Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 159
Pakaian dan perhiasan wanita >> Barang
kemas wanita
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Saidi, Qaim, Aali Muhammad. Saya mohon kepada
Allah agar tuan dalam keadan baik dan sihat, insya Allah .. Tuan, saya
mempunyai beberapa soalan sajak lama dulu, tetapi saya tidak berkesempatan
untuk bertanya kepada tuan. Soalan saya adalah mengenai hukum meletakkan cincin
di hidung, yang disebut dalam bahasa Inggeris Nose Piercing? Saya harap tuan akan
menjawab dan membantu saya, Saidi wa Maulai.
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati anda, tidak ada masalah dengannya.][1]
S / Saidi wa Maulai, saya faham bahawa
dibenarkan untuk meletakkannya secara umum, tetapi adakah dibenarkan
meletakkannya di hadapan orang asing (ajnabi)? Saya harap tuan menerangkan
kepada kami.
J / [Tidak dibenarkan jika untuk tujuan perhiasan.][2]
S / Berkenaan dengan memakai sarung kaki
lutsinar, apakah ia dibenarkan atau dilarang, dan memakai emas dan keluar
dengan itu dibenarkan atau tidak? Dan semoga Allah meneguhkan anda di jalan
yang lurus, jalan para imam dan para Mahdi.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Wajah, telapak tangan dan kaki seorang wanita
boleh dizahirkan, dan dia mesti menutup segala yang lain daripadanya dengan cara
tutup yang betul. Memakai stoking (sarung kaki) tidak wajib bagi seorang
wanita. Dibolehkan bagi seorang wanita untuk memakai emas dan ianya mustahab,
tetapi dilarang untuk menunjukkannya di hadapan lelaki kecuali untuk suami dan
muhrim, kecuali cincin perkahwinan, yang biasanya tidak dianggap sebagai perhiasan,
jadi itu dibenarkan memakainya dan menunjukkannya di hadapan lelaki.][3]
_____________________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - hlm. 363
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 2, hlm. 136
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 160
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Salamu
3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh
Adakah dibenarkan memakai kalung (rantai) untuk
lelaki? Sebilangan ansar mengatakan bahawa ia tidak dibenarkan kerana menyerupai
wanita.. Adakah ini betul? Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Dibenarkan memakai kalung (rantai) untuk lelaki, dan jika seorang lelaki ingin
memakai kalung, adalah mustahab kalung itu dari perak atau batu yang bertulis dengan
nama Allah atau ayat dari Al-Quran, dan adalah mustahab bagi seorang wanita
untuk memakai kalung emas yang bertulis dengan nama Allah atau ayat dari Al-Quran.]
[1]
S / Adakah boleh menusuk (mencucuk) bahagian
badan dan meletakkan anting-anting, misalnya?
J / [Dibolehkan menusuk (menebuk) bahagian
bawah telinga dan meletakkan anting-anting padanya untuk lelaki dan wanita.] [2]
______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 7, hlm.98
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Jz 3, hlm. 34
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan