimah (as) telah meletakkan lambang ini
di petinya disifatkan kepadanya dan ada bintang berbucu enam di rumah yang terbuka
pada masjid Rasulullah Muhammad (S) di Madinah Al-Munawarah, di mana bintang
berbucu enam terdapat di masjid Nabi.
Seperti yang kamu
lihat ia diislah (dibaiki) Allah, mereka telah membuat tindakan ke atas seruan
(dakwah) Al-Haq dengan kedustaan dan fitnah, dan setiap akal yang waras mengadili
mereka adalah orang yang berkeras berdusta dengan sengaja untuk menolak seruan
dakwah ini adalah orang yang menentangnya, dia mengaku dengan tindakannya ini, tetapi
dia tidak berupaya menangkis secara ilmiah, kerana itulah dia memilih jalan
berdusta.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan