Selasa, 24 Ogos 2021

Masalah Dan Penyelesaian

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 189

 

Mengenai Perkahwinan >> Masalah Dan Penyelesaian

 

S / Saya mempunyai masalah. Ayah saya, apabila ada yang datang untuk meminang saya, di akan menolaknya, tolonglah bantu saya?

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Bacalah Surat Al-Nur dan Surat Al-Fath, masing-masing tujuh kali.][1]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Sallim Taslima.

Kepada Maulai Ahmad (as): Salam atasmu dan atas Maulai Shohib Al-Zaman dan atas bapa-bapa tuan yang disucikan.

                      

Maulai, saya tulis mengenai perkara salah seorang ansar meminang anak perempuan saya – dan dia juga salah seorang ansar dan segala puji bagi Allah atas nikmatNya -.

 

Sebelum mengetahui perkara pinangan ini ada sedikit yang sampai dari kawan saya dan dia telah berkata, Aku melihat (rukya) engkau hendak kahwinkan dua ekor kucing iaitu kucing jantan, dan sebenarnya adalah dua calon untuk pinangan ini. Dan adalah pelik bahawa saya tahu yang meminang itu sendiri datang kepadanya seseorang yang tidak dikenalinya dan memberitahunya bahawa dia akan berpaling dari dakwah Al-Yamaniyah,

Terus terang, Ya Maulai, saya sangat risau dan saya tidak sanggup dengan dua perkara ini (mimpi kucing, dan berpaling dari dakwah).

Saya katakan, saya mengambil jalan meminta tolong kepada tuan, Ya Maulai selepas Istikhaarah, mudah-mudahan tuan dapat menunjukkan kepada saya dan membimbing saya, apa yang saya perlu lakukan.

Saya sedar tuan sangat sibuk dengan kerja-kerja tuan, tetapi tuan, tuan tahu bahawa tuan dan bapa tuan Maulai Shohib Al-Zaman adalah bapa kami menuju Allah (AWJ) sebagai jalan keluar dan tempat perlindungan kami,  Semoga Allah (AWJ) memberi ganjaran yang baik. Kami tidak dapat memaksa tuan,

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 100

                 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 190

 

dan kami banyak berterima kasih dan syukur kepada tuan dan mohon ampun kepada Allah (AWJ) dan kepada tuan.

Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyin.

Dalam hal-hal sebegini, Jadikanlah istikharah penentu pinangan, Jika Allah telah memerintahkan (menentukan) untuk anda, lakukanlah, dan jika Dia menegahnya hentikanlah. Semoga Allah memberi kejayaan dan membimbing kepada anda. Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Maulai.

Buyah, saya harap tuan akan menjawab soalan saya, seperti yang dikatakan,  pendirian menunjukkan galian seseorang.

Dan saya telah melalui banyak pendirian yang menunjukkan kepada saya hasil galian suami saya. Dia menunjukkan sikap mementingkan dirinya, yang mana dia lebih mengutamakan keselesaan dan keselamatan untuk dirinya sendiri atas isteri dan anak-anaknya. Saya dulu mementingkan diri sendiri dan pendiam, tetapi setelah saya melihat bahawa dia lebih mengutamakan keselesaanya daripada keselesaan dan keselamatan anak-anaknya, saya melihat bahawa tidak dapat saya melaluinya dan berdiam diri, dan saya harus membela (menjaga) anak-anak saya, tetapi saya tidak suka masalah, dan kerana saya tahu bahawa tidak ada gunanya bercakap dengannya. Dia tidak menerima nasihat, saranan, kritikan, keluhan, dan hanya melakukan apa yang dia mahukan, dan tidak ada satu pun masalah yang dapat diselesaikan sejak hari pernikahan kami, dan seperti yang mereka katakan, setiap orang mempunyai anak kecuali dia. Untuk pengetahuan, semua pengabaiannya ini adalah dengan dalih kerja-kerja dakwahnya, seolah-olah dia seorang sahaja yang bekerja. Apa yang patut saya lakukan?

Bagaimanakah saya berurusan dengan suami yang mementingkan diri sendiri yang membenarkan keakuannya dengan kerja-kerja dakwah? Mengetahui bahawa saya tidak menentang kerja dan bukti saya berdiam diri, dan saya mahu dia bekerja, tetapi saya menentang pengabaian.


_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 107

                 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 191

 

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Semoga Allah memberkati anda

Saya banyak menulis mengenai kepentingan keluarga dan keprihatinan pasangan masing-masing dan perasaan masing-masing. Saya mohon kepada Allah agar memperbaiki keadaan dan kehidupan perkahwinan anda, dan Dialah Maha Penyayang di antara para penyayang.

Dan saya tidak menjawab beberapa soalan yang datang tidak bermakna saya mengabaikannya, tetapi sama ada sudah dijawab atau tidak ada persoalan yang benar-benar memerlukan jawaban sama sekali.][1]

 

S / Saya menderita masalah terhadap suami saya yang mempunyai sikap buruk, mengambil dadah dan tidak sholat, dan saya menasihatinya, tetapi tidak berjaya. Apa yang anda nasihatkan untuk saya lakukan?

J / [Sekiranya dia mengambil dadah dan tidak sholat, beri nasihat kepadanya. Sekiranya nasihat itu tidak diendahkannya, maka mintalah sebahagian orang yang beriman untuk menasihatinya, mungkin Allah akan memperbaikinya dan membimbingnya untuk beriman. Sekiranya anda mendapati bahawa anda menemui jalan buntu dan anda ingin berpisah dengannya, ini adalah urusan anda dan ia adalah hak anda. Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dalam usaha anda dan Dialah Maha Penyayang di antara para penyayang.][2]

                    

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Wahai Imam.

Terdapat seseorang yang selepas lima bulan perkahwinannya tidak mahu tinggal bersama isterinya kerana dia tidak mempercayainya dan tahap pemikiran mereka tidak sepadan antara satu sama lain dan isterinya hamil tiga bulan. Apa yang patut dia lakukan? Orang itu menderita, isterinya menderita dan seluruh keluarga mengalami konflik setiap minggu. Dia memutuskan untuk menceraikannya, tetapi yang ada di hadapannya adalah anak di dalam kandungan ibunya. Dia takut kerana isterinya telah menikahinya kerana wangnya dan dia rasa bahawa dia akan menggunakan anak itu

 

____________________

[1] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di Laman Facebook Rasmi - 7 Julai 2018

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 38

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 192

 

untuk mendapatkan lebih banyak wang darinya, Wahai Imam. Bolehkah tuan menolong orang ini dan mendoakan kami? Al-Salamu 3alaika, Ya Yamani, Aali Muhammad, Shalla Allahu 3alaihi Wa Aalih.[1]

J / [Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi.

Sudah tentu, ada perkara positif dan baik mengenai isterinya yang membuatnya memutuskan untuk menikahinya sejak awal.

Mulai saat ini, biarkan dia berusaha untuk memulai yang baharu dengannya, sebagai akibatnya, menunda keputusan untuk berpisah dengannya tidak akan memberi kesan negatif.

Wanita bersikap emosional dan biasanya kata yang baik dan indah akan mempengaruhi mereka dengan mendalam, jadi dia harus berusaha menjadikan hubungan ini berjaya dan menghasilkan dan meninggalkan tuduhan serakah dan seumpamanya, terutama kerana ada janin dalam perjalanan (hidupnya).

Secara amnya, ada masalah yang dihadapi oleh semua pasangan yang sudah berkahwin di awal kehidupan mereka, yang merupakan kesukaran bagi wanita dan lelaki untuk memahami bahawa dia berurusan dengan orang seperti itu di satu sisi dan sama sekali berbeza dengannya di sisi yang lain. Masing-masing mempunyai komposisi fizikal yang berbeza dan rembesan hormon yang berbeza pada masa yang berlainan, oleh itu kesan dan reaksi akan berbeza, selain itu masing-masing dibesarkan dalam lingkungan yang berbeza dengan cara yang berbeza dan mungkin telah terdedah kepada keadaan keras yang mempengaruhi keadaan psikologinya.

____________________

1 - Soalan asal adalah dalam bahasa Inggeris seperti yang dinyatakan:

Salamullahi alaykum ya imam, if a person five months after his marriage no longer wants to live with his wife because he don't trust her and there mental level doesn't match, and his wife is three months pregnant then what should he do? this person is suffering and his wife is suffering and the rest of the family is suffering because of the fights every week and he already decided to divorce but one thing standing in his way is the unborn child, and he fears that his wife married him for his money and believes that she will use the child to get more money out of him. ya imam will you please help this person? and pray for us? salamullahi alaykum ya Yamani alay Muhammad (saww).

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 193

 

Perkahwinan sama seperti proses mencampurkan dua zat yang berbeza di dalam suatu bekas, yang mungkin memerlukan masa sehingga interaksi dan homogenitas (tindak balas dan kesesuaian) berlaku di antara mereka.][1]

 

S / Ada wanita yang mengambil wang dari suami tanpa memberitahu akannya, dan mengatakan suami saya tidak memberi saya wang dan saya terpaksa mengambil sejumlah wang tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatan ini halal atau haram?

J / Hubungan antara suami dan isteri seharusnya lebih besar daripada wang, dan mereka seharusnya mempunyai kasih sayang, belas kasihan dan hubungan baik yang menguasai persefahaman. Tetapi secara umum, isteri tidak boleh mengambil wang tanpa izin suaminya, selagi dia hanya membelanjakannya untuk memenuhi keperluannya dan keperluan anak-anaknya.][2]

                       

S / Apa kewajiban wanita beriman yang suaminya melarangnya berkomunikasi dengan keluarga atau saudara-mara, bahkan di media sosial?

Ini kerana terdapat beberapa perbezaan antara dia dan mereka, jadi dia berkata kepadanya, saya tidak akan memaafkan anda jika anda cuba menghubungi mereka atau memberi salam kepada mereka. Apa yang wajib dilakukan dalam hal seperti itu, apakah dia patut mematuhinya atau tidak?

Adakah dia boleh berkomunikasi dengan mereka di media sosial tanpa pengetahuannya, sehingga dia tidak menimbulkan masalah di rumahnya dengan suaminya, dan pada masa yang sama tidak ada gangguan dan gangguan antara dia dan keluarganya? Dan perkara yang paling penting, yang pertama dan terakhir, adalah tujuannya adalah mendapat redha Alah Yang Maha Suci.

J / [Suami tidak dibenarkan meminta isterinya memutuskan silatur rahim isterinya, dan isteri tidak wajib mematuhinya dalam masalah ini

untuk melakukannya.][3]

 

S / Jika dia berada di rumah keluarganya dan dia dimarahi oleh suaminya, apakah diperbolehkan baginya keluar dari rumah keluarganya untuk memenuhi keperluannya atau mengunjungi saudara maranya tanpa meminta izin dari suaminya?

 

___________________

[1] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di Laman Facebook Rasmi - pada 2 Ogos 2018

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 22

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Muharram 25, 1442 H. - Link ke penerbitan

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 194

 

J / [Dia tidak boleh keluar tanpa izin suaminya, kecuali untuk melakukan kewajipan atau keperluan.

 

S / Bolehkah dia (isteri) keluar bersama saudara perempuannya yang sudah berkahwin dan suami mereka bersama mereka, dengan wanita yang memakai hijab, dengan bercampur, bercakap, ketawa, pergi ke laut dengan hijab, dan seumpamanya?

J / Telah dijelaskan dari jawaban untuk pertanyaan sebelumnya bahawa wanita yang sudah berkahwin tidak dibenarkan keluar tanpa izin suaminya.][1]

_________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 23

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

  

Tiada ulasan: