Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 18
Pintu Terbuka Baginya Untuk Kesempurnaan dan Kemajuan
[Zainab binti Ali menjadi penyebab Imamah dan
Khilafah Ilahiyah diteruskan....
Walaupun dia kehilangan imamnya dan
keluarganya....
Dan penduduk bumi kehilangan pemilik (penguasa)
pilihan terbaik dari saudara dan bapanya....
Dan semuanya berlaku dalam sekelip mata....
Tetapi dia tidak patah semangat seperti yang
ditentukan oleh hal genetik semula jadi manusia ...
Dia memilih untuk segera bangun.
Dan pasukan tentera umatnya sendiri
dilancarkan pada sepuluh Muharram dan sesudahnya .....
Dia menawarkan dirinya untuk mati dengan rela dan
hati terbuka, dan menjalankan tugasnya dengan cara yang paling lengkap yang
dapat dibayangkan, dan memelihara kehidupan Ali bin Al-Hussein Al-Sajjad (as),
dan dia memiliki kurnia yang besar dalam kesinambungan Imamah dan salsilah para
khalifah dan utusan Allah Yang Maha Suci .....
Dan wanita di setiap masa dan tempat dapat
mengambil pelajaran dari apa yang dilakukan Zainab (as) dan mendapat manfaat
dari kekuatan posisi kedudukannya dan mengikuti teladannya, kerana dia adalah
simbol wanita dan kemanusiaan yang hebat, bahkan bagi mereka yang tidak percaya
padanya.
Mana-mana wanita boleh melakukan tugas besar
dalam hidup ini iaitu membela kebenaran, keadilan dan kesaksamaan menentang
kebatilan, ketidakadilan dan kezaliman.
Setiap wanita harus memahami dengan baik
bahawa banyak penilaian lelaki terhadap wanita atau kata-kata mereka mengenai
wanita pada umumnya tidak bernilai pada hakikatnya, tetapi hanya ungkapan
tentang apa yang membosankan fikiran mereka dan tidak banyak lagi mengisi
kepala mereka dengan pemikiran seksual. Kebanyakan dari mereka, sama ada
beragama atau tidak, menggambarkan wanita dalam fikiran mereka sebagai mainan
seksual. Sama ada mereka mesti ditahan atau dimanfaatkan, sesuai dengan keadaan
masing-masing....
Oleh itu, anda dapati pemikiran mereka ini
dalam kegilaan seks. Sekiranya mereka beragama, mereka kurang tergugat pada
Zainab yang berhijab, misalnya, dan jika mereka tidak beragama, atau atheis yang
tidak sopan atau peniaga yang mengambil manfaat, maka sebahagian besar tergumam
melihat wanita tidak sopan atau berbogel di setiap tempat dan masa ....
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 19
Orang-orang ini tidak dapat memandang wanita
atau menganggap wanita sebagai manusia yang cukup (sempurna) bebas, pada hal mungkin
sebahagiannya kadang-kadang lebih berkemampuan daripada lelaki, tetapi lelaki
tidak dapat memenuhi tempatnya atau melakukan apa yang boleh dilakukannya.
#Jadilah_Seperti Zainab binti Ali - shalawatu
allah 3alaiha.] [1]
Al-Hussein (as) menebus wanita dan
kehormatan anda:
[ ... Dan ketahuilah bahawa tindakan dan
penderitaan Al-Hussein (as) telah meringankan kamu sebanyak-banyak keringanan,
yang kamu tidak ada kuasa untuk menanggungnya dari kezaliman orang-orang yang
zalim, untuk mencapai keredhaan Allah Yang Maha Suci, dan akan memasukkan kamu
ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.
Bahawa Al-Hussein (as) telah menebus darah
kamu dengan darahnya sendiri yang mulia dan suci, dan menebus isteri-isterimu
dan anak-anak kamu dengan sebaik-baik perempuan seluruh alam dari dahulu hingga
ke akhirnya selepas ibunya Fatimah (as), dan dia adalah Zainab (as), dan juga
menebus bayi-bayi kamu.
Dan Imam Mahdi (as) dan saya hamba yang fakir
lagi miskin, ciptaan Allah yang paling banyak, dibebankan ke leher kami dengan
keutamaan Al-Hussein (as), dan agama Al-Hussein (as) telah menjadi lebih berat
di belakangku, tidak sanggup bagiku memenuhinya melainkan apa yang dikehendaki
Allah padaku....][2]
S /
بسم االله الرحمن الرحيم ولا حول ولا قوة إلا باالله العلي العظيم وصلى االله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليماً.
Salam atas kamu, wahai ansar Allah, dan atas kesetiaan
dan keteguhan mereka, serta rahmat Allah dan keberkatanNya
_______________________
[1] Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 29 Ogos 2020.
[2] Kitab Mutasyabihaat Jilid 4, hal. 18
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 20
Adakah kita membantu imam secara individu?
Contohnya; Apa tugas yang harus saya lakukan ketika saya mendengar bahawa Al-Hussain
telah pergi berperang bersama wanita? Apa yang harus saya lakukan sekiranya
saya berada di zaman Al-Kazim dan mengetahui bahawa imam saya telah dibawa ke
penjara bersama kaum wanita? Wajibkah bagi saya untuk menyokong Baqir Al-Sadr
ketika mereka memenjarakannya dan saya berada di negara lain? Apa yang harus
saya lakukan untuk menyokong Al-Khoei ketika dia berada dalam tahanan rumah?
Perlukah saya menunggu arahan-arahan dari imam? Atau adakah saya menunggu arahan-arahan
dari marajik seperti zaman Al-Kadzim (as)? Dan mereka mengecewakannya? Atau
adakah betul untuk saya bertindak sendiri? Adakah betul bagi saya sekarang
meninggalkan rumah dan keluarga untuk bergabung dengan tuan Ahmad (as)? Apa
yang harus saya lakukan sekarang .. (menyampai dakwah)? Saya hampir mencapai
seberapa banyak yang saya boleh? Saya mahu menyokong tuan dan tidak
mengecewakan tuan? Bagaimana? Saya ingin mengelakkan dosa mengkhianati imam,
jadi apa yang harus saya lakukan? Saya mahukan jawapan yang jelas, kerana saya
melihat jawapan yang betul adalah bertindak sendiri dan mengambil tiket ke Iraq
untuk bergabung dengan imam, dan tanpa memberitahu keluarga saya, suami saya,
atau ahli keluarganya dan keluarga saya.. Keluarga saya adalah orang yang beriman
kepada tuan, tetapi suami saya dan keluarganya tidak beriman. Jadi adakah saya
harus meninggalkan mereka di tangan suami atau keluarganya yang tidak beriman?
Dengan yang lainnya, saya tidak mempunyai kenalan dan tidak tahu jalan ke
Iraq..Saya pergi dan berserah kepada Allah di sana dan dia menguruskan urusan
saya ... Adakah ini betul?
Haruskah saya bertanya kepada Tuan Ahmad (as)
sendiri? Saya takut dia akan mengatakan kepada saya sebagaimana yang dikatakan
oleh Al-Hussein (as): Gunakanlah malam ini seperti yang unta lakukan... atau seperti
yang dia (as) katakan kepada John.
Maulai Ahmad, semoga Allah merahmati tuan,
jelaskanlah gambarannya kepada saya, dan saya mohon kepada Allah agar memberi
saya kejayaan. Atau adakah soalan ini belum tiba masanya? Atau ia adalah
masalah yang "jika ditimbulkan kepada tuan, itu akan membahayakan tuan"?
Wahai tuan! Ya Ahmad, wahai anak mereka yang disucikan, mengapa tuan tidak
menjawab permintaan saya? Tuan tidak kembalikan kepada saya .. Ujian ini telah
menyibukkan tuan dari kami? Atau tidak senang? Jauh itu pada tuan, maka dengan
kerehatan tuan saya merayu dengan memperlihatkan rasa kasih, Tuhanku, aku ingin menolong waliMu, jadi berikan padaku kejayaan dalam
hal itu, dan berikan aku kejayaan atas apa yang Kau redhai. Adakah ia jelas?
J /
بسم االله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى االله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً.
.
Saya mohon kepada Allah agar memberikan
kejayaan kepada anda dan menunaikannya.
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 21
Sokongan yang wajib bagi seorang mukallaf
adalah menolong Allah Yang Maha Suci, dan ia dicapai dengan menolong Khalifah-Nya
di bumi-Nya pada setiap saat, dan tidak wajib untuk menolong siapa pun kecuali
khalifah Allah di bumi-Nya, bahkan jika dia menyeru kepada kebenaran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ
تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, jika
kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu."[1]
Seorang wanita itu tidak perlu menolong
khalifah Allah di bumi-Nya dalam kerja-kerja yang dia fikir boleh menjatuhkan
kemuliaannya atau sesuatu yang dia lemah untuk melaksanakannya seperti jihad
dan sebahagian jalan yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Secara
umumnya, semoga Allah memberikan anda kejayaan atas segala kebaikan, salah satu
cara terbaik yang sedia ada bagi wanita untuk menolong kebenaran adalah Media
melalui internet atau mana-mana kaedah yang sedia ada, di mana dia boleh
menyampaikan kebenaran kepada orang ramai untuk membimbing mereka dan
menyelamatkan mereka. Inilah jalan yang telah diambil oleh Fatimah Al-Zahraa'
(as), Zainab (as), Khadijah, Asiah dan Mariam (3alaihimu ssalam). Anda
memiliki wanita terbaik sekalian alam sebagai contoh dan ikutan terbaik. Oleh
itu, ikutilah contoh perjalanan mereka yang diberkati lagi disucikan. Dengan
harapan Allah akan merahmati dan memberkati anda sebagaimana Dia merahmati dan
memberkati mereka, selawat Allah ke atas mereka.[2]
Soalan berikut ini diajukan oleh Sheikh ‘Alaa
Al-Salem:
S / Saya ditanya oleh salah seorang mukminah
tentang tugas wanita dalam menolong kebenaran pada masa ini (waktu
pertanyaannya bertahun-tahun yang lalu), dan apakah had-had taqiyah, dan
bagaimana menangani mereka yang memperlihatkan permusuhan kepada kita. Kerana
jawapannya mempunyai pengajaran dan pelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh
semua orang, terutama kepada mukminah, saya menyampaikan jawapan Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) kepada soalan tersebut.
[Jawapannya
بسم االله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى االله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً.
[Seorang wanita yang beriman adalah seperti
seorang lelaki yang beriman, kerana dia bersholat, berpuasa, dan beramal dalam
mencari redha Tuhannya, Yang Maha Suci secara lengkap, sama seperti orang
lelaki yang beriman, kecuali dalam beberapa perincian dan kekhususan. Maka dia
bertanggung jawab mengenalkan agamanya dan menyampaikan kepada manusia dan
mengenalkan mereka dengan kebenaran dalam batas-batas kesanggupannya.
,______________________
[1] Surah Muhammad: 7
[2] Al-Jawab Al-Munir Jz 7 hal.126
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 22
﴿لا يُكَلِّفُ االله نَفْساً الا وُسْعَهَا لَهَا
مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ﴾
"Allah tidak membebankan seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya apa yang diusahakannya dan ia
mendapat siksa apa yang dikerjakannya".[1]
Jangan gagal menyampaikan kepada manusia dan
mengatakan kebenaran, sama ada menyampaikannya secara bersemuka atau melalui
media yang sedia ada, seperti Internet. Sebagaimana yang dilakukan oleh
saudara-saudara ansar dengan menerbitkan artikel di laman web yang disiarkan di
Internet dan dibaca oleh orang ramai di kebanyakan negara di dunia, yang
memberi kesan yang besar dan menjadi sebab sebahagian manusia beriman dan dari
negara yang berbeza. Kaum wanita beriman juga boleh menyusun sendiri untuk melakukannya
menurut kemampuan mereka dan mengadakan majlis berkabung pada musibah tertentu
kepada keluarga Muhammad (as) dan mengenalkan kepada orang ramai tentang kebenaran,
menjelaskan kebatilan, dan mendedahkan orang-orang yang batil. Peranan Zainab
(as), selepas peristiwa Karbala berperanan besar dalam menjelaskan kebenaran
dan mendedahkan kebatilan. Saya mohon kepada Allah agar memberikan anda
kejayaan atas kedudukan ini bagi menghadapi para pelampau pada zaman seperti
kedudukan Zainab (as), bagi mendedahkan orang-orang yang batil, dan membongkar mereka
serta menjelaskan kejahatan, kezaliman, dan penolakan mereka..
Adapun taqiyah, adalah untuk memelihara
hidupnya orang beriman bagi mendukung kebenaran, dan bukan hanya untuk
memelihara hidupnya sahaja untuk alasan melindunginya. Maka meninggalkan
kebenaran bukan suatu taqiyah.
Dan saya mohon kepada Allah agar membuka semua
alasan anda dan mempermudah urusan anda untuk mendokong kebenaran dan
menunjukkan kebenaran melalui tangan dan dengan lidah anda, dan membuat anda
berjalan mengikut jejak langkah solehah, Fatimah (as), Zainab (as), Khadijah (as),
dan Mariam (as), dan wanita beriman yang soleh, isteri Firaun, yang memilih
rumah di sisi Allah mengatasi perhiasan dunia:
﴿وَضَرَبَ
اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ
ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ
وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ﴾
Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan
bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhanku,
bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah
aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. [2],
dan berdiri menentang para taghut penzalim dan mempertahankan kebenaran
sehingga pergi menemui Tuhannya yang redha dan diredhai dengan perjuangan dan
keberanian yang disebut oleh Allah dalam Kitab terbaik yang diturunkanNya, iaitu
Al-Quran.
_________________
[1] Surah Al-Baqarah: 286
[2] Surat Al-Tahrim: 11
Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 23
﴿إِنَّ
هَٰذَا لَهُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ * لِمِثْلِ
هَٰذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ ﴾
Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang
besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang
bekerja""[1] [2].
والسلام عليكم ورحمة االله وبركاته.
_____________________
[1] Surah As-Saffat: 60-61
[2] Kitab
Bersama Abdus Soleh - Jz 2, hlm. 86
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan