Pergaulan wanita dengan lelaki
o Dalam kehidupan
seharian
o Perbualan antara
lelaki dan wanita
o masalah perubatan
o jabat tangan
o pengasingan
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 129
Pergaulan wanita dengan lelaki >> Dalam Kehidupan
Seharian
S / Seseorang terus berada di jabatan
kesihatan dengan ramai pekerja wanita, apakah hukum pergaulan pada waktu kerja? Apakah hukum untuk memandang?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin.
Kehadiran lelaki dan wanita di setiap tempat
dengan tujuan melakukan suatu perbuatan (yang diizinkan syarak) adalah
dibenarkan, dan orang-orang lelaki dan wanita wajib melaksanakan tugas menyeru
kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Adapun memandang, jika itu tidak bertujuan
(yang meragukan atau menikmati), maka dibolehkan.][1]
S / Apakah hukum mengenai terdapat lelaki dan
wanita di suatu tempat yang sama dari segi memandang?
J / [Al-Syarai3 Al-Islam Jz 3 : (Mengenai memandang yang tidak sengaja tanpa tujuan sebagai akibat terdapat lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah dengannya. Seorang lelaki tanpa tujuan memandang wanita asing kecuali untuk keperluan, dan dibenarkan melihat wajah dan tangannya tetapi makruh dengan sekali pandang, dan tidak boleh mengulangi pandangannya lagi. Hukum yang sama dikenakan pada wanita. Dibolehkan bila perlu, seperti jika dia ingin memberi keterangan di atasnya, dan orang yang melihatnya terbatas pada apa yang wajib dia lihat, seperti doktor sekiranya wanita itu perlu diperiksa untuk diberikan rawatan. Mengenai memandang yang tidak disengajakan sebagai akibat kehadiran lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah dengannya.)
Dan masalah tidak sengaja ini bermaksud memandang
tanpa tujuan, "Adapun memandang yang tidak disengajakan tanpa tujuan sebagai
akibat dari terdapat lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah
dengannya." Lelaki dan wanita ini tidak ada bezanya jika mereka hadir bekerja
di kilang atau pejabat, atau ada di rumah atau ada di jalan, sama ada mereka
orang asing sama sekali, atau mereka ada hubungan silaturrahim sebagaimana
saudara lelaki dengan isteri saudaranya.] [2]
_____________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz
2, hlm 168
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Juz 1 hlm. 42
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 130
S: Apakah hukum berada di tempat bercampur (Lelaki
dan Wanita)?
J / [Dibolehkan.] [1]
S / Adakah wanita boleh bekerja di tempat yang
bercampur, dan adakah hukumnya berbeza antara persetujuan suami dan
penolakannya? Menyedari bahawa dia memerlukan gaji hasil dari kerjanya, dan
bahawa suaminya menyediakan kemudahan untuk kehidupan yang layak, dan dengan
ketiadaannya di rumah akan mengundang pendedahan aurat anaknya yang baru
berusia empat tahun.
J / [Wanita bekerja dibenarkan dan tidak ada
masalah dengannya, dan jika suami tidak membenarkan dia bekerja dan menjamin
kehidupannya, tidak dibenarkan baginya untuk tidak mematuhinya dan meninggalkan
rumah tanpa izinnya. [2]
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Salamu
3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh
Adakah wanita boleh belajar ilmu
mempertahankan diri (Judo; Jiu-Jitsu) di bilik riadah (tempat latihan jasmani)
seperti sekarang ini, semuanya terutama sekali orang lelaki yang menyebabkan berlaku
sentuhan dan ia adalah satu perkara yang semula jadi dalam sukan tersebut. Ya
Maulai, Ya Ahmad Al-Hassan
Semoga Allah memelihara tuan dan mempercepat
kelapangan tuan.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Ia tidak dibenarkan.] [3]
___________________
1 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Juz 3 hlm 34
2 - Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Juz 3, hlm.37
3 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz
7, hlm 54
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 131
S / Al-Salamu 3alaikum (Wahai Bapaku) Wa
Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Tuan, adakah agama mengatakan bahawa lebih baik
wanita tidak keluar tanpa muhrim? Oleh itu, dihalang untuk bekerja, belajar dan
melaksanakan keperluan mereka? Adakah pernyataan ini benar?
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Tidak betul.] [1]
S / Adakah dibenarkan menghadiri majlis
perkahwinan di majlis hanya untuk wanita sahaja, tetapi ada tari menari dan
menyanyi?
J / [Dibolehkan jika hanya wanita sahaja dan
lelaki tidak mendengarnya, dan juga jika tidak ada yang dilarang seperti memukul
dan meniup alat muzik.] [2]
S / Diketahui bahawa raungan (lolongan,
getaran) suara wanita di hadapan lelaki adalah haram. Namun, jika gema rongga
(lolongan, raungan) itu adalah suara yang menyerang lelaki secara tidak
sengaja, kerana sebilangan wanita tidak tahu bahawa suaranya memberi kesan
kepada orang lelaki, dan mereka menyebutnya di dewan-dewan (majlis) di dalam
Al-Hussainiyah, Al-Hussainiyah tersebut terdiri dari dua tingkat, satu untuk
lelaki dan satu untuk wanita. Apakah hukumnya wahai bapaku?
J / [Tidak ada masalah.] [3]
___________________
[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) - pada 5 Julai 2018
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah – Jz hlm. 39
[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Jz 5, hlm. 27
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan