Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 25
Poligami antara zaman Nabi (S) dan hari ini
S / Saidi wa Maulai. Sering kali ketika kita
berbicara dengan orang Kristian mengenai dalil dakwah, kita melihat mereka
beralih ke perkara-perkara yang berkaitan dengan keperibadian Rasulullah yang
agung (S), di antaranya pertanyaan: “Mengapa Rasulullah (S) berkahwin dengan
sembilan isteri? Tuan, sudilah kiranya menjelaskan alasannya.
Jawapan / [
وعليكم السلام ورحمة
الله وبركاته
Secara umumnya, ketika berdialog dengan
mana-mana pihak yang berbeza (fahaman) mestilah dibatasi pada tajuk tertentu,
jika tidak, ia akan menjadi lompatan rawak ke pelbagai tajuk tanpa mencapai
sebarang faedah daripada dialog tersebut.
Mengenai masalah perkahwinan pada zaman
Al-Rasul Muhammad (S) dan dalam menerangkannya secara khusus, ia banyak berlaku
sebelum Islam kerana nisbah wanita kepada lelaki yang tinggi dan tidak ada
penyelesaian moral (akhlak) masyarakat yang dapat diterima bagi masalah
kemasyarakatan seperti yang diketahui selain poligami, dan alasan masalah ini
di persekitaran itu adalah persekitaran perang, pertempuran berterusan, dan
jalan buntu ini disebabkan sebilangan besar lelaki dibunuh secara berterusan
semasa wanita duduk di rumah dan biasanya tidak keluar dan tidak terdedah
kepada bahaya dan bahkan dalam pertempuran pun mereka dijadikan tawanan dan
tidak dibunuh, seperti yang berlaku pada orang lelaki. Sebilangan besar wanita
mewakili masalah sosial di persekitaran tersebut sehingga banyak wanita yang
tidak mempunyai suami mengangkat bendera di khalayak ramai mengenai keinginan
mereka untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan pemilik bendera merah
terkenal di dalam masyarakat itu, dan ramai lelaki biasa membunuh anak
perempuan mereka ketika mereka masih muda dalam fenomena yang terkenal
tersebut. Bahawa gadis-gadis dipanggil celaka, ini kerana sebilangan besar
wanita dalam masyarakat itu ramai dari mereka yang tidak mempunyai suami, dan
mereka menggunakan amalan nafsu dalam keadaan tidak terkawal oleh peraturan
sosial seperti perkahwinan.
Dan Al-Rasul Muhammad (S) membawa
undang-undang untuk mengatur hubungan seksual dalam masyarakat seperti itu
dalam kerangka pernikahan yang berdisiplin agar nasab keturunan
tidak hilang. Hukum poligami dalam undang-undang sosial menjamin
Wanita Dalam
Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 26
seorang wanita dalam keadaan sosial yang
melampau dalam kedudukan yang sedemikian rupa bukan menjadi barang yang
diangkut oleh lelaki sebagai pemilik bendera, melainkan seorang isteri yang
dihormati kepada seorang lelaki yang mempunyai hak yang sah,
Hak undang-undang mereka, dan undang-undang
poligami yang dibawa oleh Al-Rasul Muhammad (S) memiliki kelebihan terbesar
dalam menyelesaikan gejala sosial yang melampau ini, dan dalam beberapa tahun,
fenomena pembunuhan bayi perempuan berakhir dan fenomena wanita-wanita bendera
merah juga berakhir, ini berkaitan dengan penggubalan Al-Rasul Muhammad (S)
terhadap fenomena poligami untuk menyelesaikan masalah sosial, iaitu
meningkatnya bilangan wanita dalam masyarakat dengan ketara.
Mengenai tingkah laku baginda (S) secara
khusus, alasannya adalah kerana kebanyakan lelaki menolak untuk menikah dengan
sejumlah wanita kerana kesukaran hidup, penyediaan makanan dan yang serupa
dengannya, sehingga Al-Rasul memulai perkahwinan dengan sebilangan wanita
walaupun tangannya terbatas untuk mendorong orang lain, dan tingkah lakunya
tidak di luar batasan kehidupan sosial persekitaran di mana dia tinggal, yang
membebankan lelaki di mana mereka menikah dengan sejumlah wanita untuk
menyelesaikan dilema nisbah wanita kepada lelaki yang besar, penyelesaian
akhlak (moral) yang memenuhi keperluan biologi wanita untuk seks dan menjaga
kehormatannya melalui poligami.
Selepas penjelasan ini, saya rasa tidak masuk
akal untuk dikelirukan dengan seorang lelaki yang mengahwini tujuh wanita semasa
dia tinggal di sebuah masyarakat di mana nisbah wanita dengan lelaki adalah
tujuh berbanding satu. Kerana anda hidup pada abad ke-21 dalam masyarakat di
mana nisbah wanita dengan lelaki adalah satu kepada satu, dan kebanyakan lelaki
di dalamnya mengahwini satu isteri, jadi menikahi tujuh wanita pada zaman anda
dan masyarakat anda menganggapnya suatu kesalahan, tetapi juga lelaki yang
mengahwini pada masa itu dengan satu isteri dan masyarakatnya menganggap sebagai
satu kesalahan. Sebenarnya, itu adalah kesalahan yang tidak senonoh dan
merosakkan bagi masyarakat, kerana ia menimbulkan fenomena seperti menanam
kanak-kanak perempuan hidup-hidup dan para wanita yang akan mengibarkan
sepanduk. [1]
______________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) hal. 96
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan