Sabtu, 28 Ogos 2021

Iddah

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 230

 

Berkaitan dengan perceraian >> Iddah 


S / Al-Salamu 3alaikum Ansharu Allah, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Semoga Allah memberikan anda kejayaan dan pertolongan dengan Imam kita, Al-Mahdi Ahmad Al-Hassan, Shalawatu Rabbi 3alaihi Wa Aalih.

Saya sangat gembira dengan jawapan[1] Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan Wal-Hamdu Lillahi yang menerangi dan merahmati kami dengan tuan, Ya Maulai Ya Ahmad, kami tersesat di muka bumi sebelum surat ini pelengkap kepada perkara perceraian saya. Ini adalah Jawapan Imam, semoga roh saya penebus terhadap debu di sandalnya.

Saya, berlindung pada Allah dari Al-Ana, saya tidak dapat meminta apa-apa darinya (suami), dia tidak mengizinkannya, kami tidak bercakap bersama selama 7 bulan. Dan jika dia diminta dalam surat untuk menjelaskan kedudukannya kepada anda mustahil untuk bersemuka dan menjawab, menerangkan atau mengambil berat. Pada asalnya dia tidak beriman dengan dakwah tuan yang sebenar dan tidak tahu cahaya tuan, maka wahai tuan, dia tidak akan pernah menjawab saya, kerana dia seorang yang sombong dan tidak peduli dengan apa-apa, saya tidak keberatan menunggu selama 30 hari, yang penting saya memperoleh sijil perceraian yang sah (syar’ei), tetapi adakah saya harus memintanya untuk memberi respons kepada tuan?

Dan soalan kedua saya: Saya tidak tahu bahawa saya telah bercerai sebelum jawapan tuan, saidi, jadi bagaimana dengan iddah? Saya tidak terikat dengannya!! Adakah saya harus terikat dengannya setelah saya menerima jawapan murni tuan? Atau biarkan waktu yang telaah berlalu hampir 6 bulan.

C / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsiraa.

Apa yang dituntut dalam iddah adalah anda tidak dikahwini sebagai wanita yang telah diceraikan, dan anda telah melewati tempoh iddah anda setelah perceraian dan ia telah berakhir, jadi tidak ada alasan untuk anda melakukannya (beriddah) sekali lagi.

 

__________________________

1 - Anda boleh menyemak perincian topik di halaman 223

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 231

 

Mengenai surat cerai, anda boleh mendapatkannya dari Mahkamah Syariah di Najaf, dan ada hakim Syariah yang dilantik, Al-Syed Al-Thahir Hassan Al-Hamami, semoga Tuhan melindunginya.

Saya berharap mereka yang bertugas di mahkamah Syariah di Najaf Al-Asyraf akan membuka laman web untuk mahkamah Syariah di Internet, atau membuka tetingkap di salah satu laman web rasmi dakwah agar orang-orang beriman berkomunikasi dengan mereka, semoga Allah melindungi mereka dari mana sahaja di bumi, insya Allah.][1]

 

S / Ada seorang ansariah, lebih dari enam tahun yang lalu, suaminya lemas di laut, dia dan kumpulannya bepergian bersamanya, mereka tidak menemui mayatnya seperti yang lain dalam kumpulannya, tetapi dia tidak melewati tempoh iddah kematian itu. Sekarang, salah seorang ansar melamarnya, apakah dia harus mengqadhakan iddahnya supaya sah perkawinannya, atau apa yang harus dia lakukan?

J / [Dia mesti melewati tempoh iddah kematian terlebih dahulu..][2]

 

________________________

1 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 77

2 - Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, h 48

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Tiada ulasan: