Sholat Lailatu Al-Dafni – Sholat Al-Wahsyah
صلاة ليلة الدفن ــــ صلاة الوحشة
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا
Sholat Malam Pengebumian - Sholat Al-Wahsyah
Sholat Dua rakaat:. Dalam rakaat pertama baca
Al-Hamd dan Ayat Kursiy seperti yang diturunkan (bacaan Ahl Bait) satu sekali,
dan pada rakaat kedua baca Al-Hamd dan sepuluh kali Inna Anzalnahu fi Lailati
l-Qadr (Surah Al-Qadr)
Selepas salam baca:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ
وَآل مُحَمَّدٍ الائمة والمهديين وسلم تسليما
Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad Al-Aaimmata
Wal-mahdiyina Wasallama Taslima
Sholat Lain untuk Si
Mati
Diriwayatkan juga Al-Syed Ibn Thawus. (ra) dari Nabi
(S) sabda baginda, Tidak datang pada si mati saat yang lebih berat dari malam
pertama, maka belas kasihanilah pada si mati dengan bersedekah. Barang siapa yang
tidak punya, maka, sholatlah dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama Fatihatu
l-Kitab (Surah Al-Fatihah) sekali dan Qul Hua Allahu Ahad
adalah dua kali, dan dalam rakaat kedua Fatihatu l-Kitab (Surah
Al-Fatihah) sekali dan Alhakumu t-Takatstsur sepuluh
kali, dan Selepas salam berselawat:
Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad dan dpkirimkan
pahala ke kuburan Si Mati Fulan bin
Fulan.
Maka Allah akan mengirimkan saat itu juga 1000 malaikat ke kuburannya
dan setiap malaikat membawa pakaian dan jubah dan melapangkan kuburnya dari keadaan
sempit hingga hari ditiup sangkakala. dan bagi orang yang melakukan sholat
tersebut akan diberi pahala sebanyak benda yang tersinar oleh matahari dan akan
diangkat baginya empat puluh darjat
Diriwayatkan Al-Kaf3ami juga dengan cara (kaifiat)
sholatnya seperti ini dan kemudian berkata: Aku melihat di dalam sebahagian
kitab sahabat-sahabat kami, bahawa dibaca selepas Al-Fatihah Ayat Kursiy sekali
dan surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas) dua kali. Al-3alamah Al-Majlisi (ra) berkata di
dalam kitab (Zad Al-Ma3ad) Seseorang itu perlu bersedia untuk mengingati
orang-orang yang mati, mereka boleh mengugurkan untuk mereka dari amalan soleh
dan kebaikan, dan mereka mengharapkan pada anak-anak, saudara-mara dan dari
saudara seiman mereka, dengan menantikab ihsan mereka terutama doa-doa mereka
dalam sholat malam. Dan seseorang perlu menghormati ibu bapanya dalam doanya pada
akhir ibadah-ibadah fardhu yang dilihat mulia. Dan untuk berkhidmat kepada
mereka dengan amalan-amalan soleh, maka di dalam hadits sangat sedikit orang
yang tidak taat kepada ibu bapanya dalam kehidupan mereka berdua dan ditulis kebaikan
mereka berdua selepas kematian mereka bagi apa jua amalan mereka adalah berbuat
kebaikan. Dan sangat sedikit orang yang baik dalam kehidupan mereka berdua maka
ditulis selepas kematian mereka yang derhaka kepada kepada keduanya dengan
mengabaikannya padahal seharusnya beramal apa jua amalan untuk kedua mereka.
Dan yang penting adalah untuk melepaskan ibu bapa dan kaum kerabat lain dari terikat
dengan hutang mereka dan membebaskan mereka, dari berhutang hak-hak di sisi Allah
dan makhlukNya. Maka bersungguh-sungguhlah dengan mendahulukan kerja haji dan yang
lain-lain yang mungkin mereka terlepas dalam ibadah-ibadah dengan dipajakan atau diberi sumbangan
Di dalam Al-Shahih bahawa Al-Shadiq (as) bersholat untuk anaknya setiap
malam dua rakaat dan untuk ibu bapanya setiap hari dua rakaat dengan membaca Inna
Anzalnahu fi Lailati l-Qadr (Surah Al-Qadr) dan dalam rakaat kedua 'Inna
A3thainaka l-Kautsar
Dan di dalam Al-Shahih bahawa Al-Shadiq (as) berkata: Adalah mungkin terjadi
pada si mati disempitkan (kuburannya), maka dilapangkan dan kemudian akan dikatakan
padanya diringankan pada kamu kesempitan ini oleh sholat Si Fulan saudaramu, Perawi
bertanya: Adakah dibenarkan untuk melibatkan dua orang mati dalam dua rakaat sholat?
Beliau (as) menjawab: Ya. dan beliau (as) berkata: Si mati bersukacita karena doa
dan istighfar untuknya sebagaimana ia bergembira dalam hidup ketika mendapat hadiah
yang diberikan kepadanya. Dan beliau (as) berkata: Si mati membawa bersama dalam
kuburnya, amalan sholat, puasa, haji, sedekah, kebajikan dan doanya. Beliau
berkata: Akan ditulis pahalanya untuk apa yang dia lakukan bagi si mati. Dan beliau
(as) berkata dalam satu hadits lain: Amalan orang-orang Islam untuk si mati pahala
amalan itu akan meringankannya dan dan dengan amalan itu Allah AWJ memberi
manfaat kepada si mati.
Dan dalam sebahagian hadits dikatakan bahawa jika seseorang bersedekah yang
jika diniatkan untuk si mayat, Allah akan memerintahkan Jibrail membawa ke
kuburnya tujuh puluh ribu malaikat di tangan setiap malaikat itu ada hidangan, Maka
dibawa ke kuburnya seraya berkata:
Salam atas kamu wahai yang diutamakan Allah,
ini hadiah seorang mukmin Fulan bin Fulan kepada kamu, Maka bergemerlapanlah
kuburnya dan Allah memberikan kepadanya seribu bandar di Syurga dan seribu isteri-isteri
bermata jeli, seribu pakaian dan menunaikan seribu hajatnya.
Sumber: http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=11147
Tiada ulasan:
Catat Ulasan