Khamis, 19 Ogos 2021

Pakaian dan perhiasan wanita

 Pakaian dan perhiasan wanita

• Pakaian wanita

• Kecantikan

• Barang kemas wanita

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 144

 

Pakaian wanita

 

S / Apakah hukum syar’ei memakai seluar dengan tudung kepala (hijab), dan juga apakah hukum syar’ei bagi jubah secara Islam?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Seorang wanita tidak wajib menutup muka, tangan atau kakinya. Diwajibkan ke atasnya meliputi (menutupi) bahagian badannya dengan perlindungan yang sebenar, yang bermaksud bahawa tidak boleh berpakaian nipis atau ketat yang menggambarkan apa yang ada di bawahnya, dengan berseluar, sebagai contoh, jika seorang wanita memakai jubah (pakaian longgar) atau jaket yang menutupi hingga ke lutut dan tidak menzahirkannya, ia tidak sempit (ketat) hingga menggambarkan apa yang ada di bawahnya, tidak ada masalah baginya, bahkan kadang-kadang boleh menjadikan wanita itu lebih terlindung. Jika seluar yang dipakai oleh wanita dan tiada memakai apa-apa di atasnya iaitu tidak ada tudung kepala, ini tidak dibenarkan dan dianggap tidak berhijab secara syar’ei, bahkan mengikut keinginan nafsu dengan memakai seluar dengan cara ini mendedahkan sebahagian besar rambut dan kepala.][1]

S / Adakah rahang (dagu) wajib (ditutup) bagi wanita, dan berapakah kadar jarak bagi rahang (dagu)? Saya harap dapat dibalas dengan cepat?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Dibolehkan bagi seorang wanita mendedahkan wajahnya (muka), dan kawasan di bawah rahang (dagu) bukan merupakan bahagian wajah, jadi ia mesti ditutup. [2]

__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, hlm. 133

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 89

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 145

 

S / Sekiranya seorang wanita telah berhijab selama dua puluh tahun, dan dia mempunyai pita video mengenai upacara perkahwinannya, dan perkahwinan itu sebelum berhijab, adakah orang asing atau mana-mana lelaki boleh menonton pita ini, atau adakah dibenarkan untuk mana-mana lelaki asing menonton gambar wanita tanpa hijab yang tersimpan lebih dari dua puluh tahun dan dia sekarang berhijab? Mohon tuan nasihatkan kami, semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan, dan kami berterima kasih kepada tuan.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Tidak dibenarkan lelaki asing menontonnya, dan lebih baik dia rosakan gambar atau filem tersebut.

Semoga Allah memberi segala kebaikan kepada anda.

Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.] [1]

 

S / Terdapat sebahagian hukum Syari’at yang khusus untuk wanita yang tidak dipatuhi seperti perkara hijab (tudung), minyak wangi dan memakai kasut tumit tinggi: pakaian yang ketat dan lain-lain barang hiasan, semua bentuk menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar yang sebahagiannya kadang-kadang digunakan sehingga mengundang kepada masalah besar. Sehingga sedikit sebanyak boleh membawa kesan buruk sehingga mungkin berlaku penceraian. Apakah penyelesaiannya, di mana kita ketahui bahawa wanita ansariah harapan Yamani Aali Muhammad (as) untuk dibimbing kepada keadaan yang diredhai Allah AWJ dan menyeru saya menetapkan pendirian saya atas wilayahnya dan sumpah setia (bai’ah) saya kepadanya dan mengislah agama saya, dan saya tidak mahu kehilangan keluarga saya. Maaf kerana mengganggu tuan.

Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

_________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 67

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 146

 

Untuk hijab (tudung) wajib syar’ei dan pada wanita mematuhi had yang digariskan oleh hijab syar’ei yang telah diterangkan pada masa lalu. Jika sesiapa yang tidak mematuhinya ia telah melakukan yang haram dan dengan itu akan dapat kesan-kesan (implikasi) ukhrawi dan duniwi akibat pelanggaran hukum-hukum (hudud) Allah SWT ini. Adalah wajib bagi suami menyuruh dan membimbing isterinya untuk berhijab dan mengikut hudud (ketentuan) syari’ah. Tetapi dia tidak boleh menceraikan isterinya yang tidak mematuhi hijab syar’ei. Begitu juga ia tidak boleh meletakkan minyak wangi wanita jika ada kemungkinan bahawa akan terdapat atau tempat lalu orang lelaki bukan muhrim, tetapi sebahagian bahan minyak wangi untuk merangsang nafsu berahi tentulah tidak sesuai untuk diletakkan pada seorang wanita yang dihormati di luar bilik tidurnya kerana ia khusus untuk merangsang nafsu berahi suaminya. Adapun kasut bertumit tinggi atau menggunakan warna tertentu tidak ada masalah memakainya, ia dibolehkan (mubah) dan tidak ada masalah padanya. Pakaian yang ketat, ia tidak dibenarkan. Pakaian yang ketat begitu menampakkan bentuk tubuh wanita.[1]

 

S / Semasa menyampaikan dakwah di salah sebuah Forum untuk asing... Seseorang bertanya: Apa pendapatnya - iaitu Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - tentang pemakaian niqab? [2]

J / [Niqab dibenarkan tetapi tidak wajib.] [3]

 

S / Apakah mengenakan penyepit rambut besar di bawah hijab kepala, yang menjadikan kepala besar sebesar dua kepala, yang mana disamakan dalam hadits-hadits dengan bonggol unta,[4] dibolehkan atau makruh ... atau adakah amalan yang haram?

________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 62

[2] Kami memendekkan soalan agar lebih jelas.

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 112

[4] Kitab Al-Taj:

قال النبي )صلى الله عليه وآله): (صنفان من أهل النار لم أرهما: قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس، ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحهاالخ)

Nabi (S) bersabda: "Ada dua jenis dari ahli Neraka yang belum pernah kulihat: kaum yang dipukulkan kepada masusia dengan cambuk, seperti ekor lembu, dan wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, menarik dan memikat, kepalanya seperti bonggol unta yang bergoyang, mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak menemui wangiannya – hingga akhir.) Kitab Al-Taj, Jz 3, Kitab Pakaian, hlm.179 dan 289 - Link ke sumber

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 147

 

Semoga dalam kesejahteraan, Saidi wa Maulai, dan semua orang yang menyayangi tuan.

J / [... Memakai sesuatu di rambut, walaupun menonjolkan tudung (hijab), adalah dibenarkan dan tidak dilarang.

Secara umum, agama mendesak wanita untuk memperhatikan perhiasannya di rumah dan suaminya, kerana ini adalah alasan yang sangat penting untuk perpaduan keluarga dan menghalangi suami untuk memikirkan yang lain daripada isterinya, Wal-3iyazha Billah.][1]

 

S / Wahai cahaya mata saya, saya mempunyai pertanyaan tentang memakai pakaian sholat dalam bentuk abaya (Jubah labuh-longgar) ketika ziarah tempat-tempat suci sahaja; Adakah boleh memakainya, tuan? Kerana ketika memasuki pemeriksaan mereka dilarang memakainya, dan walaupun hanya menutupi abaya sahaja, warnanya berbeza dan warnanya gelap. Saya mohon agar tuan mendoakan saya. Anak (perempuan) tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati anda. Tidak diwajibkan memakai abaya atau baju kancing luar atau apa-apa selain daripada hijab biasa. Mewajibkan memakai abaya ketika ziarah tempat-tempat suci adalah perbuatan yang salah dan kadangkala lebih banyak bahaya daripada manfaatnya.]

Ya, Tuan, walaupun bersarung kaki mereka tidak menerimanya jika longgar di tempat-tempat suci, dan mereka tidak membenarkan kita masuk sehingga setelah menggantikannya dengan sarung kaki tebal.

J / [Saya tidak mempunyai apa-apa pada masa ini untuk mengubah apa yang ditetapkan oleh mereka yang menguasai tempat-tempat suci ini, mereka mengenakan undang-undang menurut pandangan mereka, walaupun mereka sangat terhad dan sempit. [2]

 

S / Telah terjadi sebahagian wanita menyertai perbarisan dan saya telah melihat bahawa rambut mereka terdedah di hadapan lelaki dengan alasan menghidupkan kembali syiar dan bersimpati dengan (memperingati) Al-Fatimiyat?

_______________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi hlm. 341

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi hlm. 350

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 148

 

Dan mungkin ada yang berusaha memperindah tindakan mereka dengan ungkapan yang disebut dalam ziarah ke tempat suci ini (mereka muncul dari rintihan, menyebarkan perasaan di pipi, menampar wajah-wajah pengunjung)..?

J / Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk memperlihatkan rambutnya di hadapan orang asing (ajnabi), dan alasan tersebut tidak benar, meskipun mereka percaya bahawa yang dimaksud dengan kunjungan (ziarah) tersebut adalah keluar sebahagian puteri Nabi dengan mendedahkan kepala dan rambut mereka, karena jika mereka keluar dalam keadaan seperti ini, musuh-musuh akan memaksa mereka setelah menyerang dan membakar khemah. sehingga mereka tidak memilih cara keluar seperti ini, dan oleh karena itu mereka tidak melakukan apa jua pelanggaran (maksiat), sedangkan orang-orang yang mempamerkan diri dengan mendedahkan rambut dan hijab mereka atas kehendak bebasnya sendiri, maka ia adalah bermaksiat kepada Allah Yang Maha Suci, dan tidak berguna alasan bagi mereka karena mereka menginginkan ketaatan dan ibadah, karena Allah Yang Maha Suci, lebih mulia dari disembah dengan melakukan maksiat.[1]

 

S / Apakah aurat seseorang yang wajib ditutup oleh lelaki dan wanita?

J / [Apa yang boleh ditunjukkan oleh seorang wanita di hadapan bukan muhrim adalah wajah (muka), tangan dan kaki. Apa yang dibenarkan seorang wanita untuk menunjukkan di depan muhrimnya adalah leher dan apa yang ada di atasnya dan juga apa yang perlu dibukanya semasa berwuduk dari tangan, pertengahan kaki dan apa yang ada di bawah. Suami boleh melihat seluruh badannya.

Adalah wajib bagi lelaki untuk menutupnya dari yang serupa (seorang lelaki) dan seorang wanita adalah qubul dan dubur, tetapi lebih baik menutupi apa yang ada di antara pusat dan lutut. Dan wajib bagi wanita pada wanita menutupnya adalah qubul dan dubur, tetapi lebih baik menutupi dari payudara dan ke bawah hingga ke lutut.

Dan wanita itu menutupnya dari anak lelaki yang mumaiyiz (boleh membeza) apa yang ditutup kepada muhrimnya. [2]

 

S / Adakah boleh bagi wanita memakai pakaian yang menunjukkan daya tarikannya (kecantikan) di hadapan saudaranya yang sudah baligh, ayah atau anak lelaki yang sudah baligh, yang juga menutup aurat yang wajib, tentu saja, seperti memakai baju tidur atau "Al-Atak".

________________________

[1] Kitab Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah, Bahagian 5, hlm. 6

[2] Kitab Jawapan Fiqh – Al-Taharah, hlm. 9

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 149

 

dan jika ianya dilarang, maka apakah had daya tarikan (kecantikan) wanita jika orang yang melihatnya adalah salah seorang dari yang disebutkan, diharap jelaskan jawapannya secar terperinci.

[Dia berfirman:

﴿وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.)[1]

Apa yang boleh ditunjukkan oleh wanita di hadapan ajnabi adalah wajah, dua tangan dan kaki (mata kaki), dan boleh ditunjukkan oleh wanita di hadapan muhrimnya adalah leher dan ke atas, dan anggota untuk wuduk iaitu tangan, dan pertengahan kaki dan bawah, dan bagi suami seluruh badannya.]

Saya telah membaca jawapan tuan (Shalawatu Rabbi 3alaika). Tuan telah mendedahkan kepada kami kebenaran-kebenaran yang kami tidak ketahui sebelum ini, dan terima kasih kepada kamu Ahl Al-Bait. (Salamu Allah 3alaikum.) kami telah diterangi dengan cahaya kamu, Saya bermohon kepada Allah agar menambahkan makrifah dari tuan dan meningkatkan nilai sumber yang lebih banyak lagi.

Saya ingin bertanya kepada tuan, dan bahawa saya masih tersembunyi beberapa perkara dengan mengharapkan tuan menerangkannya kepada kami dan mendapat faedah dengannya, ia merupakan selain dari masalah di atas:

 

S1 : Apa yang dimaksudkan dengan (الزينة - perhiasan) dalam ayat yang mulia, dan apa yang terkait di sisi wanita?

Apakah had umurnya? ..

﴿الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ 

Kanak-kanak yang tidak memandang lagi pada aurat wanita?

Dan apa yang dimaksudkan dengan ayat ini :

﴿ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ﴾

........Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. .... ?

 

_____________________

[1] Surah Al-Nur: 31

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 150

 

J / [Perhiasan bagi wanita adalah semua yang mesti ditutup dari dipandang ajnabi (orang luar), ia termasuk seluruh badan kecuali muka dan tangan dan kaki.

Kanak-kanak yang di bawah jagaan seorang wanita adalah seorang mumaiyiz, dan biasanya selepas cukup tempoh tujuh tahun, mungkin pada umur lapan tahun atau sembilan atau sepuluh atau selepasnya, mengikut keadaan kanak-kanak lelaki itu dan disedarinya. Dan yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT:

﴿وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ﴾

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan: adalah berpunca dari bunyi gelang kaki.]

 

S / Saya telah baca jawapan tuan yang menerangkan ketetapan yang diwajibkan atas wanita memakai tudung, tetapi saya tidak tahu apakah had tudung bagi wanita jika dilihat oleh ibu dan neneknya salah seorang daripada ibu bapa dan mereka dapatkan, atau mukallaf seperti kakak saudara  dari salah satu daripada ibu bapa dan anak-anak perempuan dan anak perempuan saudara dan lelaki dan perempuan mereka jika mereka menginap bersama, atau anak-anak lelaki dan perempuan suami selepas bersama, emak saudara atau bapa saudara sebelah kedua ibu bapanys, ibu saudara perempuan ibu dan saudara perempuan dari ibu kepada kedua kedua ibu bapanya?

Apakah had tudung bagi wanita jika dilihat oleh anak-anak yang mumaiyiz, sama ada kanak-kanak itu lelaki atau perempuan dari anak-anaknya dan jika mereka menginap bersama, atau saudara-saudaranya, atau siapa yang tidak noleh menyertai mereka dengan anak-anak yang mumaiyiz?

Apakah had tudung bagi wanita jika dilihat anak-anak lelakinya yang melihatnya atau anak-anak perempuannya atau orang lain yang berada di atas usia mumaiyiz dan di bawah umur mukallaf?

J / [Adalah wajib menutupnya dari pandangan wanita dari kakak (saudara) perempuannya di dalam ayat:

﴿وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ﴾

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, ,

Iaitu dari dilihat. Maka tidak dibenarkan seorang wanita melihat aurat saudara perempuannya, serta memelihara dan menutupi 'auratnya kepada wanita lain dari melihatnya. Ini adalah wajib.][1]

___________________

[1] Kitab Jawapan Fiqh – Al-Taharah, hlm. 11

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 151

 

S / Adakah wanita boleh memilih warna tudung (hijab) yang dipakai di kepalanya atau pakaiannya yang lain, atau kualiti kainnya (contohnya, seluar itu terbuat dari kain biasa, misalnya, dan yang lain adalah linen atau yang dipanggil Al-Kabawi), jika memenuhi had hukum syari’ah, atau haruskah dia meninggalkan warna atau jenis kain tertentu?

J / [Dibolehkan memakai warna dan jenis kain apa pun jika pakaian itu mempunyai had hukum syari’ah yang saya jelaskan sebelumnya.][1]

 

S: Apakah hukum memakai stoking telus bagi wanita?

J / [Dibolehkan menunjukkan wajah, telapak tangan dan kaki seorang wanita, dan dia mesti benar-benar menutup semua bahagian yang lain, kerana memakai stoking telus (sarung kaki) tidak wajib bagi wanita.] [2]

 

S / Apa hukum mendedahkan wajah wanita di negara yang lazim menutupinya, dan menutup wajah dengan lebih utama atau menutupinya, dan adakah Al-Zahraa’ (as) menutup wajahnya?

J / [Dibolehkan untuk seorang wanita mendedahkan wajah, dan Al-Zahraa’, Shalawatu Allah 3alaiha, tidak menutup wajahnya, dan juga Nabi Muhammad (S) tidak memerintahkan isterinya untuk menutup wajah mereka. Ya, wanita di Semenanjung Arab menutup wajah mereka ketika bepergian, bukan kerana alasan syari’ah, tetapi hanya kerana panas terik matahari, Adapun negara atau masyarakat di mana menutupi wajah adalah diutamakan, maka lebih baik menutupinya dalam memandangkan kebiasaan yang berlaku, tetapi itu bukan suatu yang diwajibkan. Tidakkah anda melihat bahawa seorang wanita dalam ibadah haji mendedahkan wajahnya? Jika ia adalah wajib atau mustahab, maka sepatutnya ia lebih diperketatkan dan digalakkan ketika Haji, di mana wanita itu dikelilingi oleh suasana ibadah dan para jemaah lelaki. Islam menyokong memberikan wanita melaksanakan peranannnya secara sempurna, dan menutupi wajah adalah satu halangan kepada betapa banyak sekali

________________________

1 - Kitab Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah - Bahagian 1 ms 41

2 - Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 152

 

pekerjaan yang dapat dilakukan oleh wanita dan kreativiti mereka dan melaluinya dapat mereka memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

 

S / Saya mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 12 tahun, dan, Al-Hamdu Lillah, dia beriman dengan Al-Haq dan ingin mematuhi syari’at Allah SWT, dan saya sudah lama mengatakan kepadanya bahawa dia mukallaf (diberati syarak) sejak umurnya sembilan tahun mengikut tarikh Hijriah, dan dia ingin memakai tudung (Hijab), tetapi ayah dan ibu saya sangat keberatan, dan setiap kali perkara ini dibincangkan, pertengkaran besar akan berlaku, dan saya tahu bahawa tuan ada pendirian lain dari nasihat sebelumnya, pada saudara-saudara lelaki dan perempuan (para ansar) untuk tidak membiarkan tindakan mereka menghalang manusia daripada dakwah, tetapi saya tidak tahu apa had-hadnya? Hijab adalah wajib dan ia adalah Syari’at Allah, dan juga kita ketahui bahawa dalam Al-Quran Al-Karim Allah berfirman:

﴿وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۚ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾.

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kamu kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Al-‘Angkabut 29:8] 

Adakah kami akan terus berbincang dengan mereka (yang setiap kali menimbulkan pertengkaran), atau apakah ada cara lain untuk meyakinkan mereka, atau hanya memakainya dan meletakkannya di depan peristiwa yang telah terjadi (seperti yang terjadi pada saya)?

J / Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dan keluarga anda dan memberikan anda yang terbaik untuk akhirat dan dunia. Dialah pelindungku dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh. Jangan tertunggu-tunggu untuk taat kepada Allah atas pendapat orang tua anda, tetapi berbuat baiklah kepada mereka dan atas pendapat mereka dalam apa jua keadaan. Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda. Pakailah tudung (Hijab) dan, insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan anda untuk kebaikan akhirat dan dunia anda.][2]

 

S / Adakah boleh mengambil gambar wanita dengan kepalanya yang tidak ditutup dengan tujuan membuat pasport, adalah diketahui bahawa ini adalah syarat dari negara di mana mereka berada?

 

_________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm.37

[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 153

 

J / [Jika dia dipaksa untuk mengambil gambar dan hijabnya adalah rambut palsu atau rambut sintetik di kepalanya, dan tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk mendedah kepalanya di hadapan orang asing.][1]

 

S / Seorang wanita bersholat dan semasa sholat didapati bahawa sebahagian dari tubuhnya telah terbuka, adakah sholatnya sah atau batal?

J / [Tutup dan sambung, sholatnya sah.] [2]

 

S / Apa hukum mengenai peraturan wanita atau wanita tua dari segi hukum syar’ei tentang hijab (tudung kepala) dan apa yang diperbolehkan bagi mereka untuk tidak menutupinya di hadapan orang asing?

J / [Dia mesti menutup rambut dan badannya, kecuali jika dia tidak dapat melakukannya kerana kecacatan atau penyakit.] [3]

______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 38

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 4, hlm. 12

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 25

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: