Isnin, 7 Februari 2022

Bab 3.6 Penjelasan Manusia Dicipta Dalam Sebaik-baik Kejadian

 

Penciptaan Manusia dalam bentuk Sebaik-baik Kejadian, dan dia boleh kembali menjadi kera yang hina dan kepada serendah-rendah peringkat, menurut teks agama!

 

Sesetengah orang yang mendakwa mempunyai ilmu agama menggunakan ayat,

﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ﴾

[Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya] sebagai bukti bahawa teori evolusi bercanggahan dengan teks agama, kerana mereka memahami ayat itu sebagai bermaksud jasad manusia telah diciptakan dalam bentuk sekarang dari saat yang pertama. Namun jika mereka membaca ayat ini seterusnya, mungkin mereka tidak akan menjerat diri mereka dengan kesimpulan yang jahil ini. Allah SWT berfirman:

﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ *‏ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ﴾

[Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat.]

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 140

 

 

Sepatutnya mereka bertanya kepada diri mereka: jika ayat ini merujuk kepada jasad manusia, bagaimana ia akan dikembalikan ke serendah-rendah peringkat, dan apakah peringkat tersebut? Adakah mereka mempercayai bahawa jasad manusia sekarang berada di peringkat terbawah setelah sebelumnya ia berada di peringkat terbaik? Atau adakah mereka mempercayai, sebagai contoh, bahawa jasad semua Bani Adam akan berubah suatu hari nanti ke peringkat terbawah sehingga mereka menjadi mawas atau makhluk seperti mawas?

 

Hakikatnya, adalah lebih baik bagi mereka untuk tidak melibatkan diri dalam isu ini. Alangkah baiknya jika mereka mempelajari kesilapan orang-orang terdahulu.


﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ﴾

{Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya}[1]: “bentuk yang sebaik-baiknya” bukanlah bermaksud bentuk fizikal. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa manusia dicipta dalam imej Tuhan. Imej Tuhan bukanlah imej fizikal atau percontohan. Ia adalah penjelmaan / manifestasi nama-nama Tuhan. Oleh itu, maksud seorang manusia dicipta di dalam imej Tuhan adalah manusia tersebut bersifat menjelmakan nama-nama Tuhan di kalangan makhluk, seterusnya menjadi “Tuhan dikalangan makhluk”. Setiap manusia mempunyai keupayaan untuk mencapai tahap ini dengan kewujudan Roh Qudus yang menjelma dalam diri manusia. Bagaimanapun, wujud manusia yang membazirkan peluang ini dan kembali kepada sifat asal mereka atas pilihan diri sendiri:

﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾

{Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.} [2].

 

Inilah kebenarannya: Tuhan telah memberikan setiap manusia kunci besar yang dapat membuka semua pintu dan membenarkan kemanusiaan mereka. Mereka boleh membuka pintu-pintu ini satu per satu, bergerak dari satu cahaya ke cahaya yang lain, sehingga mereka bersemuka dengan cahaya yang tidak mempunyai kegelapan di dalamnya. Atau mereka boleh sahaja membuang kunci tersebut dan kembali kepada sifat haiwani mereka, lalu menjadi setaraf dengan kera, seperti disebutkan dalam Quran: {dijadikan di antara mereka sebagai kera}!

 

Tiada kezaliman wujud di sisi Tuhan. Neraka adalah alam duniawi untuk mereka yang memilihnya dan meminta keabadian di dalamnya. Hijab akan diangkat untuk mereka dan mereka akan mendapati dunia ini terbakar dengan amalan mereka, kezaliman, kerosakan dan dipenuhi dengan kala jengking hasad serta raksasa pemikian, jenayah dan realiti kebinatangan yang akan ditampakkan dengan jelas kepada mereka. Kemudian mereka akan menyeksa sesama mereka

 

____________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Tin Ayat: 4

[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Ma’idah Ayat: 60

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 141

 

 

dengan realiti jahat yang baru jelas kepada mereka. Sesiapa yang meminta keabadian duniawi akan ditunaikan permintaannya dan tinggal di situ; hanya saja hijab akan diangkat kepada mereka agar mereka tahu hakikat sebenar dunia ini:

﴿لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾

{Janganlah kamu lari dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku.}[1]

 

Tuhan itu adil dalam setiap cara. Bukan sahaja Dia itu adil, malah pemurah dan sangat menolong sehingga ke tahap yang kita tidak dapat fahami. Inilah sebabnya Dia tidak mengapa-apakan sesiapa. Hukuman paling berat hanya diberikan berdasarkan apa yang dipilih manusia, kecelakaan abadi manusia adalah hasil dari pilihan mereka sendiri. Tuhan, Maha Suci dan Tinggi Dia, berfirman:

﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَواْ مِنكُمْ في السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾

{Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui orang-orang di antara kamu yang melanggar pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".}[2]. Dia juga berfirman:

﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾

{Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.}[3] dan juga:

﴿فَلَمَّا عَتَوْاْ عَن مَّا نُهُواْ عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ

{Maka setelah mereka berlaku sombong takbur kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina.}[4].

 

Maksud ayat-ayat ini adalah mereka telah membuang kunci-kunci dari tangan mereka, seterusnya kehilangan roh kemanusiaan yang disambungkan oleh Tuhan kepada bapa mereka, Adam, (salam atasnya), serta digalakkan kepada manusia untuk memperolehi roh tersebut. Apa yang tinggal pada mereka hanyalah roh haiwan, kerana mereka telah kembali kepada asal-usul mereka: haiwan dan binatang buas yang tidak dapat memahami sebarang perkataan.

 

Jabir berkata: “Aku bertanya kepada Abu Jaafar berkenaan ilmu seorang alim, dan beliau bersabda: “Wahai Jabir, wujud 5 jenis roh pada seorang Nabi dan Wasi: Roh Qudus, Roh Iman, Roh Kehidupan, Roh Kudrat dan Roh Syahwat. Wahai Jabir, melalui Roh Qudus, mereka mengetahui tentang apa yang berada di bawah Kursi sehinggalah di bawah bumi. Wahai Jabir, empat roh ini boleh dijangkiti najis, namun tidak bagi Roh Qudus, ia tidak terlibat dalam gangguan mahupun permainan.” [5].

 

Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Iman di dalamnya, atau telah dirampas roh tersebut darinya, akan berbaki hanya tiga roh pada dirinya, atau tiga sisi roh. Tiga sisi roh ini adalah sama seperti roh haiwan, ini menjadikan tidak ada beza antara manusia (pent: yang hanya mempunyai tiga roh ini) dan kera serta khinzir. Malah, transformasi mereka adalah pengembalian kepada asal usul dan realiti mereka, asal usul yang enggan mereka tinggalkan.

 

_____________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Anbiya Ayat: 13

[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Baqarah Ayat: 65

[3] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Ma’idah Ayat: 60

[4] Al-Quran Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 166

[5] Sumber (Al-Kulaini - Al-Kafi): J 1 ms 272

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 142

 

 

Mereka memilih untuk kekal dalam keadaan tersebut. Jadi Tuhan memanggil mereka di dalam Quran, untuk kekal dalam keadaan mawas:

﴿فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قرَدَةً خَاسِئِينَ﴾.

{lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina}

وَجَعَلَ منْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَا زيرَ﴾.

{dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi.}

Tuhan Maha Berkuasa juga berfirman:

﴿أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا﴾

{Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.}[1].

 

Kita boleh fahami dari ayat-ayat yang merujuk kepada jasad manusia ini, bahawa Tuhan menyebut mereka sebagai kera, babi dan lembu. Malah, mereka lebih sesat berbanding haiwan-haiwan tersebut dari jalan kebenaran. Jika anda mahukan tafsiran {bahkan mereka lebih sesat lagi} dengan menggunakan contoh haiwan, maka boleh dikaitkan mereka dengan cacing primitif, lipas, kumbang dan kala jengking. Sebagai tambahan, evolusi juga boleh terjadi secara spiritual atau dalaman. Suatu entiti yang mempunyai jasad manusia mampu berevolusi secara spiritual dan bertambah baik sehingga ia menjadi seorang manusia yang mempunyai Roh Iman dan Roh Qudus, atau beliau boleh sahaja berdevolusi (pent: maksud berlawanan bagi evolusi) sehingga dirinya hanya mempunyai roh haiwani seperti seekor mawas, atau lebih rendah dari itu, seperti cacing, yang mana pemahamannya tidak pergi lebih dari keperluan jasadnya: keperluan untuk makanan, keperluan untuk membuang najis dan keperluan seksual. Malangnya inilah yang boleh terjadi kepada jasad manusia pada sesuatu masa.

 

Ada tiga jenis roh: kehidupan, kudrat dan syahwat. Makhluk yang mempunyai tiga roh ini adalah haiwan yang mampu hidup dalam persekitarannya secara pintar berdasarkan saiz otaknya, komposisinya serta kadar saiz otak berbanding saiz haiwan tersebut. Semua haiwan, termasuklah manusia, adalah sama dalam hal ini. Sebagai contoh, mawas mampu memilih alatan yang bersesuaian untuk memecahkan buah-buahan yang keras, memerang (berang-berang) mampu membina empangan dan burung kakak tua boleh bersifat dengan kecerdikan yang dapat dikenalpasti. Sesetengah haiwan juga mempunyai kehidupan sosial, dan kita dapati melayani sesama mereka dengan belas kasihan. Ada juga haiwan yang mempunyai sistem kemasyarakatan yang rumit, seperti lebah dan semut.

 

Hasilnya, saya percaya bahawa persoalan terkait samada benar atau tidak jasad manusia berevolusi dari hominin, dan samada kenyataan ini bercanggahan dengan teks keagamaan, adalah sebuah persoalan yang sangat penting. Ia layak

 

_____________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Furqan Ayat: 44

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 143

 

 

dikaji dan diteliti oleh individu itu sendiri untuk mengetahui kebenaran.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

 

Tiada ulasan: