Khamis, 21 April 2016

Akidah Bertaqlid Kepada Yang Bukan Maksum



Ia Adalah Seperti Yang Telah Dijanjikan, Maka Adakah Terdapat Suatu Manfaat Akidah Bertaqlid Kepada Yang Bukan Maksum!
وكان ما وعد، فهل تنفعهم عقيدة تقليد غير المعصوم شيئاً !
      
Dari tempat di mana aku memberitahu kamu mengenainya, iaitu Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

Mereka akan kehilangan segala-galanya kerana kelakuan mereka terhadap Ansar.

Keadaan yang tenang apabila ia meletup (meledak) secara tiba-tiba ia mengganggu semua pihak, Saya tidak memperbesar-besarkannya  jika saya katakan: Mereka menderita dan mereka tertekan ketika saya menuliskan ayat-ayat (perkara) ini.

Lalu ingatan saya kembali kepada sebahagian kata-katanya (Abdus Soleh) (as):

Maka mereka mempersendakannya sehingga pada kemunculan seruan pentunjuk (dakwah Al-Mahdiwiyah) ini, sepertimana kata-kata mereka yang mengatakan: Sesungguhnya sebahagian seruan pentunjuk (dakwah) ini melucukan, yang dimaksudkan adalah dakwah Al-Haq (kebenaran). Lalu persendaan ini telah menimpa belakang mereka, dan mereka masih tetap berpegang dengan omong kosong (ketidakpastian) yang mereka iktiqadkan dan dengannya mereka mewajibkan manusia yang tertipu untuk beriktiqad. Padahal ia adalah akidah untuk mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum. Tidak ada suatu ayat atau riwayat pun yang jelas yang dikeluarkan dan dalil-dalil dari mereka untuk membuktikan semua akidah mereka itu, dan tidak ada dalil aqli (akal) melainkan penipuan dan tanggapan yang salah yang menjadilan rujukan orang jahil adalah kepada orang yang alim, kerana kaedah akal ini tidak menepati dengan keadaannya, dan mereka sekadar mengikut sangkaan sahaja. Dari manakah datangnya kewajipan untuk merujuk kepada sangkaan dalam agama Allah SWT? Dan ini hanyalah kewajipan bagi mereka yang mengikut sangkaan-sangkaan, kerana apa yang ada di sisi mereka kebanyakannya sesekali sahaja mereka tidak melampaui batas orang-orang jahil dan kefahaman seperti dalam hukum bayi tabung uji dan waktu sholat di kutub dan sebagainya.

Semua ini telah mereka persendakan terhadap dakwah Al-haq (kebenaran). Demi Allah saya tidak mengetahui apa yang dipersendakan oleh mereka dan inilah keadaan mereka?! Adakah tetap bagi kita dengan sesuatu yang ada di tangan mereka tidak dapat kita hilangkan dan adakah apa yang ada dalam tangan kita sesuatu yang mampu dihilangkan! Mungkinkah persendaan ini untuk suka-suka dalam menghilangkan penipuan terhadap orang-orang yang serba kurang yang mengikuti mereka.

Dan kesimpulannya, persendaan ini banyak berlaku pada hari ini dan tagisan mereka akan berpanjangan di kemudian hari. Bahkan tiada penghujungnya jika mereka masih dalam keadaan tersebut yang menjadikan keadaan mereka dalam penghinaan ini.

Dan secara tepat untuk menyebut aqidah bertaqlid kepada yang bukan maksum: Berikut ini kata-kata Abdus Soleh (as): kepada orang-orang yang berpandukan (menjadikan rujukan) aqidah ini di atas mimbar-mimbar dan kehakiman mereka.

Sekarang ini…. Masyarakat sangat aneh mengikuti perintah (ketetapan) mereka dan tidak takut kepada Allah dan tidak takut perhitungan Allah. Telah jelas kepada mereka bahawa akidah mewajibkan taqlid kepada yang bukan maksum adalah suatu pembaharuan (bid’ah) dalam agama dan tiada dalil samada dalil aqli atau pun dalil naqli mengenainya. Maka mengapakah mereka masih menyeru kepada manusia dengan akidah seperti ini? Perbuatan mereka ini seperti perbuatannya orang-orang Quraisy pada awal zaman (Islam) yang mengambil patung-patung berhala sebagai kebanggaan dan kemuliaan (tuhan).

Adapun manusia kefahamannya sangat sedikit tidak dapat membezakan walaupun dalam menyimpulkan sesuatu hukum fiqh dan akidah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum dan menjadikan sandaran serta tempat rujukan mereka (para marajik).

Dan mengenai kekecelaruan ini (orang jahil merujuk kepada orang alim) yang berpegang teguh dengan dakwaan bahawa dalil mereka mencukupi dan wajib manusia menjadikan mereka rujukan. Abdus Soleh (as) berkata:

Pada mereka ia adalah dalil akal (iatu): Orang jahil merujuk kepada orang yang alim dengan memberikan contoh orang sakit yeng merujuk kepada doktor dan mereka menganggap dengan dalil ini wajib bertaqlid kepada mereka (orang alim). Dan ini rusak (terbatal) kerana perkataan ini berkaitan agama dan membawa akibat kepada keabadian manusia. Maka kuasa tidak diberikan kepada orang yang alim untuk menjadikan mereka rujukan kerana kesalahan dalam urusan (ketetapan) agama jika dinisbahkan 1/100 sahaja dan dengan kesalahan ini bererti kerusakan akan berkekalan kepada siapa yang mengikutinya.

Seorang doktor tidak maksum (tidak terpelihara) dari kesalahan ketika mengubati pesakitnya dan mungkin akan ada kesalahan dalam pengubatannya. Maka pengetahuan yang sangat rendah bagi seorang juru bedah akan menyebabkan pesakitanya meninggal dunia atau pun cacat. Maka di sini ketetapan yang bukan maksum dalam ketetapan agama mengakibatkan keabadian (berkekalan kepada) manusia itu sendiri yang akan menyebabkan kerusakan selamanya.

Ketahuilah, sebenarnya kaedah (peraturan) ini tidak bermasalah, tetapi bagi yang alim mestilah yang maksum sahaja. Oleh itu, yang menjadi dalil adalah dengan bertaqlid pada yang maksum dan berhujjah kepada mereka sahaja. Mereka yang lain adalah para pembuat sangkaan dan adalah tidak wajib menjadikan rujukan pada urusan yang bukan agama, maka bagaimana untuk mewajibkan dan menjadi rujukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan ketetapan agama.


✡✡✡✡✡






Tiada ulasan: