Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Juz 5
Berkaitan Dengan Sholat:
S 16 / Anak-anak yang telah mencapai usia taklif (baligh)
merasa sukar untuk membacakan azan dan iqaamah untuk setiap sholat, sehingga
menjadi beban atas mereka, dan mereka mengulang-ulangi azan dan iqaamah berkali-kali.
Adakah mereka harus azan dan iqaamah?
J / Ajarkan kepada mereka azan dan iqaamah yang betul dan
anda mempunyai waktu untuk ini, dan juga anda dapat menunaikan sholat secara
berjemaah sebagai sebuah keluarga, dan juga mereka dapat melengkapi azan dan
iqaamah pada waktu yang sama di tempat sholat.
S 17 / Saidi wa Maulai, wahai putera Rasulullah, saya, dan
saya berlindung kepada Allah dari Al-Ana (keakuan) dari penduduk Hijaz, saya
beriman dengan dakwah tuan yang diberkati, dan saya biasanya, ketika salah satu
waktu fardhu datang, terutama waktu subuh atau fardhu Maghrib, saya akan
menunaikannya di tempat kerja kerana waktunya singkat, kerana saya tidak dapat
menangguhkannya sehingga saya pulang ke rumah. Saya menunaikannya secara berjamaah
dengan mereka sebagai masalah taqiyya (berdasarkan fatwa marajik), sekarang,
tuan, setelah saya beriman dengan dakwah tuan dan kebenaran tuan, adakah saya
boleh melakukannya dengan mereka secara bersendirian dengan hanya untuk
mengikuti pergerakannya sahaja. Adakah saya boleh menunaikannya di masjid
mereka ketika tidak ada pilihan lain, dan adakah saya boleh bersujud di atas
permaidani jika tidak ada pilihan?
J / Dibolehkan menunaikan sholat di masjid mereka, dan
itu dibenarkan jika anda harus bersholat bersama mereka dengan (niat) bersendirian,
dan anda boleh mengambil sesuatu benda sederhana untuk bersujud di atasnya,
seperti kertas tisu atau sehelai kertas kecil. Semoga Allah menjayakan dengan
segala yang terbaik untuk anda, Dialah pelindungku dan Dia melindungi orang-orang
yang soleh.
S 18 / Sekiranya terdapat pilihan antara sholat penuh dan
pendek (tamam dan qashar) di tempat-tempat yang diberkati (Masjidil Haram,
Masjid Nabawi, Masjid Kufah dan Al-Haram Al-Husseini), persoalannya adalah,
apakah had tempat-tempat ini bagi mukallaf diberi pilihan untuk bersholat di
dalamnya?
J / Bagi ketiga-tiga masjid, semua yang termasuk di
tempat sucinya adalah ditentukan sebagai pilihan, dan batas-batas yang tidak pasti adalah di keliling makam Imam
Al-Hussein (as) dengan jarak dari 25 meter.
S 19 / Adakah wali si mati wajib mengqadha’kan apa yang tertinggal
oleh ibu bapanya tentang puasa dan sholat sekiranya mereka sengaja
meninggalkannya sepanjang hidup mereka, atau dalam keadaan mereka jahil, dan
sekiranya dia tidak terdaya melakukan qadha’ atau memberi sedekah bagi kedua
mereka, adakah sesuatu yang dapat dia lakukan untuk kedua mereka?
J / Dia wajib mengqadha’kannya, jika dia tidak dapat mengqadha’kannya
dan hendaklah berterusan bersedekah dan meminta ampunan untuk mereka berdua.
S 20 / Adakah wajib qadha’ Sholat Al-Ayaat
(Sholat Gerhana) pada wanita yang sedang haid ketika terjadi sebab dia diwajibkan
sholat, atau adakah hukumnya seperti sholat-sholat yang lain, yan mana tidak
diwajibkan untuk mengqadha’kannya?
J / Tidak diwajibkan.
S 21 / Apakah hukumnya seseorang yang tidak mengqadha’kan
sholat subuh dan mengingatnya ketika khutbah sholat Jumaat?
J / Dia berdiri dan sholat semasa khutbah, tetapi dengan perlahan
dan tanpa meninggikan suaranya.
S 22 / Seseorang bersembahyang sebagai ma’mum dan imam jamaahnya
adalah salah seorang saudara ansar, tetapi terdapat banyak kali selingan (terputus)
dari shaf sebilangan penentang (yang tidak beriman dengan dakwah). Adakah sholatnya
sah?
J / Sholatnya tidak sah dengan selingan (terputus) yang
disebutkan di atas.
S 23 / Adakah wanita boleh menjadi imam bagi kaum wanita
dalam sholat Jumaat, dengan syarat-syaratnya dipenuhi?
J / Dibolehkan.
S 24 / Seorang mukallaf melakukan banyak perjalanan.
Adakah sholat Jumaat wajib baginya jika dia melewati kawasan di mana sholat
Jumaat diadakan?
J / Jika dia melewati waktu untuk mendirikan sholat, dia hendaklah
menunaikan sholat Jumaat.
S 25 / Orang yang sholat memberi salam semasa dua khutbah
Jumaat, bagaimana cara untuk menjawabnya, dengan cara yang sama seperti dalam sholat
atau dengan jawapan yang biasa (Wa 3alaikumu_s-Salam Warahmatu l-Lahi
Wabarakatuh)?
J / Dengan cara yang sama.
S 26 / Jika bertemu Eid Al-Ghadir yang diberkati jatuh
pada hari Jumaat, dan orang yang mukallaf menunaikan sholat Eid, apakah dia
dianggap bebas memilih untuk menghadiri sholat Jumaat?
Dengan kata lain, apakah Eid Al-Ghadir mempunyai hukum
yang sama dengan Eid al-Adha dan Al-Fithr jika jatuh pada hari Jumaat? Seperti
yang ditunjukkan dalam buku Kitab Al-Syarai3: [Jika hari raya dan hari Jumaat
pada hari yang sama, sesiapa yang telah menghadiri Sholat Hari Raya adalah
menjadi pilihan untuknya (dan yang terbaik) menghadiri Sholat Jumaat dan pada
Imam untuk mengajar mereka itu dalam khutbahnya.]
J / Jika dia bersholat secara berjamaah dan dalam syarat yang
betul, dia mempunyai pilihan.
S 27 / Apa hukum menduduki rumah yang tanahnya telah
dirampas apabila peribadi itu tidak memilikinya. Sebaliknya, dia diberi
kepercayaan untuk menjaganya sebagai pegawai rasmi. Adakah sholat dan amalannya
di dalamnya sah?
J / Jauhilah dari beribadat di dalamnya, kerana tidak sah
beribadah di tanah yang dirampas.
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan