Rabu, 29 Jun 2016

Soalan 675: Syaitan-syaitan diikat Dalam Bulan Ramadhan:



Soalan 675:

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم يل مولي ورحمة الله وبركلته ...

                                        والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا


Dalam khutbah Rasulullah (shalawatu rabbi 3alaih) mengatakan

Dalam bulan Ramadhan: Syaitan-syaitan diikat, maka aku meminta TuhanMu supaya dia tidak menguasai kamu),

Jika syaitan-syaitan telah diikat dalam bulan Ramadhan, jadi bagaimana manusia melakukan dosa (maksiat) di sepanjang bulan Ramadhan. Kita melihat banyak kejahatan dan yang berani mencabar Allah dengan berbuka (makan) dengan sengaja dan lain-lain?

Semoga Allah menyerahkan tanah tuan dan segera membolehkan tuan mengambilnya dalam masa terdekat, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Memperkenankan doa.


Dihantar Al-Narjis- Bahrain

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
                                        والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا
          السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jika syaitan-syaitan jin diikat pada bulan Ramadhan tidak bermakna bahawa syaitan-syaitan manusia juga diikat, dan ini juga tidak bermakna bahawa manusia telah menjadi malaikat, tetapi ia adalah seorang manusia yang mempunyai kegelapan di halaman kewujudannya hingga menjadi penyebab untuk melakukan maksiat pada masa itu dan menjadi syaitan-syaitan jin bersifat iblis. Dan syaitan-syaitan manusia pada masa yang lain menjadikan yang ada.di dalam diri manusianya kegelapan, dan terdapat sebahagian diri-diri manusia lebih berbahaya dari syaitan-syaitan jin. Ia menghabiskan hidupnya sebelum Ramadhan dalam kelalaian sehingga kegelapan mengatasi dirinya, lalu tidak mendapat apa-apa manfaat dalam bulan Ramadhan.

Secara amnya kamu boleh menganggap kebencian syaitan-syaitan dalam bulan Ramadhan sebagai satu penghormatan dan bantuan dan pertolongan Ilahi bagi mereka yang mahu bertaubat dan mempertingkat diri terhadap Kerajaan Langit (Malakut Al-Samawat), dan merupakan peluang yang baik untuk sesiapa yang mahu mengambil kesempatan dan mengubah kehidupannya dan pencapaiannya dalam kehidupan selepas kematian (ukhrawi) kepada yang lebih baik. Kamu boleh mengetahui keterangan yang lebih lanjut dengan membaca Kitab Jihad Pintu Syurga dan kitab-kitab lain di mana perkara-perkara ini diterangkan.


Ahmad Al-Hassan
1433 H

✡✡✡✡✡



Selasa, 28 Jun 2016

Soalan 674: Déjà Vue (Mimpi Menjadi Nyata)



Soalan 674: Mengapa kita kadang-kadang merasa bahawa sesuatu terjadi pada kita telah terjadi pada kita sebelumnya (Déjà Vue)? Apakah ada rahasia di sebalik keadaan ini? Dan apakah ada sesuatu yang boleh kita pelajari darinya?

Dikirim oleh : Caroline Horn - Jerman

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
                                        والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Roh manusia boleh melihat kepada beberapa perkara ghaib masa hadapan melalui pembacaannya pada Lauh Tulisan penghapusan dan ketetapan-ketetapan [*] di langit diturunkan dalam banyak cara; antaranya cara penjelasan dan pengetahuan yang merupakan rukya (penglihatan) yang anda lihat semasa tidur, sehingga anda menyedari seperti yang melihat perkara yang sebenarnya selepas suatu tempoh masa. Dan kadang-kadang sebahagiannya anda melihat rukya (mimpi) dan melupainya apabila terjaga tetapi apabila kejadian itu berlaku dalam realiti anda menyedari bahawa ia telah berlaku kepada anda sebelumnya, jadi anda sama ada ingat bahawa ia telah berlaku dalam suatu rukya sebelumnya dan anda telah lupa atau anda tidak menyedari bahawa ia telah berlaku dalam suatu rukya sebelumnya, oleh itu anda tidak mengetahui mengapa anda merasakan peristiwa ini pernah berlaku kepada anda pada masa lalu.


Ahmad Al-Hassan

Jamadi Al-Tsani / 1433 H



✡✡✡✡✡
                         

------------------------  
* Untuk lebih lanjut tentang Lauh Tulisan penghapusan dan pengesahan, lihat Terjemahan, Al-Mutasyabihaat Jilid 1 oleh Imam Ahmad al-Hassan as , Soalan 19. Dari Kitab Mutasyabihat Muhkamaat dan Mutasyabihat


Sabtu, 25 Jun 2016

Soalan 671: Bolehkah Diterima Teori Evolusi Charles Darwin?


Soalan 671: Bolehkah Diterima Teori Evolusi Charles Darwin?

                        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maulai dan Qaim Aali Muhammad ...

Soalan ini dari saudara-saudara yang berbahasa Inggeris dan telah diterjemahkan soalan mereka secara bersama-sama. Ya Allah berilah salam dan berkatilah atas Muhammad dan Aali Muhammad serta para imam yang diberi petunjuk, Salam atas tuan, Ya Imam! Ya Maula! Ahmad Al-Hassan, saya mohon kepada Allah supaya membantu dan menolong tuan.

Adakah boleh diterima teori evolusi Charles Darwin? Ia sangat mengelirukan, kerana mereka mempunyai banyak bukti-bukti bermula dari bukti-bukti ilmu genetik sehinggalah bukti-bukti arkeologi, seperti Fosil Organisme Sel Tunggal. Saya berharap tuan dapat menyelesaikan kekeliruan ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengirim: Muhammad Akhtar – Kanada


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
                                        والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Saya bermohon kepada Allah agar memberikan kamu kejayaan dan menghapuskan semua kesalahan kamu, Masalah evolusi secara umumnya kini tidak dapat dinafikan lagi melainkan seseorang yang jahil tentang apa yang dimaksudkannya. Jika kita membuat pembezaan dan pemilihan, pada genetik tidak dapat dielakkan terdapatnya evolusi (perubahan beransur-ansur), masalah ini hampir menjadi satu kenyataan dan hampir tidak dapat ditangani walaupun terhadap perbandingan fosil dan anatomi untuk dibuktikan, perbezaan genetik antara suatu spesies yang sama juga masih tidak wujud, dan sifat (tabiat) yang mengelilingi individu yang sesuai dengan sebahagian daripada suatu spesies - yang membawa genetik yang memiliki keutamaan - kebanyakan daripada yang lain mempunyai kewujudan biasa, dan genetik tidak dapat tidak wujud selagi terdapatnya pembiakan, dan jika terdapat ketiga-tiganya - bahawa Bumi tidak mengganggunya sejak bermula hari-hari kehidupan – akan ada evolusi. Apa yang diamalkan oleh sesetengah ahli agama yang jahil dengan pengertian Evolusi dan segala keterangannya, itu hanyalah berpegang pada kedegilan, kerana mereka berfikir bahawa Evolusi bercanggah dengan nash agama. Sebenarnya mereka tidak tahu malah maksud evolusi dan peningkatan (pemeringkatan) itu sendiri. Dengan itu mereka mencari jawapan secara tidak betul atau berdusta dengan segala kelancangan dan berlagak sombong..Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka percaya bahawa evolusi ini bermakna peningkatan dari satu spesies ke spesies yang lain, yang tidak diucapkan oleh ahli-ahli biologi semasa, walaupun pada Darwin sendiri - bahawa evolusi akan menghasilkan dari satu jenis ke jenis lain sama sekali bertentangan secara langsung, tidak ada siapa pun yang mengatakan bahawa ikan berevolusi langsung menjadi haiwan amfibia, bahkan walaupun pada ikan yang sama yang hidup di atas lumpur dengan siripnya tidak ada yang mengatakan bahawa ikan itu secara langsung bertukar dari ikan hidup di air kepada ikan amfibia (mudskippe- Tembakul - belontok) dan sebahagian daripada mereka menimbulkan bahawa evolusi adalah suatu kebiasaan yang tidak bergerak padahal dia tidak tahu prinsip evolusi dan perbezaannya adalah bermaksud perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku (cara). Maka yang berjalan dengan dua kaki, yang membezakan manusia, sebagai contoh, ia tidak dihasilkan dari akibat kebiasaan – kerana kebiasaan sahaja tidak menyebabkan ia berdiri - kerana ia tidak diwarisi, tetapi apa yang berlaku adalah pemilihan semula jadi (tabi’ei) bagi individu pembawa gen (genetik) yang memiliki keutamaan
. .
Secara umumnya penafian evolusi yang ada pada kita hari ini adalah suatu masalah seperi menafikan putaran bumi ini pada masa dahulu. Bukti-bukti secara akal dan petikan dari Al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi, Maka dalil ketiadaannya bukanlah hasil daripada tindakan

﴿أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan? [Al-Thur 52:35] 

tidak bercanggah dengan teori evolusi yang digambarkan oleh mereka yang menentangnya kerana jahil. Ya kita boleh menganggap teori Big Bang suatu teori yang tidak sesuai, dengan anggapan bahawa teori kuantum sebagai satu teori atau mungkin menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada, dan ini umumnya satu teori alam semesta (universal) yang lebih luas daripada sempadan-sempadan teori bumi (kosmik) ini

Bukti yang lain adalah bahawa kesan fungsi sifat menunjukkan yang berpengaruh [Sebahagiannya adalah dalil (bukti) pengkanunan, dalil sistem, dalil sasaran dan dalil kebijaksanaan ...), dan dalil-dalil ini mungkin terhasil dari ilusi (waham) yang bertentangan dengan teori evolusi tetapi pada hakikatnya ia juga bercanggah dengannya; kerana wujud peraturan genetik yang cukup untuk membuktikannya. Ini bermakna kita hanya perlu membuktikan bahawa pemetaan genetik termaktub (dikanunkan) dan perkara ini telah terbukti.

Bagi nash agama, Al-Quran dan riwayat yang tidak bercanggah dengan evolusi tetapi menyokong dengan jelas dan ini adalah contoh-contoh nashnya: Allah berfirman:

﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا ۞ أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّـهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۞ وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ۞ وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾

Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.* Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? * Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? * Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, [Nuh 71:14-17]

Makna zahir nash menjelaskan
﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا
Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian
Dan begitulah perumpamaan bagi tingkatan tujuh langit-langit. Tingkatan tujuh langit-langit dalam evolusi dan bertingkat-tingkat. Kemudian menerangkan perkara itu dengan lebih jelas.
﴿وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا
Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya,
Ini bermakna kamu dikeluarkan dari zarrah (benih) yang Allah semaikan benihnya di bumi
﴿وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم
Dan Allah menumbuhkan kamu
atau kita memanggilnya pemetaan genetik Allah, yang ditaburkan di bumi dan ia adalah mencapai tujuan - akhirnya - kepada suatu jasad yang layak untuk menerima diri kemanusiaan yang dicipta dari tanah yang dinaikkan ke langit pertama dan ditiupkan ruh ke dalamnya.

Dan dari Mohammed bin Ali Baqir (shalawatu Allah3alaihi)

Sesungguhnya Allah AWJ menciptakan (makhluk) di bumi sejak menciptakannya tujuh alam (dunia), mereka bukanlah dari golongan anak-anak Adam. Mereka dicipta dari kerak bumi dan tinggal di atasnya satu selepas satu dengan alam dunianya, dan kemudian Allah AWJ mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunan daripadanya. [1]

Semoga kamu mendapat petunjuk Allah. Insya-Allah, pada dasarnya saya akan menulis sebuah kitab bagi menjawan soalan kamu dan akan menerangkan di dalamnya teori evolusi, teori pemeringkatan dan teori Big Bang, apa yang benar dan apa yang tidak benar, dan akan menerangkan di dalamnya delusi atheisme (Wahmu Al-Ilhad) dan tanda-tanda Tauhid dari teori-teori yang sama ini yang diterima oleh sebahagian daripada orang-orang yang jahil tentang hakikat bahawa ia menentang agama dan kewujudan Tuhan. Insya-Allah, tidak lama lagi akan diterbitkan dan saya berharap kamu tidak lupa saya dalam doa kamu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Tsani / 1433 H


✡✡✡✡✡
                         
-----------------------
[1] – Al-Khashal - oleh Al-Shaduq: halaman 359



Rabu, 22 Jun 2016

Soalan 669: Soalan Tentang Bintang Isa (as)


Soalan 669: Soalan Tentang Bintang Isa (as) Dari Timur Di Dalam Injil Matius.

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم سيدي ومولاي أحمد الحسن ورحمة الله وبركاته.


Saya bermohon kepada Allah supaya meneguhkan Wilayah tuan dan menolong tuan, dan menuliskan kami termasuk orang-orang yang menyokong hujah tuan dengan rahmatNya Yang Maha Suci. Soalan ini adalah dari ansar yang tidak boleh berbahasa Arab, mereka meminta menterjemahkannya dan diberikan kepada Imam (as). Soalannya: Apakah bintang di Timur, yang membawa tiga orang ketua dari timur kepada Isa (as)?

Dalam Injil Matius Chapter 2 (Matthew 2)

(1) Sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem (Bait Lahm) di tanah Yudea (Yahudi) pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Jerusalem. (2) dan bertanya-tanya: "Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintang-Nya di Timur dan kami datang untuk sujud kepadanyia."

 Pengirim  Daren- Amerika

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
                                                                               
 Semoga Allah memberikan kejayaan dan menghapuskan kesalahan kamu. Bintang-bintang adalah seumpama lampu-lampu begemerlapan di langit. Ia adalah sebilangan kecil dari bintang-bintang lain. Bintang-bintang dan planet-planet yang cahayanya kelihatan kecil apabila dibandingkan ruang angkasa yang luas, yang bertasbih di dalamnya, setiap jirim memberi kesan dalam ruang ruang dan mungkin memainkan peranan yang besar memaksa sebahagian jirim-jirim dalam pengaruhnya yang  terbatas terpaksa berputar di sekelilingnya seolah-olah mengikutnya, maka terdapat bintang yang berkisar mengelilingi bintang lain, dan planet-planet yang mengelilingi bintang-bintang, dan bulan-bulan yang mengorbit (mengelilingi) planet-planet, dan gumpalan himpunan besar bertaburan bak debu, planet-planet dan bintang-bintang serta pelbagai sistem tata suria yang mengelilingi cakrawala yang sangat besar yang membentuk dan kelihatan seperti lubang di alam semesta yang dipanggil lubang gelap (black hole). Alam semesta jasmani ini yang dapat kita lihat adalah kalimah dari kalimah-kalimah Allah, kita boleh memekakkan telinga-telinga kita untuk mendengarnya, seperti mana kita dapat mendengar dan memahami darinya bahawa para nabi dan orang-orang yang meletakkan diri mereka berkhidmat dengan Tuhan mereka tidak ramai seperti sedikitnya bintang-bintang itu, atau kita dapat memahami darinya bahawa terdapat khalifah-khalifah kepada Allah mengikut khalifah-khalifah Allah yang lain, kita dapati Harun mengikut Musa (as), dan kita dapati Ali mengikut Muhammad (S), kerana ada (sistem) matahari yang mengorbit (mengelilingi) (sistem) matahari, ada orang orang-yang beriman yang ikhlas mengikuti para nabi, sebagai mana planet-planet mengelilingi matahari, dan kita dapat memahami bahawa kesan (pengaruh) kemanusiaan (Al-Insan) pada alam dan manusia mengikut kadar amalannya dan keikhlasannya kepada Allah dan bahawa kesan jirim-jirim langit dalam alam semesta mengikut kadar jisim dan tenaga yang dikeluarkan atau yang dipantulkan, dan kita dapat memahami bahawa jika manusia ikhlas kepada Allah hampir cahayanya bersinar sendiri, dan sebagai mana matahari-matahari telah memancarkan cahayanya sendiri, iaitu, hampir cahayanya tidak terdapat kegelapan di dalamnya, kerana ia dicipta atas shurah (imej) Allah
(الله خلق آدم على صورته(
(Allah menciptakan Adam atas shurah (imej)-Nya.) [1], Allah mencipta manusia menurut shurahNya. Atas shurah Allah terciptaNya.[2] Kita lihat sejumlah jirim-jirim yang sangat besar mengorbit mengelilingi jurang berpusat yang dikenali sebagai lubang gelap, Walaupun ia tidak berhenti menelan (mendorong -  mengambil) apa yang ada dalam lubang (bukaan - mulut) tersebut, ia juga tidak berhenti mengelilinginya seolah-olah sangat suka membinasakannya seperti mahu ditelan dan menggambarkan diri sendiri di sekitarnya, kenyataannya ia betul-betul berada di mulutnya seperti mana kita semua terperangkap di dunia dan menggambarkan bahawa kita terpaksa makan kerana kita hidup di dalamnya dan sangat menyukainya walaupun kita dimakan seorang demi seorang sehingga akhirnya tiada seorang pun dari kita yang tinggal. Maka jasad-jasad pun dimakan cacing dan zaman, dan roh-roh yang terletak dalam ruang terkurung di dunia tidak lagi tinggal dengannya yang lain daripada yang lain yang gelap tidak ada cahaya di dalamnya. Hanya sedikit di kalangan kita yang memilih untuk menjauhkan diri dari muncungnya; untuk lari dari daya tarikan dunia ini dengan roh-roh yang bercahaya cemerlang dan tidak jatuh ke dalam muncungnya yang cukup gelap sama seperti jirim-jirim yang sangat sedikit dapat berputar dari lubang gelap (black hole) itu, seperti yang saya katakan kepada kamu alam semesta adalah Kalimah Allah dan dengan itu, kita boleh terus mendengarnya sehingga penuh dengan tulisan yang memperkatakan Kalimah ini, jika saya memperdengarkan Kalimah ini, mungkin saya tidak perlu memberitahu kamu bintang apakah yang dilihat oleh orang-orang yang datang kepada Yesus (Yusa3 - Isa (as)) kerana kamu pasti akan memahami bahawa mereka diperdengarkan dengan Kalimah-kalimah Allah kerana mereka melihat bintang itu dalam rukya di waktu malam, Allah  membimbing mereka dengan rukya (mimpi) yang terdapat cahaya dan bintang-bintang yang diberkati telah turun di tanah suci adalah Jesus (Isa (as)), dan kamu akan memahami bahawa mereka melihat dengan mata mereka sendiri, langit dan bintang-bintangnya telah membimbing mereka kepada arah (sisi) mana turunnya bintang suci yang diberkati iaitu (Isa (as)). Mereka diperdengarkan dengan Kalimah-kalimah Allah yang baik dan mereka telah melihat bintang ini pada segala-galanya dan semua itu membimbing mereka kepada bintang suci yang diberkati, Yesus (Isa (as)). Kamu juga boleh mendengar (mengenai) Allah dalam semua perkara, dalam Kalimah-kalimahNya, di langit, pada bintang-bintang, pada semua peristiwa (kejadian) yang kamu benarkan setiap hari sehingga di dalam hatimu kamu boleh mendengarkan Allah kerana kamu adalah seorang manusia dan manusia adalah Kalimah Allah yang paling agung.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan

Jamadi Al-Tsani / 1433 H

✡✡✡✡✡

-----------------------
[1] - Al-Kafi: Jilid1: halaman 134; Tauhid Al-Shaduq: halaman  103
[2] – Taurat (Perjanjian Lama): Genesis - Bab 1



Isnin, 20 Jun 2016

Soalan 667: Apa itu Ushuluddin




Soalan 667:

Soalan saya kepada tuan agar dapat menerangkan kepada saya bilangan Ushuluddin kemudian tolong huraikan kepada saya setiap satu darinya. Ianya dengan sepuluh ayat dari Al-Quran tanpa menggunakan mana-mana hadits atau tafsir supaya saya boleh menjadi ansar sekadar yang dikehendaki.

Saya ulangi kepada tuan soalan mengenai Ushuluddin, berapa bilangannya dan kemudian tolong huraikan kepada saya setiap satu darinya dengan lima ayat dari Al-Quran tanpa dalil-dalil hadits atau tafsir. Semoga tuan dirahmati Allah. Sekiranya  tidak dapat menulisnya itu tidaklah saya mendapatnya sehingga saya pergi mengikut cara saya sendiri

Pengirim: Saad Shadiq - Iran / Qom

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم .
والحمد الله رب العاملين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما ِ

Ushuluddin adalah Kekhalifahan; ia ada tiga ushul ia Yang memberi mandat  (Al-Mustakhlif) dan Khalifah (Al-Khalifah) dan Ilmu (Al-3ilm), yang diamanahkan kepada khalifah.

Ushul-ushul ini telah diterangkan sejak awal (kejadian) lagi, Dia SWT berfirman

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ۞  وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ۞ قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ ۞ قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".۞ Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku semua nama-nama itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" ۞ Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". ۞ Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu.". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka semua nama-nama itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" [Al-Baqarah 2:30-33.]

Berdasarkan sifat-sifat seorang Khalifah itu boleh juga dinamakan ushul-ushul ini dengan nama-nama lain, maka dengan mengambil kira untuk menerangkan pada Yang memberi mandat (Al-Mustakhlif) dan nabi yang didatangkan dengan berita-berita (perkhabaran) dari empunya khabar dan dengan mengambil kira bahawa dia diutus kepada yang lain. Maka dia adalah seorang Rasul dari yang mengutusnya dan membawa risalah iaitu ilmu seperti yang disebutkan dalam ayat di atas.

Dengan itu ushul adalah Kekhalifahan; dengan tiga ushul iaitu Yang memberi mandat  (Al-Mustakhlif) dan Khalifah (Al-Khalifah) dan Ilmu (Al-3ilm,, atau empunya khabar, nabi dan berita-berita (perkhabaran), atau pengutus (yang mengutus), Rasul, dan Risalah


Ini adalah secara ringkas sahaja dan Insya-Allah, akan ada sebuah kitsb yang akan diterbitkan dengan lebih terperinci lagi. Hanya Allah sahaja pelindung yang memberi taufiq dan Dialah pelindungku dan pelindung orang-orang yang soleh.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H


Sabtu, 18 Jun 2016

Soalan 657:Allah tidak menyesatkan sesuatu kaum

Soalan 657:
بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah tafsir ayat yang mulia ini?

﴿وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم مَّا يَتَّقُونَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾ 

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi (taqwakan). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Taubah 9:115] 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pengirim Zainab - UAE

Jawapan:
     
بسم الله الرحمن الرحيم
                                        ً                                                                                
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

﴿وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم مَّا يَتَّقُونَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾ 

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi (taqwakan). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Taubah 9:115] 

﴿وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ﴾
Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka
Allah memberi petunjuk kepada penciptaanNya sejak hari pertama lagi dengan melantik Khalifah di bumiNya dan memberi wahyu (khabar) kepada mereka dan melantik KhalifahNya di bumiNya iaitu satu peribadi untuk mereka supaya mereka bertaqwa kepada Allah dengan mentaati KhalifahNya di bumiNya. Allah sekali-kali tidak meninggalkan manusia selepas membimbing mereka sejak hari pertama lagi, bahkan pada setiap zaman yelah menerangkan kepada mereka jalan-jalan taqwa.
﴿حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم مَّا يَتَّقُونَ﴾
sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi (taqwakan)
Allah juga mengutus kepada mereka KhalifahNya di bumiNya dan mengadakan nash melalui wasiat khalifah sebelumnya, dan juga Tuhan mewahyukan untuk hamba-hambaNya yang mempunyai keperibadian dan ditugaskan kepada mereka sebagai KhalifahNya di muka bumiNya,

﴿قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".[Al-Israa’ 17:96] 

Iaitu yang menyaksikan setiap mukalaf supaya mengenal KhalifahNya dengan diwahyukan (diberi penglihatan) dengan rukya (mimpi) di dalam tidur dan ketika jaga
﴿حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم مَّا يَتَّقُونَ﴾
sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi (taqwakan).


Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 H


✡✡✡✡✡



Soalan 656: Melambat-Lambatkan Bulan Haram

Soalan 656:  Melambat-Lambatkan Bulan Haram
:
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang dimaksudkan dengan mengundur-undurkan (bulan) dan mempersesuaikan dengan bilangan  (bulan) yang telah diharamkan Allah di dalam ayat yang mulia:

﴿إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ ۖ يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُحِلُّونَهُ عَامًا وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا لِّيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّـهُ ۚ زُيِّنَ لَهُمْ سُوءُ أَعْمَالِهِمْ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ٣٧ 

Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya, maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
[Al-Taubah 9:37] 
       

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pengirim Zainab - UAE

Jawapan:
     
بسم الله الرحمن الرحيم
                                        ً                                                                                
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما


Mengundur-undurkan adalah melewat-lewatkan (mentakhir). Mereka berada dalam kejahilan (jahiliyah) lalu melambat-lambatkan bulan haram (bulan suci) dan menukar ketetapan masanya (kalendar) menurut keinginan mereka sendiri.


Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 H


✡✡✡✡✡


Soalan 655: Siapakah yang diungkapkan (mukhathab)



Soalan 655
: بسم الله الرحمن الرحيم

Siapakah pihak yang diungkapkan (penerima) dalam ayat-ayat Surah Yunus ini.

﴿فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ *  وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾
﴿وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ * وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ اللَّـهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ * وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ﴾


Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.[Yunus 10: 94-95] 

Dan sekali-kali janganlah kamu termasuk orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang rugi. * dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik. *
Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim." *Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [10: 105-107] 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pengirim Zainab - UAE

Jawapan:
     
بسم الله الرحمن الرحيم
                                        ً                                                                                
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما


Pihak yang diungkapkan (pihak kedua – mukhathab) adalah Rasulullah (S) dan Imam*imam semua mukallaf yang ikhlas kepada Allah dan menerima wahyu Allah, dan kemungkinan kejadian yang disebut dalam ayat-ayat itu tidak bermakna ia berlaku, Rasulullah adalah manusia yang mukallaf dan diuji di dunia ini tetapi baginda ikhlas kepada Allah dan Allah memberi taufiq kepada baginda dan memelihara baginda.


Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 H


✡✡✡✡✡