Ahad, 22 Ogos 2021

Pasangan Hidup Yang Tidak Beriman

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 176

 

Mengenai perkahwinan >> Pasangan Hidup Yang Tidak Beriman

 

S / Saya beriman dengan dakwah Al-Yamani yang dijanjikan (Salamu Allah 3alaih). Ada pun suami saya tidak beriman, dan bahawa dia ragu-ragu. Saya mempunyai dua anak lelaki darinya, dan dia meminta saya untuk anak yang lain, dan saya melihat bahawa dia tidak layak memiliki keturunan, jadi apa yang diwajibkan syar’ei dengan perkara demikian? Haruskah saya tinggal bersamanya untuk menjalani hidup saya, atau haruskah saya meminta berpisah dalam ketaatan kepada Imam (as)?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Sekiranya dia tidak memusuhi para imam dan Mahdi-mahdi atau Syiah mereka, diperbolehkan tinggal bersamanya.][1]

                                              

S / Seorang ansariah telah lama menikah dengan orang yang bukan ansar, dan setelah suatu masa yang lama terdapat perselisihan yang teruk antara mereka dan mereka mempunyai anak. Dia mengadu tentangnya di mahkamah, dan masalahnya sampai pada qadhi menghukumkannya bercerai dari suaminya. Sekarang qadhi telah menceraikannya dari suaminya oleh undang-undang mereka, adalah diketahui bahawa suaminya itu tidak menceraikannya.

Apa hukumnya? Adakah dia sah bercerai secara syarak dan adakah dia berhak untuk berkahwin dengan orang lain setelah habis tempoh iddah, atau dia tidak bercerai sehingga suaminya menceraikannya? Dan jika dia tidak diceraikan secara syarak hingga suaminya menceraikannya dan dia berdegil dengan (isterinya) dan mencederakannya, lalu bagaimana kaedahnya dia diceraikan secara syarak?

Adalah diketahui bahawa dia berdegil dan tidak menginginkan perceraian, dan dia bukan orang yang beriman, dan wanita yang beriman itu menginginkan perceraian dan meminta jalan keluar.

J / [Dia mengajukan permintaan ke mahkamah Syariah, menuntut perceraian syar’ei dan menjelaskan keadaannya dan bahawa telah berlaku penceraiannya dalam surat rasmi pemerintah.] [1]

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2 hlm.177

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 23

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 177

 

S / Seorang ansariah mengesyorkan saya untuk mengajukan soalan mengenai suaminya, kerana dia dan anak-anaknya adalah orang-orang yang beriman kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan suaminya tidak beriman dengannya. Semasa perbincangan, dia tidak menghiraukan Imam Ahmad Al-Hassan (as) - kami mohon pengampunan kepada Allah Yang Maha Suci dan bertaubat kepada-Nya - dan dia (isteri) tidak bertanya sama ada dia memperlakukannya seperti seorang nasibi? Adakah patut menuntut cerai darinya? Ini adalah perkara yang amat penting.

J / [Mungkin mereka memprovokasi dia atau dia gugup dan dipergunakan oleh syaitan, sehingga membuat dia terjerumus dalam hal ini, lalu dia tidak memutuskan bahawa seseorang itu bermusuhan dengan satu tindakan, kecuali dia tahu bahawa dia melakukannya dengan sengaja dan berhemah. tetapi walaupun dia melakukannya dengan sengaja dan berhemah dan menilai bahawa dia adalah seorang nasibi, maka kamu tidak tahu mungkin di kemudian hari dia menyesal dan kembali kepada kebenaran, seperti yang terjadi pada kebanyakan orang, dan Allah membimbing mereka dan mengetahui kebenarannya. Secara umum, perlakukan seseorang dengan belas kasihan, semoga Allah memperbaiki keadaan anda dan membimbing anda sebagai ciptaan-Nya ke jalan yang lurus.] [1]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Apa yang seseorang patut lakukan sekiranya pasangannya menolak dan mengingkari Imam?

“What should one do if his/her spouse rejects the Imam?”

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Bersabarlah, semoga Allah menjayakan anda, hingga Allah menghakimi anda, dan Dia adalah yang paling Penyayang dari para penyayang, dan mudah-mudahan Allah menulis petunjuk kepada sebahagian manusia, walaupun setelah beberapa tempoh.][2]

 

S / Seorang lelaki Kristian (Katolik) bersedia untuk melamar saya dan saya bersetuju, kerana orangnya jujur ​​dan beriman pada Allah dan orang yang ikhlas, tetapi saya ingin meminta nasihat tuan, Bolehkah saya berkahwin dengan dia? Adakah berkahwin dengan dia halal.

                        

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 83

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 99

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 178

 

atau haram di sisi Allah? Saya bertanya soalan ini kerana saya seorang Islam, saya meminta tuan menjawab soalan saya kerana saya keliru mencari jawapannya. (Ada yang mengatakan halal dan ada yang mengatakan haram dan sekarang saya mengambil jalan keluar kepada tuan), terima kasih.

J / [Jika saudari seorang Muslimah maka tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan orang bukan Islam.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Wash-shalatu Wa s-Salamu. 3alaa Saiyidina Muhammad Wa Aali Al-Thaiyibina Al-Thahirin

Saya mempunyai masalah dengan ibu bapa saya, iaitu ada seorang yang bercadang (meminang) saya atas sunnah Allah dan Rasul-Nya, tetapi ia bukan dari Mazhab Jaafari, dia seorang Sunni, Lalu keluarga saya menolaknya atas sebab ini, tetapi hati saya yakin dengan orang ini walaupun dia tidak berwalikan Ahli Bait Rasulullah, dia dan keluarganya tidak membezakan antara Mazhab Syi’ei dan Sunni, Adakah Ibu bapa saya betul dan saya mengikut perasaan cinta saya, atau mereka menganggap perkara ini menunjukkan permusuhan saya, dengan izin Allah?!

Saya ingin jawapan kandungan surat ini dengan seberapa segera yang mungkin, dan terima kasih banyak-banyak.

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Yang terbaik untuk anda dalam masalah perkahwinan adalah dengan mengikut pendapat bapa anda dan semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu semua yang baik.

Wa s-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.[2]

 

S / Adakah dibenarkan seorang ansariah mengahwini lelaki yang tidak beriman dengan dakwah kebenaran dan pemiliknya (as)?

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 1, hlm. 75

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm. 45

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 179

 

J / [Dibolehkan jika dia seorang Muslim dan bukan Nasibi, tetapi ia adalah makruh.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Saya mengharapkan nasihat tuan dan tuan layak memberikannya. Tuan apakah penyelesaian terbaik untuk masalah perkahwinan anak perempuan kami. Adakah kami patut menunggu pinangan dari seorang yang beriman dengan Al-Qa'im (as), atau kami menerima orang yang tidak beriman? Adalah diketahui bahawa orang yang tidak beriman kadang-kadang mempunyai lebih banyak kelayakan, dan ada beberapa masalah yang menjadikan mereka orang muda beriman enggan berkahwin dari kalangan orang beriman yang sama.

J /] Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi.

Tidak ada syarat dalam pernikahan seorang wanita bahawa suaminya adalah orang yang beriman, dan ini telah dijelaskan dalam Al-Syarai3, Anda boleh merujuknya.][2]

 

S / Kami adalah keluarga yang terdiri dari enam orang dan tidak berdikari secara kewangan, dan kami tidak menghadiri sholat Jumaat, atau sholat Eid Al-Fitri, dan kami tidak membayar zakat fitrah kerana ketua keluarga (rab al-3a’ilah) itu tidak beriman dan dia adalah orang yang berbelanja untuk kami, dan soalannya:

Adakah kami wajib bersholat Jumaat dan sholat Eid? Bagaimana kami membayar zakat harta? Adakah masing-masing dari kami akan membersihkan diri sendiri? Sekiranya tidak mempunyai wang, bolehkah meminjam dan kemudian membayarnya kembali? Bagaimana dengan tahun-tahun yang telah berlalu ketika kami beriman dan kami tidak menunaikannya?

Adakah kami boleh keluar tanpa izinnya untuk perkara yang berkaitan dengan dakwah? Kadang-kadang kedua-dua anak lelaki saya diminta untuk pergi bersamanya ke masjid untuk menghadiri sholat Jumaat, atau sholat Eid Al-Fitri atau beberapa kesempatan di sisi orang yang berlainan aliran. maka, apakah itu tindakan yang betul? Perlu pergi atau tidak?


_____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - 3 hlm. 41

[2] Ulasan Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di Laman Facebook Rasmi - pada 8 Julai 2018

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 180

 

J / [Orang yang beriman tidak dibenarkan bersholat di belakang orang yang tidak beriman, zakat dan hak-hak syari’ah adalah wajib bagi mereka yang mempunyai wang untuk menunaikannya, tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai wang, tidak wajib baginya, seperti halnya suami atau ayah yang tidak beriman, anda boleh mentaati Allah tanpa memaklumkan kepadanya atau meminta izinnya, dan secara umumnya tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Pencipta.] [1]


______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah Jz 3, hlm. 54

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: