Isnin, 19 Julai 2021

Yang Berkaitan dengan Wanita: S 81 - 89

Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5

 

Yang Berkaitan dengan Wanita: 

 

S 81 / Adakah wajib bagi seorang wanita, ketika membaca Al-Qur'an Al-Karim, mematuhi batas-batas penutup kepala yang diwajibkannya ketika berdoa?

J / Seorang wanita boleh membaca Al-Quran dengan kepalanya tidak tertutup dan dia tidak perlu menutupi badannya ketika membaca Al-Quran, tetapi dia boleh membacanya pada bila-bila saja yang dia mahukan dan dengan pakaian apa pun, selama dia berada rumahnya.

 

S 82 / Apa hukum mengenai peraturan wanita atau wanita tua dari segi hukum syar’ei tentang hijab (tudung kepala) dan apa yang diperbolehkan bagi mereka untuk tidak menutupinya di hadapan orang asing?

J / Dia mesti menutup rambut dan badannya, kecuali jika dia tidak dapat melakukannya kerana kecacatan atau penyakit.

 

S 83 / Adakah wanita boleh meletakkan gambarnya di media sosial ketika dia bersikap sederhana (sopan), atau ada masalah syar’ei?

J / Tidak ada masalah syar’ei, Perkara itu sendiri dibenarkan.

 

S 84 / Apa hukum para ansariah yang tinggal bersama keluarga mereka yang menentang (Mukhalafin), dan tentulah penentang itu akan mencegah kita keluar untuk berdemonstrasi, kerana dia tidak iltizam dengan perintah tuan seperti para ansar sejak mula, dan bagaimana tuan boleh menasihatkan saya tentang kelakuan saya dengan ibu saya yang menentang, tetapi dia lemah dan mengasihi kami dan saya tidak suka dia bersedih?

Wajibkah kita berdemonstarasi? Dan jika kita menahan diri agar ibu yang telah menghadapi kesukaran hidup tidak berdukacita, dan saya mohon agar tuan mendoakannya, dada saya telah sempit dan saya mengatakan helah saya dan saya tidak dapat menanggung lebih banyak beban lagi.

J / Semoga Allah memberkati anda, anakku. Wanita tentu saja mempunyai peranan yang besar. Sebaliknya, seorang lelaki tidak dapat mengimbangi peranan wanita kerana dia mempunyai kekhususan yang tidak dimiliki oleh orang lelaki, dan pengaruh sosial wanita kadang-kadang melebihi peranan lelaki.  Seorang wanita yang berpendidikan, yang memiliki kemampuan untuk menangani dan mempengaruhi masyarakat, tentu saja memikul kewajiban moral terhadap masyarakatnya, terutama dengan pandangannya tentang ketidakadilan yang merosakkan kaumnya dan hak mereka, dan saya yakin bahawa orang lain mendokong dan menyokongnya dan akan keluar bersamanya.

Mengenai masalah wanita yang melakukan demonstrasi, ada lebih dari satu jawapan sebelumnya [1] Anda dapat melihatnya, dan saya tidak mengatakan bahawa berdemonstarasi adalah kewajipan syar’ei bagi wanita.

 

S 85 / Adakah wanita boleh memulihkan selaput dara dengan pembedahan kerana dia ingin menikah?

Dan jika dia boleh melakukannya, adakah dia wajib memberitahu pemohon mengenai hal ini untuk menikahinya?

J / Ia dibenarkan dan mesti diberitahu untuk dia selamat (aman) atas kehidupannya.

______________________

1 Dari jawapan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) tentang penyertaan wanita dalam demonstrasi di Iraq (Terdapat banyak pertanyaan mengenai penyertaan wanita dalam demonstrasi itu esok, pada hari Jumaat, di Dataran Tahrir, Baghdad, untuk menuntut hak, menjelaskan kejahatan parti-parti pemerintah, dan menyatakan simpati kepada keluarga yang mati syahid di Karradah Iraq.

Jawapannya adalah: Saya tidak meminta wanita untuk keluar dalam demonstrasi, tetapi setelah mak saudara kami Zainab Binti Ali keluar untuk menuntut hak dan menjelaskan Pemerintah Umayyah yang bertindak zalim terhadap kepala mereka yang syahid, saya tidak lagi dapat menegah wanita menjalankan peranan ini.) Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi, ms 285.

                                             

S 86 / Adakah menggunakan bedak asas pada wajah di kawasan mata untuk menyembunyikan kegelapan di sekitarnya, terutama ketika keluar dan bertemu orang ramai, juga merupakan salah satu solekan yang dilarang di hadapan bukan muhrim?

J / Dibolehkan.

 

S 87 / Diketahui bahawa raungan (lolongan, getaran) suara wanita di hadapan lelaki adalah haram. Namun, jika gema rongga (lolongan, raungan) itu adalah suara yang menyerang lelaki secara tidak sengaja, kerana sebilangan wanita tidak tahu bahawa suaranya memberi kesan kepada orang lelaki, dan mereka menyebutnya di dewan-dewan (majlis) di dalam Al-Hussainiyah, Al-Hussainiyah tersebut terdiri dari dua tingkat, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Apakah hukumnya wahai bapa?

J: Tidak ada masalah.

 

S 88 / Seorang ansariah bekerja memperbaiki pakaian dengan menjahit, tetapi dia tidak menjahit pakaian baru, melainkan membetulkan pakaian yang dijahit. Wanita dan gadis membawa pakaiannya dan mereka mahu dia membuatnya ketat untuk mereka, dan dengan itu pakaian menjadi ketat yang boleh menggambarkan tubuh, dan ansariah itu merasa dirinya berdosa dengan perkara tersebut. Dia ingin mengetahui hukum syar’ei dari Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Ada juga seorang ansariah yang melukis gambar dengan inai di telapak tangan wanita, dan dia tahu bahawa mereka keluar dengan cara ini ke jalan raya dan memperlihatkan kepada lelaki asing (Ajnabi), dan dia merasa berdosa dengan hal itu, jadi apa hukum dalam syar’ei, semoga Allah merahmati tuan?

J / Tidak ada masalah dengan pekerjaan mereka di atas, dan mereka tidak ada kaitan dengan apa yang orang lain lakukan dengan pakaian atau perhiasan tersebut.

 

S 89 / Tuan, setahun yang lalu saya mengemukakan soalan syar’ei kepada tuan tentang menunjukkan minat belajar dan bekerja di bidang pergigian. Pada masa itu, tuan, saya cuba bercakap dengan mereka dan meminta mereka penyelesaian tentang melabuhkan pergelangan tangan dan kaki, tetapi mereka menolak, dan tindak balas mereka bahawa tahun depan mereka akan lebih menekankan peraturan ini.

Saya tidak mempunyai jalan penyelesaian selain meninggalkan bidang pengajian di kolej itu. Saya pergi, tuan, ke farmasi, dan saya mohon kepada Allah agar menolong saya dalam bidang ini.

Tuan, saya mengikuti pelajaran khusus tahun ini untuk melayakkan saya ke Universiti Farmasi.

Al-Hamdu Lillah, Allah kurniakan saya kejayaan dalam perkara tersebut. Tuan, ia telah diserahkan kepada universiti.

Saya mohon agar tuan mendoakan saya, wahai bapaku, agar saya memasuki universiti berhampiran dengan kami.

J / Saya mohon kepada Allah agar mempermudahkan urusan anda untuk kebaikan akhirat dan dunia anda.

Sekiranya anda ingin belajar bidang pergigian, saya rasa ada pilihan lain, dan perkara ini tidak terhad kepada masalah pendedahan atau meninggalkan kajian dalam bidang yang anda ingin belajar dan kerjakan. Terdapat universiti lain, misalnya, yang tidak memerlukan syarat seperti itu, dan ada juga perubatan tapak tangan dan lain-lain. Mengenai pertanyaan anda kepada mereka, saya rasa tidak banyak faedahnya. Anda boleh meletakkannya di hadapan suatu perkara yang tidak dapat dicapai dan mereka akan terpaksa mencari jalan keluar kerana kehadiran anda adalah untuk tujuan pendidikan sementara dan bukan untuk bekerja.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

                                         

 

Tiada ulasan: