Ahad, 25 Julai 2021

Yang Berkaitan Dengan Adat Kesukuan Dan Diyat: S 157 - 170

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

 

Yang Berkaitan Dengan Adat Kesukuan Dan Diyat: 

 

S 157 / Apakah hukum adat-adat (kebiasaan) kesukuan jika dengan persetujuan kedua-dua pihak?

J / Tidak ada masalah dengannya selagi tidak menimbulkan ketidakadilan pada salah satu pihak, dan secara umum dengan persetujuan (kerelaan) dan perdamaian antara kedua belah pihak tidak ada masalah.

 

S 158 / Seseorang yang mempunyai kereta bermurah hati mengangkut seseorang ke tempat kerjanya dan dalam perjalanan kemalangan berlaku kepada mereka yang menyebabkan kematian orang yang dibawa oleh pemilik kereta yang membawanya ke tempat kerjanya. Dalam adat kebiasaan puak itu, kadang-kadang orang ini bertanggungjawab dan membayar sejumlah wang kepada keluarga si mati. Adakah ini betul? Sedangkan pada asasnya dia tidak berhutang apa-apa kerana dia membuat kebaikan atau dia lebih disukai kerana dia adalah seorang yang bermurah hati?

J / Pemandu tidak ada apa-apa kaitan kecuali kecuaiannya terbukti (seperti melebihi had laju jalan yang ditentukan).

 

S 159 / Seorang pekerja yang bekerja untuk upah harian telah jatuh dari bumbung rumah orang yang bekerja untuknya atau dari jalan. Adakah pemilik rumah itu wajib membayarnya pampasan atau diyat (denda)?

J / Dia tiada apa-apa hubungan kecuali jika dia cuai dalam pertimbangan keselamatan.

 

S 160 / Seseorang mempunyai kawasan ternakan ayam dan parit dibina di sekelilingnya dan ditutupi tanah kemudian ianya dipenuhi air, bukan kerana pemilik ladang, tetapi kawasan perumahan berhampiran ladang inilah yang menjadikan parit ini dipenuhi air berlebihan, dan salah seorang kanak-kanak dari kawasan itu mati lemas di parit ini dan pemilik ladang itu telah dituntut, Apakah dia wajib membayar diyat dari sudut syari’ah, dan jika wajib, apakah itu dianggap sebagai kesalahan atau disengajakan?

J / Dia memikul tanggung jawab sekiranya dia cuai dalam pertimbangan keselamatan.

 

S 161 / Seorang pemuda berusia empat belas tahun membunuh raka sebaya (seusia) akibat pertengkaran di antara mereka, dia ditikam dengan pisau. Adakah dia perlu membayar diyat atas pembunuhan yang disengajakan, dan berapa jumlah yang patut dibayar kepada keluarga mangsa jika mereka mungkin menuntutnya? Kadang-kadang pembayaran diyat atau Penghakiman puak mensyaratkan untuk mengetepikan pesalah. Adakah dibenarkan mengenepikannya?.

J / diyat hendaklah dibayar, dan masalah mengenepikannya kembali (terserah) kepada penjaga (wali) mangsa.

.

S 162 / Seseorang yang menghidap penyakit jantung sedang memandu kereta, kemudian kereta orang lain datang dan merempuhnya, dan menurut perkiraan lalu lintas ia memihak kepada orang yang sakit, dan setelah tiga hari pesakit itu meninggal, maka keluarganya menuntut kepada pemilik kereta yang merempuhnya mengikut penghakiman Syara3, dan kedua-dua pihak bersetuju terjadap perkara itu dan siapa sahaja yang terlambat akan kehilangan haknya. Keluarga si mati terlambat, kemudian setelah beberapa tempoh mereka menuntut penghakiman puak atau diyat. Oleh itu, apa yang mereka layak dapatkan? Adakah mereka berhak mendapat wang diyat atas kematian yang disengajakan atau suatu kesalahan, atau mereka tidak berhak, atau bersepakat atas sesuatu jumlah? Adakah keputusan lalu lintas boleh dipercayai dalam hal-hal seperti itu, dan adakah pihak yang cuai mempunyai hak untuk mendapatkan diyat, misalnya, atau sesuatu yang lain? Kami harap jawapannya akan menjadi cara bagi contoh dalam perkara ini.

J / Sekiranya terbukti bahawa terdapat kesalahan pihak lain dan terbukti bahawa kematian tersebut disebabkan oleh kemalangan yang disebutkan di atas, maka ia dianggap sebagai membunuh secara tidak disengajakan dan ia melibatkan diyat atau persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak. Adapun menurut perkiraan lalu lintas, ia boleh dianggap sebagai sokongan dalam masalah ini dan tidak lebih dari itu. Ia tidak boleh disandarkan padanya seratus peratus, tetapi petunjuk atau bukti lain mesti ada.

Sekiranya kecuaian itu seratus peratus dari si mati, ia tidak dianggap sebagai satu kesalahan membunuh, dan tidak ada diyat yang perlu dibayar.

Dalam semua kes, perdamaian dan persetujuan lebih diutamakan daripada perselisihan, terutama jika berlaku kematian.

 

S 163 / Kadang-kadang seseorang dibunuh di satu tempat dan dipindahkan ke tempat lain dan dilemparkan di hadapan rumah seseorang, jadi mereka yang menemui mangsa dibunuh di depan rumah mereka diminta untuk menuntut, dan penghakiman ini disebut sebagai penghakiman Tsaniyah, yang bermaksud bahawa kehadiran orang yang dibunuh di hadapan kediaman menjadikan mereka bertanggungjawab, jadi apakah penyelesaian syar’ei untuk kes-kes ini?

J / Mereka tidak bertanggungjawab secara syar’ei selagi mereka tidak melakukan jenayah pembunuhan.

 

S 164 / Sebilangan orang meletakkan wayar berduri di pagar kebun mereka, ladang pertanian, atau tempat lain, untuk melindunginya. Kawat berduri itu disambungkan dengan elektrik pada waktu malam, sehingga beberapa haiwan milik orang-orang di daerah itu, seperti kambing dan lembu, mati kerananya, dan manusia juga mungkin boleh mati kerananya. Adakah pemiliknya yang menanggung beban tersebut? Adakah pemilik kawat berduri memikul tanggungjawab syari’ah dan membayar jumlah pampasan yang dituntut oleh pemilik haiwan yang mati itu, atau bahkan kepada orang yang kehilangan nyawa dengan sebab yang sama?

J / Dia memikul tanggungjawab, kerana tindakan ini melanggar pertimbangan keselamatan, dan membahayakan nyawa manusia dan haiwan.

 

S 165 / Sekumpulan rakan pergi berenang, dan rakan mereka mati lemas, sehingga semua mereka dituduh dan didakwa dengan wang diyat atau penghakiman puak. Apakah mereka itu terlibat secara syar’ei?

J / Mereka tidak bertanggungjawab untuk itu selagi tidak ada kecuaian yang menyebabkannya mati lemas.

 

S 166 / Jika binatang yang dimiliki oleh seseorang membunuh seorang anggota puak, apakah hukum-hukum yang terlibat dengannya?

J / Jika kelalaian pemiliknya terbukti, dia akan menanggung wang diyat atas pembunuhan itu, tetapi jika kelalaiannya tidak terbukti, alasannya harus dipertimbangkan sebelum dihukum. Mungkin penyelesaian kesukuan dan adat antara pemilik dan orang orang yang dibunuh mewakili penyelesaian yang baik dalam kes seperti itu, terutama dengan persetujuan dan kebaikan bersama.

 

S 167 / Saya menyampaikan masalah ini kepada tuan. Kami ingin menjelaskan perkara ini agar kami tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah (Azza wa Jalla). Adik perempuan saya seorang yang beriman dan suaminya tidak beriman dan dia mempunyai empat orang anak-anak. Dia membakar dirinya kerana suaminya menderanya, kerana dia memperlakukan isterinya dengan pukulan yang sangat teruk, sehingga terdapat tanda-tanda pukulan itu jelas pada tubuhnya, selain penghinaan dan penganiayaan. dan hari-hari terakhir, kira-kira tiga hari sebelum kematiannya, ketika didera oleh suaminya meningkat, dia bahkan dihalang dari masuk ke biliknya sendiri, memasuki dapur dan tidur di luar biliknya ... dll, dan juga dia dihalang dari menghubungi keluarganya, Sehingga menguatkan dia melakukannya kerana dia kehilangan kawalan terhadap dirinya sendiri, yang menyebabkan dia membakar dirinya sendiri. Adalah diketahui bahawa perkara-perkara inilah yang dia katakannya semasa di hospital sebelum kematiannya, di mana dia berbaring di hospital selama lebih kurang (13 hari) Juga, pernyataan ini ditulis oleh penyiasat Syar’ei dari mahkamah. Kini suaminya akan ditangkap dan dia kini dalam pelarian, Maka puak suami mengambil (tawaran – 3thwah) dari puak isterinya, sekitar sebulan, dan kemudian sidang kesukuan (puak) akan diadakan. Apa yang ingin kami dapat penjelasan dari tuan adalah:

1. Adakah dibenarkan memenjarakan suami, kerana dialah yang membunuhnya?

2. Adakah dibenarkan untuk mengambil penghakiman puak yang nilainya lebih kurang (20 hingga 30) juta dinar? Inilah yang selalunya menjadi kebiasaan penghakiman puak.

Dan sekarang mereka mengatakan bahawa mereka mengenepikannya dari dituntut dan kami akan mengadakan penghakiman puak pada sidang yang dijadualkan selepas tiga hari. Dan apakah nasihat tuan kepada kami tuan?

J / Suami boleh dipenjara dan dihukum jika dia telah menyakiti isterinya sedemikian rupa sehingga si isteri telah membunuh dirinya sendiri. Juga dibenarkan untuk mengambil penghakiman puak untuk seorang wanita, jika terbukti bahawa suami membunuhnya.

Adapun masalah mengenepikan tuntutan dan menerima penghakiman puak, ini terserah kepada keluarga wanita. Sekiranya mereka memutuskan untuk mengetepikannya, lebih baik mereka menjamin hak mereka terlebih dahulu.

 

S 168 / Apa kewajiban orang beriman terhadap beberapa situasi manusia yang ditemuinya di jalan raya, seperti: orang yang melihat seseorang yang mengalami kemalangan dan tidak ada yang membawanya ke hospital, kerana orang takut akan rtanggung jawab undang-undang dan orang yang memberikan pertolongan boleh dituduh, dan ini adalah perkara yang masyhur, terutama di Iraq. Dan ramai orang yang dipenjarakan kerana keadaan sedemikian sehingga siasatan dan pengesahan selesai. Apa tugas orang beriman terhadap situasi seperti itu, dan adakah orang yang tidak memberikan pertolongan itu berdosa kerana takut akan dipertanggung jawabkan undang-undang?

J / Menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan segera adalah suatu kewajiban dan ia kewajiban yang memadai (fardhu kifayah) bagi masyarakat. Sekiranya tidak ada yang datang untuk memberi pertolongan kecemasan atau membawa orang yang cedera ke hospital, semua orang yang menyaksikan kemalangan dan tidak memberikan apa-apa bantuan kepadanya adalah berdosa.

 

S 169 / Pencurian rumah dan kedai orang meningkat sejak kebelakangan ini. Adakah dibenarkan pemilik rumah atau orang lain membunuh pencuri semasa dia melakukan pencurian, sama ada untuk membela dirinya atau untuk menjaga harta benda?

J / Pertahanan diri adalah perlu, misalnya, dengan kemampuan untuk mencederakan dan mencacatkan, adalah memadai padnya.

 

S 170 / Apakah hukum seseorang yang melihat kejadian atau pembunuhan tertentu di hadapannya dan melihat pembunuh atau penyerang tersebut, tetapi orang lain yang didakwa ke atasnya kerana disyaki atau sebaliknya, dan suspek ini boleh dipenjara atau dihukum, adakah kesaksian wajib bagi orang yang melihat dan menyaksikan jenayah itu, dan diketahui pula bahawa tidak ada orang lain selain dia di tempat kejadian itu berlaku, dan apakah hukumnya jika dia tidak memberi keteranga. Adalah diketahui bahawa kesaksian dapat menyelamatkan yang tertuduh dan saksi itu mungkin terdedah kepada masalah dari pembunuh yang sebenarnya?

J / Kesaksian adalah wajib dalam kes yang disebutkan di atas untuk menghalang kezaliman dan membuktikan kebenaran.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikut

                                         

 

Tiada ulasan: