Wanita Dalam Masyarakat >> Pekerjaan Wanita
S / Apakah imam (as) menganjurkan penampilan
wanita di saluran TV, atau apakah dia (as) lebih suka kita menghindarinya? Apa
yang dia nasihatkan kepada wanita yang muncul di saluran TV dalam
program-program tersebut dan apa arahan beliau (as) kepada wanita?
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.
Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla
Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim
Taslima.
Seorang wanita, seperti seorang lelaki, dapat
bekerja dan muncul di media selama dia mematuhi hijab yang diwajibkan.[1]
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh, maulai.
Tuan, bolehkah seorang wanita dalam bidang
perubatan menyentuh seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaan, walaupun ada
doktor lelaki di sana? Tetapi dengan cara ini, kita tidak akan belajar, dan
kadang-kadang mereka memaksa kita untuk memeriksa lelaki dengan alasan bahawa
kita bekerja di bidang perubatan secara umum dan bukan hanya untuk wanita. Apa hukummu,
tuan? Tuan dan bapaku yang terhormat, saya memerlukan doamu yang murni. Jangan
lupakan saya, membina orang-orang yang baik. Saya sangat memerlukan doa tuan.
J /] Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Semoga Allah memberkati anda. Dibolehkan
dengan memakai sarung tangan, dan juga dibenarkan dengan keperluan, seolah-olah
ini adalah satu-satunya cara rawatan. Saya mohon kepada Allah agar memberi anda
kejayaan.[2]
_______________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet -
Jz 7, hlm.67
[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook – hlm.
322
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 112
S: Al-Salamu 3alaikum, Saidi wa Maulai.
Saya mempunyai banyak soalan yang melanda saya
dalam bidang kerja saya sebagai seorang guru (perempuan).. dan saya berharap
mendapat jawapan mengenainya daripada tuan. Kadang-kadang pelajar perempuan
melanggar peraturan dengan memakai pakaian yang tidak mematuhi undang-undang,
dan setelah diberi amaran berulang kali, kami menarik balik (mengambil) pakaian
ini dan yang lain seperti sepit rambut dan gelang. Adakah dibenarkan
memusnahkannya atau mesti dikembalikan kepada pelajar atau diserahkan kepada
penjaga? Dan sekiranya keperluan itu kekal lama dan pelajar telah keluar,
bagaimana kita menangani keperluan tersebut? dan apakah tindakan yang harus
diambil sekarang sebelum ianya musnah. Perlukah kami menghubungi
pelajar-pelajar ini agar kami dapat membebaskan diri?
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh
Semoga Allah memberkati anda.
Oleh kerana ia adalah hak milik peribadi
pelajar, maka perlulah ia dikembalikan kepadanya. Kerana ia sudah berlalu, dan
ia adalah perkara sederhana, tidak perlu mempertimbangkan apa yang telah
berlalu, dan adalah lebih baik sedekahkannya atau mengikut nilai harganya...]
[1]
S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh, tuan yang dikasihi. Saya mohon kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha
Berkuasa agar memberikan pertolongan dan melalui pertolongan tuan agar
menjadikan kami penolong yang baik untuk tuan, wahai Aali Bait Nubuwah. Tuan,
berdasarkan pekerjaan saya, ada beberapa wanita yang mungkin terlupa beberapa barang-barangnya
(yang dititipkan) pada saya, jadi saya mengasingkannya sehingga mereka kembali nanti.
Tetapi ada yang tidak mengambilnya kembali, mengetahui bahawa beberapa barang-barang
itu bernilai dan ada juga yang tidak bernilai. Apa yang saya patut lakukan
dengannya? Semoga Allah mengekalkan tuan dan
melindungi tuan dan kami semua ansar tuan. Saya mohon tuan mendoakannya.
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati kamu. Ia patut disedekahkan.] [2]
_____________________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook –
hlm. 341
[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook –
hlm. 375
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 113
S / Al-Salamu 3alaika, Saidi wa Maulai Ahmad
Al-Hassan. Saya berharap agar Allah AWJ mengabulkan pertanyaan saya dalam masa
terdekat. Saya seorang guru di salah sebuah Hauzah yang mengikut salah seorang
Marajik dan saya sangat mencintai profesion saya. Saya mengajar Fikih, Sirah dan
Akhlaq. Saya berharap dapat terus berada di Hauzah untuk membetulkan beberapa
perkara yang secara tidak langsung berkaitan dengan dakwah. Tuan, saya bingung,
adakah saya harus tinggal di Hauzah, atau adakah saya harus melepaskan
profesion saya? Terima kasih banyak tuan.
J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi
Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati kamu. Fahami dan kajilah dengan segala
perinciannya mengenai aqidah yang telah saya jelaskan dan tidak ada halangan
jika anda kekal di Hauzah mereka sehingga beberapa ketika. Saya mohon kepada Allah
agar memberi anda kejayaan dan pimpinan, Dialah waliku dan Dialah menjaga
orang-orang yang sholeh.][1]
S / Seorang ansariah bekerja memperbaiki
pakaian dengan menjahit, tetapi dia tidak menjahit pakaian baru, melainkan
membetulkan pakaian yang dijahit. Wanita dan gadis membawa pakaiannya dan
mereka mahu dia membuatnya ketat untuk mereka, dan dengan itu pakaian menjadi
ketat yang boleh menggambarkan tubuh, dan ansariah itu merasa dirinya berdosa
dengan perkara tersebut. Dia ingin mengetahui hukum syar’ei dari Imam Ahmad
Al-Hassan (as).
Ada juga seorang ansariah yang melukis gambar
dengan inai di telapak tangan wanita, dan dia tahu bahawa mereka keluar dengan
cara ini ke jalan raya dan memperlihatkan kepada lelaki asing (Ajnabi), dan dia
merasa berdosa dengan hal itu, jadi apa hukum dalam syar’ei, semoga Allah
merahmati tuan?
J / Tidak ada masalah dengan pekerjaan mereka
di atas, dan mereka tidak ada kaitan dengan apa yang orang lain lakukan dengan
pakaian atau perhiasan tersebut.] [2]
S / Seorang pelukis meminta kanak-kanak
perempuan untuk dilukis gambar mereka, dan kadang-kadang dia mengambil gambar
mereka untuk menunjukkannya kepada orang lain, dan gambar mereka itu dilukis
semasa mereka tanpa hijab di kepala, kanak-kanak perempuan tersebut pula tidak
keberatan.
________________________
[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
hlm. 474
[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai
Masalah - Juz 5, ms 27
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 114
Tetapi mereka hanya ingin mengetahui hukum
syara’ terlebih dahulu, kerana gambar mereka muncul tanpa hijab dalam lukisan?
Adakah ada perbezaannya jika gambar berwarna atau tidak, atau hanya terhad
tanpa perincian?
J / [Tidak dibenarkan memaparkan gambar wanita
dan dia tanpa hijab.] [1]
S / Saya bekerja sebagai jurujual pakaian
wanita (abaya dan pakaian yang longgar) dan saya mempunyai potongan yang saya
tunjukkan kepada seorang wanita yang bekerja sebagai model fesyen dan
berkomitmen untuk memakai hijab dan solekan ringan, tetapi dalam gambar solekan
itu jelas kelihatan.
Adakah saya berdosa jika saya menyiarkan
gambarnya dan gambar itu dihubungi lelaki dan wanita?
J / [Tidak ada masalah dalam hal itu, bahkan tidak
ada masalah jika anda berurusan dengan model yang tidak bertudung (berhijab),
dan tidak ada masalah jika anda memutuskan untuk menjual pakaian kepada wanita
yang tidak bertudung atau non-muslim.] [2]
_________________________
[1] Jabatan Ilmiah, pejabat Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) - Rajab 24, 1442 A.H. - ke Link
siaran
[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan