Masalah Pergantian Hukum Syar’ei
(Hukum masa depan yang bertentangan dengan hukum sebelumnya)
Keterangan Imam Ahmad (as) dalam menjawab balas bagi hukum yang
bertentangan dengan hukum sebelumnya
Dalam:
Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5 Soalan Akhir
Pada 3 Syawal 1441 Hijrah.(26 Mei 2020)
S / Dalam soalan terakhir saya, saya ingin memetik soalan
dan jawapan sebelumnya mengenai penjualan ansuran:
[Jual secara kredit (bayaran
tertunda - ansuran) dengan tambahan harga adalah riba, tetapi pertanyaannya
adalah: siapa yang menentukan harga barangan tersebut, kerana ada di antara
mereka yang mengatakan bahawa saya menjual satu penjualan dan semuanya secara
ansuran, tetapi harganya lebih tinggi daripada harga pasaran, dan pertanyaan
saya adalah mengenai ukuran yang dipertimbangkan, apakah harga komoditi di
pasar, atau bahawa pemilik kedai itu sendiri yang menentukan harganya?
J / Orang yang menentukan harga
adalah pemilik kedai, iaitu jika dia mengatakan: Saya menjual pada harga ini
sekarang dan saya menjual dengan harga yang lebih tinggi pada pembayaran
tertunda (kredit - ansuran), maka itu adalah riba. Bagi kenaikan harga di
pasaran, ia tidak diukur; Oleh kerana para peniaga menetapkan harga yang
berbeza-beza sesuai dengan keadaan masing-masing. Harganya, jika sangat tinggi,
juga ada masalah.]
Dan persoalannya: ungkapan
"Maksud saya, jika dia mengatakan: Saya menjual pada harga ini sekarang
dan menjual pada harga yang lebih tinggi pada pembayaran tertunda (kredit -
ansuran), maka itu adalah riba," mungkin difahami darinya bahawa boleh
dilakukan penjualan secara ansuran ketika bunga (faedah) tersebut tidak
melebihi had keuntungan maksimum di pasaran negara seperti yang kita tahu ia
dianggap batal apa yang ada dalam hukum ini, dan secara umum kami ingin
bercakap walaupun secara ringkas mengenai masalah pembatalan.
Jawapan balas / Apa-apa hukum syar’ei yang saya kemukakan di
masa depan yang bertentangan dengan hukum sebelumnya dianggap telah
membatalkannya, dan ini diamalkan (digua pakai) pada hukum terakhir. Begitu
juga, mana-mana imam yang membuat hukum dianggap terbatal hukum imam sebelumnya
jika kedua-dua hukum tersebut bertentangan..
Ini adalah peraturan umum yang saya letakkan di hadapan anda
dalam semua keadaan, sama ada anda mempelajarinya atau sesuatu yang lain.
Peraturan ini juga berlaku pada hukum-hukum para imam
sebelumnya (as), misalnya: percanggahan antara hukum Imam Al-Ridha dan Imam
Al-Shadiq tidak perlu dibincangkan sekiranya kalam keduanya telah terbukti,
maka hukum Imam Al-Ridha menggantikan hukum Imam Al-Shadiq (as).
Pembatalannya mempunyai banyak sebab, tetapi ketika berada
dalam kehidupan khalifah Ilahi yang sama, biasanya disebabkan oleh penerimaan
atau manusia kerana mereka telah mencetak (melakukan) banyak perkara yang salah
dan ada hukum-hukum Syari’ah yang paling mudah, sehingga mereka dibiarkan
beberapa ketika.
Sebagai contoh, dalam tempoh menunggu Al-Qur'an, Al-Qur'an
mengikuti hukum Agama Al-Ahnaf sebelumnya hingga beberapa ketika.
Allah SWT berfirman:
﴿وَالَّذِينَ
يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم
مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ﴾
{Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu
dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu)
diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari
rumahnya)} [Al-Baqarah: 240.]
Kemudian datanglah hukum pembatalannya dalam ayat Allah SWT
berfirman:
﴿وَالَّذِينَ
يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ
أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ ﴾
“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan
meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya
(ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.” (Al-Baqarah: 2:34).
Kiblat: kiblat dijadikan sebagai ujian bagi mereka,
dijadikan ia pada satu masa dalam satu arah dan kemudian pada waktu yang lain
ke arah yang lain ... dll.
Umumnya khusus mengenai dakwah ini, jika anda membaca pada
awal "Al-Syarai'3", saya mengatakan bahawa hukum-hukum yang
disebutkan itu sesuai untuk waktu tertentu, "bahawa saya menjelaskan apa
yang dikatakan, dan yang berkenaan hadir, dan waktunya telah tiba, dan kemudian
merujuk apa yang tidak sesuai dengan waktunya."
Kita mohon kepada Allah agar mempermudah segala urusan untuk
menjelaskan apa yang dikehendaki Allah.
✡✡✡✡✡✡
Ini adalah catatan terakhir dari pertanyaan fiqah dan
jawapannya hingga pada malam kedua puluh sembilan Syawal 1441 Hijrah (21 Jun 2020)
Contoh
hukum yang berubah:
1. Hukum Anak Baru Lahir >> Perubahan hukum Khitan (Khatan –sunat)
Hukum Anak Baru Lahir (Post di Al-Mahdyoon pada
22-03-2011)
أحكام
الولادة
Memperkatakan dalam: Sunnah
anak baru lahir, dan yang berkenaan dengannya.
………..
…….
Dan Sunnah hari ketujuh ada
empat perkara:
1. Bercukur
rambut
2. khatan,
3. menindik
telinga dan [5],
4. aqiqah.
………..
…….
Berkhatan: mustahab pada hari
yang ketujuh [8], walaupun ia boleh dilambatkan. Jika telah
baligh dan tidak berkhatan, dia wajib berkhatan sendiri. Dan berkhatan adalah
wajib. sekiranya orang kafir yang belum berkhatan masuk Islam, ia wajib
berkhatan, walaupun sudah tua.
………..
…….
Qaim Aali Muhammad
Imam Ahmad Al-Yamani
____________________
[1] ……………
……………….
[5] Dari Harun, dari Ibn
Shidqah katanya, Imam Shadiq Ja'far bin Muhammad (as) berkata bahawa menindik
telinga anak-anak adalah sunnah, berkhatan pada hari ketujuh adalah sunnah,
Memandang rendah perempuan-perempuan mulia bukanlah sunnah dan ini bukanlah
sesuatu yang wajib, dan apa-apa lebih baik daripada kemuliaan?
Di dalam surat Al-Redha (as)
kepada Al-Ma’amun: .. Sunnah berkhatan adalah kewajipan bagi lelaki
dan kemuliaan bagi perempuan.
Dan menindik di bahagian lemak
(tebal) di telinga kanan dan kiri, subang di kanan, dan anting-anting di
kiri (atau sebaliknya – pent.) seperti diriwayatkan dari mereka (as)?
………………
……………..
[8] Rasulullah (S) bersabda:
Khatankan anak-anak kamu dalam masa tujuh hari, ia lebih bersih dan lebih suci,
bahawa bumi najis oleh air kencing tidak bersunat empat puluh hari.
Hukum Khitan tersebut digantikan dengan
S / Tuan, saya mohon maaf atas pertanyaan ini. Sebahagian
orang Arab hingga hari ini berkhatan (khitan) kepada gadis-gadis. Adakah khitan
ini benar?
J / [Tidak] [1].
S: Apakah hukum khitan (sunat) dalam Islam?
J / [Tidak dibenarkan.] [2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan