Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 105
Wanita Dalam Masyarakat >> Hak wanita untuk mendapat pelajaran
[Zainab binti Ali (as) adalah seorang alim
(berilmu), dan bagi wanita yang beriman patut untuk mengikuti teladannya,
adalah perlu untuk mendirikan hauzah yang menjamin pelajaran wanita yang
beriman.] [1]
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.
Saya menghantar surat ini kepada tuan untuk
melengkapkan perjalanan saya dalam meletakkan semua yang saya ada dalam berkhidmat
dengan dakwah ini .. Maka sekarang, saya berlindung dangan Allah, saya berada
di kelas dua belas dan akan lulus, insya Allah, setelah kira-kira setengah
tahun .. Jadi saya suka bertanya kepada tuan, Maulai, bidang (jurusan) apa yang
tuan mahukan saya masuk, apa sahaja yang tuan mahukan, kerana kehendak tuan adalah
kehendak Allah.. dan saya mohon kepada Allah untuk menjadikan hati kita menjadi
pembawa kehendak-Nya .. Saya tidak berusaha melainkan berasa dihormati dapat
berkhidmat dangan tuan dan saya akan melalui debu yang diinjak oleh kaki tuan..
Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu
Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Semoga Allah memberkati anda dengan segala yang
terbaik dan membimbing langkah anda kepada apa yang diredhai-Nya SWT.
Mengenai pelajaran anda, semoga Allah
memberikan anda kejayaan, lebih baik tempat yang paling dekat dengan keluarga
anda untuk berada di antara mereka. semoga Allah membimbing langkah anda,, Dan
lelaki atau wanita yang beriman dapat berkhidmat kepada agama Allah dan menjadi
antara mereka yang menyampaikan Risalah Ilahiyah kepada manusia, tanpa mengira
pengkhususan duniawi mereka. dan saya harap anda tidak melupakan saya dalam doa
anda, semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada anda.][2]
________________
1 - Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
– hlm. 67
2 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
- Jz 5, hlm. 93
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 106
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as).
Soalan pertama: Saya belajar bidang pergigian
di Eropah, dalam kerja dan pengajian itu saya harus menunjukkan seluruh tangan
saya dan ianya terikat kepada (curang - Al-3akas)[1], ini tidak
dibenarkan menurut hijab syar’ei yang telah diterangkan oleh tuan, saidi wa
maulai.
Apa yang harus saya lakukan, jika saya tidak
menunjukkan tangan saya, ini melanggar undang-undang di klinik pergigian?
Soalan kedua: Di tempat kerja saya bertemu
lelaki dan wanita dan kepalanya mesti dekat dengan perut saya supaya saya dapat
bekerja dengan lebih baik. Apa hukum mengenai hal itu dengan memperlakukan
lelaki dengan cara ini?
Semoga Allah membalas tuan dengan ganjaran
yang terbaik, saidi wa maulai Qaim Aali Muhammad. Saya harap tuan akan menjawab
soalan saya, saidi wa maulai, Qaim Aali Muhammad (as).
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Hukum hijab syar’ei wajib dipatuhi, dan tidak
dibolehkan mengambil bidang ini jika ia mengarah pada pelanggaran hijab
syar’ei. Berkenaan dengan membuka lengan, tidak dibenarkan, dan kaedah penutup
yang dapat diterima harus dicari, dan tidak ada masalah dalam merawat lelaki.[2]
_____________________
[1] Al-3akas - curang - adalah perkataan yang
bermaksud keterikatan.
[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
– hlm. 339
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 107
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh, bapaku yang tersayang.
Kami minta tuan mendoakan saya, tuan, saya tidak
tahu apa yang perlu dilakukan mengenai pengajian saya di Norway, adakah saya
harus melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian atau menukar pengajian saya,
tuan? Saya berhajat tuan mendoakan saya, bapaku yang tersayang. Saya mohon
kepada Allah agar melapangkan tuan dengan segera, dengan haq Muhammad dan
keluarga Muhammad (as).
J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Selesaikan pengajian anda, tetapi jaga hijab
syar’ei anda, masalah membuka lengan tidak diperlukan oleh kolej pergigian di
universiti yang berada di kedudukan teratas senarai universiti terbaik di
dunia, dan saya sendiri yang memeriksanya, ianya tidak dianggap sebagai syarat
yang sah atau mempunyai nilai yang besar, dan saya fikir anda boleh memintasnya
atau berbincang dengan profesor atau kolej atau pihak pentadbiran universiti
mengenai perkara ini atau mengatur perlindungan tangan yang boleh diterima oleh
mereka. [1]
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh, bapaku yang tersayang.
Tuan, setahun yang lalu saya mengemukakan
soalan syar’ei kepada tuan tentang menunjukkan minat belajar dan bekerja di
bidang pergigian. Pada masa itu, tuan, saya cuba bercakap dengan mereka dan
meminta mereka penyelesaian tentang melabuhkan pergelangan tangan dan kaki,
tetapi mereka menolak, dan tindak balas mereka bahawa tahun depan mereka akan
lebih menekankan peraturan ini.
Saya tidak mempunyai jalan penyelesaian selain
meninggalkan bidang pengajian di kolej itu. Saya pergi, tuan, ke farmasi, dan
saya mohon kepada Allah agar menolong saya dalam bidang ini.
Tuan, saya mengikuti pelajaran khusus tahun
ini untuk melayakkan saya ke Universiti Farmasi.
Al-Hamdu Lillah, Allah kurniakan saya kejayaan
dalam perkara tersebut. Tuan, ia telah diserahkan kepada universiti.
Saya mohon agar tuan mendoakan saya, wahai
bapaku, agar saya memasuki universiti berhampiran dengan kami. Semoga Allah memelihara
tuan dan kami, ayahku yang tersayang.
_______________________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
– hlm. 379
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 108
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh.
Saya mohon kepada Allah agar mempermudahkan
urusan anda untuk kebaikan akhirat dan dunia anda.
Sekiranya anda ingin belajar bidang pergigian,
saya rasa ada pilihan lain, dan perkara ini tidak terhad kepada masalah
pendedahan atau meninggalkan kajian dalam bidang yang anda ingin belajar dan
kerjakan. Terdapat universiti lain, misalnya, yang tidak memerlukan syarat
seperti itu, dan ada juga perubatan tapak tangan dan lain-lain. Mengenai
pertanyaan anda kepada mereka, saya rasa tidak banyak faedahnya. Anda boleh
meletakkannya di hadapan suatu perkara yang tidak dapat dicapai dan mereka akan
terpaksa mencari jalan keluar kerana kehadiran anda adalah untuk tujuan
pendidikan sementara dan bukan untuk bekerja.] [1]
S / Mana yang lebih utama, belajar di Hauzah
Mahdawiyah, atau tinggal bersama suami (demi hubungan mesra)? Di Hauzah atau
duduk bersama ibu hanya untuk tujuan yang sama seperti sebelumnya?
Menyedari bahawa saya mendapat banyak manfaat
dari Hauzah Mahdawiyah yang diberkati, dan mengetahui bahawa mereka berdua
tidak beriman dan tidak ada gunanya berbicara dengan mereka dalam bidang dakwah
Al-Haq.
J / Tidak wujud pertentangan antara kebaikan
dengan suami, ibu atau ibu bapa dan pelajaran, jadi anda dapat menggabungkannya
seberapa boleh, Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan
kesilapan anda kepada apa yang diredhaiNya.[2]
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Allahumma shalli
3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima
Al-Salamu 3alaika Saidi wa Maulai, Yamani Aali
Muhammad (as), Salam atas mu Saidi Wa Maulai. Yamani Aali Muhammad (as)
dan pada setiap Ansar. Semoga Allah menjadikan kita teguh atas Al-Wilayah Insya
Allah.
Tuan, Saya ada soalan, saya berharap dapat
dijawab jika saya berhak mendapatkan jawapannya.
_______________
1 - Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
– hlm. 507
2 - Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Juz 3, hlm. 46
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 109
Soalan saya ialah: Manakah yang lebih baik
untuk seseorang gadis berkahwin atau belajar? Apabila seorang ansar melamarnya
dia berhenti dari belajar dan berkahwin lebih baik atau menghabiskan
pelajarannya? Apabila menolak untuk berkahwin adakah ia satu dosa kerana
keengganannya pada auliak Allah dan dia menolak, kerana mereka tidak menerima
wanita yang menghabiskan pelajarannya, Bolehkah dia berkahwin dengan yang bukan
seorang ansar? Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan seorang winita bukan
ansar? Inilah soalan-soalan saya dan saya berharap tuan menjawabnya dan
mendoakan saya apa yang tuan lihat sesuatu yang mengislah saya.
J /[Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Jika terdapat percanggahan antara perkahwinan
dan meneruskan pelajaran, maka perkahwinan adalah lebih baik bagi wanita,
tetapi ia boleh meninggalkan perkahwinan itu dan menamatkan pelajarannya jika
dia lebih suka belajar, atau berkahwin dan menamatkan pelajarannya jika tidak
ada pertentangan antara keduanya.
Dan wanita yang beriman dengan kebenaran boleh
berkahwin dengan seorang yang beriman dengan Imam-imam dan Mahdi-mahdi dari
ahli (pengikut) kebenaran, atau berkahwin dengan seorang Islam yang berbeza
(bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan
Imam-imam atau Mahdi-mahdi. Dan berkahwin dengan bukan mukmin adalah makruh
bagi seorang mukminah, adalah lebih baik bagi mereka mengelakkan berpasangan
dengan yang bukan mukmin.
Bagi lelaki beriman, dia boleh berkahwin
dengan mukminah (ansariah) atau muslimah yang berbeza (bukan ansar) yang tidak
menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi,
dan juga dibenarkan untuk beliau berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi
Ahli Kitab.
Dan saya bermohon kepada Allah untuk anda
kebaikan di dunia dan akhirat, dan menjadikan anda teguh atas kebenaran dan
mendokong kebenaran, dan memudahkan urusan anda yang disukai dan diredhai Allah
Yang Maha Suci.][1]
__________________
1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
- Jz 5, hlm 81
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 110
Saya ditanya oleh seorang Ansariah dari
Republik Iran tentang bekerja di luar rumah, belajar dan menyampaikan dakwah bagi
wanita: [1]
C / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Semoga Allah memberkati anda.
Anda boleh menulis dalam bahasa Parsi sekiranya
anda tidak tahu bahasa Arab
Saya mohon kepada Allah agar memberi anda
kejayaan di perjalanan akademik anda, dan semoga Allah memberikan anda kejayaan
di akhirat dan dunia, dan Dialah yang paling penyayang di antara para
penyayang.
Tidak ada masalah pada wanita berkerja, tetapi
ada masalah apabila mencegah wanita dari pelajaran dan pekerjaan kerana ia
menyebabkan masalah sosial dan ekonomi yang besar.[2]
S / Seorang pelajar di Fakulti Seni Halus,
Jabatan Pendidikan Seni, tidak menyedari bahawa muzik adalah antara subjek pengajian,
dan kerana berakhirnya tempoh perpindahan dari satu jabatan ke jabatan lain,
dia tidak dapat mengubah jurusannya. Maka apakah hukum mempelajari muzik?
C / [Mempelajari muzik adalah dibolehkan.]
[3]
__________________
[1] Kami telah memendekkan soalan agar jelas
kepada pembaca.
[2] Ulasan pada Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 19 Jun 2018
[3] Jabatan Ilmiah, pejabat Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) - 24 Rajab 1442 H - Link ke siaran
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan