Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 132
Pergaulan wanita dengan lelaki >> Perbualan antara lelaki dan wanita
S / Tuan, saya ingin anda menentukan hukum sejauh mana
batasan ucapan wanita dan berurusan dengan orang asing (bukan mahram), juga
lelaki dan sejauh mana hubungannya dengan wanita asing (Ansari atau bukan
-Ansari), adakah sama dalam semua aspek?
C / [Pertuturan antara wanita dan lelaki dibenarkan,
tetapi ucapan itu mestilah untuk alasan yang sah dan boleh diterima, seperti
kerja dan bimbingan, dan tidak menjadi perbualan kosong dan hanya untuk bercakap-cakap
sahaja.] [1]
S / Apakah hukum perbualan antara lelaki dan
wanita secara umum, dan melalui internet khususnya? Adakah perbualan secara
tertutup di Paltalk dibenarkan?
J / Saya telah nyatakan sebelumnya: bahawa
bercakap-cakap antara lelaki dan wanita seperti perbualan (tajuk) umum adalah
dibenarkan, dan bercakap di internet antaranya:
[Perbualan antara lelaki dan wanita
adalah dibenarkan, kecuali jika ada kecurigaan dan ditakuti akan fitnah yang
mesti dielakkan, FirmanNya SWT:
﴿وَقُل
لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا
يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ
آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ
أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ
أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا
عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا
يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka,
atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau
budak-budak (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang
tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Al-Nur : 31] Syarai3
Al-Islam: Jz 3
Perbualan antara lelaki dan wanita pada
umumnya dibenarkan.
______________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 62
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 133
Mengenai bercakap-cakap antara lelaki dan
wanita secara bersendirian, adalah makruh, kecuali dalam hal pertunangan atau
keperluan.
Oleh itu, seorang wanita mukmin yang suci dan
terhormat hendaklah menghindari bercakap secara bersendirian dengan lelaki yang
bukan muhrim kecuali kerana keperluan dan dengan kadar yang diperlukan, dan
dengan ucapan paling sedikit yang memenuhi tujuan, dan sama ada perbualan ini
secara langsung berhadap-hadapan atau di Internet, dan program sembang dan
seumpamanya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.][1]
________________________
1 - Kitab Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah, Jilid 2, ms 20
✡✡ ✡✡ ✡✡
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 134
Pergaulan wanita dengan lelaki >> Masalah Perubatan
S / Saya bekerja di hospital, di ruangan kecemasan,
dan datang kepada kami wanita yang luka terbakar pada badannya. Jururawat wanita
tidak ada untuk menangani kecederaan itu. Pesakit mungkin perlu pergi ke bilik
air dengan ibunya atau suaminya atau saudara lelaki, dan untuk membuang kulit
terbakar di mana mereka tidak boleh melakukannya, kecuali dengan bantuan kami,
apakah hukumnya?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.
Umat Islam perlu (wajib) menyediakan
kakitangan perubatan untuk menangani pesakit wanita, malah perlu menyediakan
tempat yang sesuai untuk menangani kemuliaan dan maruah (pesakit) wanita, dan
kesan untuk ini melibatkan banyak perkara, termasuklah:
· Mestilah ditangani dengan bilangan wanita yang mencukupi untuk mengisi kekurangan dalam semua kepakaran perubatan.
·
Susunan
tempat bagi meletakkan pesakit wanita perlu dibuatkan pengasingan yang sebenar,
dan penubuhan hospital perempuan atau pembahagian tempat di hospital.
·
Bagi masalah
Saudara Abu Naba’, dibolehkan merawat pada pesakit wanita terbakar (melecur)
dengan mempunyai pakar-pakar daripada kaum lelaki, dan ia mendatangkan dosa dan
dosa oleh Kerajaan taghut dan semua kelemahan lelaki dan wanita Islam dalam
usaha untuk menyediakan cara yang betul untuk merawat pesakit wanita.[1]
S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.
Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Apakah
hukum seorang wanita untuk berjumpa doktor lelaki jika tidak ada wanita yang
mempunyai kepakaran yang sama? Semoga Allah memberi kejayaan kepada tuan dengan
menolong Qaim Aali Muhammad (as).
__________________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, hlm.
170
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 135
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.
Jika disertai dengan rawatan secara yang haram
contohnya seorang doktor ingin melihat pada sesuatu yang tidak boleh dipandang
pada tubuh badan wanita dan tidak boleh menyentuhnya melainkan dalam keadaan
yang terdesak.
Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.[1]
S / ... Sekiranya melakukan pembedahan plastik
dibenarkan, adakah dibenarkan di bahagian yang dibenarkan dipandang atau mutlak
(semuanya)?
J / [Sekiranya pembedahan plastik tidak diperlukan, maka
mesti dicapai bahawa ia berada dalam batasan hukum syarak untuk melihat dan
menyentuh, atau jika dia terpaksa untuk melakukannya, itu dibenarkan dengan keperluan
dan tiada yang serupa dengan melihat dan menyentuh.] [2]
S / Saya bekerja sebagai pembantu kesihatan bahagian
kecemasan, dan kadang-kadang mereka membawa kepada saya perempuan muda untuk
suntikan jarum biru,[3] dan saya merasa malu kerana ada di antara
mereka yang berusia empat tahun atau lebih, Adalah diketahui bahawa ada
jururawat yang bertugas, tetapi alasannya adalah mereka menganggap mereka semua
kanak-kanak, maksud saya (lelaki dan perempuan), atau orang yang membawa anak
itu adalah ayahnya atau saudaranya. Dia tidak dapat meninjau pembalut wanita.
Tuan, soalan saya ialah: Adakah usia tertentu untuk kanak-kanak perempuan
bahawa saya mempunyai hak untuk menguji jarum biru disuntik kepada mereka?
Dan juga: Kadang-kadang kes (wanita) datang
kepada kami dengan luka, luka terbakar atau patah tulang yang agak rumit
sedikit, dan jururawat meminta maaf kerana tak dapat merawatnya, kerana dia
tidak mempunyai cukup pengalaman untuk menangani kes tersebut, dan kami
pembantu kesihatan terpaksa merawatnya dan meneliti kawasan luka, luka
terbakar, atau patah tulang, adakah ini
_____________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm. 49
[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm.
118
[3] Biru bermaksud
suntikan.
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 136
berdosa kepada kami? Saya mohon kepada Allah agar
melindungi anda dan menjaga anda dari segala kejahatan, dan saya minta maaf, tuan,
kerana saya mengambil masa anda. dan Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Saya mohon
agar tuan mendoakan saya.
J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Semoga Allah memberkati anda.
Melihat atau menyentuh adalah dilarang, tetapi
larangan itu terangkat (gugur) mengikut keperluan, iaitu seperti keadaan yang
anda nyatakan ketika seorang lelaki terpaksa merawat wanita kerana tidak ada
wanita yang boleh melakukan rawatan atau kerana kekurangan pengalaman dan
kecekapannya.
Bagi kanak-kanak perempuan yang belum mencapai
akil baligh, dengan ada seorang wanita yang merawatnya, dan tanpa darurat,
adalah lebih baik seorang lelaki menghindari dari merawatnya jika rawatannya
perlukan melihat atau menyentuh bahagian-bahagian dari dada hingga ke lutut,
tetapi tidak dilarang merawat atau menyentuh atau melihat tempat rawatan (yang
lain) pada badannya.[1]
S / La Quwata Illa Billah.. Maulai Al-Qa'im, saya ada beberapa
pertanyaan.
Beberapa ketika yang lalu, saya melakukan ujian darah dan
seorang lelaki yang mengambil darah di tangan saya kerana tidak ada kakitangan
wanita, dan ini memerlukan tangan saya terdedah dan ianya terikat kepada
(curang - Al-3akas) [2] Adakah terdapat dosa dalam perkara itu?
J / [Tuhan memberkati anda, dengan keperluan tidak ada
masalah.] [3]
S / Terdapat sejenis alat sonar yang
dimasukkan ke dalam perut wanita, dan ia berisi kamera untuk melihat di dalam
rahim dan keadaan ovari untuk mengenal pasti (diagnos) penyakit. Soalannya:
________________________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) hlm. 395
[2] Al-3akas - curang - adalah perkataan yang
bermaksud keterikatan.
[3] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) hlm. 337
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 137
1. Adakah wanita beriman boleh menjalani
ultrasound seperti itu jika doktor wanita menjalankannya?
2. Sekiranya dibolehkan, adakah wanita
tersebut perlu berbuka puasa?
J / Dibolehkan jika doktor wanita melakukan
pemeriksaan, dan tidak membatalkan puasa, apabila memasukkan alat pemeriksaan
ke dalam saluran kemaluan itu sendiri. [1]
________________________
[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3
hlm.36
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan