Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 237
Hukum Bersuci (Thaharah) >> Haidh dan
Istihaadah
S / Adakah rukya wanita yang sedang haidh dari
Allah atau mimpi bercampur aduk?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Adalah mungkin bagi wanita yang sedang haidh
untuk melihat mimpi (rukya) yang benar dari kerajaan langit (Malakut Al-Samawaat),
dan saya mohon kepada Allah agar memberi kejayaan kepada anda semua untuk
kebaikan akhirat dan dunia ini. Dialah penjaga saya dan dia menjaga orang-orang
yang soleh.][1]
S / Al-Salamu 3alaikum Yabna Rasulillah Wa
Rahmatu Allahi Wa Barakatuh,
Tuan, tolong jelaskan kepada saya rukya isteri
saya, yang melihat dalam tidurnya bahawa dia sedang menulis doa pagi di wajah
saya dengan bacaannya. Adakah mungkin bagi seorang wanita untuk melihat rukya yang
benar jika dia tidur dalam keadaan dia sedang junub atau haidh?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Seorang wanita yang beriman dapat melihat rukya
yang benar, walaupun dia dia sedang junub atau haidh, dan rukya itu baik untuk
anda dan untuknya, insya Allah. dan saya mohon kepada Allah agar memberi kepada
anda kebaikan akhirat dan dunia ini. Dialah penjaga saya dan dia menjaga
orang-orang yang soleh
Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh.][2]
_________________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 5, h 128
[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet
Jz 6, h 126
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 238
S / Seorang wanita ada kebiasaan yang mengganggu,
setiap bulan dia melihat darah selama lebih dari dua puluh hari, pada hari-hari
pertama hanya titisan darah dan ia berlangsung lebih dari sepuluh hari dan
setelah itu darahnya kuat, dan juga terus berlanjutan untuk lebih lama daripada
sepuluh hari dan mungkin mencecah sebulan, apakah kebiasaan itu dianggap
hari-hari pertama atau terakhir, dan apa yang perlu dilakukan dalam situasi
seperti ini?
J / [Permulaan hari-hari haidhnya
dipertimbangkan ketika pendarahan bermula dengan kuat, dan jumlah hari haidhnya
dihitung dengan jumlah hari wanitanya (saudara-maranya) jika mereka sama dan
tujuh hari jika mereka tidak sama, dan selebihnya hari-hari di mana darah
keluar, sama ada sebelum atau sesudah hari-hari haidh, ia dianggap sebagai
istihaadhah, dan hukumnya telah dijelaskan secara terperinci, jadi boleh
dirujuk megenainya dalam Al-Syarai3.] [1]
S / Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui
bahawa istihaadah membatalkan puasa, dan dia berpuasa selama bertahun-tahun,
adakah puasa itu tidak sah dan dia harus mengqadhakannya?
J / [Qadhakan puasanya.] [2]
S / Wajib bagi yang dalam janabah keluar untuk
tayammum dari kedua-dua masjid. Adakah hukum ini berlaku atas wanita sekira apa
yang datang pada wanita itu datang (bulan) ketika dia berada dari salah sebuah
dari dua masjid tersebut?
J / [Dia tidak diwajibkan melakukan tayammum,
tetapi tidak dibenarkan baginya untuk duduk atau kekal di masjid.] [3]
S / Adakah wajib qadha’ Sholat Al-Ayaat
(Sholat Gerhana) pada wanita yang sedang haidh ketika terjadi, sebab dia
diwajibkan sholat, atau adakah hukumnya seperti sholat-sholat yang lain, yang
mana tidak diwajibkan untuk mengqadha’kannya?
J / [Tidak diwajibkan.] [4]
______________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz
3, hlm. 6
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah –
Jz 4, hlm. 14
[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm.5
[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz
5, hlm.10
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 239
S / Sekiranya dia melihat darah pada hari
pertama dan kemudian berbuka puasa dan meninggalkan sholat kerana menganggapnya
haidh, kemudian tidak ada darah tiga hari berturut-turut, apa yang harus dia
lakukan, dan adakah dia harus membayar kafarah kerana sengaja berbuka?
J / [Hanya wajib mengqadhakannya.] [1]
S / Wajibkah seorang wanita memperhatikan waktu dan bilangan hari kebiasaannya (haidh).
J / [Wajib di atasnya.] [2]
S / Dilarang bagi wanita yang sedang haidh
melakukan beberapa perkara, bagaimana jika dia melakukannya secara tidak
sengaja?
J / [Jika dia melakukan perkara yang dilarang
baginya kerana lalai atau lupa, dia tidak dianggap berdosa.] [3]
S / Adakah makruh wanita mencelup rambut
mereka ketika mereka sedang haidh?
J / [Ya, makruh.] [4]
S / Seorang wanita bukan Quraisy[5]
yang berusia lebih dari lima puluh tahun, tetapi dia masih melihat darah
sebagai darah haidh, adakah dia memperlakukannya sebagai darah haidh atau
Istihaadah?
J / [Selepas menopaus, setiap darah yang anda
lihat tidak dianggap sebagai haidh.] [6]
S / Bagaimana hari dihitung dalam kebiasaan (haidh)
wanita, sebagaimana apabila dia melihatnya pada waktu malam atau di tengah
hari?
__________________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm.18
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm.19
[4] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[5] Wanita Quraisy: [yang nasabnya melalui bapa
dari salah satu suku Quraisy, dan sebahagian dari mereka sekarang terkenal,
seperti orang Alawiyin.
dan Bani Abbasiyah.
[6] [-Kitab Soal-Jawab Fiqh –
Al-Thaharah, hlm. 19
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 240
J / [Satu hari itu ada dua puluh empat jam,
jadi jika dia melihatnya, misalnya, di tengah hari, maka hingga tengah hari
berikutnya, dia akan menamatkan satu hari.][1]
S / Adakah wajib bagi wanita haidh sebelum mandi
melakukan istibra’ (memastikan kesucian) dengan gumpalan kapas? Dan bagaimana
jika saya menghilangkannya?
J /] Wajib melakukan istibra’ (memastikan
kesucian) jika dia meragui kesucian haidh, dan diperbolehkan bagi suaminya
untuk melakukan persetubuhan dengannya sebelum ghusl jika dia telah melakukan
istibra’ (memastikan kesucian), dan dilarang melakukan persetubuhan dengannya
sebelum ghusl jika dia tidak melakukan istibra’. Dan jika dia melakukan ghusl
tanpa istibra’, maka sahlah ghuslnya, dan suaminya boleh melakukan persetubuhan
dengannya, dan tidak ada kafarah jika jelas bagi mereka berdua setelah itu dia
masih dalam haidh.] [2]
S / Gumpalan kapas biasanya disebut ketika
menyebutkan istibra’ wanita dari darah haidh atau mengetahui keadaan
istihaadah, jadi cukupkah menggunakan sesuatu yang lain seperti tuala wanita (Kleenex)
dan sejenisnya?
J / [Sebarang bahan yang memenuhi tujuan dapat
diterima.] [3]
S / Adakah ketebalan, jantina, atau warna
tertentu disyaratkan untuknya?
J / [Tidak disyaratkan.][4]
S / Sekiranya seorang wanita yang kebiasaannya
mempunyai bilangan hari melihat darah selepas berakhir haidhnya dengan ciri-ciri
istihaadah dalam sepuluh (hari), adakah dia menganggapnya darah haidh dan tidak
menghitung ciri-cirinya?
J / [Ia dianggap sebagai haidh.][5]
_____________________
1 - Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah, hlm.19
2 - Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
3 - Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
4 - Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah, hlm. 20
5- Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 241
S / Adakah wanita yang dalam haidh boleh mandi
(ghusl) jika dia percaya akan kebenarannya, atau menunggu sehingga dia menjadi
suci?
J / [Dia boleh melakukan ghusl, dan lebih baik
baginya untuk melakukannya lagi ketika dia bersuci iaitu ia berniat dengan ghusl
haidh.] [1]
S / Seorang wanita mengambil pil untuk
mencegah haidh pada bulan Ramadhan untuk mengelakkan pendarahan agar dapat
berpuasa, apakah hukumnya? Apakah hukum mengenai darah yang dilihat untuk
beberapa tempoh semasa kebiasaan haidh dan lain-lain?
J / [Makruh makan pil untuk pencegah haidh,
tetapi jika dia melihat darah pada hari-hari biasa, iaitu selama tiga hari atau
lebih, maka itu adalah haidh, walaupun sedikit dan sekejap-sekejap.][2]
S / Seorang wanita tidak dapat membezakan
antara haidh dan istihadah, jadi dia berbuka puasa semasa istihadah, jadi
adakah dia harus membayar kafarah?
J / [Tidak wajib baginya membayar kafarah.] [3]
S / Hukum bagi wanita yang istihaadah yang memperbaharui
wuduknya untuk setiap sholat wajib. Sekiranya dia berwuduk untuk sholat Dzohor dan
dia tahu bahawa tidak ada darah yang keluar, adakah dia harus mengulangi
wuduknya untuk sholat ‘Ashar, atau adakah memadai wuduk pertamanya?
J / [Tidak wajib dan memadai dengan wuduk pertamanya.]
[4]
S / Wanita yang istihaadah menggabungkan sholat
Dzohor dan ‘Ashar, misalnya, dengan satu wuduk dalam hal istihaadah ringan,
adakah memadai walaupun diketahui bahawa darah keluar di antara kedua sholat
tersebut?
_______________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm.21
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[3] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[4] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 242
J / [Satu wuduk cukup baginya untuk
menggabungkan dua sholat dan tidak memudaratkannya jika darah istihaadah keluar
setelah wuduk, sama ada dalam sholat Dzohor atau ‘Ashar Asr, atau di antara keduanya.]
[1]
S / Istihaadah dalam bentuk sederhana, adakah
satu wuduk juga mencukupi ketika menggabungkan kedua-dua sholat?
J / Satu wuduk cukup ketika menggabungkan dua sholat.
S / Jika dia menunaikan sholat subuh dan
keadaannya dalam istihaadah ringan, maka pada waktu Dzohor dia berubah menjadi sederhana,
apakah dia harus melakukan ghusl, atau haruskah dia menunggu sholat subuh dari
hari berikutnya untuk mandi (ghusl)?
J / [Dia tidak diwajibkan untuk melakukan
ghusl sekaligus. Sebaliknya, wajib baginya melakukan ghusl untuk sholat Fajr
(subuh), dan jika uzur atau sukar baginya untuk melakukan ghusl untuk sholat
Fajr, dia harus melakukan ghusl pada bila-bila masa dia dapat melakukan ghusl
pada siang hari, walaupun lebih baik baginya melakukan sebelum sholat wajib. ”]
[3]
S / Adakah dia perlu memasukkan wuduk ketika ghuslnya
jika keadaannya memerlukan dia ghusl?
J / [Dia tidak wajib berwuduk jika dia melakukan
ghusl sebelum sholat, tetapi cukup baginya untuk menunaikan sholat.][4]
S / Dalam hal istihaadah utama, adakah
menggabungkan dua sholat dengan satu ghusl adalah perkara wajib baginya, atau
bolehkah memisahkannya? Dan jika dipisahkan, adakah ia akan mempunyai lima mandian
(ghusl)? Dan bagaimana jika darah tidak keluar setelah ghusl untuk sholat Dzohor
- misalnya - adakah dia juga harus melakukan ghusl untuk sholat ‘Ashar?
_____________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm. 21
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh –
Al-Thaharah, hlm. 22
[3] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[4] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 243
J / [Dia tidak wajib menggabungkannya, tetapi
jika dia memisahkannya, dia harus mandi (ghusl) untuk setiap sholat. Tetapi
jika tidak ada darah yang keluar setelah ghusl, maka dia tidak perlu melakukan
ghusl lagi.][2]
S / Disebutkan dalam bentuk istihaadah (perlu
menukar kapas ujian) pada setiap sholat, jadi adakah perubahan itu diperlukan
pada setiap sholat walaupun tidak ada darah padanya?
J / [Jika tidak ada darah pada kapas ujian, ia
tidak wajib diganti.] [2]
S / Telah dinyatakan dalam Al-Syarai3: [Jika
darah berhenti kurang dari sepuluh hari, dia mesti beristibra’ (memastikan
kesucian) dirinya dengan gumpalan kapas. Jika keluar (darah) disucikan dengan
mandi. Dan jika ia bernoda, bersabarlah dan mulai semula sehingga ia disucikan
atau berlalu sepuluh hari. Dan yang sama pada kebiasaannya selepas mandi tiga
hari dari kebiasaannya, dan jika berlanjutan hingga hari kesepuluh dan berhenti
(darahnya). Dan gantikan (qadha) puasa yang ditinggalkan, maka jika apa yang ditinggalkan
dibawanya akan menjadi imbalan (gantian)], apa makna (Dan yang sama pada
kebiasaannya ... dll)?
J / [Maksudnya: (Kebiasaan yang sama adalah beristibra’ (memastikan kesucian) dirinya
dengan gumpalan kapas setelah berlalu hari kebiasaannya. Jika didapati gumpalan
kapas bersih hendaklah kamu ghusl atau jika ia bernoda bersabarlah sehingga ia
suci hendaklah kamu ghusl. Sekiranya dia tidak membersihkan dirinya, atau jika
darah berlanjutan dengannya setelah tiga hari berlalu setelah kebiasaannya ia melakukan
ghusl sekiranya ia tidak bersih. Sekiranya darah berterusan hingga hari kesepuluh
dan berhenti, dia akan menunaikan puasa yang dilakukannya. Kerana itu pada
hari-hari haidh, dan jika apa yang ditinggalkan dibawanya akan menjadi imbalan
(gantian); Kerana itu pada hari-hari istihaadah, yaitu hari-hari suci dan bukan
hari-hari haidh.] [3]
S / Apa makna dari apa yang disebutkan dalam Kitab Al-Syarai3: (Sekiranya darah berlanjutan selepas hari kesepuluh, maka ia berbeza dengan sifat istihaadah, maka itu adalah istihaadah, jika tidak itu adalah haidh. Sekiranya dia mempunyai kebiasaan bilangan hari haidh sesuai dengan bilangan harinya, jika tidak, mengikut bilangan hari wanitanya, atau tujuh hari, dan jika darah berterusan, selama tiga hari, maka setelah itu ia dianggap istihaadah?)
_________________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm. 22
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[3] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 244
J / [Ini adalah darah nifas, dan maksudnya: darah
nifas jika berlanjutan keluar darah bersamanya, walaupun setelah dia selesai
sepuluh hari, yang merupakan atau adalah darah nifas, maka dilihat pada ciri-ciri
luaran, jika ia bersifat sebagai istihaadah maka ia dianggap istihaadah, atau jika
tidak dan dengan itu ia dianggap haidh.
Sekarang kita sampai pada hukum-hukum yang
dianggap sebagai haidh: jika ia memiliki kebiasaan bilangan hari sebelum hamil,
dia haidh sesuai dengan jumlah hari yang dia tahu, dan apa yang berikutnya
adalah istihaadah, dan jika dia tidak memiliki kebiasaan bilangan hari sebelum
hamil, dia dalam haidh (yaitu menghitung hari-hari haidh) mengikut bilangan
hari haidh wanitanya (iaitu saudara perempuannya). Sekiranya selisih hari haidh
kedua-duanya selama tujuh hari, maka jika darah berlanjutan setelah tempoh haidh
yang anda putuskan, maka tidak dianggap selepas terjadi darah nifas semua darah
haidh, tetapi ia hanya tiga hari sahaja dan selebihnya dianggap istihaadah.
Sebagai contoh untuk penjelasan: Seorang
wanita yang kebiasaan bilangan harinya adalah lima hari melahirkan (anak) dan
pendarahan berlanjutan selama lapan belas hari.
Sepuluh hari pertama pendarahan selepas
bersalin (darah nifas), dan pada hari kesebelas, dia melihat darah yang keluar,
tetapi dia tidak dapat membezakan di dalamnya ciri-ciri darah istihaadah,
melainkan mungkin darah haidh. Kemudian dia menganggapnya - sebagai permulaan -
bahawa itu adalah darah haidh, dan jika berhenti setelah selesai hari-hari
haid, maka itu adalah haid, dan dia menyedarinya dan tidak ada apa-apa padanya.
Sekiranya berlanjutan - seperti yang terjadi pada contoh kita - Kemudian dia
menganggapnya bukan darah haid, dan hanya tiga hari pertama setelah berakhirnya
masa nifas dianggap hari yang menunjukkan keadaannya selama hari-hari haid.
Tidak wajib qadha sholat yang ditinggalkannya.][1]
S / Seorang wanita yang banyak menyusukan anak,
dan pakaiannya tidak selamat dari najis (kotoran dan air kencing). Apakah hukum
sholat dan hukum bersuci padanya?
_________________
[**] Haidh ialah darah yang keluar daripada rahim
seorang wanita pada waktu tertentu dan pada jangka tertentu. Manakala istihadah
ialah darah penyakit yang keluar melalui saluran berhampiran dengan rahim.
Ia keluar mengiringi kesan haidh atau selepas habis
tempoh haidh. Manakala nifas pula ialah darah yang keluar daripada rahim wanita
selepas keluarnya kandungan di dalam rahim sama ada melalui kelahiran biasa
atau keguguran.
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm. 23
Wanita Dalam
Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 245
J / [Pakaian yang tidak suci wajib disucikan
untuk sholat, dan jika dia tidak tahu bahawa pakaiannya kena najis atau tidak,
maka ia dianggap pakaian itu suci. Air kencing bayi susuan (lelaki) cukup dengan
menjirus air pada pakaian untuk menyucinya, dan jika dia hanya memiliki satu
pakaian, dia harus sholat dengannya pada siang hari dan membersihkannya dari
air kencing bayi susuan pada waktu malam.] [1]
S / Adakah orang yang dalam janabah dan wanita
yang sedang haidh boleh memasuki Husainiyah dan tempat suci para imam (as)?
J / [Berkenaan dengan Al-Husseiniyat, jika ia
didirikan untuk sholat, maka hukumnya mengikut hukum masjid. Tidak dibenarkan
bagi seseorang yang berada dalam keadaan junub atau wanita yang sedang haidh
atau seumpamanya duduk di dalamnya, kecuali untuk mendengar musibah Al-Hussein
(as) atau untuk mendengar majlis berkabung Al-Maksumin. Sekiranya majlis
berakhir, dia terus pergi.
Mengenai makam para imam (as), kawasan yang
dikelilingi oleh bangunan utama di sekitar makam hukumnya mengikut hukum
masjid. dengan syarat tidak melebihi jarak (25 meter) di sekitar makam.
Mana-mana majlis untuk memperingati
Al-Maksumin (as), dapat dihadiri oleh yang dalam keadaan junub, wanita yang
sedang haidh, dan seumpamanya, sama ada di masjid, Husseiniyah, atau makam
Al-Maksum (as), maksudnya, ia merangkumi sambutan maulud dan seumpamanya, bukan
hanya majlis memperingati kematian.
Sekiranya tujuan pembinaan Al-Husseiniyah
adalah untuk menyediakan makanan dan mengadakan acara memperingati kematian,
zikir, tidur dan seumpamanya, dan sholat berjemaah tidak diadakan di dalamnya
secara teratur atau banyak kali, maka hukumnya mengikut hukum rumah dan tidak
dijalankan hukum-hukum masjid padanya.][2]
S / Salah seorang ansariah adalah seorang
pelajar di Hauzah dan dia mempunyai peperiksaan (Hukum bacaan) dan dia didatangi
kitaran haidhnya. Dia bertanya dari hafalan Juzuk 30 dan ada surah di mana
terdapat sujud (Ayat Sajadah), apa hukumnya?
______________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm. 29
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah – Jz 5, hlm.8
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 246
J / [Dia berhenti membacanya dan terangkan
alasannya jika meninggalkannya mempengaruhi keputusan peperiksaannya.][1]
S / Apa yang lebih baik bagi wanita yang
sedang haidh untuk membaca Al-Quran dalam hukum makruh atau tidak membacanya?
Dan apa yang harus dia lakukan jika dia terbiasa membaca Surah Yassin,
misalnya, setiap hari?
J / [Lebih baik meninggalkan pembacaan dan
mengambil jalan mulia dan berzikir kepada Allah Yang Maha Suci.][2]
S / Adalah makruh bagi wanita yang sedang haid untuk
membaca, kecuali Al-‘Azaim (Ayat Al-‘Azimah).
Apakah ada lebih dari tujuh ayat, seperti pada
orang yang dalam junub, atau apakah halnya ada khilaf dengannya?.
J / [Ia adalah makruh walaupun satu ayat, dan
semakin ditambah, semakin besar makruhnya.][3]
S / Adalah makruh membaca lebih dari tujuh
ayat, apakah ini termasuk jika bacaan itu untuk menyampaikan kebenaran kepada
pelajarnya, misalnya, dan biasanya memerlukan membaca lebih dari tujuh ayat?
J / [Tidak makruh membaca Al-Quran untuk orang
yang dalam junub dan wanita yang sedang haidh jika dia menjelaskan kebenaran dan
menyeru (berdakwah) kepada agama Allah.] [4]
S / Adakah hukum mendengar bacaan sama dengan hukum
membaca dari segi makruhnya?
J / [Adalah tidak makruh mendengarkan.][5]
__________________________
[1] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) - Muharram 25, 1442 H. -
Link ke penerbitan
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[3] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[4] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
[5] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Thaharah,
hlm. 21
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan