Rabu, 11 Ogos 2021

Pembezaan jiwa (diri) lelaki dan wanita

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 88

 

Kajian Ilmiah >> Pembezaan jiwa (diri) lelaki dan wanita

 

S / Semoga Allah memberkati tuan, saidi yang dikasihi, dan semoga Allah membalas tuan dengan kebaikan. Saya mohon kepada Allah agar menambah kurniaan-Nya, dan atas sikap mulia kepada kami dari kelembutan-Nya, dan tuan berikan kami dari tempat simpanan IlmuNya. Tuan, kami ada satu pertanyaan, seperti yang diketahui dan ditetapkan, kerana tuan telah menerangkan bahawa kejadian, proses pengembangan dan evolusi adalah cara yang tepat untuk mentafsirkan asal usul kejadian kehidupan dan evolusi di bumi, dan ini dibuktikan dengan bukti saintifik (ilmiah).

Seperti yang diketahui bahawa evolusi organisma hidup membawa kepada perbezaan organisma hidup kepada lelaki dan wanita, yang banyak membantu mencapai sudut asas proses evolusi, iaitu proses pemindahan genetik dari satu generasi ke generasi yang lain, yang mana disertai dengan kemunculan sifat yang lebih sesuai untuk kelangsungan hidup. Ini berlaku dalam aspek biologi manusia. Persoalannya, apakah ada hubungan atau kesan untuk aspek psikologi (rohani), maksud saya kesan jiwa, apakah itu mempengaruhi proses perbezaan pada makhluk hidup, adakah wujud di alam jiwa-jiwa lelaki, jiwa wanita, dan sekiranya perkara seperti itu wujud, apakah alasan di sebalik itu? Seperti yang diketahui, penyebabnya dalam aspek biologi adalah proses pembiakan, dan yang penting ialah faktor dalam menentukan jantina biologi adalah adanya kromosom penentu jantina. Adakah ini dipengaruhi oleh faktor psikologi (jiwa) dan mengatasi aspek biologi, misalnya, jika kita menganggap wujud jiwa lelaki dalam tubuh biologi wanita, adakah ini mungkin?

Banyak persoalan lain, semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

J / [Semoga Allah memberkati anda, Syeikh Al-Jalil Shadiq Al-Muhammadi

Saya mohon kepada Allah agar anda menjadi keluarga yang mulia, dan mereka yang berlindung kepada anda dalam keadaan baik dan sihat serta sampaikan salam saya buat anda semua.

Semua jiwa juga berbeza tetapi pembezaannya tidak seperti perbezaan jantina dalam kejadian evolusi biologi di muka bumi ini.

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 89

 

Ada jiwa wanita dan jiwa lelaki, tetapi tidak dalam pengertian jantina, tetapi dalam apa yang sesuai dengan alam jiwa-jiwa (Anfus – diri-diri).

Keseronokan dan kebahagiaan yang dialami oleh jiwa dari keterkaitannya jauh lebih besar dari keseronokan hubungan seksual atau kesenangan dan kebahagiaan yang dicapai di dunia ini sebagai hasil dari saling bergantung antara lelaki dan wanita. Oleh itu, pembezaan psikologi (rohani) adalah penting kerana ia adalah sebab kepada kebahagiaan manusia di alam-alam lain, dan bahkan di dunia ini beberapa kesannya dapat disentuh (dirasakan).

Perbezaan itu dapat dilihat, bahkan sampai ke tahap tertentu, dengan memahami perbezaan besar antara kesenangan dan kebahagiaan pasangan yang dihubungkan oleh hubungan seksual, keluarga, dan anak-anak, dan kesenangan dan kebahagiaan pasangan lain yang dihubungkan oleh perasaan dan kasih sayang.[1]

___________________

1 - Jawapan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) terhadap komen di laman Facebook rasminya - bertarikh: 2 Mac 2019

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: