Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 174
Mengenai perkahwinan >> Penjaga (Wali Al-Amr)
S / Seorang wanita yang telah berkahwin
berusia 35 tahun, adakah dia dibenarkan ziarah Imam Al-Ridha (as) dengan izin
suami dan tsnps bukan Muhrim? Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda
berlimpah-limpah.
J / [Wanita itu dibenarkan untuk pergi ziarah Imam
Al-Ridha (as) tanpa Muhrim jika dia mendapat kebenaran suaminya seperti yang
dinyatakan dalam soalan, Semoga Allah memberikan kejayaan anda untuk mengetahui
kebenaran dan menyokongnya.][1]
S / Soalan saya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Saya ingin berkahwin dengan seorang gadis yang
bapanya adalah seorang Sunni dan ibunya seorang wanita Syiah yang telah meninggal
dunia (rahimaha Allah). Dia tinggal bersama neneknya, sebelah ibunya, dan
membesar dengan mengasihi Ahl Al-Bait, yang kini adalah Syiah Jaafari, tetapi
bapanya apabila kami menyampaikan hasrat kami, di berkata: Aku tidak akan
kahwinkan anak perempuanku dengan orang Syiah, adakah jalan keluar dari perkara
ini? Adalah diketahui bahawa gadis ini berusia 21 tahun dan bersetuju untuk
berkahwin. Terima kasih banyak-banyak.
J / [Bismillahi R-Rahmani
R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali
Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Sekiranya dia berusia 21 tahun, tidak wajib
mendapatkan persetujuan dari bapa atau datuknya atas perkahwinannya, dan dia
boleh membuat keputusan berkahwin untuk dirinya sendiri jika bapanya menolak.
Dan kekuatan kuasa bapa dan datuk (dengan syarat iman dan adil) pada yang baligh yang berumur di bawah 18 tahun sama ada janda atau dara.
_______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 1, hlm.
101
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 175
Dan tidak kuat bidang kuasa mereka terhadap
dara yang boleh mengurus dengan baik (dari berumur 18 tahun), dan kekuatan
bidang kuasa berpindah pada dirinya sendiri untuk perkahwinan kekal dan memberi
keputusan.
Walaupun pada salah satu dari perkahwinannya,
tidak akan berlaku ikatan perkahwinannya (aqad nikah) kecuali dengan
persetujuannya. Tetapi ia makruh untuk berkahwin oleh dirinya tanpa izin wali.
Orang dewasa (baligh) jika mendapat sokongan wali,,ia
tidak dibenarkan untuk menikahinya dengan yang secocok dengan keinginannya, ia
dibenarkan untuk berkahwin oleh keputusan dirinya walaupun makruh.] [1]
S / Adakah hak wali Al-Amr (ayah atau suami)
melarang (mengharamkan) sesuatu pada anak perempuannya atau isterinya?
Maksudnya bukan sholat atau puasa dan seumpamanya, melainkan larangan melakukan
sesuatu atau wajib untuk meninggalkan sesuatu dari masalah kehidupan dan jika
dia melarangnya, bolehkah saya melakukannya? Secara amnya, apakah hak bapa
terhadap anak-anak lelaki dan perempuan?
J / [Tidak seorang pun boleh mengharamkan apa yang
dihalalkan Allah. Adapun perwalian bapa yang beriman, kedudukannya telah
dijelaskan seperti dalam masalah perkahwinan, dan hak-hak suami dan isteri dijelaskan
di dalam Kitab Al-Syarai3.][2]
S / Adakah dibenarkan melakukan akad nikah,
menghadiri, atau upacara perkahwinan pada bulan Muharram selepas hari
kesepuluh?
J / [Dibenarkan.][3]
_____________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm.
101
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3,
hlm. 50
3 - Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) -
Link ke
penerbitan
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan