Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4
Gantirugi Kewangan Dan Bahagian-Bahagian Kesukuan (Puak)
S 164 / Adakah dibenarkan
mengambil sejumlah wang dari anggota Parti Baath dan kroni rejim lama sebagai
hasil dari tulisan (rekod) mereka ke atas penduduk dan disebabkan mereka
melakukan hukuman mati, memenjarakan yang lain, mengusir, merobohkan dan
membakar rumah sebahagian penduduk, dan berapakah jumlah yang ditentukan untuk
itu? Adakah kerosakan itu terbukti dengan adanya laporan bertulis oleh pegawai
keselamatan atau rakan seperjuangan? Adakah satu saksi mencukupi dalam hal ini
jika tidak ada laporan?
J / Sesiapa yang
menderita atau mengalami kerugian kewangan, psikologi atau keluarga kerana
orang atau kumpulan lain boleh menuntut pampasan (gantirugi) kewangan atau
lain-lain yang sesuai dalam hudud Syariah. Sedangkan untuk bukti terjadinya
bahaya, itu harus dirujuk ke pihak bertangung jawab yang menjalankan pengadilannya,
samada ia adalah puak atau pemerintah. Jawapan kami untuk perkara ini tidak mendahului atau
terkemudian. Kerana kita tidak memerintah atau mengawasi hukum negara di mana
kita menetapkan hak-hak sehingga pertanyaan seperti itu diajukan kepada kita.
S 165 / Sebilangan orang
(penduduk) kadang-kadang menghalang pemerintah atau kontraktor daripada membina
beberapa projek seperti sekolah atau yang lain dengan alasan tanah ini adalah
miliknya, dan kadang-kadang diperlukan wang dari kontraktor untuk
membolehkannya bekerja. Adakah tindakan ini sah di sisi syarak?
J / Sekiranya tanah itu
bukan miliknya, maka tindakannya tidak sah di sisi syarak, dan wang yang
diperolehnya adalah haram. Ya, jika kumpulan (penduduk) tinggal di kawasan
tertentu dan seseorang berasal dari luar kawasan mereka atau syarikat atau
pemerintah (selain pemerintah imam yang adil) dan mereka ingin mendirikan
projek awam atau persendirian (swasta), maka kumpulan (penduduk) ini mempunyai
hak untuk membantah dan menghentikan projek ini atau untuk menuntut ganti rugi
atas kerugian yang ditanggung oleh mereka, jika mereka cenderung menanggung
kerugian kerananya, sekiranya mereka mungkin mengalami bahaya kerana projek ini. Misalnya,
jika pemerintah (selain pemerintah imam yang adil) atau syarikat tertentu ingin
menggali telaga minyak, atau kuari, lombong, membina kilang atau membina
jambatan di kawasan mereka dan mereka menganggap bahawa projek ini akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar, memotong jalan tertentu, atau menyebabkan
kesesakan, atau menyebabkan kebisingan yang berbahaya kepada mereka, atau
menyebabkan pemindahan sebahagian haiwan liar, atau kerosakan tertentu, mereka
berhak untuk membantah, mencegah atau menuntut ganti rugi atas kerosakan yang
akan menimpa mereka atau kawasan mereka.
S 166 / Kami adalah masyarakat
yang tinggal di kawasan luar bandar dan dinyatakan bahawa tanah ini diambil
alih oleh nenek moyang kami, dan kami tidak tahu sama ada dia adalah generasi datuk
keempat atau genarasi yang lebih atas darinya, dan kami tidak tahu kabilah mana
yang memilikinya, dan apakah ia masih menghuni atau telah mati, dan kami tidak
tahu apa-apa perkara mengenai tanah itu sama ada ia dipindah milik antara
penduduk atau ia diambil alih oleh nenek moyang kami kerana pencerobohan yang
berlaku di antara kabilah.
C: Tidak ada masalah
dengannya.
S 167 / Adakah boleh
mengambil sejumlah wang untuk setiap serangan (pelanggaran), seperti menghina, mencaci, memfitnah, atau memukul hingga berdarah,
dan dari yang paling rendah hingga pukulan, dan bagaimana kita menentukan
jumlahnya, atau adakah ia dibenarkan untuk bertindak balas dengan cara yang
sama?
J / Dibolehkan mengambil
pampasan (gantirugi) wang untuk sebarang kerosakan.
S 168 / Seseorang mencuri
telefon bimbit dan wang dari kedainya, tetapi dia mengalami kerosakan tambahan
akibat menutup kedai dan kehilangan aduan di balai polis. Setelah itu, pencuri
itu dijumpai. Adakah pencuri itu menanggung jaminan wang tambahan atau benda
yang dia curi sahaja?
J / Pencuri akan
menanggung apa yang dicurinya.
S 169 /
Kadang-kadang kita terlibat dalam masalah puak yang bersama ansar dan dengan
yang lain, seperti menghadiri kelas puak untuk seseorang yang mengendalikan sebuah
kereta, dan dalam undang-undang puak mereka tidak perlu membayar diyah (denda)
syariah, adakah dibenarkan untuk kita mengambil bahagian, dan apakah permintaan
untuk bahagian ini sah syar’ei, dan apakah kawalan syari’ah untuk diyah (denda)
pada zaman kita?
J / Dibolehkan untuk ikut serta, dan
apa yang biasanya terjadi dalam pemisahan puak adalah proses perdamaian dan persetujuan
bersama antara kedua belah pihak, dan ini tidak bermasalah, jadi diperbolehkan
untuk berdamai antara kedua belah pihak dengan kadar tertentu.
S 170 / Kami menerima
satu bahagian dari suatu puak, apakah boleh mengambilnya dan kami membayar ketika
penghakiman dijatuh pada klan, apakah dibolehkan membayarnya?
J / Penghakiman,
jika ia adalah pampasan bagi seseorang individu dalam sesebuah puak, seperti diyah
(denda) atau seumpamanya, maka ia adalah untuk orang ini dan tidak ada orang
lain yang dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalamnya. Adpun jika ia adalah istilah penghakiman mengenai pembayaran wang setiap individu sesuatu puak, Seolah-olah ia
adalah pampasan untuk tanah awam untuk sesuatu puak. atau yang seumpamanya,
maka ia boleh diedarkan kepada anggota puak dan setiap orang boleh mengambil
bahagiannya, Membayar wang atau penyertaan anggota puak dalam membayar penghakiman yang
jatuh ke atas anggota tersebut adalah dibenarkan dan dianggap kebajikan,
terutama jika individu tersebut tidak dapat membayar jumlah tersebut atau jumlah
pembayarannya menyebabkan bahaya yang lebih besar.
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan