Rabu, 28 Julai 2021

Dialog Mengenai Hukum-hukum Riba Dalam Pinjaman dan Urus Niaga

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

 

Dialog Mengenai Hukum-hukum Riba Dalam Pinjaman dan Urus Niaga

 

Ini adalah sekumpulan Soal-Jawab Fiqh yang berkaitan dengan riba, sama ada dalam pinjaman atau urus niaga.

Menurut apa yang dijelaskan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dari jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya. Dalam temu bual saya dengannya:

 

S / Al-Salam 3alaikum Warahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saya mohon kepada Allah agar tuan baik dan sihat.

J: Wa 3alaikumu Al-Salam Warahmatu Allahi Wa Barakatuh. Al-Hamdu Lillah. Semoga Allah memanjangkan umur anda.

 

S / Sesungguhnya Agama - tidak ada keraguan - dengan jelas dan pasti melarang riba, jadi dapatkah kita mengetahui had hukum syari’ahnya?

J / Had-had riba adalah:

 

1- Urus niaga antara orang yang beriman.

2- Jenis urus niaga pinjaman.

3- Tempoh pembayaran ditetapkan dengan nilai faedah.

 

S / Apa yang tuan maksudkan dengan "nilai", bolehkah digambarkan dengan contoh?

J / Nilai: bermaksud bahawa ia mempunyai nilai sebenar.

Maksud saya, sebagai contoh: jika seseorang memberi anda pinjaman satu juta dinar Iraq pada tahun 1980 Masihi, maka tidak benar jika anda mengembalikan kepadanya satu juta dinar pada tahun 2018 Masihi; kerana nilainya telah berubah dengan besar dan ketara, apabila anggaran nilainya dikira. Sebagai contoh, nilai satu juta dinar Iraq yang disebutkan itu sekarang adalah tiga juta dinar Iraq, maka lebihan itu tidak dianggap riba, kerana tidak ada faedah sebenarnya yang diperoleh, oleh kerana nilai satu juta dinar Iraq pada tahun 1980 Masihi sekarang adalah 3 juta dinar.

 

S / Urus niaga riba khusus pada pinjaman, tuan telah menjawabnya, saya sekarang akan memetik teks soalan dan jawapan tuan mengenainya, kemudian saya akan mengemukakan soalan saya:

[S / Ada masalah pinjaman pekerja yang ditawarkan oleh beberapa bank di Iraq, yang berjumlah sepuluh juta dinar dengan faedah 9%, apakah boleh mengambilnya?

Adakah hukum ini umum untuk semua negara yang disebut negara Islam? Atau adakah kita bertindak mengikut hukum sebelumnya untuk riba atas pinjaman ini? Adakah pengecualian, misalnya, bagi beberapa kerajaan yang dibenarkan untuk mengambilnya?

J / Dibenarkan.

 

Pertanyaannya: Apakah ini berarti bahawa dibenarkan mengambil pinjaman dengan bunga (faedah) dari bank-bank Islam, dan secara umum kami ingin diperjelaskan urus niaga riba khusus kepada pinjaman, dan apakah setiap pinjaman yang mengandung bunga dianggap sebagai pinjaman berdasarkan riba?

J / Dalam semua keadaan, urus niaga riba dilarang, yang bermaksud bahawa seorang mukmin yang mengambil riba melakukan perbuatan haram dan bertindak tidak mengikut syari’ah. Bagi orang yang terpaksa mengambil pinjaman, tidak ada masalah dalam mengambil pinjaman berdasarkan faedah selagi dia terpaksa dan tidak ada jalan penyelesaian yang lain.

Ini adalah keadaan pinjaman berdasarkan riba.

Tetapi sekiranya pinjaman tersebut dikenakan faedah, tetapi dengan peratusan kecil yang diambil oleh bank, misalnya, untuk menguruskan pinjaman, maka dasar pinjaman ini tidak dapat dianggap sebagai pinjaman berdasarkan riba.

Juga: Anda tahu bahawa tidak ada riba antara orang mukmin dengan orang yang tidak beriman, jadi orang yang beriman dapat melakukan urus niaga riba selagi pihak lain bukan mukmin.

 

S / Khusus mengenai kadar faedah rendah yang dibenarkan: Siapa yang memponyai kuasa untuk menentukan peratusan ini, dan bagaimana cara menentukannya?

J / Bahkan peratusan ini ditentukan dalam Daulah Keadilan, ia mesti ditentukan dalam had syari’ah yang ditetapkan oleh Imam, supaya faedah tidak menjadi tujuan dan menghasilkan keuntungan oleh bank.

Secara amnya, sebarang faedah yang sama (atau lebih daripada) keuntungan yang membebankan di luar batas kemampuan pelaburan adalah faedah jenis riba.

Ini adalah undang-undang umum di mana imam dapat menentukan dalam jangka waktunya, dan melalui data ekonomi lain, faedah yang dapat diterima di Daulah Keadilan atau di banknya, sehingga menjadikan faedah adalah untuk menguruskan pinjaman dan mengekalkan pengurusan bank, dan bukan hanya untuk membuat keuntungan dengan perhitungan menekan peminjam.

 

S / Tidak ada keraguan bahawa menolong orang lain, walaupun dengan meminjamkannya ketika diperlukan, adalah anjuran agama. Sekiranya peminjam - sebagai balasan yang baik - secara sukarela dan mengkhususkan diri dengan memberikan hadiah kepada pemberi pinjaman melebihi jumlah yang dipinjam (dengan anggapan bahawa ia nilai pasaran tetap seperti itu), adakah ia dibenarkan?

J: Tidak ada masalah dengan hadiah itu.

 

S / Kembali kepada masalah pinjaman; Oleh kerana ini merupakan subjek perbicaraan kebanyakan orang di kalangan kami bertanyakan hal ini, dengan mengatakan: Pemberi pinjaman (sama ada individu atau bank) mementingkan faedah - tidak kurang juga hal ini bagi kebanyakan pemberi pinjaman – tidak lain, wang yang dipinjamkannya kepada orang lain akan menjadi beku (tidak berfungsi). Adakah cara syar’ei yang dibenarkan untuk mengambil faedah (bunga) ini, seperti menganggapnya sebagai upah untuk pekerjaan pekerja atau sebagai sewa untuk tempatnya (tempat bank atau institusi) dan sebagainya?

J / Saya telah mengatakannya di atas: Dengan menganggap faedah sebagai upah untuk menguruskan pinjaman, tidak ada masalah dengannya.

Tetapi faedah mesti terhad kepada jumlah tertentu agar tidak memudaratkan peminjam.

Agar perkara itu sah secara syar’ei dan dalam keadaan yang adil, undang-undang perlu diterapkan dalam had yang ditetapkan oleh Imam, saya telah menjelaskannya kepada anda di atas sebahagian darinya, iaitu faedah tidak boleh sama atau lebih tinggi daripada faedah yang memastikan bahawa jumlah yang sama dilaburkan di pasaran buruh (pekerja), yang bermaksud mesti kurang, selain kawalan yang ditetapkan oleh Imam. Sudah tentu, ini berlaku untuk institusi kewangan (seperti bank, badan-badan Bait Al-Mal, atau syarikat kewangan) dan bukan untuk individu.

 

S / Sebagai tambahan kepada peminjam yang dibenarkan membuat pinjaman yang sedikit faedahnya: adakah itu termasuk pinjaman yang dipinjam dari individu?

J / Tidak. Apabila individu ingin meminjam, dia diperlakukan menurut Syariah dengan cara yang berbeza daripada bank atau syarikat kewangan. Bank dan syarikat kewangan biasanya merupakan dana awam atau sekurang-kurangnya hak milik sebilangan besar individu dalam masyarakat dan tidak dimiliki oleh individu, dan biasanya tertakluk kepada undang-undang buruh (pekerja). Bagi individu, tidak ada kawalan atau undang-undang yang mengatur wangnya, jadi pinjaman dari individu lebih terbatas.

Faedah pemberian pinjaman individu biasanya faedahnya berunsur riba apa lagi pinjaman di antara orang-orang yang beriman.

Secara amnya, pinjaman individu tertakluk kepada definisi di atas: (pinjaman + nilai faedah = riba).

 

S / Sebahagian ungkapan terkenal Al-Sunnah: "Setiap pinjaman yang membenarkan faedah adalah riba." Adakah ungkapan itu benar?

J: Tidak, tidaklah pada semua penggunaan. Ia mungkin merupakan penggunaan yang dibenarkan dan boleh diterima, tetapi sekiranya faedah dan penggunaan nilai faedah langsung, maka benar ia adalah

riba. Maksud saya, dia meminjamkan pinjaman, misalnya, dengan syarat dia melantik anaknya di kilangnya, ini tidak menjadi masalah kerana anaknya akan bekerja sebagai ganti upahnya, mungkin ada menafaat dan faedah, tetapi tidak bernilai melebihi pinjaman, yang bermaksud peminjam akan mengembalikan jumlah yang sama dan tidak akan mengembalikan apa-apa di atasnya, jadi tidak wujud riba.

 

S / Setelah kita mengetahui bahawa nilai bunga (faedah) adalah salah satu dari dua rukun riba dalam pinjaman, adakah bunga tersebut mesti sama dengan pinjaman, dan adakah keadaan pinjaman jenis berbeza dengan pinjaman wang?

J / Tidak perlu dari jenisnya, melainkan nilai bunga ditambahkan kepada pinjaman, dan tidak ada menafaat atau faedah yang dinyatakan sebagai hasil pinjaman dianggap riba.

Sekiranya dia meminjamkan wang kepada seseorang dan orang itu wajib memulangkan wang dengan tambahan, maka tambahan itu adalah riba, sama ada wang atau sesuatu yang mempunyai nilai.

Juga: riba sangat sukar untuk disedari, yang bermaksud jika dia meminjamkan gandum kepadanya, misalnya, dan mengembalikan kepadanya juga gandum, tetapi dua jenis yang berbeza, di sini tidak dinyatakan riba melainkan faedahnya jelas dan nyata.

Maksud saya, misalnya: dia meminjamkan satu tan (1000 kg) gandum kepadanya dan memaksanya untuk mengembalikan tiga tan; dengan mengetahui bahawa semua jenis gandum sama sekali tidak mempunyai nilai perbezaan ini, tetapi sebagai contoh, perbezaan dalam had satu tan dari jenis pertama setara dengan nilai satu tan setengah dari jenis yang kedua.

 

S / Saya akan tinggalkan masalah pinjaman, dan mungkin kita akan kembali semula nanti kemudian jika ada soalan lain yang susah dan masa membolehkan tuan menjawabnya tepat pada masanya. dan saya beralih kepada masalah yang juga penting dan menjadi masalah yang sukar bagi keadaan kebanyakan orang pada masa kita ini, Ia adalah jualan ansuran (bayaran tertunda- kredit). Pertanyaannya adalah: Apakah jualan secara ansuran termasuk dalam urusniaga riba yang haram, atau ada syarat tertentu yang penglibatannya menyumbang kepada perlaksanaannya?

Terutama kerana ada jawapan sebelumnya di mana pemahaman berbeza, dan saya akan memetik teks soalan dan jawapan kepada anda:

[S / Ramai orang-orang yang beriman, kerana keadaan kewangan mereka yang lemah, terpaksa membeli perkakasan elektrik dan lain-lain yang diperlukan untuk kediaman mereka secara ansuran, seperti biasa dengan menaikkan harga barangan kerana ansuran. Apa jalan keluar dalam masalah ini?

J / Tidak ada masalah dalam masalah ini selagi keuntungan yang diperoleh secara ansuran berada dalam had kadar keuntungan di negara tersebut.

J / Faedah tambahan tidak melebihi keuntungan maksimum yang ditambahkan di pasaran negara.

Maksud saya, andaikan bahawa pasaran buruh di negara tertentu biasanya memperoleh keuntungan bagi peniaga dalam had 10-30 peratus. Diandaikan bahawa faedah tambahan tidak melebihi had keuntungan maksimum (iaitu 30%).

Dalam contoh yang disebutkan di atas, faedah tambahan bermaksud jumlah faedah yang ditambahkan pada harga asal komoditi (barang niaga), iaitu harga yang dibayar oleh pedagang untuk mendapatkannya.

Adakah penjelasan ini mencukupi?


S / Ya, dan bolehkah nisbahnya dianggap sama di semua negara?

J / Manfaat yang diperoleh para pekerja (peniaga - perindustrian - doktor… .. dll) berbeza dari satu negara ke negara yang lain mengikut keadaan ekonomi negara tersebut.

 

S / Kami ingin penjelasan lebih lanjut mengenai penetapan dua harga penjual: satu untuk penjualan langsung dan satu lagi untuk dijual secara ansuran.

J / Dia seharusnya menetapkan harga penuh untuk penjualan langsung, dan harga ansuran dijual secara ansuran.

Secara umum, jika dia bekerja mengikut kawalan yang saya tetapkan untuk anda di atas, tidak ada masalah dalam menetapkan dua harga untuk penjualan langsung dan ansuran. Ini tentu saja untuk penjual dan pembeli; Kedua-duanya tidak mempunyai masalah dalam urusan mereka.

 

S / Dalam soalan terakhir saya, saya ingin memetik soalan dan jawapan sebelumnya mengenai penjualan ansuran:

[Jual secara kredit (bayaran tertunda - ansuran) dengan tambahan harga adalah riba, tetapi pertanyaannya adalah: siapa yang menentukan harga barangan tersebut, kerana ada di antara mereka yang mengatakan bahawa saya menjual satu penjualan dan semuanya secara ansuran, tetapi harganya lebih tinggi daripada harga pasaran, dan pertanyaan saya adalah mengenai ukuran yang dipertimbangkan, apakah harga komoditi di pasar, atau bahawa pemilik kedai itu sendiri yang menentukan harganya?

 

J / Orang yang menentukan harga adalah pemilik kedai, iaitu jika dia mengatakan: Saya menjual pada harga ini sekarang dan saya menjual dengan harga yang lebih tinggi pada pembayaran tertunda (kredit - ansuran), maka itu adalah riba. Bagi kenaikan harga di pasaran, ia tidak diukur; Oleh kerana para peniaga menetapkan harga yang berbeza-beza sesuai dengan keadaan masing-masing. Harganya, jika sangat tinggi, juga ada masalah.]

Dan persoalannya: ungkapan "Maksud saya, jika dia mengatakan: Saya menjual pada harga ini sekarang dan menjual pada harga yang lebih tinggi pada pembayaran tertunda (kredit - ansuran), maka itu adalah riba," mungkin difahami darinya bahawa boleh dilakukan penjualan secara ansuran ketika bunga (faedah) tersebut tidak melebihi had keuntungan maksimum di pasaran negara seperti yang kita tahu ia dianggap batal apa yang ada dalam hukum ini, dan secara umum kami ingin bercakap walaupun secara ringkas mengenai masalah pembatalan. 

J / Apa-apa hukum syar’ei yang saya kemukakan di masa depan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya dianggap telah membatalkannya, dan ini diamalkan (digua pakai) pada hukum terakhir. Begitu juga, mana-mana imam yang membuat hukum dianggap terbatal hukum imam sebelumnya jika kedua-dua hukum tersebut bertentangan..

Ini adalah peraturan umum yang saya letakkan di hadapan anda dalam semua keadaan, sama ada anda mempelajarinya atau sesuatu yang lain.

Peraturan ini juga berlaku pada hukum-hukum para imam sebelumnya (as), misalnya: percanggahan antara hukum Imam Al-Ridha dan Imam Al-Shadiq tidak perlu dibincangkan sekiranya kalam keduanya telah terbukti, maka hukum Imam Al-Ridha menggantikan hukum Imam Al-Shadiq (as).

Pembatalannya mempunyai banyak sebab, tetapi ketika berada dalam kehidupan khalifah Ilahi yang sama, biasanya disebabkan oleh penerimaan atau manusia kerana mereka telah mencetak (melakukan) banyak perkara yang salah dan ada hukum-hukum Syari’ah yang paling mudah, sehingga mereka dibiarkan beberapa ketika.

Sebagai contoh, dalam tempoh menunggu Al-Qur'an, Al-Qur'an mengikuti hukum Agama Al-Ahnaf sebelumnya hingga beberapa ketika.

Allah SWT berfirman:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ 

{Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya)}  [Al-Baqarah: 240.]

Kemudian datanglah hukum pembatalannya dalam ayat Allah SWT berfirman:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ ﴾‏

“Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.” (Al-Baqarah: 2:34).

Kiblat: kiblat dijadikan sebagai ujian bagi mereka, dijadikan ia pada satu masa dalam satu arah dan kemudian pada waktu yang lain ke arah yang lain ... dll.

Umumnya khusus mengenai dakwah ini, jika anda membaca pada awal "Al-Syarai'3", saya mengatakan bahawa hukum-hukum yang disebutkan itu sesuai untuk waktu tertentu, "bahawa saya menjelaskan apa yang dikatakan, dan yang berkenaan hadir, dan waktunya telah tiba, dan kemudian merujuk apa yang tidak sesuai dengan waktunya."

Kita mohon kepada Allah agar mempermudah segala urusan untuk menjelaskan apa yang dikehendaki Allah.

 

✡✡✡✡✡✡

 

Ini adalah catatan terakhir dari pertanyaan fiqah dan jawapannya hingga pada malam kedua puluh sembilan Syawal 1441 Hijrah.

.

Segala puji bagi Allah dari awal hingga akhir

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Tamat

                                         

 

Tiada ulasan: