Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 123
Wanita Dalam Masyarakat >> Kewanitaannya Membezakannya
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menulis di halaman Facebooknya yang diberkati
pada hari kelahiran Amirul Mukminin (as) dan Hari Wanita Sedunia:
Gambar dilampirkan pada siaran
[13 Rajab, hari kelahiran Ali yang baik dan pengasih....
Hari yang diberkati untuk semua yang mengasihinya.
8 Mac, Hari Wanita ... Hari kelembutan, rahmat, harapan
dan kedamaian .... Kepada semua wanita di dunia. Selamat Hari Wanita. Semoga sepanjang
tahun anda dalam baik dan sihat.
Ciri yang paling penting bagi seorang wanita adalah
kewanitaannya, yang bermaksud kelembutan, kebaikan, belas kasihan, simpati dan
adil kepada orang yang tertindas, yang bermaksud penyelesaian yang baik,
penyayang dan adil.
Wanita bermakna cinta dan kelembutan, bukan benci dan
dendam.
Pendek kata, ia bermakna di sisi lain yang bertentangan
dengan lelaki
Sisi lembut, tidak ganas
Sisi yang berhadapan dengan kekasaran lelaki itu,
kegelisahannya, dan tingkah lakunya yang sering kasar dan ganas.
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 124
Kami, sebagai orang beragama, memiliki kedudukan Al-Saiyidah
Fatimah Al-Zahraa’ posisi kedudukan Al-Saiyidah Zainab, kedudukan Al-Saiyidah Mariam
Al-3azhraa’, Shalawatu Allah 3alaihinn, dan tingkah lakunya yang penuh belas
kasihan dan lembut walaupun dalam arena keganasan, dan kekejaman, kezaliman dan
penghinaan yang dialaminya.
Sayangnya pada hari ini kita melihat di narisan kanan
yang melampau atau kita melihat ada yang meminta dibunuh anggota mazhab agama
lain, atau kita melihat seorang wanita di media yang kata-katanya kebanyakannya
menjerit dan bersuara keras atau membangkitkan kemarahan yang menjijikkan dan
mengalahkan lelaki paling teruk.
Seorang wanita yang seimbang harus memantau tingkah
lakunya dan tidak terseret ke arah yang salah, kerana jika dia kehilangan ciri
terpenting dari kewanitaannya yang murah hati, lemah lembut dan belas kasihan,
dia akan hanya memiliki tubuh dengan alat kelamin wanita.
Adalah tidak masuk akal bagi seorang wanita untuk merasa
bangga, atau bagi sesetengah orang untuk merasa bangga dengan kejantanan wanita
tertentu atau dia serupa seperti lelaki dalam tingkah lakunya.
Menyerupakan wanita dengan lelaki adalah aib, bukannya suatu
kebanggaan.[1]
_________________
[1] Pos Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) di halaman
Facebooknya - bertarikh: 9 September 2018 - Ke
Laman Di Facebook
✡✡
✡✡
✡✡
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 125
Wanita Dalam Masyarakat >> Adakah Islam melarang bercinta?
S / Al-Salamu 3alaikum Saidi wa
Maulai, Washiy dan utusan Imam al-Mahdi.
Maaf untuk soalan ini kerana saya terlalu
inginkan jawapannya, kerana ia lahir dalam konflik dalaman, adakah agama Islam
telah mengharamkan cinta antara lelaki dan perempuan jika ianya berniat
berkahwin dan mengadakan ikatan rasmi, adakah ia dibenarkan untuk wanita atau
adakah ia haram? Saya memohon maaf kerana soalan ini dan saya mengharapkan
jawapan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan kepada soalan saya.
J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi
Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata
Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima
Allah SWT mensyari’atkan peraturan hubungan untuk perasaan (emosi) dan hubungan seks antara teruna dan dara dengan pertimbangan sebagai lelaki dan perempuan, dan ia adalah ikatan perkahwinan di mana kedua-dua saksi diperlukan untuk akad atau isytihar (umumkan) selepas akad itu jika tidak ada dua orang saksi .. Ini adalah untuk memastikan hak-hak wanita dan hubungan antara lelaki dan perempuan sebagai manusia...
Dan Allah mengetahui saya menasihati anda dan
bagi setiap gadis mukminah supaya anda meletakkan kaki (pendirian) anda di
jalan yang benar untuk memastikan kehidupan anda baik dan mulia.
Apa yang anda panggil atas nama cinta itu sebenarnya tidak lebih daripada suatu perkara rasa kagum dalam bentuk atau rupa atau sebahagian daripada tindakan dan kata-kata yang kebanyakannya adalah tidak benar dan tidak formal dan jauh dari realiti peribadi sebenar lelaki atau wanita, untuk mengetahui bahawa ia hanya mengkagumkan pada zahir sebahagiannya tidak pada hakikatnya, melihat kepada realiti luaran, saya tidak mahu mengatakan lebih daripada mengatakan realiti luaran, dan apa yang dikatakan pada penyelidikan dan kajian induktif realiti luaran,
Yang menunjukkan melalui penelitian realiti luaran yang yang dipanggil cinta atau hubungan cinta antara lelaki dan wanita berakhir selepas tempoh perkahwinan tidak berpanjangan atau selepas perkahwinan bersekedudukan seperti yang berlaku di Barat hari ini. Dan mungkin pada tahap kedudukan terbaik tidak sempat beberapa tahun, manakala cinta hakiki tidak boleh berakhir walaupun selepas beberapa tahun kemudian, dan walaupun selepas mati dan berpisah dengan dunia ini, cinta yang hakiki akan terus semarak (hidup) dan yang kekal
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 126
adalah cinta kepada Allah SWT, kerana ia
terikat terus semarak (hidup) dan kekal dengan Dia SWT, dan oleh itu mana-mana
cinta yang dikaitkan dengan cinta seperti ini akan hidup dengan kehidupan cinta
yang hakiki ini, Maka cinta seorang perempuan pada suaminya, atau cinta suami
isteri adalah kerana Allah dan taat kepada Allah, dan supaya pasangannya itu
dekat dengan Allah dan taat kepada Allah akan menjadi kehidupan cinta yang hakiki;
kerana, pada hakikatnya, berpunca daripada cinta kepada Allah ... dan siapakah
yang menimpakan hati dan membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya
selain Allah SWT? Hanya Dialah yang dapat mengekalkan kasih sayang antara
pasangan itu yang dibina di atas cinta kepadaNya SWT.
Itulah sebabnya Al-Rasul orang yang beriman
meminta menyelidiki agamanya (pihak perempuan) dan yang berkaitan dengannya,
dan juga wanita digesa menyelidiki agamanya (pihak lelaki) dan yang berkaitan
dengannya, dan semoga Allah anugerahkan kepada kamu maruah yang mulia lagi taat
kerana Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia yang tidak menyia-yiakan auliakNya
dan merahmati mereka di dunia dan akhirat, Dia berkuasa menjadikan orang-orang
mukmin yang menjurus kepada kehendakNya SWT diiringi oleh lelaki yang beriman
dengan agamanya.
Hubungan yang dipanggil cinta sebelum ikatan perkahwinan dan penyatuan itu sebenarnya sering menjadi penyebab wanita kehilangan maruah, kemuliaan dan kesuciannya, maka sepatutnya mukminah yang mulia dan mempunyai harga diri mengelakkan perkara ini dan manjadikan minat dan cintanya ditujukan kepada mukmin yang soleh yang diiringi dengan ikatan yang sah (syar’ei).
Dan ia sepatutnya menjadikan orang yang
beriman dan keyakinannya kepada Allah, bertawakkal dan memohon kepada-Nya SWT
untuk menjadikan dia seorang manusia yang diredhaiNya pada hakikatnya, dan
dengan itu hidup bersama (pasangannya) pada hari-hari yang ditakdirkan Allah
untuknya di dalam kehidupan dunia ini secara mulia dihormati diiringi dengan
cinta dan kasih sayang.
Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa
Barakatuh
Ini adalah sebahagian teks yang merumuskan
penemuan beberapa ahli sosiologi melalui kajian-kajian empirik (berdasarkan pemerhatian
atau eksperimen, bukan teori):
Seorang Ahli Sosiology Amerika William Robinson telah berkata berdasarkan ekstrapolasi cerita-cerita cinta masyarakat: (Jangka hayat cinta adalah tiga tahun tidak lebih selepas perkahwinan), dan juga mengatakan: (Apabila
Wanita
Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 127
cinta sampai ke penghujung hayat kegunaan
cahayanya menjadi malap, dan mungkin memerlukan hampir setahun untuk
merealisasikan hubungan cinta sebenarnya yang melindungi perkongsian hidup).
Beliau juga berkata: (Kimia otak yang mengawal proses cinta kekal menjana penghantaran dan penghantaran cinta dan tenaga emosi selama tiga tahun dan kemudian menghentikan penghantaran tersebut seperti bateri kosong (tiada bekalan elektrik), dan tidak boleh sama sekali mengulang penghantarannya, kemudian menghidupkan hubungan cinta yang perlu dilakukan dengan kemesraan dan keikhlasan).
Profesor Cindy Hazan Universiti Cornell di New York menjalankan kajian empirikal ke atas sampel lima ribu orang lelaki dan wanita yang memiliki 37 budaya yang berbeza pada tahap negara maju dan negara membangun, dan kajian ini adalah satu set ujian psikologi dan biologi untuk mengukur tahap kasih sayang antara dua kekasih, dan hasilnya adalah: (tidak wujud cinta yang boleh terus hidup, di mana kajian ini mengesahkan bahawa cinta tidak hanya kehidupan dengan hubungan intim dan hanya berlanjutan sehingga empat tahun, kemudian ia mati.] [1].
_________________
[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm.
72
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan