Rabu, 25 Ogos 2021

Perkahwinan Sementara

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 197

 

Mengenai perkahwinan >> Perkahwinan Sementara

 

S / Adakah sah menjalankan akad nikah – kekal (Al-Daim) atau sementara (Al-Munqata’) - melalui telefon atau program sembang terkenal di Internet seperti Paltalk dan seumpamanya, dan saksi-saksi dan pasangan bakal suami isteri hadir di bilik peribadi dan akad dilaksanakan?

J / Dibolehkan jika ada pengenalan lengkap sebelumnya dari suami dan isteri pasangannya, baik dalam rupa atau nama, atau dengan cara untuk mengenal pasti yang membezakan seseorang dari orang lain dari jantina, dan saksi juga diperlukan untuk mempunyai bukti pengenalan setiap pasangan, sama ada kemampuan mereka untuk pengenalan atau maklumat pengenalan yang berguna seperti nama dan rupanya, begitulah halnya pada isytihar (mengumumkannya).

Perkara-perkara ini biasanya terdapat dalam akad (ikatan) antara dua pasangan yang saling bertemu dan dalam masyarakat tempat mereka tinggal; kerana orang yang menjadi saksi atau orang-orang yang mengisytiharkan mengetahui pasangan dan mengenalinya, tetapi jika akad itu dilakukan melalui komunikasi jarak jauh seperti telefon dan Internet, ia mesti diperhatikan dan memastikan bahawa setiap orang mempunyai maklumat yang cukup untuk dikenalpasti.

Ada perkara yang harus diperhatikan, iaitu mendokumentasikan akad (ikatan) perkahwinan secara bertulis lebih baik daripada hanya secara lisan. Apa yang dituntut adalah memelihara keturunan (nasab) dan hak-hak, dan ini dicapai dengan menulis adalah cara yang lebih baik daripada jika akad dan pengesahan (kesaksian) hanya dengan lisan.][1]

                    

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.

Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Apakah hukum mengenai pernikahan sementara, dan apakah dibenarkan untuk melafazkannya dengan muhrim dengan tujuan hanya menghalalkan perbualan sahaja? Maksudnya, tidak benar-benar berkahwin jika ada kebebasan peribadi untuk orang ini dan mereka tidak mungkin berkahwin. Tujuannya supaya tidak jatuh kepada yang terlarang, semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan dengan ganjaran yang terbaik.

                                                         

_________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, h 39

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 198

 

J / [Perkahwinan sementara dibenarkan.

1- Perkahwinan sementara dan kekal diperlukan saksi-saksi (dua saksi yang adil) atau isytihar, dan ada salah satu darinya sudah memadai.

2 - Tempoh minimum untuk akad (ikatan) perkahwinan sementara adalah enam bulan.

Perbualan wanita dengan lelaki tidak dilarang (haram), dan menghalalkannya tidak perlukan (ikatan) perkahwinan.][1]

 

S / Seorang wanita berkahwin dengan perkahwinan sementara dan dia hamil dari suaminya, suaminya meninggal dunia sepanjang tempoh perkahwinan ini, apakah hukum isterinya dan hukum hak-haknya, dan hukum anak-anak hasil perkahwinan mereka berdua? Apakah hak-hak syari’ahnya?

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Keterangan mengenai perkahwinan sementara dan syarat-syaratnya akan diterbitkan Insya Allah SWT dalam Kitab Al-Syarai3, yang dalam percetakan dan dalam penerbitan sekarang.

 

Isteri tidak mewarisi dari pasangan (suaminya) dalam perkahwinan sementara, dan anak-anak adalah anak suami secara syar’ei, dan mempunyai semua hak-hak sah pusaka dan membawa nama bapanya dan hak-hak lain yang membuktikan anak yang sah (secara syar’ei).][2]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Saya harap jawapan tuan. Terima kasih atas perkara berikut:

 

1. Adakah dianggap wali seorang anak dara sama dalam perkahwinan sementara (mut’ah) jika ia pencari nafkah untuk dirinya sendiri, berumur 35 tahun, bapanya sudah mati, tiada saudara tua (lebih besar).

 

________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, h 131

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, h 178

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 199

 

2. Adakah melakukan perkahwinan mut’ah secara rahsia batil dan tidak sah?

 

3. Adakah memerlukan saksi kepada perkahwinan itu atau hanya antara pihak-pihak yang berakad sahaja.

 

4. Apakah hak dan kewajipannya.

 

5. Adakah ia mempunyai ‘iddah selepas tamat tempoh atau sekiranya berlaku kematian orang yang berkahwin dengannya (pasangan) dalam tempoh ikatan perkahwinan. Saya telah melihat laman web tuan mengenai hukum perkahwinan ini tidak menemuinya. Saya harapkan jawapan yang secepat mungkin. Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima,

J 1: Bagi mencapai umur dewasa (cukup 18 tahun bukan umur baligh taklif (syar’ei) sahaja), untuk berkahwin adalah sama (tidak ada perbezaan antara kekal dan sementara), dan tiada bagi walinya boleh membantah, samada seorang dara atau janda.

 

J 2: diperlukan dalam ikatan perkahwinan (akad nikah), hadir dua orang saksi atau isytihar (diumumkan), jika ada (hadir) kedua-dua saksi mustahab (sunat) untuk diumumkan, tetapi jika saksi-saksi tidak hadir wajib isytihar (diumumkan) sebelum bersama, dan tanpa saksi-saksi dalam ikatan perkahwinan (akad nikah) adalah tertangguh hingga diisytihar (diumumkan) dan ikatan perkahwinan masih belum berlaku dan haram bersama dengannya, dan berulang berbuat dosa (maksiat) dengan hubungan yang berulang sehingga diisytihar (diumumkan).

 

Maka anaknya juga tergolong dalam syak wasangka (syubhah)

 

Dan adalah disaksikan dengan dua saksi. Bagi isytihar dan pengumuman hendaklah selepas berlakunya akad dan sebelum bersama, dan mencapai nilai yang dipanggil isytihar dan pengumuman seperti panggilan untuk majlis kenduri (walimat al-‘urus) atau memberitahu orang dengan cara yang sedia ada.

 

J 3: Cukup dengan jawapan dalam no. 2 di atas.

 

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 200

 

J 4: Tidak ditetapkan ikatan (akad) ini perwarisan antara pasangan, walaupun disyaratkan perwarisan atau syarat salah satu dari keduanya, adalah perlu mengikut keadaan, dan boleh disyaratkan untuk datang waktu siang atau malam, dan dibolehkan ‘Azal (3azl) bagi suami dan tidak terhenti di atas kebenarannya, Tidak boleh menjatuhkan Talak dan telah diterangkan tempoh (ikatan), dan tidak boleh menjatuhkan Li'an, Dzihar dan Ilaa’ dan diharamkan meninggalkannya dan menjejaskan hubungan dengannya lebih daripada empat bulan seperti ikatan perkahwinan kekal. Dan begitu juga dengan pemberian nafkah.

 

J 5: ‘Iddahnya (3iddah) dua kitaran haid dan menjalani masa ‘iddah dari masa kematian, sekiranya tidak bersama dengannya selama empat bulan sepuluh hari ia tiada halangan, dan dengan sejauh dua tempoh (jangka masa) itu jika dia sedang mengandung.][1]

 

S / Adakah mungkin untuk menetapkan akad nikah sementara (mut’ah) untuk tempoh enam bulan dengan penetapan mahar dan kesaksian saksi-saksi, dan syarat menunggu, semua bicara dan melakukan perjalanan tanpa persetubuhan dan sentuhan?

J / [Dibolehkan.][2]

 

S / Seorang lelaki melakukan nikah sementara dengan seorang wanita selama dua tahun, dan tidak ada pihak ketiga dengan mereka berdua kerana keadaan khusus bagi wanita itu kerana takut akan keluarganya dan anak-anaknya khususnya, dan lelaki itu juga ingin melindungi keluarganya daripada berpisah dengan mereka, apakah hukumnya?

J / [Dalam keadaan yang anda sebutkan ini, mungkin sukar untuk diisytihar (diumumkan), tetapi tidak sukar untuk memberi kesaksian, jadi pernikahan dengannya akan dilanjutkan dengan kesaksian dan dikenakan dua saksi untuk menyembunyikan masalah tersebut melainkan bila perlu atau untuk menetapkan hak-hak.][3]

 

S / Dia mengahwini seorang wanita secara nikah sementara tanpa bersetubuh, dan sepanjang tempoh tersebut, dia menikahinya dengan perkahwinan tetap, apakah hukum dalam syari’at?

 

 

_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 3, h 65

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz Jilid 3, h 43

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, h 44

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 201

 

J / Dibolehkan dan perkahwinan tetapnya sah..][1]

 

S / Bagaimana jika diketahui wanita yang terkenal dengan zina dan bolehkah membatalkan ikatan perkahwinan sementara jika perjanjian itu adalah bertahun-tahun, tetapi dia meragui wanita itu tidak taat, dan untuk menyingkirkan masalah itu, adakah dibenarkan membatalkan perkahwinan selepas bersama (dukhul-bersetubuh)?

J / [Wanita yang terkenal kerana zina dikenali dengan terkenalnya di persekitaran sosialnya kerana amalan maksiat, dia boleh membatalkan ikatan perkahwinan sementaranya pada bila-bila masa yang dia mahukan.][2]

 

S / Seorang mukmin, sebelum beriman dengan dakwah yang diberkati, membuat ikatan (akad) perkahwinan sementara dengan anak perempuan adik isterinya yang berumur 9 tahun (adalah diketahui bahawa tempoh ikatan kurang dari 6 bulan) sehingga akan tersebar kehormatan dengan adik isterinya, dalam hal ini adakah anak suaminya dianggap haram untuk gadis ini?

J / [Menurut pertanyaan, ikatan (perkahwinan) itu adalah palsu dan tidak nyata, jadi ikatan (perkahwinan) itu tidak sah yang tidak dikira dan tidak menghasilkan apa-apa.][3]

 

___________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 44

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 4, hlm.48

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 2144 A.H. - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: