Mengenai perkahwinan
o
Hukum-hukum Am
o Penguasa
(Wali Al-Amr)
o
Pasangan
hidup yang tidak beriman
o
Kehamilan dan
melahirkan anak
o
Masalah dan
Penyelesaian
o
Poligami
o
Perkahwinan
Yang Gagal
o
Hubungan Haram
Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 162
Hukum-hukum Am
S / Adakah terdapat had-had tertentu dalam
hubungan seksual antara suami dan isteri, maksud saya adakah terdapat larangan,
iaitu perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pasangan tersebut?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Setiap pasangan suami isteri boleh menikmati
setiap bahagian tubuh pasangannya di mana-mana bahagian badan pada bila-bila
dan di mana sahaja. jika keduanya ridha dengannya kecuali apa yang telah
disebut larangannya kepada kita, Ia adalah hubungan seks antara mereka sebelum
pada hari-hari haid, dan meliwat isteri pada dubur yang tidak di redhainya,
Adalah diharapkan supaya tidak mengikuti sekatan dan had-had ke atas hubungan
seksual antara pasangan yang dihasilkan oleh hawa nafsu dan kemahuan, dan
berusaha kepada apa yang dituntut Fiqh yang dikaitkan dengan manusia yang
mempunyai kecenderungan seksual yang berbeza pada apa yang mereka lihat.
Salah satu mustahab (galakan) yang paling
besar yang dengannya dapat menghampiri diri kepada Allah SWT adalah kepuasan naluri
seksual pasangan (suami atau isteri) untuk lebih dekat kepada Allah dan untuk
mengukuhkan kebahagiaannya, dan ganjaran perkara ini tidak kurang dari ganjaran
ibadah seperti solat dan puasa, hanya pasangan itu memerlukan kepada niat,
bukannya hubungan seksual dengan pasangan hanya untuk memenuhi keinginannya
sahaja tetapi juga berhasrat untuk memenuhi keperluan pasangannya dan
memperkukuh kebahagiaannya untuk lebih dekat kepada Allah, dan supaya suami dan
isteri mendapat ganjaran dengan kurniaan Allah atas mereka berdua.[[1]
S / Seorang wanita yang suaminya sakit gila
secara berkala dan mengambil ubat untuk tetap normal, tetapi dalam hal
mendekati dan berhubungan seks dengan isterinya, keadaan gila itu kembali
kepadanya. Apakah hukum penolakan isteri untuk melakukan persetubuhan?
_____________________
1 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 6, hlm. 48
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 163
J / [Dia tidak boleh menjauhkan diri dari
suaminya kecuali untuk jangka waktu tertentu, misalnya, dengan harapan dia akan
sembuh.] [1]
S / Adakah pancutan (ejakulasi di luar rahim)
dibenarkan?
J / [Pancut luar (Azal) bebas dilakukan jika
tidak disyaratkan dalam aqad (ikatan perkahwinan) dan dia tidak diizinkan oleh muhrim.]
[2]
S / Adakah wanita boleh memulihkan selaput
dara dengan pembedahan kerana dia ingin menikah? Dan jika dia boleh
melakukannya, adakah dia wajib memberitahu bakal suaminya mengenai hal ini
untuk menikahinya?
J / [Ia dibenarkan dan mesti diberitahu untuk
dia selamat (aman) atas kehidupannya.] [3]
S / Apakah hukum isteri yang suaminya tidak
dapat bersatu dalam perkahwinannya kerana keadaan psikologinya?
J / [Jika dia sakit mental, seperti yang
tersirat dalam pertanyaan, dia mesti dirawat hingga pulih dari penyakitnya.]
[4]
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Salam atas Saidi wa Maulai, dan Imamku Ahmad
Al-Hassan (as).
Tuan, dengan bertawakkal kepada Allah saya
berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan salah seorang ansariah dan
saya ingin bertanya tentang nilai mas kahwin (mahar) pada masa ini di mana
perlukah ditetapkan jumlah cadangan mas kahwin terendah dan nilai akhiran
(tertinggi) mas kahwin dalam akad (janji) rasmi di mahkamah rasmi di negeri
ini. Adakah kadar wajib untuk nilai mas kahwin sekadar mas kahwin (mahar)
Al-Zahraa’ (as) atau ia boleh jadi lebih tinggi?
_______________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Jz 3, hlm.42
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Jz 3, hlm. 42
[3] Himpunan Soal-Jawab hukum oleh Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as), yang diterbitkan oleh Al-Syed Watsiq Al-Husseini - Link
ke siaran
[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Jz 5, hlm. 22
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 164
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin.
Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh.
Saya telah menerangkan dalam jawapan sebelum
ini apakah mas kahwin (mahar) Al-Zahraa’ pada masa ini dan pada bila-bila masa.
Ia adalah nilai perabot rumah untuk dua orang, dan itu adalah
standard, yang bermaksud bahawa mas kahwin (mahar) adalah nilai kelengkapan
rumah di mana kedua pasangan hidup.
Jika anda mahu menetapkan jumlah tertentu atau
nilai maksimumnya adalah lebih baik untuk tidak melebihi jumlah mahar bernilai
empat puluh mistqal emas lapan belas karat atau bersamaan dalam mana-mana nilai
mata wang, dan jika saya mahu membahagikan mas kahwin yang dibayar kepada
jumlah cadangan mas kahwin terrendah dan nilai akhiran (tertinggi) mas kahwin
maka dibahagikan nilai yang dinyatakan antara keduanya.
Yang afdhalnya - secara umum – elakkan
sebarang mas kahwin yang tinggi walaupun bakal suami mampu dan kerana ia adalah
sunnah (kebiasaan) yang buruk dalam masyarakat orang mukmin, Maka keberkatan
seorang wanita adalah menerima mas kahwin (mahar) yang kecil dan adalah amat
malang bagi yang meninggikan mas kahwin dan untuk tujuan bermegah-megah.][1]
S / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Seorang dari ikhwah ansariah Iran dalam syarat
akad nikahnya boleh mengambil mas kahwin pada bila-bila masa yang
dikehendakinya, dan kini selepas berlalu beberapa tahun perkahwinannya kerana
beberapa perkara dia menuntut mas kahwin daripada suaminya, dan suaminya tidak
dapat membayar mas kahwin secara tunai. Menurut mahkamah Iran peruntukan
undang-undang untuk menahan hartanya itu sehinggalah mahar tersebut dibayar
dari milikan atau wang itu kepada isterinya, dan jika suaminya tidak mempunyai
wang atau harta (milikan) kecuali pada bahagiannya dalam warisan, peruntukan
undang-undang mahkamah Iran akan menahan dan mengambil bahagian warisannya dan
menjualnya walaupun dengan tiada keredhaan oleh seluruh warisnya, sebagai
contoh, ibu dan adik beradiknya yang mempunyai hak bahagian warisan itu, yang
akan dijual kepada seseorang bahagiannya, dan jika waris yang lain membantah
dan tidak
_____________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 61
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 165
bersetuju untuk menjual warisan itu, mahkamah
Iran memaksa mereka untuk membayar dengan bahagian lelaki itu diberi kepada
isterinya sebagai mas kahwinnya, kini persoalannya ialah: adakah perkara ini
sah di sisi syara’ dengan adanya semua syarat-syarat ini yang membawa kepada
rasa tidak puas hati waris yang lain dan mengganggu mereka, jika mahkamah
memberikan mas kahwin wanita itu dengan cara ini?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Ia dibenarkan, tetapi yang lebih utama adalah
kebajikan (kebaikan) di antara pasangan itu, dan hendaklah dia bersabar atas
isterinya - bahawa dia dalam kesusahan - sehingga Allah memberi rezeki
kepadanya.][1]
S / Adakah seorang wanita yang suaminya telah
meninggal tanpa madkhul (bersetubuh) adakah berhak mendapat mas kahwin penuh
dari harta peninggalannya, atau adakah dia mendapat separuh daripadanya,
seperti dalam perceraian?
J / [Dia mendapat mas kahwin penuh.] [2]
S / Wanita-wanita yang bernazar
untuk berpuasa selama satu bulan untuk mengesahkan nazar
yang dibuatnya, tetapi kemudian didapati suaminya tidak menerima puasa nazarnya
itu.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima
_______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm. 64
[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Encik Ahmed
Al-Hassan (saw) - Link ke
penerbitan di Facebook
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 166
Jika disebabkan nazar boleh menghilangkan
hak-hak suami seperti nazar berpuasa, atau berhaji atau berziarah, dan
sebagainya, dan suaminya adalah seorang mukmin, maka tidak sah nazar seorang
isteri jika tidak dengan izin suaminya.][1]
S / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Salam atas tuan, Saidi wa Maulai Imam Ahmad
Al-Hassan (as) Saya harap anda menerima saya walaupun saya amat kurang terlibat
dalam menyempurnakan dakwah tuan.
Tuan, adakah dibenarkan saya menjawab secara
terperinci atau tentang positif atau negatif apabila ada yang bertanya tentang
seorang wanita yang mahu dikahwininya, begitu juga tentang apabila seorang
lelaki mahu melamar seorang wanita, dan apakah ketentuan-ketentuan yang
dibenarkan dalam menerangkan tanggungjawab mengenainya?
yang bertanggung jawab kepadanya?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Dibenarkan menjawab secara positif dan negatif
tentang tanggungjawab perihal dan tingkah laku mengenainya, tetapi tidak boleh
dicakapkan tentang sesuatu yang pribadi yang tidak diketahui dan dikenali
sepenuhnya perkara itu untuk disebutkan.][2]
S / Sekiranya keluarga tinggal di
negara-negara Barat yang membayar gaji kepada keluarga walaupun mereka tidak
bekerja, maka gaji isteri dan anak-anak adalah hak mereka dan ayah tetap
menjadi ketua keluarga dan dia adalah penjamin penghidupannya, atau adakah
masalahnya berbeza? Seolah-olah wanita itu mempunyai pendapatan kewangan dan
dia tidak bekerja, adakah lelaki itu berhak untuk menanggung tanggungjawabnya
kepadanya dan memerintahkannya untuk membelanjakannya di rumah dan anak-anak,
Adakah gugur kewajipan untuk nafkah keluarga darinya dalam hal seperti ini?
.
J / [Gaji isteri adalah hak isteri dan dia
berhak untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, dan suami tidak berhak
bertanya kepadanya, dan suami tidak gugur dari memberi nafkah kepada isteri,
malah wajib dia memberi nafkah kepada isteri. Gaji anak-anak yang belum
____________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm 7, hlm. 67
[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm 7, hlm. 69
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 167
dewasa adalah hak mereka, dan ayah bertanggung
jawab memberi nafkah kepada mereka, dan dia mesti memenuhi kekurangan
perbelanjaan mereka. Ini adalah ketetapan Syariah. Semoga Allah memberikan anda
kejayaan dan semoga Allah memperbaiki keadaan anda.
Saya berharap anda saling berurusan dengan
rahmah dan kasih sayang, dan perbaiki perkara yang sama, kerana anda adalah sebuah
keluarga dan sepasang suami isteri, dan anda bukan syarikat perdagangan untuk
menguruskan harta kewangan, jadi suami harus melakukan tugasnya terhadap isteri
dan anak-anaknya dengan kasih sayang dan kerelaan, dan isteri harus baik, ramah
dan bertoleransi dengan suaminya. Saya percaya bahawa seorang wanita sering
dapat membina keluarga dan rumahnya dan memperoleh persetujuan suaminya dengan
kata-kata yang tenang dan baik, dan dengan itu, dia mendapat redha Allah. Secara
umumnya, walaupun suami bersikap kasar atau lalai dengan keluarganya, si isteri
dapat memperlakukannya dengan baik dan belas kasihan, dan dengan ini dia
mencari keredhaan Allah SWT dari awal hingga akhir, dan di sisi Allah ia
berlanjutan dan berkembang, insya Allah, dan anda akan melihat buahnya di dunia
dan akhirat.][1]
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh. Saya mahu berpindah dari Switzerland ke Mesir. Apa yang saya ada di
Switzerland? Ibu, abang, isteri, anak-anak saya, pangsapuri yang disewa dan
pekerjaan tetap.
Apa yang saya ada di Mesir? Sebuah komuniti
Ansar Allah yang saya kenal dan sayangi dan yang mengajar saya jauh lebih baik
daripada tempat saya tinggal, tempat di mana saya tinggal dan mengamalkan agama
saya dengan halangan yang lebih sedikit daripada saya sekarang, dan saya
mempunyai sejumlah wang yang saya simpan dan saya dapat hidup dari jangka waktu
tertentu, insya Allah, dan Al-Hamdu Lillah. Saya juga boleh membeli sebuah
apartmen atau rumah di Mesir. Saya dapat berada di tempat yang lebih baik dan
lebih diredhai Allah. Allah lebih mengetahui.
Dalam keadaan saya sekarang, saya prihatin
dengan kemungkinan berhijrah kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman
mengenai hukum-hukum Islam. Bagaimana jika isteri atau ibu saya, misalnya,
menentang saya mengenai perpindahan dan alasan pemergian saya? Adakah mereka
mempunyai hak terhadap saya? Atau jika isteri saya berkata kepada saya:
"Pergilah kamu seorang, saya tidak akan mengikuti anda, di sini anak-anak
saya mempunyai sekolah mereka, dan saya mempunyai pekerjaan, tetapi di Mesir
saya tidak tahu apakah kami mempunyai semua itu", yang bermaksud Saya
harus meninggalkan anak-anak saya kepadanya, adakah saya harus tinggal
bersamanya dan bersabar? Apakah tugas saya terhadap isteri dan anak-anak saya
jika saya bercerai (dan pergi sendiri ke Mesir), haruskah saya memenuhi
keperluan mereka?
_______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm.87
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 168
Semoga Allah memberkati tuan kerana
menjelaskan perkara-perkara ini kepada saya, insya Allah, Allahumma Shalla 3alaa
Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsira.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Adalah lebih baik bagi anda sekarang untuk
tinggal di negara anda di mana anda berada di Switzerland dan belajar agama
anda dengan membaca dan meminta pertolongan saudara-saudara anda yang mukmin
melalui Internet atau membuat perjalanan kepada mereka dan bercuti bersama
mereka apabila anda berpeluang. Sedikit demi sedikit, insya Allah, anda akan
mengetahui agama sebenar anda secara terperinci. Semoga Allah memberikan anda
kejayaan. Saya tidak datang untuk menghancurkan rumah tangga manusia dan
hubungan sosial mereka. Sebaliknya, saya datang kepada umat manusia, dan mengenalkan
kepadanya kebenaran. Sekiranya dia mahukan pengetahuan dengan pergi kepada Allah
dan menjadikan Rasulullah dan dutaNya dalam ciptaanNya. Apa yang saya minta
kepada anda selama ini adalah anda belajar agama yang benar dan menjadi seorang
yang diutus oleh Allah kepada saudara-mara dan masyarakat anda. Saya harap anda
melindungi keluarga dan anak-anak anda dan membesarkan mereka dengan didikan Ilahiyah
yang betul, dan mengajar mereka untuk mengingat Allah dan mentaatiNya Yang Maha
Suci, dan menerapkan akhlak dengan akhlak Ilahiyah.
Dan ketahuilah bahawa perkahwinan dan membina
sebuah keluarga, agar hubungan antara pasangan suami isteri menjadi padu dan diselubungi
oleh cinta dan kasih sayang, yang dikehendaki oleh Allah; Oleh kerana ia
membawa kepada kekebalan masyarakat manusia dari kerosakan akhlak. Adapun masa membujang, perceraian, memusnahkan keluarga, dan hubungan antara pasangan
menjadi dingin atau tegang, ini adalah perkara-perkara yang tidak dikehendaki
oleh Allah; Kerana ia membawa kepada penghancuran akhlak masyarakat manusia dan
tersebarnya kerosakan di muka bumi, maka wahai orang-orang yang beriman, mulakanlah
dengan isteri-isterimu dengan kebaikan, berbelas kasihan, kasih sayang dan
kata-kata yang baik, semoga Allah memberi anda kejayaan.][1]
S / Al-Salamu 3alaikum, bapaku.
_______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm. 97
Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 169
Seorang mukmin ingin berkahwin dengan wanita
yang beriman dan kedua mereka rela (suka) antara satu sama yang lain, tetapi
istikhaarahnya buruk, sehingga mereka meninggalkan perkara itu. Sebenarnya,
keadaan itu membuat saya banyak tertanya-tanya, dan selalu dikatakan bahawa
pilihan itu membingungkan. Adakah mereka berdua di sini salah? Maksud saya,
tidak menjadikan istikhaarah itu pada bentuk yang betul atau ianya betul, dan
menerima istikhaarah itu walaupun dalam keadaan seperti itu?
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati anda.
Pilihan ini dibuat dengan cara yang bercanggah
dan keliru serta tiada pengetahuan tentang cara yang paling tepat atau betul.
Bagi orang yang suka berkahwin dengan wanita atau wanita yang suka mengahwini
lelaki, tidak ada gunanya membuat pilihan di sini, kerana perkara itu
bergantung pada mengkaji perkara itu sama ada keduanya sesuai dan betul untuk.]
[1]
S / Wanita semasa akad nikah dengan "Al-Syed"
membaca Al-Quran, terutama Surat Al-Fath. Adakah surah atau doa tertentu yang
dibacanya menjadi penyebab kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan perkahwinannya
di masa depan dari semua aspek akhirat dan dunia?
Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan
kepada kita kemurahan dan kemuliaan atas apa yang ada dalam jawapan tuan, wahai
anak pemimpin kepada para pemimpin.
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati anda.
Solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah
Yang Maha Suci.
Dan berdoa untuk ikatan perkahwinan suami
isteri ianya akan dijawab (mustajab), insya Allah. Saya harapkan doa anda.][2]
S / Seorang lelaki yang telah menikah selama
kira-kira dua minggu, menginginkan keturunan yang sholeh untuk menyokong
Al-Qaim dan Mahdi-mahdi (as), adakah adab sebelum melakukan persetubuhan,
doa-doa atau sholat khas untuknya?
J / [Saya telah menerangkannya dalam
Al-Syarai3, dan saya akan memetik teksnya kepada anda:
[Adalah mustahab bagi orang yang ingin
bersetubuh agar sholat dua rakaat dan berdoa selepasnya, dan jika dia menyuruh
wanita itu untuk datang kepadanya,
________________________
[1] Kitab Himpunan Pos – hlm. 494
[2] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) - pada 19 Jun 2018
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 170
suruhlah juga dia bersholat dua rakaat dan
berdoa, dan agar mereka dalam keadaan suci, dan bahawa dia meletakkan tangannya
di ubun-ubun isterinya ketika dia menggaulinya, dan berkata:
" اللهم على كتابك تزوجتها، وفي أمانتك أخذتها، وبكلماتك استحللت فرجها، فإن قضيت لي في رحمها شيئاً فاجعله مسلماً سوياً، ولا تجعله شرك شيطان"،
"Ya Allah, menurut kitab-Mu, aku
menikahinya, dan dalam amanah-Mu, aku mengambilnya, Dan dengan KalimatMu,
dihalalkan farajnya, dan engkau tetapkanlah sesuatu untukku di rahimnya, maka
jadikan ia seorang Muslim yang sempurna, dan jangan jadikan dia sekutu
syaitan."
Dan bersetubuhlah pada waktu malam, dan berdoalah
semasa bersetubuh, dan minta kepada Allah Taala agar dikurniakan anak lelaki
yang sempurna (Syarai3 Al-Islam: Jz 3)[1]
S / Apakah perkahwinan (nikah) dengan wanita Saiyidah
yang keturunannya kembali kepada Rasulullah (S) dengan lelaki yang keturunannya
bukan Syed dan tidak kembali kepada Rasulullah (S) diperbolehkan menurut
pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)? Dengan rujukan beberapa sumber yang
boleh dipercayai.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Ia dibenarkan.][2]
S / Adakah wanita Alawiyah (bangsawan) boleh
berkahwin dengan lelaki yang nasab keturunannya tidak kembali kepada Rasulullah
(shalawatu Allah 3alaih wa Aalih)?
J / [boleh.] [3]
S / Sekiranya perkahwinan kekal berlangsung
secara syari’ah, dan disiarkan secaara rasmi dalam surat kabar negeri bagi
wanita itu mendapatkan tempat tinggal atau bagi lelaki untuk mendapatkan tempat
tinggal di negeri itu, apakah seorang lelaki boleh kehilangan haknya atas
wanita dari pengukuhan dan lain-lain, dan adakah dibenarkan bagi seorang wanita
untuk melepaskan haknya kepada seorang lelaki dari nafqah dan yang lain dan
perkahwinan itu tetap berlaku di antara mereka dalam bentuk ini?
_____________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - 3, hlm. 40
[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 5, hlm.46
[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - 3, hlm. 42
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 171
J / [Dibenarkan.] [1]
S / Seorang ketua keluarga telah sampai pada
tahap akhir penyakit Alzheimer, dan sekarang dia tidak menyedari apa-apa, dan
isterinya telah mulai mengurus urusan perbelanjaan, dan dia diberitahu bahawa
dia tidak berhak membelanjakan dari wangnya kecuali untuk perbelanjaan rawatan,
makanan dan hal-hal peribadinya yang lain dan juga hal-hal yang sangat sempit,
dan ini menyebabkan dia sangat malu menguruskan perbelanjaan untuk tetamu,
misalnya, atau urusan rumah tangga yang lain. Adalah diketahui bahawa isteri
tiada sumber kewangan lain.
Dan satu lagi perkara: Rumah itu dalam keadaan
tidak baik dan dia ingin menjualnya dan membeli yang lain, untuk menjimatkan
sejumlah wang untuk melaburkannya dan menggunakan faedahnya untuk
membelanjakannya dan untuk dirinya sendiri, adakah dia berhak melakukannya?
J / [Adalah dibenarkan baginya untuk
membelanjakan wangnya dengan cara yang diredhai Allah dan seperti yang biasa ia
(suami) gunakan pada hari-hari dia sihat. Adapun menjual hartanya seperti
rumah, tidak dibenarkan kecuali jika perlu, seperti untuk memberi rawatan
kepadanya.][2]
S / Saya seorang wanita yang telah berkahwin
selama 8 tahun dan suami saya bekerja, Al-Hamdu Lillah, tetapi hingga hari ini
kami tidak mempunyai rumah, kereta, atau apa-apa, dan ketika salah seorang anak
saya jatuh sakit atau saya mahukan sesuatu, saya tidak mempunyai wang, ketika
dia menerima gaji setiap bulan dia hanya memberi kami sedikit untuk makanan,
dan selebihnya dia menderma atau memberi, kadang-kadang dia memberikannya
kepada orang yang tidak memerlukan atau mereka meminta wang untuk perkara yang
tidak perlu, dan saya dan anak-anak tetap memerlukannya. Apa pendapat tuan atau
penilaian (hukum) terhadap suami saya? Apabila saya mempunyai wang, saya akan
berkongsi dengannya tetapi dia berkongsi wangnya dengan orang lain, Dan ketika
saya memberitahunya bahawa saya tidak berpuas hati dengan perkara ini, dia
memberitahu bahawa kepuasan kamu tidak penting bagi saya. adakah apa yang
dikatakannya benar?
___________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah – Jz 3, hlm. 43
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah – Jz 3, hlm. 50
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 172
J / [Yang wajib bagi suami adalah untuk
memberikan nafqah (perbelanjaan) yang diperlukan untuk keluarganya, dan
dia berhak membelanjakan lebihan wangnya sesuka hatinya, sama ada dia
membelanjakannya untuk keluarganya, atau untuk dirinya sendiri, atau
membelanjakannya untuk tujuan kebajikan yang diredhai Allah.] [1]
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh, Tuan yang dikasihi, apa khabar tuan? Saya mempunyai soalan:
Sekiranya ayah tidak setuju dan menolak pilihan anak lelaki untuk calon
isterinya, apakah hukum bagi anak lelaki itu jika dia tidak setuju dengannya? Adalah
diketahui bahawa ayah tidak beriman dangan dakwah ini, saya harap tuan dapat
memberikan jawapan.
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi`
Kahwinilah orang yang dicintai selagi dia
beragama dan berakhlaq.][2]
S / Seorang lelaki mengahwini wanita yang
bercerai secara tidak hadir (di mahkamah Saddam) 10 tahun yang lalu, dan
perceraian tanpa izin suami, dan dia kini beriman, dan begitu juga suami keduanya
itu. Suaminya bertanya apakah perkahwinan mereka sah dari segi syari’ah atau
tidak? Apa akibatnya jika perkahwinan itu terbatal? Adalah diketahui bahawa
perceraian itu tanpa seorang pemimpin, dan kerana sudah didiamkan selama dua
tahun (menurut kata-kata isteri) dan kebenaran dalam pengakuannya setelah itu
(dia mengatakan bahawa dia biasa memukul saya dan meninggalkan saya selama 9
bulan dan tidak memberi belanja kepada saya) oleh itu hakim menceraikannya pada
masa itu kerana alasan meninggalkannya sahaja.
J / [Yang pertama ia dianggap khulu' (tebus
talak), dan oleh itu perkahwinan mereka sah.] [3]
S / Al-Salamu 3alaikum Walidi Wa Rahmatu
Allahi Wa Barakatuh
Ada sesuatu yang terlintas di fikiran saya dan
saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya, ketika saya melihat orang yang
melakukan perjalanan untuk melancong ke negara-negara yang mempunyai alam
semula jadi yang indah atau tempat-tempat pelancongan lain (adalah tidak
berguna mengunjungi pintu gerbang
_______________________
[1] Kitab Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah,
Jilid 4, ms 47
[2] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di
Laman Facebook Rasminya - pada 5 Julai 2018
[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) - Jamadi Al-Awwal 27, 1442 H. - Link ke
penerbitan
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 173
atau mengunjungi muzium). Saya merasakan
bahawa ia adalah membuang masa dan orang itu sepatutnya menggunakan waktunya
untuk sesuatu yang bermanfaat.
Ini berlaku walaupun untuk penerbangan biasa
untuk menghabiskan masa di luar rumah. Adakah pemikiran ini betul? Ada pula yang
mengatakan bahawa seseorang harus memanjakan diri atau mengubah suasananya,
terutamanya setelah sekian lama bekerja keras atau belajar ... dll. Saya tidak
tahu apa yang betul. Apa yang harus kita lakukan sekiranya kita perlu "beralih
udara"?
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh, Semoga Allah memberkati anda.
Dengan keluar terdapat banyak faedah bagi suami
isteri, anak-anak, saudara-mara, rakan atau rakan sekerja antara satu sama
lain, dan dengan sebahagian dari mereka, dan ramai pula orang yang dapat
menghitung banyak faedah yang mereka alami sendiri. Saya berpendapat bahawa
kadang-kadang meninggalkan rumah dan melayan keluarga adalah perkara yang
sangat diperlukan untuk membina hubungan keluarga dan hubungan yang selamat dan
sihat, selain faedah psikologi dan ilmiahnya. Tidak perlu meninggalkan rumah
atau pergi ke negara lain, atau daerah yang jauh, tetapi yang penting ialah ia
mempunyai faedah yang diinginkan, seperti kedua pasangan dan anak-anak mereka
keluar makan,
dan mengecualikan wanita yang terperap selama
sehari daripada memasak misalnya.
Saya berpendapat bahawa keluar dari rumah,
sama ada untuk melakukan perjalanan jauh, berjalan-jalan di tempat yang dekat, makan-makan,
atau yang serupa dengannya, adalah perkara penting dan sering menjalin hubungan
baik antara pasangan, dan ini sendiri adalah sesuatu yang sangat diperlukan
oleh agama dan secara sosial, kerana ia menyumbang untuk memperkuat masyarakat
dan mengurangkan masalah berpisah atau perceraian.][1]
______________________
[1] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di
Laman Facebook Rasminya - pada 5 Julai 2018
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan