Isnin, 28 Februari 2022

5.18 Tesis Keagamaan Yang Dipercayai Umum

 

Tesis Keagamaan Yang Dipercayai Umum

 

Tesis keagamaan yang dipercayai umum adalah tafsiran manusia ke atas teks keagamaan. Disebutkan bahawa manusia adalah sebuah figur tanah liat

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 308

 

 

yang ditiupkan kepadanya roh di bumi dan lantas ia menjadi hidup, serta terdiri dari darah daging.  Teori ini, yang dipaksakan oleh para agamawan, seratus peratus bercanggahan dengan sains. Gereja Katolik akhirnya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meninggalkannya kerana konflik ini. Subjek evolusi ini secara umumnya telah dianggap sebagai tepat secara saintifik tanpa sebarang bangkangan saintifik yang kuat, dan evolusi badan manusia dari asal-usul sebelum ini adalah perkara yang telah selesai. Hari ini, analisis genetik, paling tidak, telah membuktikan manusia moden datang dari manusia afrika yang cerdik, Homo sapiens. Secara saintikfiknya, dia wujud 200 ribu tahun yang lalu. Dia adalah manusia primitif yang malah tidak mengebumikan yang mati. Oleh itu, adakah logik untuk Adam, sang Nabi yang Tuhan mengajarkannya ilmu, adalah salah seorang dari manusia primitif Afrika tersebut, yang tidak mengebumikan mereka yang telah mati, walaupun Tuhan telah mengajarkan Adam dan anak-anaknya untuk berbuat demikian?

Saya percaya, ini sahaja sudah memadai untuk membantah teori tradisional ini, walaupun hakikatnya evolusi manusia dari haiwan primitif jutaan tahun yang lampau telah terbukti secara saintifik (malahan siri-siri fosil sekarang telah memberikan bacaan yang hampir sempurna kepada ahli biologi, sebagai tambahan kepada bukti genetik dan apa yang telah kami sebutkan sebelumnya). Evolusi adalah satu-satunya teori saintifik yang diajarkan di universiti-universiti akademik yang terkenal untuk menjelaskan kemunculan kehidupan dan manusia di bumi ini.

Teori keagamaan tradisional ini bukan sahaja bercanggahan dengan sains dan fakta saintifik, malah, ia juga tidak selari dengan makna literal dari skriptur keagamaan yang muhkam, seperti teks Quran kaum Muslim.

Menurut teori ini, tiada penjelasan yang logik dan tidak bercanggahan untuk syurga Adam, kerana ia tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan berikut tanpa terjatuh ke dalam kontradiksi:

Bagaimana Adam tidak menjadi telanjang, lapar, dahaga atau terdedah kepada haba matahari di dalam syurga tersebut?

 

________________

1. Mengkebumikan orang mati adalah salah satu abjad ajaran agama manusia. Sebaliknya, kehidupan manusia adalah di muka bumi ini. Isu pengebumian orang mati untuk anak Adam bermula sejak orang mati pertama yang dibunuh dari keturunan Adam di muka bumi ini:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa"................” Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi.* Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil: "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Karena itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal."[ Al-Quran Al-Karim Surah Al-Maidah Ayat: 27-31]

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 309

 

 

Bagaimana beliau menjadi telanjang apabila beliau ingkar?

Apakah kaitan antara keingkaran dan ketelanjangan, atau secara khususnya, penampakan bahagian sulit Adam di syurga?

فَأَكَلَا مِنۡهَا فَبَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُۥ فَغَوَىٰ

[Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya)] [1]

فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورٍۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَآ أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ

[Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?] [2]

 

Apakah makna turun Adam dari syurga ke bumi ini untuk didudukinya, jika mengikut teori tersebut, Adam sememangnya tinggal di bumi ini dari awal lagi?

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ

[Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa".] [3]

 

_________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Taha Ayat: 121

[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 22

[3] Al-Quran Al-Karim Surah Surat Al-Baqarah Ayat: 36

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.17 Teori Angkasawan Purba

 

Tesis Makhluk Asing

 

Tesis ini dicadangkan oleh Zecharia Sitchin,[1] penulis buku Planet Keduabelas (The Twelfth Planet) dan buku Enki yang Hilang, dengan dukungan para penyelidik yang lain. Idea yang sama turut dibincangkan oleh jurutera Maurice Chatelain, penulis buku Nenek Moyang Kosmik Kita (Our Cosmic Ancestors).[2]

Zecharia Sitchin mencadangkan thesis ini berdasarkan data dar penggalian arkeologikal yang menyebutkan bahawa bangsa Sumer tahu tentang sistem solar ribuan tahun yang lepas. Beliau juga menggunakan lakaran Sumer akan raja-raja mereka dan tuhan-tuhan Annunaki untuk menunjukkan perbezaan ketinggian yang ketara berbanding manusia biasa. Sebagai tambahan, tablet-tablet tanah telah diterjemahkan oleh para pengkaji, termasuk Zecharia Sitchin, dan beliau menafsirkannya dengan maksud makhluk asing telah datang ke bumi ratusan ribu tahun yang lalu. Mereka juga menyimpulkan, bangsa Sumeria, pendahulu ketamadunan manusia, adalah hasil persenyawaan silang antara makhluk asing dan Homo erectus, atau hasil manipulasi gen Homo. Hasilnya, bayi-bayi tabung uji atau sesuatu yang serupa telah dihasilkan, agar hasilnya adalah manusia yang membina ketamadunan manusia, yang permulaannya pada tamadun Sumer Mesopotamia (Iraq) kemudian

 

________________

[1] Zacharia Sitchin: Dia seorang Amerika (1920-2010), pengarang buku terkenal "The Twelfth Planet" (Planet Keduabelas)

[2] Maurice Chatelain: Seorang jurutera Perancis yang bekerja secara sementara di jabatan komunikasi di NASA.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 307

 

 

diikuti oleh tamadun Mesir.

 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang data yang kuat untuk mengatakan ini benar terjadi. Sebagai contoh, pendukung tesis ini mengatakan bateri elektrik yang telah dicipta oleh bangsa Sumer, besar kemungkinan dicipta untuk komunikasi, dan kenyataan ini memerlukan bukti. Apa yang lebih mungkin adalah ia digunakan untuk penyaduran logam, atau sesuatu yang sama. Apa pun, tiada sebarang bukti bagaimana bangsa Sumer menggunakan bateri ini.

Pendukung tesis ini juga menggunakan lukisan keseluruhan sistem suria yang dilukis bangsa Sumer, termasuk Pluto yang ditemui pada tahun 1930 sebagai bukti. Menurut mereka, ini menunjukkan bangsa Sumer mempunyai pengetahuan yang maju. Namun hakikatnya, ini langsung tidak menunjukkan kewujudan makhluk asing. Bukti-bukti yang lain, seperti ketinggian badan dengan bentuk raja-raja dan tuhan-tuhan Sumer.

Apa yang merisaukan kami berkenaan tesis ini adalah sesetengah orang bergantung kepadanya untuk menerangkan tamadun Sumer. Ini adalah petunjuk dan pengakuan oleh sesetengah orang bahawa memang wujud loncatan kebudayaan dan ketamadunan di kalangan bangsa Sumer, dan loncatan ini perlu diperkirakan. Atas sebab ini, tesis tersebut telah dicipta dan diterima oleh sesetengah orang. Walaubagaimanapun, tesis ini tetap tidak dapat menahan kritis saintifik. Wujud bantahan terhadap terjemahan dan penafsiran Sitchin ke atas teks-teks Sumer, dan wujud juga bantahan saintifik ke atas apa yang telah dipersembahkan oleh Sitchin berkenaan kosmologi, serta faktanya yang bercanggah dengan biologi evolusi.

Nampaknya Alim Subait Al-Nili (semoga Allah metahmatinya) telah banyak dipengaruhi idea-idea Sitchin. Ini dapat kita lihat dalam tesis beliau berkenaan Gilgamesh Sumer dan Zulqarnain, dan tafsiran beliau ke atas permusafiran (perjalanan) Gilgamesh sebagai berbentuk luar dari bumi. Apa pun, teori ini, di samping tidak mampu bertahan dari kritis saintifik, ia juga tidak mempersembahkan fakta saintifik yang telah terbukti. Sebaliknya ia hanya bergantung kepada penafsiran teks, peristiwa-peristiwa, lukisan-lukisan dan penemuan arkeologikal, yang telah mempunyai tafsiran yang jauh lebih baik, lebih realistik dan lebih masuk akal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.16 Kesimpulan: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 5.16 Kesimpulan: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 

Bicara Mengenai: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 

Gen-gen itu bersifat mementingkan diri, namun ini bukanlah bermakna badan bertingkah laku mementingkan diri sepenuhnya. Maksud sebenar gen bersifat mementingkan diri adalah badan tidak boleh bertingkah laku altruistik dan menentang sifat penting diri gen. Oleh kerana gen itu mementingkan diri, mereka bersikap berhati-hati untuk membentuk badan yang menjamin keberterusan hidup mereka dan mewariskan gen tersebut merentasi generasi. Atas sebab ini, hukum gen penting-diri meme yang menentangnya, iaitu meme altruisme, yang mahu memusnahkan gen ini untuk berkembang di dalam alam semulajadi. Kewujudan pemilihan semulajadi menjadikan ianya mustahil untuk mereka terlepas, kerana takdir mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai meme ini adalah untuk musnah dan menghilang. Akibatnya, ini bermakna hilangnya sifat altruistik sejati ini dan mustahil untuk ia wujud di dalam alam semulajadi.

Sebagai tambahan, oleh kerana matlamat asas gen adalah keberterusan hidup,  pastilah ia mempunyai gen yang menentang altruisme sejati jika ia muncul di dalam sesuatu spesis. Jika tidak, mereka tidak akan mementingkan diri dan tidak mempedulikan berkenaan keberterusan hidup dan perwarisan gen merentasi generasi seperti yang telah disebutkan sebelumnya. Malah hakikatnya sifat penting diri jasad kita adalah jelas dan terbukti direka untuk menentang altruisme sejati. Kita tidak mempunyai altruisme sejati sebagai suatu sifat asli yang terbina kukuh di dalam badan kita. Sebaliknya, sifat asli yang terbina kukuh dalam badan dan otak kita adalah sifat penting diri. Atas sebab ini, altruisme sejati memerlukan revolusi sejati terhadap badan agar ia dapat mempunyai kewujudan yang signifikan di kalangan kita, seperti yang terjadi hari ini. Samada kita 

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 306

 

 

sebagai individu mengamalkan altruisme sejati atau tidak, majoriti besar dari kalangan kita bersetuju bahawa ia adalah matlamat mulia dan sifat yang inginkan. Keinginan ini bukanlah lahir hari ini, namun sebenarnya ia telah direkodkan sejak zaman awal perekodan manusia, iaitu sejak zaman bangsa Sumer. Ini bermakna revolusi sejati ke atas badan dan sifat penting diri badan telah bermula ribuan tahun yang lepas, dan revolusi ini tidak boleh dijelaskan secara saintifik pada tahap jasad semata-mata, malah ia mustahil seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya. Atas sebab ini, kita perlu membawa masuk jiwa dan roh ke dalam persamaan demi untuk menyelesaikan dilema ini. Sesiapa yang mahu menolak hipotesis roh kerana dia membenci agama masih wajib untuk memberi hipotesis yang lain. Maka biarlah dia berhipotesis berkenaan totem atau meme yang tidak diketahui asal usulnya, atau apa sahaja yang dia inginkan. Bagaimanapun pada akhirnya, ia adalah hipotesis yang tidak mempunyai kena mengena dengan badan atau biologi, malah akal sekalipun.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Membincangkan Hujah Dawkins

 

5.15.4 Altruisme Timbal Balik

 

Altruisme timbal balik mempunyai prinsip "tolong aku, dan aku akan tolong kau” yang dibina oleh gen, dan tidak dapat berubah kepada "aku tolong kau tanpa balasan” tanpa mengira betapa banyak kesilapan yang terjadi ketika aplikasi hukum kerana penipuan ataupun perkara serupa, kerana isunya adalah bersifat biologi. Jika kita tidak menganggap ianya biologikal, maka mengkaji altruisme timbal balik sebagai kes genetik ala-Darwini tidak mempunyai sebarang makna.

Malahan, berkenaan penipu yang mengambil tanpa memberi pulangan, pemilihan semulajadi selalunya akan memupuskan individu yang berterusan memberi walaupun ditipu. Kepupusan si pemberi dalam kehadiran si penipu adalah tidak dapat dielakkan, walaupun jika si pemberi adalah majoriti. Oleh itu, takdir mereka adalah kepupusan dalam kehadiran penipu, yang akan berterusan mengambil kesempatan, sehingga ke akhirnya.

Secara alaminya, sang penipu tidak dikira sebagai seorang altruis dari awal lagi kerana dia hanya mengambil dan tidak memberi. Maka yang tinggal hanyalah pendendam, dan dia membalas berdasarkan prinsip kau tolong aku, aku tolong kau, namun aku ingat muka kau. Jika kau tipu, aku tidak akan tolong lagi.” Ini adalah model yang tersebar luas untuk altruisme timbal balik dalam alam semulajadi. Ia adalah hasil dari evolusi, yang perlu dikira apabila mempertimbangkan isu altruisme timbal balik.

Hakikatnya agak sukar untuk membayangkan bagaimana sifat altruistik timbal balik boleh tersilap dan bertukar menjadi sifat altruisme sejati. Sebagai contoh, jika seekor kelawar pontianak memuntahkan lebihan makanannya untuk tentangganya yang lapar, maka pasti dia mengharapkan balasan dari tetangga tersebut. Jika tetangganya tidak membalas budi tersebut, si kelawar mangsa itu tidak akan ditipu lagi, kerana dia adalah seekor pendendam, mengingati wajah dan tidak akan memberi dua kali kepada penipu. Pemberian kali pertama kepada sang penipu bukanlah bermaksud wujud kesilapan pada hukum, kerana hukum yang dibina oleh gen menyatakan, “Ambil inisiatif dan beri makan kepada kelawar lapar yang meminta darah, namun ingat wajahnya. Jika dia tidak membalas budi, jangan beri lagi. Jika dia memberi, teruskan proses altruisme timbal balik bila-bila salah seekor dari kalian ditimpa masalah dan tidak dapat mencari haiwan untuk dihisap darah.”

Walaupun jika kita mengatakan kesilapan terjadi dalam melaksanakan hukum genetik dan si pendendam mengulangi altruisme terhadap si penipu dua atau tiga kali, Ini tidak bermakna yang jahat akan menjadi naif dalam apa cara sekalipun. Ini kerana perkara ini

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 302

 

 

bergantung kepada mengingati wajah dan mengenalpasti kawan. Jika si pendendam menjadi si rugi, takdirnya adalah kepupusan akibat si penipu tersebut. Akibatnya, altruisme timbal balik tidak akan menghasilkan altruisme sejati selagi ia bergantung kepada kemampuan untuk mengenalpasti individu berdasarkan sifatnya, dalam pertukaran altruistik yang tidak asli dan bersifat luaran.

Oleh itu, niat jahat pasti akan berlaku dalam evolusi, dan perbezaan yang tepat individu tidak dapat dielakkan dalam transaksi altruistik bersama, sama ada dengan pengecaman muka atau tempat kediaman dengan tepat pihak lain dalam amalan, yang membezakannya sebagai pihak lain dalam amalan peribadi itu.

 


“Sungguh melucukan untuk menonton simulasi komputer yang bermula dengan majoriti besar burung mudah tertipu, minoriti burung pendendam yang sedikit melebihi kadar kritikal, dan minoriti burung penipu dengan jumlah yang hampir sama, dan perkara pertama yang berlaku ialah kehancuran bencana kawanan yang mudah tertipu kerana burung yang licik akan mengambil kesempatan daripadanya dengan ganas. Si penipu menikmati peningkatan populasi mencapai kemuncaknya sehingga burung (sucker)” yang terakhir dihapuskan . Namun burung tebing (cheater) masih perlu berhadapan dengan burung pendendam. Semasa kemerosotan pesat kawanan yang mudah tertipu, jumlah burung pendendam perlahan-lahan berkurangan bilangannya, dan mereka dikhianati oleh penipu yang berkembang maju, namun mereka berjaya menyelamatkan nyawa mereka. Selepas burung terakhir yang mudah tertipu hilang, burung yang menipu tidak lagi boleh terus mengeksploitasi secara mementingkan diri sendiri. Kemudian burung-burung jahat itu itu perlahan-lahan akan mula melebihi bilangan burung yang menipu. Akibatnya, kumpulan mereka mendapat momentum yang mantap. Walaupun kumpulan burung jahat berkembang pesat, kumpulan burung licik itu runtuh kepada kepupusan dan kemudian mengimbangi dengan menikmati hak istimewa dan kebebasan relatif daripada burung jahat yang terhasil daripada hasil ini.

Namun burung-burung penipu dan kejam perlahan-lahan berpaling ke arah ketiadaan, dan burung jahat sahaja yang menguasai. Secara paradoks, ternyata kehadiran burung naif telah mengancam burung jahat pada peringkat awal kerana burung naif bertanggungjawab untuk perkembangan sementara burung-burung penipu.`

 

Secara kebetulan, saya perhatikan bahawa contoh hipotetikal yang anda cadangkan tentang bahaya dan tidak mendapat manfaat daripada pembersihan, adalah sangat munasabah. Tikus terpencil (terasing) cenderung mengalami kudis busuk pada bahagian kepala mereka yang tidak dapat dicapainya. Didapati dalam salah satu kajian bahawa tikus yang diletakkan dalam kumpulan tidak mengalami masalah ini kerana mereka menjilat kepala antara satu sama lain.

 

Mungkin menarik untuk menguji teori altruisme timbal balik dengan pengalaman. Memang nampaknya tikus adalah subjek yang sesuai untuk eksperimen sedemikian.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 303

 

 

Di samping itu, Trivers membincangkan simbiosis yang diperhatikan bagi ikan yang lebih bersih. Adalah diketahui bahawa kira-kira lima puluh keluarga, termasuk ikan kecil dan udang, memakan parasit yang mereka pilih dari permukaan ikan yang lebih besar milik keluarga lain. Ikan besar tersebut, jelas menerima manfaat pembersihan tersebut, sementara ikan pembersih itu mendapat bekalan makanan yang baik. Perhubungan ini bersifat simbiotik. Di dalam banyak kes ikan yang besar ini membuka mulutnya dan membenarkan ikan pencuci ini masuk mencuci gigi, dan seterusnya keluar melalui insang yang turut mereka bersihkan. Mungkin akan ada orang yang menyangka ikan besar ini secara licik menunggu setelah mereka dibersihkan, dan kemudiannya menelan ikan pencuci tersebut. Namun sebaliknya, ikan pencuci ini selalunya akan dibiarkan keluar dengan selamat. Ini merupakan suatu sifat altruisme terpampang yang hebat, kerana selalunya, ikan pencuci ini mempunyai saiz yang sama dengan mangsa ikan besar tersebut.`

 

`Ikan pencuci mempunyai corak berjalur dan paparan tarian istimewa yang melabel mereka sebagai pencuci. Ikan besar cenderung untuk tidak memakan ikan kecil yang mempunyai corak seperti itu dan mendekati mereka dengan tarian yang tepat. Sebaliknya mereka akan menjadi seperti berkhayal dan membenarkan pencuci memasuki secara bebas dalam dan luar mereka. Mengenangkan sifat gen penting diri, adalah tidak menghairankan jika wujud penipu yang mengambil kesempatan akan hal ini. Wujud spesis ikan kecil yang kelihatan seperti pencuci dan menari dengan cara yang sama untuk menjamin keselamatan berdekatan ikan besar. Apabila ikan besar telah menjadi khayal, ikan penipu tersebut tidak memakan parasit, sebaliknya menggigit kepingan besar sirip ikan besar dan terus melarikan diri. Walaupun dengan kewujudan penipu ini, hubungan antara ikan pencuci dan pelanggan mereka selalunya aman dan stabil. Kerjaya sebagai pencuci memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian komuniti batu karang.

Setiap pencuci mempunyai kawasannya, dan ikan besar telah dilihat beratur untuk perhatian ikan pencuci tersebut, persis seperti terlihat di kedai gunting rambut. Mungkin kerana sifat ketekunan-kawasan inilah yang memungkinkan evolusi altruisme timbal-balik dalam kes ini. Manfaat pada ikan besar tersebut yang mampu untuk datang kepada kedai gunting rambutyang sama, berbanding terus menerus mencari kedaiyang baru, pastinya melebihi kos menahan diri dari memakan pencuci tersebut. Memandangkan ikan pencuci ini bersaiz kecil, ia tidaklah sukar untuk dipercayai. Kewujudan ikan yang memimik ikan pencuci

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 304

 

mungkin secara tidak langsung akan membahayakan ikan pencuci yang sebenar dengan mewujudkan tekanan kecil kepada ikan besar untuk memakan ikan berjalur. Sifat ketekunan berdasarkan kawasan pada ikan pencuci sebenar akan membolehkan para pelanggan mencari mereka dan mengelakkan ikan penipu.`

 

`Memori jangka panjang dan kemampuan untuk mengenalpasti individu telah terbentuk baik pada manusia. Oleh itu, kita menjangkakan altruisme timbal-balik mungkin telah memainkan peranan penting dalam evolusi manusia. Trivers pergi lebih jauh dengan mencadangkan bahawa banyak sifat-sifat psikologikal kita - cemburu, penyesalan, kesyukuran, simpati, dan lain-lain - telah dibentuk oleh pemilihan semulajadi untuk penambahbaikan lebih baik bagi menipu, mengesan penipu dan mengelakkan dari dilihat sebagai penipu. Antara yang menarik perhatian adalah penipu licikyang kelihatannya seperti membalas budi, namun secara konsisten membayar kurang dari apa yang diterima. Malah berkemungkinan juga otak manusia yang membengkak dan kecenderungannya untuk menaakul secara matematik, telah berevolusi sebagai sebuah mekanisme untuk menipu dengan cara yang lebih licik, serta lebih mampu mengesan penipuan dari orang lain. Wang adalah token formal untuk altruisme timbal-balik yang dilambatkan.`

 

`Tidak wujud pengakhiran untuk spekulasi yang menakjubkan bahawa idea berkenaan altruisme timbal-balik timbul apabila kita mengaplikasikannya kepada spesis kita. Walaupun nampak menggoda, saya tidaklah lebih pandai dalam berspekulasi dan saya serahkan kepada para pembaca untuk menghiburkan diri mereka.”[1]

 

Jika kita mencari sifat altruistik timbal-balik yang dibina oleh gen di dalam manusia semasa tempoh awal evolusi, dan yang masih wujud atau tidak bertukar kepada altruisme sejati (seperti yang saya jelaskan sebelumnya), kita dapati ia tertubuh pada kita dalam semua kerja dan transaksi kita antara satu sama lain. Bekerja dan memberikan perkhidmatan untuk suatu bayaran semuanya adalah pertukaran altruisme timbal balik. Transaksi yang lepas dan jualan semasa juga merupakan pertukaran altruisme timbal balik. Oleh itu, sifat altruisme timbal balik wujud hari ini di dalam bentuk pertukaran altruisme timbal balik, seperti yang terjadi di masa dahulu, dan ia tidak bertukar kepada altruisme sejati yang disengajakan.

 

Adakah tepat untuk  mengaitkan sifat altruisme sejati di dalam manusia sebagai berasal dari altruisme timbal-balik tanpa bukti, khususnya setelah mendapat penjelasan ini?

 

_____________________

. 1. Sumber (Dawkins - The Selfish Gene): ms 294 296

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 305

 

 

Rumusan

 

Dawkins berkata:

         

“Saya mencadangkan hal yang sama dalam naluri untuk berbuat kebaikan, untuk mencapai altruisme, untuk bersifat pemurah, untuk bersifat simpati dan kasihan. Di zaman nenek moyang kita, kita hanya berpeluang untuk bersifat altruistik pada kaum kerabat kita dan pembalas budiyang berpotensi. Kini, had tersebut tidak lagi wujud, namun peratusan asas masih berkekalan.”

 

Cadangan Dawkins yang mana dengannya, beliau cuba untuk menjelaskan moraliti dan altruisme jelas tidak mempunyai nilai. Apa yang dibina oleh gen kita pada badan kita adalah altruisme terhadap kaum kerabat kita, kerana mereka adalah kerabat. Kita dapat mengenalpasti mereka sebagai kerabat kita melalui sifat mereka, bukan kerana kedekatan mereka dengan dari segi jarak fizikal atau kerana mereka mempunyai kontak terus dengan kita, sehingga membuatkan altruisme kepada kaum kerabat bertukar menjadi altruisme terhadap sesiapa sahaja yang berada hampir dengan kita. Malahan, isu altruisme timbal-balik ini ditadbir oleh metode sang pendendam yang memberi dan menantikan sebuah hasil dari rakannya. Jika rakannya tidak membalas budi, maka beliau akan dibuang keluar. Ini adalah sesuatu yang dibina oleh gen, dan ia hanya berubah secara genetik. Ia tidak akan berubah hanya kerana perubahan cara hidup.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Ahad, 27 Februari 2022

Membincangkan Hujah Dawkins

 

5.15.3 Altruisme Kaum Kerabat


 

Individu yang bersifat altruistik terhadap kaum kerabatnya bermaksud telah mengenalpasti mereka sebagai kaum kerabat pada pelbagai peringkat . Wujud motivasi dalaman untuk menjaga mereka, bergantung kepada tahap kerapatan, memandangkan kerabat tersebut membawa peratusan tertentu gen individunya. Lebih tinggi peratusan tersebut, maka akan lebih besar penjagaan tersebut, begitulah juga sebaliknya . Ini membuatkan perlu untuknya mempunyai kemampuan mengenalpasti mereka dari wajah, dan inilah sebabnya dia menjaga anaknya lebih dari anak saudaranyaو dan menjaga saudaranya lebih dari sepupunya . Masalahnya tidak berkaitan dengan kerapatan ruang . Atas sebab ini, kerapatan seorang asing dari perspektif ruang / jarak tidak menyebabkan kesilapan kepada naluri altruisme kaum kerabat dan diarahkan kepada orang lain apabila mereka tinggal rapat, sebagai contoh, setelah manusia awal menetap di perkampungan pertanian awal.

Sememangnya kita boleh membayangkan sebuah mutasi kadang-kala terjadi membuatkan sifat altruisme kaum kerabat terarah juga kepada orang asing. Bagaimanapun, mutasi seperti ini lama kelamaan akan pupus, lambat atau cepat, kerana kolam gen seperti ini tidak mampu bersaing dengan sifat altruisme eksklusif untuk kaum kerabat sahaja. Ini kerana mereka yang bersifat altruistik kepada kerabat akan lebih berjaya memindahkan gen mereka dengan cara yang lebih besar. Oleh kerana persaingan antara individu spesies yang sama adalah lebih sengit, akibatnya, lama kelamaan, kumpulan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 301

 

 

yang mengandungi gen mutan akan keluar dari perlumbaan, dan hanya altruistik saudara-mara akan kekal.    

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Membincangkan Hujah Dawkins

 

5.15.2 Pengambilan Anak Angkat


 

Perasaan sayang pada anak-anak adalah sesuatu yang dibina oleh gen pada kita demi kepentingan gen tersebut agar ibubapa akan menjaga anak mereka dan gen mereka akan diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Jika seseorang mengambil anak angkat untuk mengisi kekosongan emosinya, maka hukum ini telah gagal mencapai matlamatnya, dari mempunyai seorang anak biologikal yang membawa gen ibubapanya, kepada mempunyai seorang anak angkat yang tidak membawa gen ibu dan bapanya.

Pengangkatan secara sengaja dan jujur terjadi kepada kita manusia. Oleh itu, bukankah tidak tepat untuk moral manusia digunakan sebagai contoh untuk kemunculan moral pada manusia?

Pastinya kita boleh mengatakan kesalahan yang terjadi berkaitan pengangkatan anak yang tidak mempunyai hubungan darah, atau pengangkatan anak yang tidak punya hubungan darah oleh seorang individu sesebuah spesis, adalah hasil dari mutasi genetik. Ini akan menjadi permulaan bagi kemunculan sebuah meme budaya yang baru, dengan kata lain, idea ini akan tersebar sebagai sebuah budaya kepada keseluruhan masyarakat.

 

Kita perlu membincangkan dua perkara di sini:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 300

 

 

1. Adakah pengambilan anak adalah altruisme sejati?

 

2. Berapakah kadar keberhasilan meme ini (mengangkat anak yang tidak berkaitan) di alam semulajadi

 

Jika hanya mereka yang tidak boleh mendapatkan anak sahaja yang mengangkat anak, maka kita tidak boleh menyebutkannya sebagai altruisme sejati, kerana ia adalah budaya mengisi kekosongan keibubapaan. Ia bukan pengangkatan yang bersifat altruistik, dan saya percaya kita tidak perlu membincangkannya lebih lanjut.

Bagaimanapun, jika ibu bapa itu boleh mempunyai anak secara normal, maka budaya seperti ini tidak boleh tersebar dalam alam semulajadi kerana ia bercanggah dengan penyebaran gene mereka. Jika budaya seperti ini ingin tersebar dikalangan mereka, maka gen akan melawannya dengan kemunculan gen yang akan melarang perkembangan budaya tersebut. Gen-gen ini akan berjaya dan menggantikan kolam gene yang tidak membendungnya . Dawkins dan ahli biologi yang lain telah menjejaki kemunculan budaya manusia bermoral kembali kepada tempoh ketika manusia tinggal berkumpulan dalam alam semula jadi seperti sekalian haiwan yang lain.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

5.15 Membincangkan Hujah Dawkins

 

5.15.1 Mangsa Cuckoo


 

Burung cuckoo adalah burung parasit yang tidak mengeramkan telurnya mahupun memberi makan kepada anak-anaknya . Sebaliknya, ia bertelur di dalam sarang burung yang lain, yang merupakan strategi untuk menyebarkan gennya . Ia boleh menyebarkan gennya dengan secara berterusan meletakkan telur-telurnya di dalam sarang burung yang lain tanpa membuang masa membesarkan anaknya. Oleh kerana burung yang menjadi mangsa cuckoo akan terdedah kepada kepupusan, sebarang mutasi genetik yang membolehkan mereka mengenal pasti dan membuang telur burung cuckcoo akan terbina di dalam kolam gen . Burung yang membawa gen ini akan dapat membiak dan mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya, sementara yang tidak, akan pupus . Burung cuckoo juga memberi respon yang sama dan mengevolusikan telur mereka . Atas sebab itu, telur anak burung cuckoo telah berevolusi dengan masa . Telur tersebut menyamai warna dan corak telur burung mangsa agar hos tidak mampu mengenalpasti telur asing tersebut dan membuangnya dari sarang, dan telur itu juga selalunya menetas dalam masa yang singkat berbanding telur burung hos. Malah, anak burung cuckoo mempunyai sebuah bahagian di belakangnya, maka sebaik sahaja anak burung cuckoo ini menetas, malah sebelum ia membuka matanya, ia akan meletakkan apa sahaja yang berada di dalam sarang tersebut, samada telur atau anak burung, di bahagian belakang tersebut dan menolaknya keluar dari sarang . Akhirnya, ia boleh mengambil makanan yang dibawa oleh burung mangsa, hos sarang tersebut untuk dirinya sendiri.

Apa yang dilakukan oleh burung cuckoo adalah sebuah aksi penipuan, dibina oleh gen. Sifat altruisme burung mangsa terhadap anak burung cuckoo adalah kerana tertipu dengan aksi penipuan tersebut dengan menukar bentuk dan saiz telur lalu meletakkannya ke dalam sarang mangsa . Mangsa kemudiannya memberi makan kepada anak burung tersebut seolah-olah anaknya sendiri . Dengan memberi makan anak burung yang lain, ia adalah mangsa kepada sebuah penipuan, bukannya dermawan sehingga boleh kita kategorikan ia sebagai sifat altruisme. Insiden ini tidak akan menjadi asas kepada perubahan bagi burung ini, sehingga kita menjangkakan burung mangsa ini akan mula mencari sarang burung lain dan memberi makan kepada anak burung yang lain.

Berkenaan dengan ia sebagai sebuah kesilapan bagi hukum yang dibina oleh gen, perlu diambil maklum bahawa wujud proses semak yang berterusan dan pembetulan oleh mangsa . Pertempuran genetik antara burung cuckoo dan mangsanya masih berterusan dan belum selesai. Bagaimana Dawkins dapat melihat hukum ini terlepas matlamatnya sekali kerana penipuan dan kelicikan cuckoo - dan tidak melihat kepada langkah pembetulan yang diambil oleh burung mangsa, dengan kata lain, gen melawan kuat terhadap kesilapan ini dalam memukul sasaran?

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 299

 

 

Malahan, masalah kesilapan pada hukum juga merupakan suatu perkara yang relatif. Di dalam contoh anak burung cuckoo, mangsa mempunyai cara untuk mengenalpasti telur memandangkan ia mempunyai sifat tertentu. Ia mengenal anak burung yang diberi makan sebagai kepunyaannya kerana mereka berada di sarangnya, dan mungkin bertingkah laku seperti anak-anaknya yang lain . Bagaimanapun, sesetengah mangsa telah berjaya mengenalpasti anak burung cuckoo, dan inilah sebabnya, lama kelamaan, gen telah mengevolusikan pergerakan dan bunyi agar lebih menyamai anak burung mangsa. Hasilnya, hukum yang dibina oleh gen burung mangsa untuk mengenalpasti anak-anaknya dan menjaga mereka telah membolehkan cuckoo untuk menipu burung mangsa tersebut. Jika gen telah membina sebuah kaedah identifikasi yang sukar untuk ditipu, atau apa yang berlaku bukanlah suatu proses yang melanggar hukum, maka kita tidak boleh menyebutnya sebagai kesilapan pada hukum. Samalah juga halnya dalam kes altruisme asli tanpa kepentingan dalam manusia. Kita mengenali kaum kerabat kita, bukan kerana mereka berada dekat dengan kawasan kita, sebaliknya kerana kita mengenali bentuk dan sifat mereka dengan tepat, lalu membolehkan kita mengecam mereka dari jutaan manusia lain. Ini membuatkan idea yang dipersembahkan oleh Dawkins (kesilapan hukum apabila individu asing yang tidak berkaitan dengan kita berada berhampiran, maka sifat altruisme diarahkan kepada individu asing tersebut) adalah tidak dapat diterima, idea tidak logik yang tidak dapat diterima akal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

5.14 Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti dan Altruisme Sejati Diteruskan

  

Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti dan Altruisme Sejati Diteruskan

 

"Sepanjang prasejarah kita, manusia tinggal dalam keadaan yang akan cenderung memilih evolusi kesemua empat jenis altruisme tersebut. Kita tinggal di perkampungan atau lebih awal lagi, tinggal dalam kumpulan berkeliaran seperti babun, terpisah secara separa dari kumpulan berdekatan atau perkampungan. Kebanyakan ahli kumpulan merupakan kerabat yang lebih dekat hubungannya dengan anda berbanding ahli dari kumpulan yang lain - menjadikan lebih banyak peluang untuk altruisme kekerabatan berevolusi. Dan, tanpa mengira kerabat atau bukan, anda akan lebih cenderung untuk bertemu individu yang sama berulang kali sepanjang hidup anda, menjadikan ini suatu keadaan yang ideal untuk evolusi altruisme timbal balik. Ia juga merupakan prasyarat yang ideal untuk membina reputasi altruisme, dan prasyarat yang ideal untuk mengiklankan sifat pemurah yang ditunjuk-tunjuk. Samada salah satu atau kesemua empat jalan ini, kecenderungan genetik ke arah altruisme semestinya dipilih di dalam manusia awal. Sangat mudah untuk melihat mengapa nenek moyang pra-sejarah kita bersikap baik kepada ahli kumpulan, namun bersikap buruk dan takut dalam hubungan dengan kumpulan lain. Namun mengapa kita berbaik-baik antara satu sama lain? Memandangkan sekarang kebanyakan dari kita tinggal di kota-kota besar, dan kita tidak lagi dekat bersama kerabat-kerabat kita, serta setiap hari kita bertemu orang-orang yang kita tidak akan berjumpa lagi - mengapa kita masih bersikap baik antara satu sama lain, malah kadang-kala kepada mereka yang dianggap tergolong dari kumpulan luar?

 

Adalah sangat penting untuk kita agar tidak silap dalam menjangkakan langkauan seleksi semulajadi. Pemilihan tidak memilih evolusi sebuah kesedaran kognitif berdasarkan apa yang baik untuk gen anda. Kesedaran tersebut harus menunggu sehingga abad ke dua puluh untuk mencapai tahap kognitif, dan walaupun sekarang, pemahaman penuh hanya terhad kepada ahli saintifik yang khusus. Apa yang dipilih oleh pemilihan semulajadi adalah peraturan praktikal, yang bekerja secara praktikal untuk mempromosikan gen yang membinanya.

 

___________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 297

 

 

Peraturan praktikal, berdasarkan sifatnya, kadang-kala melakukan kesalahan. Dalam otak seekor burung, peraturan menjaga benda kecil di dalam sarang dan beri makan ke dalam mulutnyasecara tipikalnya, mempunyai kesan memulihara gen yang mencipta peraturan tersebut, kerana objek kecildi dalam sarang tersebut selalunya adalah anaknya sendiri. Namun peraturan tersebut menemui salah apabila anak burung yang lain dapat menyelinap ke sarang tersebut, seperti halnya bagi burung cukcoo. Mungkinkah naluri kita untuk berbuat baik adalah salah, sama seperti kesalahan naluri ibubapa burung warbler yang bekerja keras untuk seekor anak cuckoo? Dan analogi yang lebih hampir adalah naluri manusia untuk mengambil anak angkat. Saya perlu menekankan bahawa sebutan "kesilapan tujuan" dimaksudkan hanyalah dari sisi Darwin semata-mata. Ia tidak membawa maksud merendahkan atau menghina.

 

Idea ralat (kesilapan) atau hasil yang bertentangan ini, Apa yang saya ingin pertahankan fungsinya seperti berikut. Pada masa silam,  ketika kita tinggal di dalam kumpulan yang kecil dan stabil seperti babun, pemilihan semulajadi telah memprogramkan ke dalam otak kita naluri altruistik, beserta naluri seksual, naluri kelaparan, naluri ketakutan orang asing dan seterusnya. Dan apabila beberapa orang bijak membaca buku Darwin, mereka tahu bahawa punca utama dorongan seksual mereka adalah pembiakan. Mereka mengetahui bahawa wanita tersebut tidak boleh mengandung kepada mengambil pil perancang. Namun mereka mendapati keinginan seksual mereka tidak berkurang walaupun mereka mengetahui hal tersebut. Keinginan seksual ialah keinginan seksual dalam jiwa dan bebas sepenuhnya daripada tujuan Darwin yang dikatakannya. Ia adalah keperluan kuat yang wujud secara bebas daripada matlamat utamanya.

 

Dan saya mencadangkan di sini bahawa keperluan dan perangsang adalah sama untuk berbuat kebaikan - untuk altruisme, untuk kemurahan hati, simpati dan belas kasihan. Di zaman nenek moyang kita, kita mempunyai peluang untuk bersifat altruistik hanya kepada kerabat rapat kita dan juga individu yang berpotensi membalas budi kita. Di masa kini, kekangan tersebut tidak lagi wujud, namun peraturan praktikal itu masih terus kekal. Mengapa pula tidak? Ia sama sahaja seperti keinginan seksual. Kita pasti akan berasa sedih melihat seorang yang sedang menangis (yang tidak berkaitan dan tidak mampu membalas budi), sama sahaja dengan perasaan berahi terhadap orang berlainan jantina (yang mungkin tidak subur atau tidak boleh mengandung). Kedua-duanya adalah kesilapan dalam tujuan, kesilapan Darwin: kesilapan yang diberkati dan berharga.[1]

 

Ringkasnya, Dawkins mengatakan sifat altruisme dengan balasan” telah bertukar menjadi altruisme tanpa balasan” kerana ralat dalam perlaksanaan hukum, kerana beliau menyebutkan: “Dan peraturan secara umum, dan dengan sifatnya, kadang-kadang

 

 

___________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 220-222. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

                     

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 298

 

 

terlepas matlamat mereka akibat perubahan keadaan." Pada masa kini, sekatan itu tidak lagi wujud.” Tetapi peraturan itu kekal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.13 Rumusan Dawkins Untuk Empat Sebab Altruisme

 


Rumusan Dawkins Untuk Empat Sebab Altruisme

 

"Sekarang kita mempunyai empat alasan Darwinian yang baik untuk mengapa individu bersifat altruistik, pemurah atau bermoralantara satu sama lain.

 

Pertama, atas sebab kekerabatan genetik.

 

Kedua, atas sebab timbal balik: balasan kepada bantuan yang diberi, dan memberi bantuan atas dasar mengharapkan balasan.

 

Ketiga, manfaat Darwinian hasil dari reputasi sifat pemurah dan baik hati.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 296

 

 

Keempat, jika Zahavi benar, wujud manfaat tambahan khusus untuk sifat pemurah yang ditunjuk-tunjuk sebagai jalan untuk membeli pengiklanan bersifat asli.”[1]

 

Tiada satu pun dari empat contoh yang disebutkan di atas merupakan altruisme sejati. Seperti yang telah kita tahu sebelumnya, poin pertama dan kedua merupakan sifat penting diri genetik dan altruisme timbal balik. Poin ketiga dan keempat boleh disatukan dibawah altruisme timbal balik kerana ia berdasarkan prinsip “beri hari ini, dapatkan manfaatnya pada esok hari”, maka ia merupakan tindakan altruisme untuk mendapatkan manfaat di masa hadapan, dan tiada satu pun dari contoh tersebut merujuk kepada altruisme asli. Oleh itu, kewujudan altruisme tersebut tidak menjelaskan altruisme asli yang disengajakan.

 

________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God – Khayalan pada Tuhan): ms 220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya