Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5
Kata Pengantar
وصلى الله على محمد وآله الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليما
Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah
Semoga keamanan dan rahmat Tuhan kepada
Muhammad dan keluarganya yang murni, para imam dan para Mahdi
Dari Al-Harith bin Al-Mughirah Al-Nashri:
قلت لأبي عبد الله )عليه السلام):
بأيّ شيء يُعرف الإمام القائم )عليه السلام(، قال )عليه السلام):
بالسكينة والوقار. قلت: وبأيّ شيء؟ قال: تعرفه بالحلال والحرام، وبحاجة الناس إليه ولا يحتاج إلى أحد، ويكون عنده سلاح رسول الله )صلى الله عليه وآله(. قلت: أيكون إلا وصي ابن وصي؟ قال: لا يكون إلا وص ي وابن وصي)
(Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as): Dengan
apa kita akan mengenal Imam Al-Qaim (as), dia (as) berkata: Dengan ketenangan
(Al-Sakinah) dan martabat (Al-Waqar). Aku bertanya lagi: Dan dengan apa lagi?
Dia berkata: Engkau tahu dia mengetahui halal dan haram, dan manusia
memerlukannya dan tidak memerlukan orang lain.Dan dia akan memiliki senjata
Rasulullah (S): Aku bertanya: Adakah hanya washi anak kepada washi? Dia
berkata: Hanya seorang washi anak kepada washi sahaja yang boleh.) Ghaibah
Al-Nu'mani: hal. 129.
Mengingat pendekatan Ilahiyah Al-Haq ini,
untuk mengenal Imam Al-Qaim (as). saya serahkan kitab ini ke tangan saudara
yang mulia yang mengandungi 199 soalan yang berkaitan
dengan berbagai Hukum Fiqah yang telah berlaku, yang ditujukan kepada Al-Yamani
yang dijanjikan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), dan dia menjawabnya. Agar
manfaatnya dapat digunakan, dengan mengumpulkannya, menyusun dan memilihnya ke
dalam kitab ini, dan beberapa pindaan dibuat kepada soalan agar lebih
menyeluruh dan lebih jelas.
Saya bermogon kepada Allah agar menempatkan tuan,
Qaim Aali Muhammad (as) di bumiNya sesegera mungkin dan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan selepas
dipenuhi oleh penguasa menindas dan para ulama yang tidak mengamalkan
(kebenaran) dan dosa-dosa kezaliman mereka yang merosakkan. Agar Dia mengampunjan
kekurangan kita menunaikan haq-Nya dan menjadikan kita sebagai orang-orang yang
menyerah kepadaNya, yang menerima kata-kata-Nya, yang bertindak sesuai dengan
kehendak-Nya, yang memenangi kemuliaan-Nya di dunia dan akhirat.
Saya mohon kepada Allah agar menerima usaha
ini dan menjadikan ianya ikhlas kepadaNya dan memberi manfaat kepada saya pada
hari di mana wang dan anak-anak tidak akan bermanfaat lagi kecuali mereka yang
datang kepada Allah dengan hati yang menyerah.
والحمد لله رب العالمين.
Al-Syed Watsiq Al-Husseini
3 / Syawal / 1441 H
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan