Isnin, 2 Ogos 2021

Persamaan lelaki dan wanita

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 24

 

Persamaan lelaki dan wanita

 

S / Al-Salamu 3alaikum, dalam firmanNya SWT:

﴿وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنثَىٰ ۖ﴾

" dan laki-laki tidaklah seperti perempuan." [2] , mengapa Al-Quran lebih mendahulukan lelaki daripada wanita?

J / [didahulukan menyebut lelaki; kerana mereka dijanjikan seorang lelaki dan dia adalah Isa (as), jadi ketika Maryam (as) didatangkan kepada mereka, mereka terkejut kerana dia seorang perempuan, dan mereka mengetahui bahawa Isa adalah salah satu keturunannya, dan Allah menjadikan Isa (as)  dari Maryam (as), sehingga terpenuhilah apa yang dijanjikannya kepada mereka.

﴿فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنثَىٰ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنثَىٰ ۖ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ﴾

Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya dengan Engkau daripada syaitan yang terkutuk".[2] [3].

 

S / Apa peranan wanita beriman dalam Dakwah Al-Yamaniyah yang diberkati pada saat kebangkitan Al-Qa'im (as) dan permulaan perang melawan musuh-musuh keluarga Muhammad (as)? Adakah mereka ada di medan perang? Bagaimana mereka sebenarnya menjadi tentera Imam Mahdi (as) pada peingkat itu?

J / [Seorang wanita boleh berperanan pada banyak tempat dalam Kerajaan Ilahiyah, jika dikehendaki Allah, dan dia didirikan pada waktu tertentu. Seorang wanita tidak kurang kecekapannya berbanding seorang lelaki pada banyak tempat dan tindakan, bahkan dalam sebahagian kerja, banyak yang wanita itu jauh lebih baik daripada lelaki. Islam tidak meletakkan sekatan terhadap anggapan mengenai kedudukan wanita di mana mereka memimpin masyarakat ketika mereka memenuhi syarat untuk itu dan melakukan pekerjaan dengan lengkap dan betul [4].

______________

[1] Surah Aali Imran: 36

[2] Surah Aali Imran: 36

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Jz 4, hlm.36

[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4, hlm.36

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: