Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4
Mengenai Perubatan
Dan Rawatan:
S 83 / Saya telah katakan penggunaan tumbuhan
Kanabis dan ganja (hasyisy) adalah dilarang melainkan jika ia adalah untuk
tujuan seperti perubatan atau perindustrian.
Terdapat beberapa negara, seperti Amerika,
Eropah dan negara-negara maju secara saintifik menggunakan tumbuhan
Kanabis (ganja) untuk merawat kanser, ADHD [1] dan OCD [2]
dan banyak penyakit lain, terdapat doktor-doktor yang lebih suka menggunakan
tumbuhan ini dari ubat-ubatan lain, Apa yang perlu dilakukan jika pesakit yang
mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini dan ia sudah disahkan
Doktor, tetapi di negara ini di mana tumbuh-tumbuhan ini hidup ia ditanam
secara haram? Bolehkah menghasilkannya dan menggunakannya untuk tujuan
perubatan atau tidak?
Juga adakah mungkin untuk seseorang memeriksa
(mendiagnosis) keadaannya lalu berkata saya telah mendapat penyakit seperti
demikian atau tanpa berjumpa doktor, kita telah mendengar dan melihat keadaan
sebelum ini dari beberapa beberapa orang individu.
J / Tidak dibenarkan menggunakan bahan ini
melainkan dengan preskripsi dari seorang doktor yang pakar, dan untuk terus
mengambil ubat-ubatan tersebut memerlukan pengawasan perubatan
----------------------
[1] ADHD merupakan singkatan
dari Attention Deficit Hyperactivity Disorder, iaitu suatu gangguan pada
perkembangan otak yang menyebabkan penderitanya menjadi hiperaktif, impulsif,
serta susah memusatkan perhatian. Keadaan ini dulunya dikenal dengan ADD atau Attention
Deficit Disorder.
[2] Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
adalah sebuah keadaan psikologis yang ditandai dengan perilaku pengulangan yang
disebabkan oleh ketakutan atau pikiran yang tidak masuk akal. Seseorang yang
didiagnosis menderita OCD mungkin tidak menyadari kalau obsesinya
tidak masuk akal.
S 84 / Saya
bekerja sebagai seorang doktor dan saya mempunyai pertanyaan mengenai penyakit
yang berulang. Situasinya adalah bahawa beberapa pesakit mengalami strok yang
teruk yang kadang-kadang boleh menyebabkan tidak sedar sepenuhnya, tetapi
pesakit masih hidup dan dia mungkin merasa sakit melalui pergerakan di badannya
pada kedua tangan dan kakinya ketika merasa sakit.
Ringkasnya,
pesakit-pesakit ini, kami telah tawarkan semua jenis rawatan yang ada dengan syarat
pesakit itu menerima rawatan tertentu atau rawatan itu dapat ditingkatkan
(contohnya: apabila kita mengetahui bahawa pesakit seperti itu, iaitu pesakit
yang mengalami strok, mengidap barah, kami tidak memberinya penawar untuk barah
kerana rawatan itu tidak membawa kepada peningkatan keadaannya secara umum.
Soalannya:
1. Sebilangan
pesakit ini, kerana apa yang mereka alami dahulu dan sebelum strok (dan kerana
penyakit lain) dihubungkan pemakanan melalui tiub (Shundah)
ke perut melalui dinding
perut untuk memberi mereka makanan. Apabila mereka mengalami strok dan hilang
kesedaran, ibu bapa minta untuk menghentikan bekalan makanan melalui tiub (Shundah) ini.
Prosedur ini boleh menyebabkan kematian yang yang mesti berlaku tidak lama selepas
itu dan kerana banyak sebab lain akibat strok dan kesan yang mengikutinya.
Bolehkah saya menunaikan keinginan ahli keluarganya untuk menghentikan pembekalan makanan
melalui tiub (Shundah) dalam hal ini?
J 1 /
Sekiranya doktor khusus mendiagnosis bahawa keadaan pesakit adalah seperti yang
dijelaskan dalam soalan, maka dibenarkan untuk menghentikan pemberian makanan
melalui tiub (Al-Shundah).
2. Sekiranya
saya ditekan oleh ahli keluarganya untuk menghentikan
makanan melalui tiub (Al-Shundah),
kerana budaya dan adat orang di sini berbeza dengan budaya kita, apatah lagi
bahawa kebanyakan mereka adalah ateis, adakah saya dibenarkan untuk mematuhi
keinginan mereka dalam hal ini?
3. Sekiranya
pesakit yang mengalami strok sedar hingga tahap yang baik sehingga dia yang
meminta saya menghentikan makanan melalui tiub (Al-Shundah), atau dia sendiri telah memberitahu
kerabatnya dan sebelum dia hilang kesedarannya bahawa jika dia hilang
kesedaran, doktor mesti diberitahu tentang keinginannya sebelum ini untuk
menghentikan rawatan dan makanan darinya. Adakah mungkin bagi saya untuk menunaikan
permintaan pesakit dalam hal ini?
J 2&3 / Jawapannya
telah ditunjukkan di atas. Di mana dalam semua keadaan dibenarkan untuk menghentikan
dari memberinya makanan.
4. Akhir:
Apakah hukum Syarak mengenai (Euthanasia Aktif), yang Al-Hamdu Lillah, tidak
diizinkan di Sweden.
J 4 / Tidak
dibenarkan membunuh pesakit, walaupun dia menderita penyakit dan ada kepastian
bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Ya, jika kehidupan pesakit bergantung
pada peralatan atau bekalan makanan, maka dibenarkan untuk menghentikan alat
atau bahan ini dan mempercepat akhir hayat pesakit.
S 85 / Kami
dapati bahawa ibu saya mempunyai tumor di pundi kencing sebelum bulan Ramadhan
yang diberkati, dan saya meminta tuan, dan para ansar, untuk mendoakannya. Kami
juga berusaha untuk merawatnya secara perubatan, dan juga melalui perubatan tradisional
dan menggunakan rawatan yang disebut dalam Kitab Dhia’ Al-Salihin, yang
merupakan serbuk haiwan laut (Abu Al-Junaib). Setelah dididihkan di atas api di
mana saya memasukkan kapsul ke dalamnya dan memakannya, soalan saya, tuan:
Adakah ubat ini halal atau haram?
J / Dilarang memakan
ketam atau
apa yang dipanggil Abu Al-Janaib.
T 86: Saya
mempunyai seorang ayah berusia 63 tahun, dan sekarang dia lemah dan menderita
dan tidak tahan dengan penyaman udara (hawa dingin) yang sejuk, dan pada musim
panas dia tidur di luar bilik, dan kadang-kadang keadaannya sampai dia tidak
dapat berjalan, tetapi jika dia menggunakan penawar (Al-Tariaq dalam bahasa
yang popular di Ahwaz) keadaannya banyak berubah (baik), dan saya ingat dia tidak
terbiasa dengannya, tetapi dia jauh lebih baik jika digunakan. Apakah
diperbolehkan baginya untuk digunakan sebagai rawatan?
J / Tidak
dibenarkan menggunakan bahan narkotik (dadah), dan jika keadaannya memerlukan
rawatan penenang, dia boleh merujuk kepada doktor untuk memberi rawatan yang
sesuai.
S 87 / Anak
perempuan saya berumur 14 tahun dan dia menderita penyakit sehingga dia
berjalan dengan susah payah kerana penyakitnya ini. Saya akan menerangkan
keadaannya kepada tuan dan saya inginkan tuan merawatnya. Saidi wa Maulai: Dia
sedang tidur dan ketika kami cuba membangunkannya atau dia mendengar suara dan
bangun selepas itu, dia menggigil sekejap-sekejap dan gigilnya itu meningkat hingga
menyebabkan dia rasa sakit di hujung kaki dan punggungnya, dan setelah keadaan
menggigilnya meningkat, seluruh tubuhnya menjadi kaku dan dia pingsan, setelah
dia bangun, dia mula menangis. Kami mengetahui dari keadaannya disebabkan dia
menangis adalah kerana dia hilang kemampuan untuk berbicara di samping sakit di
badannya bertambah, sehingga dia tidak lagi dapat berdiri di atas kakinya, dan
cara dia berjalan keesokan harinya adalah tidak seperti biasa. Bila dia dalam
keadaan ini dan saya tidak menemukan penawar untuknya. terus terang saya
katakan, bahawa saya tidak membawanya berjumpa doktor kerana saya mengesyaki
keadaannya seolah-olah dia disentuh jin kerana kami melihat perkara-perkara
pelik berlaku di rumah yang kami tinggal?
J / Ada rawatan yang saya
sebutkan dalam jawapan sebelumnya yang boleh digunakan untuk merawat gadis ini
secara psikologi.
Dan membacakan
Ayat Al-Kursi tujuh kali setiap malam, dan hendaklah menunaikan solat Fajr
tepat pada waktunya, dan terus mengatakan:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا
اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ إِلَهًا وَاحِدًا أَحَدًا
فَرَدًا صَمَدًا لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا
Asyhadu An Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu
Laa Syariikalahu Ilaahan Waahidan Shamadan Lam Yattakhizh Shaahibatan Wa Lam
Yakun Lahu Kufuwan Ahad
(Aku bersaksi bahawa tiadak tuhan selain Allah
semata-mata, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang satu lagi Esa, bersendiri,
Tempat bergantung, tidak beristeri serta tidak mempunyai anak) sebanyak sepuluh
kali. Setiap hari selepas sholat Fajr.
S 88 / Saya
bekerja sebagai pembantu kesihatan bahagian kecemasan, dan kadang-kadang mereka
membawa kepada saya perempuan muda untuk suntikan jarum biru, dan saya merasa
malu kerana ada di antara mereka yang berusia empat tahun atau lebih, Adalah
diketahui bahawa ada jururawat yang bertugas, tetapi alasannya adalah mereka
menganggap mereka semua kanak-kanak, maksud saya (lelaki dan perempuan), atau
orang yang membawa anak itu adalah ayahnya atau saudaranya. Dia tidak dapat
meninjau pembalut wanita. Tuan, soalan saya ialah: Adakah usia tertentu untuk kanak-kanak
perempuan bahawa saya mempunyai hak untuk menguji jarum biru disuntik kepada
mereka?
Dan juga:
Kadang-kadang kes (wanita) datang kepada kami dengan luka, luka terbakar atau
patah tulang yang agak rumit sedikit, dan jururawat meminta maaf kerana tak
dapat merawatnya, kerana dia tidak mempunyai cukup pengalaman untuk menangani
kes tersebut, dan kami pembantu kesihatan terpaksa merawatnya dan meneliti kawasan
luka, luka terbakar, atau patah tulang, adakah ini berdosa kepada kami?
J / Melihat
atau menyentuh adalah dilarang, tetapi larangan itu terangkat (gugur) mengikut
keperluan, iaitu seperti keadaan yang anda nyatakan ketika seorang lelaki
terpaksa merawat wanita kerana tidak ada wanita yang boleh melakukan rawatan
atau kerana kekurangan pengalaman dan kecekapannya.
Bagi kanak-kanak
perempuan yang belum mencapai akil baligh, dengan ada seorang wanita yang
merawatnya, dan tanpa darurat, adalah lebih baik seorang lelaki menghindari
dari merawatnya jika rawatannya perlukan melihat atau menyentuh
bahagian-bahagian dari dada hingga ke lutut, tetapi tidak dilarang merawat atau
menyentuh atau melihat tempat rawatan (yang lain) pada badannya.
S 89 / Saya mempunyai pertanyaan mengenai
beberapa panduan menulis ayat-ayat atau surah-surah Al-Quran dan beberapa azimat
(ajimat/tangkal), dan ianya dibungkus dan diletakkan di bawah kepala
kanak-kanak dan bahkan pada orang dewasa, dan apa yang kita ketahui sebagai
(Al-3uzah atau Al-Haraz - azimat). Soalan: Apakah dibenarkan untuk berurusan
dengan mereka, iaitu dengan mengambil apa yang mereka tulis, dengan mengetahui
bahawa mereka bukan dari kalangan ansar, Semoha Allah memberi petunjuk kepada
mereka?
J / Sekiranya
anda mengetahui apa yang tertulis di atas kertas yang anda ambil darinya dan
mengetahui bahawa itu adalah Al-Qur'an atau doa, maka tidak ada masalah. Adapun
jika tidak mengetahuinya, lebih baik menghindarinya, dan secara umum penulisan
orang yang beriman tentang Al-Haraz (azimat), Al-Quran atau doa adalah lebih baik.
S 90 / Apakah hukum orang yang dijangkiti
penyakit autisme? Adakah ia diberati (taklif) dengan hukum-hukum Syari’ah
sama seperti orang-orang mukallaf yang lain?
J / Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. (لا يكلف الله نفسا
إلا وسعها).
Pada amnya jika seorang insan itu tidak sedar
atau kesedaran dan tanggapannya (persepsi) adalah sangat lemah, maka adalah
lebih baik baginya diajarkan melakukan ibadah-ibadah, sekurang-kurangnya wuduk
dan sholat, sungguhpun mereka tidak diwajibkan untuknya, ia akan memberi
manfaat kepadanya duniawi dan ukhrawi..
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan