Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5
Berkaitan dengan Tangkapan dan Penyembelihan:
S 105 / Imam (as) menjelaskan dalam salah satu
jawabannya bahawa tidak dibenarkan menangkap ikan pada waktu pembiakannya, jadi
apakah ini dianggap sebagai peraturan untuk semua binatang, atau apakah itu
berkaitan dengan ikan sahaja?
J / Maksudnya memburu haiwan tidak
wajar, tidak dibenarkan dan tidak
betul, kerana membahayakan alam sekitar dan dengan demikian membahayakan
kepentingan masyarakat umum dan melanggar hak-hak mereka.
Contoh pemburuan yang tidak wajar adalah:
·
Memburu pada
masa pembiakan yang sesuai untuk haiwan, terutamanya yang membiak mengikut tahun
atau musim.
·
Memburu
sejumlah besar haiwan yang menimbulkan ancaman terhadap keberadaan mereka dan
mendorongnya untuk pupus atau menyebabkan penurunan jumlah mereka secara biasa,
sama ada di kawasan pemburuan secara khusus atau secara umum.
·
Memburu
haiwan yang masih muda (kecil).
S 106 / Tuan, dalam beberapa hari lepas, kami
mengetahui bahawa Ahli Sunnah menganggap mustahab (sunat) di sisi mereka menghadap
kiblat apabila menyembelih, ia tidak wajib. Kami mengetahui bahawa terdapat
kilang-kilang yang menyembelih ayam yang tidak menghadap kiblat, berdasarkan hukum
syar’ei di sisi mereka. Saidi wa Maulai, saya mendengar bahawa tuan mengharuskan dan membenarkan makan daging
di pasar-pasar orang Islam, tetapi wajib meneliti kaedah menyembelih ayam.
Bagaimana dibenarkan memakan daging atas
kepercayaan terhadap penjual yang beragama Islam dan negara Islam, dan ini bukan
khusus untuk ayam?
J / Tidak ada masalah dengan penyembelihan
seorang Muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadat jika dalam syarat-syarat
yang betul untuk penyembelihan itu, dan tidak perlu diperiksa kecuali ada
alasan untuk meragukan kesahihan penyembelihan tersebut.
Mengenai masalah penyembelihan ayam khususnya,
ada banyak masalah yang ada di sekitarnya, jadi perlu diperiksa dan diketahui
kaedah dan cara penyembelihan dari sumber pengeluarannya. Sekiranya anda
mendapati bahawa cara penyembelihannya betul dan tempat penyembelihannya menghadap
kiblat dan di bawah syarat-syarat penyembelihan yang betul yang telah saya
jelaskan sebelumnya[1] tidak ada masalah dengannya, jika tidak,
hindari darinya.
_______________________
[1] Lihat: Kitab
Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 1. oleh Al-Syed Ahmad
Al-Hassan
S 107 / Sekiranya haiwan itu dibius sebelum
disembelih. Adakah cara penyembelihan ini yang halal?
J / Selagi haiwan itu masih hidup ketika disembelih,
maka sembelihannya halal dan dagingnya boleh dimakan dan tidak ada masalah
dengannya.
S 108 / Jika seekor binatang disembelih
digantung pada kakinya, dengan mempertimbangkan semua yang diwajibkan syari’ah
dalam penyembelihan, seperti menghadap kiblat, menyebut Nama Allah, dipotong
empat urat lehernya dan tidak memotong saraf tulang belakang, apakah
penyembelihan ini halal?
J / Tidak ada masalah dengan cara
penyembelihan seperti itu, kerana penting bahawa sembelihannya menghadap kiblat,
dan tidak menjadi masalah jika digantung pada kaki dan kepalanya ke bawah.
S 109 / Adakah dibenarkan memakan ikan yang
mereka bunuh dengan memukul di kepala setelah keluar dari air?
J / Menyembelih (mematikan) ikan adalah dengan
mengeluarkannya dari dalam air, dan mustahab untuk mengeluarkannya secara hidup
dan mengeluarkan darah dengan menusuknya dekat dengan jantung.
S 110 / Berkenaan dengan halal ikan yang
ditempatkan di gerabak kayu kecil, seperti biasa yang ada di pasar kita, diketahui
bahawa ikan itu masih hidup, walaupun jumlah airnya sedikit dan tidak melitupi badan
ikan. Sebaliknya, ia diletakkan begitu untuk menjaga ikan hidup selama mungkin,
sehingga tidak akan rosak jika mati.
Persoalannya, jika dia mati dalam keadaan ini,
adakah ikan yang mati itu haram atau tidak?
J / Tidak ada masalah dengan kehalalan ikan
yang mati di dalam bekas yang terdapat sedikit air yang tidak melitupi badan ikan
sepenuhnya, kerana sebahagian udara sampai ke insang ikan.
S 111 / Adakah wanita boleh menyembelih?
J / boleh.
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan