Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 66
Kajian Ilmiah >> Kenyataan bahawa Hawa diciptakan dari
tulang rusuk Adam
[Secara ilmiah, ia bermaksud bahawa Hawa
diciptakan sebahagian dari (tubuh) Adam, iaitu dia memiliki peta genetiknya
yang lengkap, dan ini bermaksud bahawa dia juga akan menjadi lelaki, dan untuk itu
kita memerlukan mukjizat di sini untuk mengubah kromosom penentu jantina (y) kepada
(x) sehingga hasilnya adalah perempuan (xx) dan bukan lelaki (xy).
Tetapi ceritanya tidak berakhir di sini,
kerana mereka mengatakan: Keturunan manusia terhad kepada Adam dan Hawa, jadi
semua manusia seharusnya sama dalam segala hal, dan satu-satunya perbezaan di
antara mereka hanyalah jantina (perempuan - lelaki), yang bermaksud bahawa kita
semuanya seharusnya satu salinan, hanya perbezaan antara kita dalam penentuan
jantina, Ya Allah, kecuali mereka mengakui mutasi[a] genetik dan
evolusi dan mengatakan: Ada perkembangan (evolusi) yang menyebabkan perubahan
pada peta genetik, iaitu, setelah Adam dan Hawa ada mutasi genetik dan
perubahan ciri keturunan!
Sebenarnya, tesis mereka ada jalan buntu dan
ini adalah satu-satunya jalan keluar mereka, tetapi ini bermaksud bahawa mereka
mengakui teori evolusi, dan ini bertentangan dengan penggoda dan tesis mereka
bahawa Hawa diciptakan dari Adam, di mana mereka tidak dapat mengatakan: mereka
hanya mengenali evolusi pada had tubuh manusia; Kerana penjenisan atau
kepelbagaian adalah hasil dari pengumpulan mutasi dan pemilihan dari masa ke
masa, siapa pun yang mengakui mutasi dan perubahan sifat tidak dapat menafikan
spesiasi (penjenisan) sebagai hasil yang tidak dapat dielakkan yang mencapainya
dengan berlalunya waktu. Maka tidak ada cara untuk menerima seperempat atau
setengah dari pembangunan (evolusi), baik untuk menerima sepenuhnya atau untuk
menolaknya sama sekali, tetapi tidak boleh membawa kepada penciptaan spesies
baru. Orang yang mengatakan perkara ini mengatakannya kerana tidak mengetahui ilmu
genetik dan ilmu biologi evolusi.
Masih ada yang mengatakan: Sebilangan yang
diambil dari Adam mengubah semua peta genetiknya, dan kemudian Hawa diciptakan
darinya, dan ini bermaksud bahawa jika bahan kimia dari mana peta genetik Hawa
dibina diambil dari tempat lain di bumi, maka masalahnya sama, jadi apa
alasannya dan apa hikmahnya untuk diambil dari tubuh Adam (as) dan kemudian
merobohkannya dan membina semula, kerana yang pertama adalah mengambil bahan mentah
dari mana sahaja di bumi dan membina peta genetik Hawa tanpa memerlukan perobohan
(peruntuhan)!
______________
[a] Mutasi adalah perubahan yang berlaku pada
kromosom atau gen yang menyebabkan ciri induk tak dapat diwarisi dengan baik
oleh anak. (pentj)
Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan
Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 67
Sebenarnya, tidak ada penyelesaian yang logik
untuk dilema ini selain daripada yang telah saya jelaskan dalam penafsiran ayat
tersebut, iaitu bahawa masalahnya ada di syurga Adam (as) dan berkaitan dengan
jiwa dan bukan jasad .... [1]
__________________
[1] Kitab Ilusi Atheisme (Wahmu
l-Ilhad): Tanda-tanda Ketuhanan di Alam Semesta - (Edisi 3),
hlm.186 – 187
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan