Rabu, 23 Februari 2022

4.21 Keseimbangan Hukum Dalam Pemilihan

 4.21 Keseimbangan Hukum Dalam Pemilihan

 

Keseimbangan Hukum Dalam Pemilihan

 

Sememangnya, kewujudan sistem yang seimbang jelas menunjukkan satu kewujudan yang mahukan ketersusunan tersebut. Ini kerana, keseimbangan pada titik kritikal bukanlah perkara ringan. Sebaliknya ia adalah sistem tepat yang sangat penting, kerap digunakan oleh pereka dalam sistem kejuruteraan. [1]  Apabila perkara ini kita temui, ia menunjukkan kewujudan penyusun atur di sebalik tabir, kerana pastinya ia tidak akan datang dari kerambangan dan tidak tersusun; dan seseorang yang tidak punya apa-apa tidak dapat memberi. Kami mendapati sistem evolusi disusun dengan cara yang dapat memberikan kestabilan ini, yang sangat penting pada waktu tertentu. Sebagai contoh, proses pemilihan adalah hasil dari keseimbangan antara pemilihan seksual dan pemilihan semulajadi berdasarkan keadaan persekitaran. Kadang kala pemilihan seksual membawa kepada perkembangan atau pewarnaan bahagian tertentu, seperti ekor burung Whydah atau burung merak. Jika ini dibiarkan semata-mata kepada pemilihan seksual, pertambahan pada bahagian-bahagian ini tidak akan berhenti selagi mutasi genetik dan variasi terus menyediakannya, dan selama mana si betina menyukai pertambahan panjang ekor tersebut yang memberikan jantan dengan ekor panjang kelebihan dalam mewariskan

 

_________________

[1] Sama halnya dengan termostat yang mengawal suhu pada darjah tertentu, jika suhu meningkat, ia akan mengaktifkan sistem penyejukannya, dan jika suhu menurun, ia akan mengaktifkan sistem pemanasannya. Dengan cara ini, termostat itu sentiasa bekerja untuk mengekalkan suhu stabil yang bersesuaian dengan produk tersebut. Sebuah lagi contoh yang boleh diberikan adalah proses penapaian industri, khususnya kehidupan organisme yang hidup dalam persekitaran tersebut.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 257

 

 

gennya. Namun apabila pertambahan akibat pemilihan seksual ini mencapai suatu tahap, dan panjang ekor tersebut menjadi penghalang kepada mendapatkan makanan, atau melarikan diri dari pemangsa, maka kesan buruk dari pemanjangan tersebut telah menjadi terlalu buruk, menyebabkan kematian organisme berdasarkan pemilihan semulajadi persekitaran. Pada ketika itulah pemilihan semulajadi menolak ke arah bertentangan, dan pada titik tertentu, keseimbangan akan tercapai, dan evolusi terhenti di situ – dalam keadaan keseimbangan.

Jika tidak kerana pemilihan seksual, evolusi pada arah ini tidak akan terjadi. Malah, jika tidak kerana pemilihan semulajadi, keseimbangan pada titik ideal tidak akan terjadi. Dengan kata lain, di sini, sistem evolusi bekerja seolah-olah sebagai sistem kejuruteraan yang mengandungi injap keselamatan, yang digunakan oleh para jurutera untuk menentukan jumlah tekanan atau haba yang dibenarkan. Apabila tekanan atau suhu mencapai tahap pra-tetap, injap akan menutup jalan keluar dan tidak membenarkan tekanan atau haba untuk terus bertambah. Jika tidak kerana injap ini, sistem, enjin atau kilang pasti akan meletup.

Kita perlu mengambil tahu akan satu perkara penting: walaupun kita mampu untuk memberikan sebuah penjelasan saintifik untuk sebarang peristiwa dalam persekitaran tertentu, itu tidak bermakna medium ini tidak bersifat patuh-hukum, atau ia adalah rambang dan tidak bermatlamat, tanpa sebarang penyebab luaran. Point yang penting adalah, sehingga ke tahap tertentu, kita mampu untuk mengenali dan memahami pelan patuh-hukum yang dioperasikan oleh persekitaran ini.

 

 

 


Rajah 15: Gambar menunjukkan Howida jantan, menunjukkan panjang ekornya kepada salah seekor daripada Howida betina.

 

Sumber: [1] Wilkinsons World

 

____________________

[1] Tersedia pada: http://www.wilkinsonsworld.com/2012/02/bird-of-the-week-week-112-pin-tailed-whydah/

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: