Jumaat, 25 Februari 2022

5.6 Budaya Homo Sapiens

 

Budaya Homo Sapiens

 


Ada dua jenis makhluk mirip manusia yang berevolusi dari Homo erektus Afrika dan berjaya mengharungi beberapa ratus ribu tahun yang lalu. Dua makhluk tersebut adalah Neanderthal Eropah dan sekumpulan kecil Homo sapiens, sesetengah darinya telah bermigrasi melalui Bab El-Mandeb dan kemudian memenuhi bumi ini. Walaupun Neanderthal mempunyai purata saiz otak yang lebih besar dari Homo sapiens, mereka tidak mengembangkan sebuah budaya atau ketamadunan seperti Homo sapiens yang berhijrah dari Afrika. Ikatan sosial yang wujud di antara Homo sapiens tidak wujud dalam kumpulan Neanderthal. Kurang lebih tiga puluh lima ribu tahun yang lalu di Eropah, Homo sapiens telah membina tugu dan hasil seni untuk meluahkan diri mereka, sementara Neanderthal tidak mampu mencapai tahap tersebut. Jadi, apakah faktor yang telah menyusup masuk ke dalam kumpulan kecil tersebut yang berhijrah keluar melalui Bab El-Mandeb? Apa yang telah terjadi terhadap kumpulan terpilih tersebut, sehingga mampu menghasilkan generasi yang bisa memenuhi bumi ini.

Adakah ada yang mampu mencadangkan sebuah hipotesis yang membolehkan soalan ini dijawab? Hakikatnya, tidak wujud penjelasan saintifik yang mencukupi berkenaan apa yang terjadi kepada minda Homo Sapiens yang berhijrah dari Afrika. Neanderthal telah hidup selama ratusan ribu tahun di Eropah namun tidak mampu mencipta apa-apa perkembangan budaya atau ketamadunan, malahan tidak juga dalam hal kehidupan sosial, bahasa atau lukisan. Apa yang mampu dicapai oleh Neanderthal hanyalah mencipta peralatan ringkas batu, dan wujud spekulasi samada benar atau tidak mereka adalah pereka asal, memandangkan mereka mungkin mempelajari hal ini dari Homo

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 284

 

 

 

Sapiens yang berhijrah ke Eropah. Pada masa yang sama, kita dapati dalam tempoh kurang dari enam puluh ribu tahun, penghijrah Homo sapiens telah mencapai tahap merekodkan hukum moral pada tablet tanah liat yang telah sampai kepada kita melalui bangsa Sumer. Adakah boleh kita mengabaikan hakikat wujud satu perubahan mendadak yang terjadi pada makhluk duniawi ini, yang telah menyebabkan ia bersikap dengan cara tersusun, dan bukan cara haiwani seperti di masa lalu, sehingga dia mula bercucuk tanam, berpenghasilan, mengembala binatang, pembinaan, menyusun atur kehidupan sosial, berbicara dan seterusnya, menulis? Apa yang menyebabkan manusia menjadi berkembang secara signifikan, sementara Neanderthal di Eropah tidak berkembang walaupun mereka mempunyai otak yang lebih besar?

Wujud satu rahsia yang telah menyebabkan loncatan kualitatif yang sangat jelas di dalam Homo sapiens, dan ia tidak boleh dinisbahkan kepada saiz otak semata-mata, atau sekadar mencapai atau melebihi isipadu kritikal otak. Sesetengah saintis menjelaskan perbezaan manusia dan keseluruhan haiwan yang lain berdasarkan nisbah saiz antara otak dan badan. Walaubagaimanapun, jika isunya bergantung kepada otak yang besar, maka pasti Neanderthal akan berkembang, kerana ia mempunyai purata saiz otak yang lebih besar dari manusia moden (Homo sapiens), malah pada waktu tertentu, sepuluh peratus lebih besar. Walaubagaimanapun, berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh manusia moden, Neanderthal tidak mempunyai apa-apa pencapaian.  Manusia moden telah merekodkan budaya dan kehidupan sosial mereka di Eropah, sementara Neanderthal tidak merekodkan apa-apa yang berharga. Malah, kehidupan sosial Neanderthal juga sangat ringkas. Mereka tidak mempunyai ikatan seperti manusia moden, yang mempunyai kecenderungan untuk kehidupan sosial. Oleh itu, tidak ada jalan lain melainkan mengakui sesuatu yang baru telah memasuki persamaan ini, menyebabkan kemajuan intelektual dan kebudayaan, serta kemajuan ketamadunan yang telah membuatkan manusia moden (Homo sapiens) mengambil loncatan kebudayaan dan ketamadunan, yang mana antara ciri paling terserlah yang direkodkan adalah cita-cita moral tertinggi, seperti altruisme dan keadilan.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: