Rabu, 9 Februari 2022

Bab 3.11 Skriptur Agama Yang Sahih Tidak Bercanggahan Dengan Teori Evolusi

 

Skriptur Agama Yang Sahih[1] Tidak Bercanggahan Dengan Teori Evolusi

 


Teori evolusi adalah teori saintifik yang didukung oleh banyak bukti-bukti saintifik, termasuklah bukti genetik yang tidak akan ditolak oleh mana-mana orang rasional yang memahami ilmu tersebut.  Hasilnya, tiada lagi ruang perdebatan berkenaan kesahihan teori evolusi, malah ia hanya didebatkan oleh mereka yang tidak memahami teori evolusi.

Malangnya, orang-orang seperti ini ramai sekali bilangannya. Saya percaya Dawkins, seperti yang beliau sendiri sebutkan,[2] dan ahli biologi evolusi yang lain, merasa senang apabila agamawan berkeras mengatakan teori evolusi itu tidak bersesuaian dengan agama. Ini kerana, sebagai ahli biologi evolusi, mereka sebenarnya sangat mampu untuk membuktikan kesahihan teori ini tanpa sebarang keraguan. Oleh itu, apabila seseorang mengatakan agama dan evolusi bercanggahan antara satu sama lain, ini bermakna wujud kecacatan di dalam agama, kerana agamawan mengakui dan berkeras bahawa agama menyanggahi teori ini yang sudah terbukti sahih dengan pembuktian saintifik.

 

Malah, tiada siapa boleh mendakwa sebuah skriptur agama yang bersifat syubhah dan tidak sahih sebagai bercanggahan

 

_______________________

[1] Kata-kata kita sentiasa dalam nash agama yang teguh. Teks-teks riwayat yang bercanggah dengan fakta saintifik samada terbuka kepada tafsiran dan kemudian ditafsir mengikut apa yang sesuai dengan fakta saintifik, atau ia tidak sahih.

[2] Kata Dr. Dawkins: (Saya suka idea bahawa orang mengajar di gereja bahawa evolusi tidak sesuai dengan agama kerana kita pasti dapat membuktikan bahawa evolusi adalah nyata.)

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 157

 

 

dengan teori evolusi serta menganggap dalil-dalil tersebut sebagai bukti kebatilannya. Ini adalah kejahilan yang mutlak. Sesiapa yang berhasrat untuk membatalkan teori evolusi secara saintifik haruslah memberikan bukti-bukti saintifik yang membatalkannya.

Mereka juga perlu memberi jawaban balas kepada sejumlah besar bukti yang mendukung teori evolusi. Di samping itu, sesiapa yang berhasrat membuktikan teori evolusi bercanggahan skriptur agama perlu memberikan teks agama yang sahih, bukan teks yang masih terbuka kepada penafsiran untuk menyanggah teori evolusi. Namun sudah tentu, mereka harus membuktikan teori ini tidak sahih dari sisi sains terlebih dahulu, kemudian mempersembahkan teori saintifik alternatif dan bukti yang mendukungnya. Pastinya, ini tidak mungkin boleh dilakukan, kerana evolusi adalah fakta saintifik yang sudah diterima, dan mereka yang menafikannya adalah orang yang degil dan jahil semata-mata.

Sebab kedegilan mereka, selain dari kejahilan, adalah mungkin kerana campur tangan berganda idiologi ateisme dan agama ke dalam urusan saintifik. Ateis membayangkan bahawa membuktikan evolusi sebagai membuktikan ideologi mereka, sementara para pengikut agama membayangkan pembuktian evolusi sebagai membatalkan ideologi mereka.

 

Idea-idea luar biasa ini tidak benar sama sekali. Kami telah membuktikan dan akan terus membuktikan bahawa evolusi adalah bukti untuk agama dan kewujudan Tuhan. Hakikatnya, idea bahawa ateisme dan evolusi tidak dapat dipisahkan adalah tidak tepat dan khayalan (waham) semata-mata, maka harus ditinggalkan. Walaupun setiap bahagian teori evolusi dan abiogenesis itu adalah benar, ia masih tidak bercanggahan dengan skriptur agama.

Mari kita andaikan senario bahawa asid amino telah terbentuk melalui peraturan alami yang terpakai untuk tempoh masa tertentu bumi, dan telah terkumpul dengan cara yang betul untuk membentuk replikator / pengganda atau sebuah pelan genetik, kemudian mengambil langkah yang tepat untuk membentuk sel berkembang sendiri yang pertama, dan selepas itu, proses evolusi genetik, mutasi genetik dan pemilihan / seleksi telah terjadi selama berbilion tahun sehingga bumi mencapai peringkat kewujudan makhluk yang mempunyai jasad manusia. Penerangan seperti ini berkenaan kewujudan manusia masih tidak bercanggah dengan skriptur agama dengan cara yang tidak dapat disesuaikan dengan biologi serta apa yang ia ajarkan tentang kemunculan dan evolusi kehidupan di bumi seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Entiti yang diciptakan dari tanah yang diangkat di Langit Pertama adalah jiwa Adam, seperti yang dijelaskan oleh teks agama. Maka tiada masalah dengan sebuah jasad khusus yang berevolusi secara beransur-ansur di bumi dan jiwa yang disambungkan dengan jasad tersebut.

 

Begitu juga dalam kes sel yang muncul dari benda bukan hidup, ia tidak mempunyai sebarang konflik dengan skriptur agama. Penciptaan sel ini bukanlah proses penciptaan dari ketiadaan, melainkan ia adalah sebuah proses sintesis dari jirim, daya dan tenaga yang telah dicipta oleh rantaian penyebab lalu kembali kepada penyebab yang asal, iaitu Tuhan. Perkara ini akan dijelaskan lagi apabila kita membincangkan tentang Teori Big Bang.

 

Sebagai tambahan, pelan genetik adalah bersifat mengikut suatu perundangan (tersusun) dan oleh itu ia memberi isyarat kewujudan sang pencipta perundangan (penyusun). Bukan sahaja ia tidak bercanggahan dengan teks agama, malah ia sebenarnya membuktikan kewujudan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 158

 

 

Tuhan. Saya akan jelaskan perkara ini dengan lebih terperinci. InsyaAllah.

 

Kesimpulannya, skriptur agama semata-mata tidak mempunyai sebarang konflik dengan teori-teori abiogenesis dan evolusi. Oleh itu agama tidak boleh dinafikan atas alasan Tuhan dan agama menerangkan kewujudan manusia dalam cara yang bercanggahan dengan biologi, rekod fosil serta analisis genetik dan Fosil. Kami telah menerangkan dengan jelas bahawa konflik ini tidak wujud sama sekali.

Apa yang pasti, kita boleh menyebutkan bahawa sains bercanggahan dengan pendapat mereka yang mentafsir skriptur agama, termasuklah Sunni dan Syiah, Kristian dan Yahudi. Penghujahan ateis harus ditujukan kepada mereka, bukan kepada agama Tuhan secara umumnya ataupun skriptur agama yang sahih. Merekalah yang harus menerima akibat atas pendapat mereka sendiri. Golongan skeptik dan ateis tidak boleh memaksakan pendapat para agamawan tersebut ke atas agama Tuhan atau skriptur agama. Ini adalah pembohongan yang besar dan penipuan yang dilakukan oleh ateis atau mereka yang skeptikal terhadap kewujudan Tuhan ke atas diri mereka sendiri, iaitu agama Tuhan dan skriptur agama adalah sama dengan pendapat para agamawan tersebut. Jika para ateis ingin terus hidup dalam pembohongan ini, dan terus menipu diri mereka sendiri dengan khayalan kemenangan ateisme ke atas agama, maka itu adalah urusan mereka. Bagaimanapun saya percaya, dengan cara mereka, tidak ada bezanya dengan penipuan orang-orang agama yang dikritik oleh mereka.

 

Teks-teks agama bukan sahaja tidak bercanggah dengan biologi dan sains moden, malah ia juga menyebutkan kewujudan hidupan yang mempunyai kesedaran di muka bumi, sesetengah darinya kita kenali hari ini melalui fosil-fosil hominin seperti beberapa spesis Homo erectus dan Homo sapiens, serta Neanderthal. Skriptur ini telah menyatakan kewujudan hominin sebelum manusia dan sesetengah dari mereka adalah makhluk yang rasional dan mempunyai kesedaran namun kurang dari manusia.

 

Dari Muhammad bin Ali Al-Baqir (as) bersabda: “Sejak penciptaan bumi, Tuhan telah mencipta tujuh keserupaan manusia yang bukan dari keturunan Adam. Dia menciptakan mereka dari tanah bumi dan menjadikan mereka tinggal di atasnya, saling bersilih ganti, setiap masa dengan kalangan masing-masing. Setelah itu, Tuhan telah menciptakan bapa umat manusia ini, dan menciptakan keturunannya darinya.”[1]

Riwayat agama ini dan riwayat yang lain menunjukkan bahawa hidupan yang mempunyai kesedaran dan kecerdikan telah berevolusi di bumi. Dalam riwayat ini, telah ditunjukkan bahawa wujud tujuh generasi keserupaan manusia yang punya kesedaran dan kecerdikan. Jiwa mereka berlainan dengan jiwa Adam, dan bukan juga dari keturunan Adam. Mereka mendahului Adam

 

________________________

[1] Sumber (Al-Shaduq - Al-Khishal): ms 359, dan begitu juga dalam (Al-‘Iyasyi - Tafsir Al-‘Iyasyi) Jilid 2, Halaman 238

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 159

 

 

(as) di bumi ini.

 

Dari Abi Ja’far Muhammad bin Ali bin Al-Hussein, dari bapanya, dari bapa-bapanya (as) dari Amir Al-Mukminin, Ali (as) bersabda: “Tuhan mahu menciptakan makhluk dengan tanganNya 7,000 tahun setelah Jin dan Nisnas wujud di bumi. Dia mahu mencipta Adam….. Aku mahu mencipta suatu makhluk dengan tanganKu, dan aku mahu menjadikan dari keturunannya para Nabi, Rasul, Hamba Soleh dan Pemimpin yang diberi petunjuk, serta menjadikan mereka semua khalifah di kalangan makhlukKu di bumi, yang melarang para makhluk mengingkariKu, memberi amaran akan hukumanKu, menunjukkan ke arah ketaatan padaKu dan menunjukkan jalan kepadaKu. Akan Ku jadikan mereka HujjahKu ke atas yang lain, dan Aku akan hapuskan Nisnas dari muka bumi.” [1]

 

Riwayat agama ini jelas menunjukkan kewujudan hominin di bumi sebelum Adam (as). Jelas juga kepada kita, tujuh ribu tahun yang disebutkan di atas bukanlah unit ukuran yang biasa kepada kita hari ini. Kita boleh membayangkan beberapa unit ukuran masa yang berbeza kerana ia diukur dalam dimensi lain di luar alam semesta tempat kita hidup ini.

 

________________________

[1] Sumber (Al-Qumi 1983 Jilid 1, Halaman 36)

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: