Ahad, 15 Ogos 2021

Keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 115

 

 Wanita Dalam Masyarakat >> Keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima

 

S / Ada urusan oleh sebahagian saudara ansar dengan isteri mereka di mana terdapat banyak cacian dan kutukan, dan mungkin ada perkara lain yang kita malu untuk membicarakannya, begitu juga diperlakukan dengan memukul mereka. Ini saya tidak bercakap untuk diri sendiri, tetapi untuk perkara sebenar yang menimbulkan kesedihan di hati kita. Dan saya mohon kepada Allah agar memberikan kejayaan kepada saudara-saudara kita dalam setiap kebaikan dan mengganti urusan-urusan ini dengan saling bekerja sama di mana saudara-saudara ansar ansariah sampai kepada Allah dan menolong Muhammad dan keluarga Muhammad dengan lidah dan senjata.

J / [Suami dan isteri adalah dua orang yang terikat dengan akad (ikatan perkahwinan), jadi sudah pastilah mereka bukan seorang, melainkan mereka berdua, oleh itu mesti ada perselisihan dan perbezaan antara mereka dalam banyak perkara, dan ini memerlukan kesabaran dan timbang rasa masing-masing antara satu sama lain, dan harus ada kasih sayang dan belas kasihan antara pasangan untuk meneruskan kehidupan bersama, jika tidak, pertembungan antara mereka adalah petunjuk kegagalan salah satu dari mereka atau kegagalan sosial mereka bersama-sama, dan untuk alasan ini Allah SWT mendesak agar beberapa anggota masyarakat yang dekat dengan mereka, yang merupakan keluarga suami dan keluarga isteri, campur tangan untuk membimbing pasangan suami isteri dan memberi nasihat kepada mereka dan menyelesaikan masalah yang menyebabkan perselisihan antara mereka. FirmanNya:

﴿وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا ﴾‏ 

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua maka lantiklah "orang tengah", seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.[1]

Adapun apabila suami memukul isteri ia adalah haram dan tidak dibenarkan kecuali dalam hal nusyuz (enggan mentaati perintah), dan ini adalah keadaan khas, iaitu menahan diri (meninggalkan) isteri dari tempat tidur perkahwinan, dan tidak dibenarkan memukul secara kejam.[2]

 

S / Seseorang memukul isterinya dengan teruk sehingga kesannya terlihat pada tubuhnya, begitu juga dengan anak perempuannya, kerana menolak pertunangan anak perempuannya. Apakah dikenakan diyah (denda) kepadanya, atau apa hukum kerana memukul?

 

______________________

[1] Surah Al-Nisa’ 4: 35

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm.62

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 116

 

J / Dia harus meminta pengampunan atas apa yang dia lakukan. Bagi diyah (denda), orang yang menjadi mangsa boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Syariah untuk melihat apakah ada sesuatu yang patut dikenakan diyah atau tidak.[1]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Saya bersumpah kepada tuan demi Bapa Tuan, Muhammad Ibn Al-Hasan Al-Askari, semoga salam Allah atasnya, dan semoga Allah mempercepat kezuhuran tuan berdua. Mereka para ansar tuan disebabkan akhlak mereka, sehingga kami menjauhi kebenaran. Dan suami saya sekarang menentang kami dengan tingkah lakunya dan mengatakan dia sudah selesai, dan menjumpai hujah terhadap saya, Dia telah meninggalkan mendidik anak-anak dan tanggungjawab, dan saya tidak melihat dia terganggu (berpaling) pada dunia dan mereka mengatakan sudah cukup kami beriman. Adakah ini benar, itu adalah kalimah yang dia katakan, jadi di mana akhlak Al-Muhammadiyah, saya tidak melihat apa-apa kecuali penghinaan, kesalahan (kekeliruan) dan pertemuan antara mereka terhadap manusia, adakah dakwah ini sampai seperti ini dan sedikit musykil yang mengancam kita, apakah ini benar? Bilakah tuan akan datang dan memberi kami keselamatan dan kestabilan? Ketika kami melihat penampilan tuan yang mulia, adakah wajib baginya untuk memberitahu saya tentang adab buruk, kerana kepulangan itu akan melarikan diri, dan saya katakan, saya adalah salah seorang ansar Imam, saya harap bahawa tuan akan menjelaskan kepada saya dan saya harap tuan akan mengirimkan nasihat kepada mereka, saya bersumpah kepada anda demi hakimiyah Allah, agar memberi saya jawapan yang cepat, saya mohon, dan saya menunggu tuan untuk melindungi kami dari ketidakadilan yang kami jalani. Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

J / [Jawapan: Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Saya mohon kepada Allah agar mengislah keadaan semua orang-orang beriman, lelaki dan wanita, untuk kebaikan akhirat dan dunia mereka, Sesungguhnya para Nabi dan washi-washi datang untuk memperbaiki manusia dan menyebarkan akhlak yang baik di kalangan manusia, dan barang siapa yang mengatakan bahawa dia adalah Syiah (pengikut) Muhammad dan keluarga Muhammad, dia harus berakhlak dengan akhlak yang baik dan bersikap baik dengan keluarganya dan manusia. Wal-Salam 3alaikum, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.[2]

____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3, hlm. 38

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm 99

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 117

 

S / Al-Salam 3alaikum, Ya Qaim, Aali Muhammad Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Adakah seorang ansar berhak mencaci, memaki dan memukul isterinya? Dan setiap kesalahan yang berlaku di rumah dia menyalahkan isterinya? Contohnya: ketika dia memberikan sesuatu kepada isterinya dan setelah beberapa lama dia menginginkannya semula dan isterinya berkata, "Kau telah lupa," katanya, "Tentu saja engkau lupa kerana engkau tidak pedulikan aku, dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya mencintainya dan mengambil berat tentang perkara yang paling mudah?" Saya meminta ampunan kepada Allah dan kepada tuan, saidi, kerana saya menyebabkan tuan terganggu, kerana saya tahu tuan apabila tuan mendengar ada kesalahan pada mana-mana ansar, tuan akan terluka. Saya menunggu jawapan tuan, dan apa sahaja jawapannya, saya akan menerimanya, wahai penyejuk mataku, dan saya bersumpah demi ibu tuan, Al-Zahraa’, agar tidak melupakan saya dalam doa tuan.

J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Sudah tentu, mencaci dan memaki tidak dibenarkan dan ini tidak dipertikaikan lagi. Hubungan antara pasangan suami isteri seharusnya menjadi hubungan kasih dan sayang, bukan menghina, dan kedua-dua pihak diminta untuk mengatasinya.[1]

 

S / Ketika kita berbicara tentang mendera isteri yang nusyuz dalam konteks agama, semua orang bersetuju bahawa itu adalah penderaan yang tidak adil, tetapi ketika kita sampai pada kenyataan hidup, situasinya sangat berbeza, dan dengan pukulan yang teruk dan penderaan fizikal terhadap isteri akan meningkat. Apakah batasan memukul isteri, khususnya, dan apakah hukuman bagi suami yang melanggar batasan ini? Dan tidakkah membetulkan dan memperbaiki diri menjadi lebih berkesan dan lebih baik dengan sabar dan perlakuan yang baik dan bukannya menyakitkan badan yang menimbulkan perasaan terhina, terutama jika ia terhadap orang yang lebih lemah dan dalam perlindungan dan penjagaannya?

 J / [Memukul isteri bukanlah keadaan semula jadi atau keadaan di mana sah diamalkan pada kebiasaannya, Sebaliknya, dalam Daulah Al-Ilahiyah, jika isteri mengajukan tuntutan saman terhadap suami yang mendera, dia akan diperiksa, dan jika suami didapati bersalah, dia akan dihukum.][2]

________________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi - hlm 338

[2] - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 46

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 118

 

S / Ada seorang ansar, isterinya tidak sholat, dan dia juga seorang ansariah, dan dia (suami) melakukan segala daya upaya untuk membuatnya bersholat, dan dia menggunakan semua cara syar’ei untuk membuatnya bersholat, tetapi tidak berhasil. bolehkah dia memukulnya supaya sholat atau menceraikannya?

J / [Dia hendaklah menasihatinya, membentaknya, mendorongnya (memberi semangat) supaya sholat dan meneruskan perkara ini, dan janganlah memukulnya atau menceraikannya.][1]

 

S / Ramadan Karim dan semoga sepanjang tahun tuan, keluarga, kerabat dan ansar tuan dengan ribuan kebaikan.

Soalan yang saya sampaikan kepada tuan, Imamku tersayang, dari salah seorang ansariah:

Salam atasmu, Ya maulai. semoga rohku menjadi tebusan untukmu, Ya maulai saya mempunyai soalan mengenai masalah sosial.

Adakah suami boleh memukul isterinya kerana dia marah dan gelisah kerana tidak diperhatikan apa yang dia perlukan dan tidak disediakan keperluan yang diperlukan untuk rumah, dan jika ini tidak tersedia, ia boleh menyebabkan kecederaan fizikal isterinya selain keadaan psikologi. Adalah diketahui bahawa dia mempunyai wang untuk membeli barang keperluan, tetapi ... adakah perlawanannya itu dianggap tidak berakhlak??

Tuan, wahai yang berlaku adil bahkan bagi sesiapa yang menyerangnya secara tidak adil, adakah suami ini adil? Dia menegaskan bahawa dia tidak akan memberikan apa yang dia (isterinya) mahukan. Menurutnya, ini untuk melawan ego, dan ini semua ditakutan demi ego. Dan setiap kali berlaku perselisihan, dia menuduh isterinya sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah, dan itu bukan penghinaan dan.. dan.. dan..

Semoga Allah membalas tuan dengan ganjaran yang terbaik, wahai orang-orang rahmat. Apa pendapat tuan tentang perkara ini?

_______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 47

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 119

 

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Al-Hamdu Lillahi, semoga Allah memberkati anda

Masalah suami memukul isterinya kerana perbalahan antara mereka adalah tidak berakhlak dan sama sekali ditolak.

Harus diingat bahawa satu-satunya masalah di mana perundangan membenarkan menyentuh permukaan badan yang boleh menyebabkan memukul adalah sekiranya si isteri menjauhkan diri (menghalang) dari suaminya. Secara peribadi, saya menasihatkan suami seperti itu untuk bersabar dan berusaha untuk melakukan pembaikan atau berpisah dengannya, walaupun dia berhak memaksanya.

Juga, suami dan isteri mesti memahami bahawa masing-masing mempunyai tubuh yang berbeza, dan tubuh badan adalah terdiri dari unsur kimia yang terdedah kepada tekanan dalaman akibat rembesan hormon dan lain-lain. Dan faedah memahami masalah ini dapat mengelakkan banyak masalah daripada berlaku. Sebagai contoh, jika seorang wanita mengetahui bahawa dia terdedah semasa kitaran haidnya terhadap rembesan dalaman yang membawa kepada ketidakseimbangan keadaannya. Sarafnya mungkin dapat mengawal dirinya sendiri dan bukan menjadi sasaran yang mudah untuk dilakukan provokasi (membangkitkan kemarahan) sederhana, yang akan membawa kepada masalah besar. Juga, jika suami memahami hal ini, dia akan mengambil kira isterinya dalam perkara ini atau dalam hal kehamilan dan situasi lain yang menyebabkan ketidakseimbangan keadaan saraf isteri, juga lelaki dan wanita mengalami banyak tekanan di tempat kerja atau di jalanan, mungkin ada pemandu kereta yang mengganggu dan berkelakuan buruk, yang mengubah hari suami atau isteri dengan keburukan menjadi hari yang buruk dan menjadikannya sasaran mudah untuk melakukan provokasi dan menjadikan sebarang masalah mudah menjadi masalah besar..

Akibatnya, kita mesti memahami bahawa badan kita adalah mesin kimia yang penuh dengan reaksi, dan sebarang keadaan khas atau tingkah laku luaran boleh mempengaruhinya dan menjadikannya bergelora dan sasaran mudah untuk memprovokasi. Satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan berusaha memperbaiki diri, kita menjadikannya mengawal gangguan tubuh kita dan tidak membiarkannya memimpin kita ke mana sahaja yang diinginkannya. Sekiranya kita tidak berjaya mengurangkannya sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita mengurangkannya secara minimum dan dengan itu mencapai manfaat besar bagi diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita dengan mengurangkan jumlah masalah atau menghapus sepenuhnya dari kehidupan kita.

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 120

 

Mengenai masalah menyediakan keperluan isteri, ini adalah tugas suami selagi dia mempunyai cukup wang untuk itu.[1]

Mengenai jenayah dan bunuh diri sebagai masalah sosial, dia (as) menulis:

[Pesalah dan pembunuh itu mungkin menjadi mangsa.

Dan bunuh diri kebanyakannya sering kali menjadi mangsa.

Apabila anda meletakkan individu, kumpulan, atau seluruh masyarakat dalam keadaan yang melampau dan keterlaluan, jangan mengharapkan mereka bertindak secara semula jadi atau berakhlak.[2]

Salah seorang pengikut menulis ulasan ini di pos: Segala sesuatu yang berlaku adalah hasil dari jauh atau dekatnya manusia dari Allah Ta’ala. Ketika ibu membuang anak-anaknya, tindakan ini adalah tindakan kesyaitanan. Walau apa pun keadaannya, aqidahnya tetap ada berakar umbi dan ia yang mengawal tindakan seseorang.

J / [Semoga Allah memberkati kamu, saudara yang dikasihi. Sekurang-kurangnya, ada berjuta-juta ibu yang ateis atau tidak mempercayai kewujudan Tuhan dan mereka tidak kecewa dengan membuang anak-anak mereka atau membunuh mereka.[3]

 

S / Saya menyampaikan masalah ini kepada tuan. Kami ingin menjelaskan perkara ini agar kami tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah (Azza wa Jalla). Adik perempuan saya seorang yang beriman dan suaminya tidak beriman dan dia mempunyai empat orang anak-anak. Dia membakar dirinya kerana suaminya menderanya, kerana dia memperlakukan isterinya dengan pukulan yang sangat teruk, sehingga terdapat tanda-tanda pukulan itu jelas pada tubuhnya, selain penghinaan dan penganiayaan. dan hari-hari terakhir, kira-kira tiga hari sebelum kematiannya, ketika didera oleh suaminya meningkat, dia bahkan dihalang dari masuk ke biliknya sendiri, memasuki

_______________________

[1] Ulasan di Laman Facebook Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 3 Jun 2018

[2] Catatan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) di laman Facebook rasminya - pada 19 Oktober 2020 - Link ke siaran

[3] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 121

 

dapur dan tidur di luar biliknya ... dll, dan juga dia dihalang dari menghubungi keluarganya, Sehingga menguatkan dia melakukannya kerana dia kehilangan kawalan terhadap dirinya sendiri, yang menyebabkan dia membakar dirinya sendiri. Adalah diketahui bahawa perkara-perkara inilah yang dia katakannya semasa di hospital sebelum kematiannya, di mana dia berbaring di hospital selama lebih kurang (13 hari) Juga, pernyataan ini ditulis oleh penyiasat Syar’ei dari mahkamah. Kini suaminya akan ditangkap dan dia kini dalam pelarian, Maka puak suami mengambil (tawaran – 3thwah) dari puak isterinya, sekitar sebulan, dan kemudian sidang kesukuan (puak) akan diadakan. Apa yang ingin kami dapat penjelasan dari tuan adalah:

1. Adakah dibenarkan memenjarakan suami, kerana dialah yang membunuhnya?

2. Adakah dibenarkan untuk mengambil penghakiman puak yang nilainya lebih kurang (20 hingga 30) juta dinar? Inilah yang selalunya menjadi kebiasaan penghakiman puak.

Dan sekarang mereka mengatakan bahawa mereka mengenepikannya dari dituntut dan kami akan mengadakan penghakiman puak pada sidang yang dijadualkan selepas tiga hari. Dan apakah nasihat tuan kepada kami tuan?

J / Suami boleh dipenjara dan dihukum jika dia telah menyakiti isterinya sedemikian rupa sehingga si isteri telah membunuh dirinya sendiri. Juga dibenarkan untuk mengambil penghakiman puak untuk seorang wanita, jika terbukti bahawa suami membunuhnya.

Adapun masalah mengenepikan tuntutan dan menerima penghakiman puak, ini terserah kepada keluarga wanita. Sekiranya mereka memutuskan untuk mengetepikannya, lebih baik mereka menjamin hak mereka terlebih dahulu.[1]

 

S / Tuan, apakah hukum saudara (abang) memukul adik perempuannya?

J / [Tidak dibenarkan.] [2]  

____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, ms 49

[2] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 2 Julai 2018

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 122

 

S / Tuan, saya mohon maaf atas pertanyaan ini. Sebahagian orang Arab hingga hari ini berkhatan (khitan) kepada gadis-gadis. Adakah khitan ini benar?

J / [Tidak] [1].

 

S: Apakah hukum khitan (sunat) dalam Islam?

J / [Tidak dibenarkan.] [2]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Allahumma Shalli 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Al-Salamu Ya Maulai Ahmad Al-Hassan Al-Yamani. Tuan, saya seorang ansariah, tetapi keluarga saya tidak, namun mereka mendesak saya supaya mengundi dan jadi saya pergi [mengundi]. Walau bagaimanapun saya merosakkan undi dan menandakan lebih daripada satu nama dan saya tidak tahu siapa mereka ... adakah cara ini dilarang (haram), atau bagaimana? Saya harapkan jawapannya. Adakah ini dianggap berdosa pada saya, atau bagaimana?

 J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima

Semoga Allah memberikan anda kejayaan. Jika anda terpaksa (dipaksa) mengenai perkara ini, maka Allah akan mengampunkan anda, dan Dialah sebaik-baik Pemberi ampun. Dan saya bermohon kepada Allah agar Dia memberi anda yang terbaik di akhirat dan dunia.

Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

 

________________________

[1] Ulasan di Laman Facebook Rasmi - Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) pada 22 Ogos 2018

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 1442 H - Link ke siaran

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 57

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: