Menolak Rukya (Mimpi), Apakah Tujuan Mereka !!
يختلقون رؤى، فما هو غرضهم !!
Rukya adalah
kata-kata Allah, banyak riwayat yang menyebutkan kenyataan ini.
Namun sebahagian mereka telah begitu berani - menolak seruan kebenaran (dakwah
Al-Haq) - sehingga mendustakan dan menolak (berselisih) tentang rukya (mimpi) ini, termasuk bertujuan untuk memastikan orang lain dari
beriman dengan dakwah Al-Haq dan untuk mengwaswaskan mereka. Saya sendiri telah
melihat rukya
(mimpi) berulang kali.
Apakah matlamat percubaan terdesak mereka ini dan pada masa yang sama mereka
tidak berasa tenteram?!
Syed Ahmad
Al-Hassan (as)
berkata dalam menerangkan tujuan daripada bala tentera Iblis (laknahu
Allah) seperti berikut:
Percubaan Terdesak:
﴿بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ
الْأَوَّلُونَ﴾
Bahkan mereka mengatakan:
"Mimpi-mimpi itu kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang
penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu tanda, sebagai-mana
rasul-rasul yang telah lalu di-utus".[Al-Anbiyak 21:5]
Hujjah ini diulangi oleh orang-orang yang
tidak beriman terhadap Malakut Al-Samawaat (kerajaan langit), dan mendustakan
utusan-utusan Allah pada setiap zaman setiap kali mereka membawa risalahNya,
dan mereka
cuba mengacau dan tidak senang dengan
bukti-bukti rukya (mimpi) orang-orang
beriman itu, ia hanyalah mimpi-mimpi yang kalut lagi mendustakan Allah dan malah rukya (mimpi) yang diada-adakan:
﴿وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ﴾
Dan kamu terhadap tanda-tanda-Nya akan bersikap
angkuh. [Al-An3aam 6:93]
Ia adalah urusan besar Allah itu, tetapi
mereka ini suka menterbalikkannya, mereka dengan mudah membuat tanggapan rukya adalah
rekaan palsu terhadap Khalifah Allah pada zaman mereka dalam cubaan terdesak mereka
sebagai mencabar kesaksian Allah di hadapan orang-orang mukmin, dan pada masa
yang sama mereka mengatakan mereka tidak percaya dengan rukya (mimpi) pada hal ianya adalah dalil perwujudan bagi Khalifah
Allah di bumiNya, dan ini mendedahkan pendustaan dan percubaan mereka untuk
melarikan diri dari kewajipan mereka mempercayai beribu-ribu rukya (mimpi) yang dilihat ramai manusia dan amat jelas bagi perwujudan Khalifah Allah, dan bagi
mereka yang menahan diri dari terlibat dengan kedustaan. Dan rukya-rukya
(mimpi-mimpi) mereka itu secocok (sahih)
dengan nash Khalifah Allah terdahulu.
Begitu juga apabila mereka mendustakan dan mengada-adakan
rukya tidak akan dapat menterbalikkan urusan ini sebagai pengesan yang sangat
mudah selepas Adam (as), kerana terdapat nash daripada Khalifah sebelumnya, maka
nash Allah atas KhalifahNya dengan rukya (mimpi) tidak dapat
tidak sama dengannya dan tidak ada pengecualian, dan dengan itu sesiapa yang
mengada-adakan rukya (mimpi) dusta dan
secara palsu lagi bersalahan pula dengan nash Khalifah sebelumnya ternyata ianya
telah berdusta terhadap Allah.
Secara umumnya, mereka mahu mencapai hasilnya
dengan berdusta, iaitu bersaing (mencabar) rukya, dengan mengatakan: Sekiranya rukya mereka (dusta) tercelalah
rukya (benar) orang-orang mukmin dan
gugurlah hujjah rukya orang-orang mukmin,
iaitu, mereka cuba untuk atau mahu mencabar Malakut Al-Samawaat dengan
memfitnah Malakut Al-Samawaat, dengan cara dan dengan niat fitnah yang sangat jahat
yang mereka mahu katakan: Bahawa berita (khabar) itu datang dari kerajaan
langit (Malakut Al-Samawaat) adalah bercanggahan, dan dengan itu ia gugur. Ini bermakna
mereka percaya ketidaksahan rukya dari mula lagi dan ianya tidak mempunyai nilai dan tidak sahih pada asalnya.
Maka orang yang percaya bahawa rukya dari Malakut Al-Samawaat dan ia adalah kalam Allah mengetahui dengan yakin dan
pasti bahawa ia sesuai dengan yang diturunkan dalam satu arah dan merujuk
kepada hakikat yang satu; kerana ia adalah kata-kata Allah, dan oleh itu tidak
ada percanggahan di antaranya dengan hakikat.
Ya, ada percanggahan antara rukya sebenar (hakikat) dengan -penglihatan bayangan
kesesatan lontaran syaitan yang dusta yang memulakan cabarannya dengan rukya orang-orang mukmin kemudian mencabar Malakut
Al-Samawaat, dan akhirnya ditamatkan dengan mendustakan kata-kata Quran:
﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ
إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ .................... قُلْ
كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖ يَعْلَمُ مَا فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ
وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾
Dan mereka berkata:
"Mengapa tidak diturunkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) dari
Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya ayat-ayat (tanda-tanda) itu
terserah kepada Allah.………………… Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi
antara aku dan antara kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar
kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi. [Al-Ankabut
29:50-52]
Bahkan juga menafikan kenyataan yang tertulis
dalam sejarah atas kesaksian Allah bagi orang-orang yang beriman kepada Isa
(as), Muhammad (S), Ali (as) dan kepada Al-Hassan, dan Al-Husein 3alaihima Al-salam),
dan kepada dan, dan..... .
Adakah jelas perkara itu sekarang,
menunjukkan tujuan dan niat jahat tindakan mereka?
Dan berikut ini adalah nash lain dari beliau (as), menggambarkan
bagaimana membezakan kepalsuan dalam rukya itu, beliau (as) berkata:
Apa yang mereka mahu katakan pada mereka yang mendakwa
telah melihat rukya yang tidak memihak
kepada Ahmad Al-Hassan?! Walaupun terdapat beribu-ribu rukya bagi orang-orang dari negara-negara yang berbeza dan
berlainan akidah mereka melihat dalam tidur (rukya) bahawa Ahmad Al-Hassan adalah benar? Apa lagi yang mereka
mahu katakan?
Mereka mahu mengatakan: Bahawa Al-Malakut ada
percanggahan! Mereka mahu memukul Malakut Al-Samawaat?
Jika Al-Malakut ada di tangan Allah, adakah
kejadian itu benar atau adakah ia dusta dan perkara itu tidak dapat dibezakan
dan dijelaskan, dan ia adalah dari rukya yang
selaras (disahkan) dengan wasiat Rasulullah (S) bahawa ianya adalah benar, dan sesiapa
yang berdusta
dan memberi penerangan; rukya bertentangan dengan wasiat Rasulullah (S) ia
adalah pendusta].
Dan begitu juga, mengenai contoh pendustaan mereka yang menjajakan di
kalangan manusia pembohongan rukya yang
direka (diada-adakan), pada masa yang sama mengisytiharkan kepada umum
permusuhan kepada Ahmad Al-Hassan dan seruan dakwahnya, beliau (as) berkata:
Perkara ini tidak berakhir di sisi mereka, mereka melemahkan
sesuatu di sisi mereka dengan berdusta, dan melemahkan sebahagian darinya, yang
lebih rendah daripada itu, bahagian yang palsu di sisi mereka dengan sangat
mudah. Pada orang yang mengatakan dia telah melihat suatu penglihatan rukya terhadap
Ahmad Al-Hassan, apakah hasil yang mahu mereka capai? Adakah mereka ingin
menentang ribuan penglihatan rukya yang menyokong Ahmad Al-Hassan dan yang dilihat
seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Ahmad Al-Hassan, dan dari
negara-negara yang berbeza, dan kepercayaan (akidah) yang berbeza?! Adakah munasabah
ia menentang penglihatan mereka dengan rukya yang menjadi punca kepada
seseorang memusuhi Ahmad Al-Hassan yang mengiktirafnya?! Bagaimana mungkin mereka
menganggap rukyanya diada-adakan untuk menentang rukya orang-orang yang tidak
mempunyai sebarang kepentingan dengan Ahmad Al-Hassan dan tidak mempunyai apa-apa
hubungan dengannya dan mereka tidak pernah percaya kepadanya, melainkan jika
dia mempunyai satu matlamat tertentu dan mereka mahu mengatakan bahawa kerajaan
(Al-Malakut) tidak mempunyai nilai dan rukya tersebut tidak berguna!!
Mereka ini, Iblis yang tidak berupaya untuk
mencapai kepada sesuatu yang dicapainya!
Orang yang berbohong kepada Allah dalam suatu rukya
ini akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama Musailamah dan Sijaah; kerana yang serupa dengan mereka adalah pendusta
kepada Allah. Ia adalah sesuatu yang sangat sangat tabiei (lumrah) untuk
mencari orang yang bersumpah kepada Allah demi pendustaan, kerana dia asalnya
(pada mulanya) telah berdusta kepada Allah.
Semoga mereka menjadi baik, Insya-Allah,
tetapi hanya berhati-hatilah dengan mereka ini, Si Ibn al-3ash (Si anak
penderhaka) yang paling teruk, mereka menjangkakan mereka lebih daripada itu
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan