Selasa, 22 Februari 2022

4.17 Jalan Evolusi Yang Bebas Mencapai Keputusan Sama

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 244

 

Jalan Evolusi Yang Bebas Mencapai Keputusan Yang Sama

 

Terdapat banyak jenis haiwan yang jauh berbeza dari satu sama lain telah mencapai mekanisme yang maju, atau ‘peralatan’ yang canggih, seperti mata dan sonar. Evolusi mereka bermula dari titik permulaan atau garis evolusi yang bebas-berbeza, namun mencapai keputusan yang sama. Ekolokasi wujud pada kelawar, burung minyak (Steatornis caripensis) yang membina sarang mereka dalam gua yang separa gelap, dan paus serta dolfin yang tinggal di dalam air. Walaupun mereka adalah haiwan yang berlainan jenis dengan habitat yang berbeza, mereka mencapai hasil yang sama. Samada medium penghantaran gelombang itu adalah udara (seperti pada kelawar), atau air (seperti ikan paus), atau samada gelombang itu adalah ultrasound seperti kelawar, dan gelombang bunyi yang boleh didengari seperti burung minyak, hasil yang dicapai oleh mereka adalah sama: keupayaan untuk menggunakan gelombang untuk menentukan lokasi.

Begitu juga dengan mata sotong, kelihatannya sama dengan mata kita, namun dari segi anatominya, jauh berbeza. “Wayar” yang menyambung selfoto kepada otak pada badan kita bersambungan melalui permukaan retina untuk membentuk sebuah rangkaian yang menyekat cahaya pada kadar tertentu. Sebaliknya dalam mata sotong, wayar yang keluar dari selfoto tidak mengacu kehadapan dan melangkaui retina, serta menyekat cahaya. Ini menunjukkan penglihatan adalah sebahagian dari matlamat evolusi, dengan mempertimbangkan beberapa jalan evolusi yang berbeza sepenuhnya dengan titik permulaan yang saling berbeza, mencapai hasil yang sama pada akhir evolusi, iaitu era kita sekarang. Malah Dawkins sendiri mengesahkan hakikat ini, namun beliau tidak sedar, dengan membuktikan perkara ini, beliau telah membuktikan evolusi itu bermatlamat.

 

“Adalah sangat tidak mungkin untuk menjalani laluan evolusi yang sama sebanyak dua kali. Dan adalah tidak mungkin juga, atas dasar statistik yang sama, untuk dua garis evolusi bergabung pada titik akhir yang sama, dari titik mula yang berbeza.

Inilah bukti yang sangat kukuh akan kekuasaan pemilihan semulajadi, sehingga banyak contoh-contoh akan perkara ini terjadi dalam alam semulajadi yang sebenar, di mana garis evolusi yang berlainan telah bergabung, dari titik mula yang sangat berbeza, pada apa yang kelihatan sebagai titik akhir yang sangat sama. Apabila kita melihat dengan teliti, kita akan mendapati – yang mana adalah sangat membimbangkan jika kita tidak menyedarinya – penggabungan ini tidak bersifat menyeluruh. Garis evolusi yang saling bebas telah mengkhianati” asal usul mereka yang berbeza dalam pelbagai titik perincian. Sebagai contoh, mata sotong

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 245

 

 

adalah sangat sama dengan kita, namun sambungan dari selfoto (sel cahaya) mereka tidak mengacu ke arah cahaya, seperti mata kita. Mata sotong, dalam kes ini, direka dengan lebih ‘waras’. Ia telah sampai kepada titik akhir yang sama, dari titik mula yang berbeza. Dan hakikatnya telah dikhianati dengan perincian seperti ini.”[1] 

 

Oleh itu, evolusi bahagian badan seperti mata, telah mencapai suatu matlamat, walaupun melalui dua titik mula dan jalan evolusi yang berbeza. Dawkins telah menyatakan kehairanan beliau dengan keputusan ini:

 

“Inilah bukti yang sangat kukuh akan kekuasaan pemilihan semulajadi”

 

Sememangnya Dawkins mendapati pencapaian hasil yang sama walaupun wujud perbezaan titik mula dan laluan evolusi sebagai sangat menghairankan berkenaan dengannya, namun beliau masih enggan untuk mengakui penggabungan ini adalah hasil dari matlamat evolusi yang jelas, kerana jika beliau mengakui kewujudan matlamat, maka beliau harus mengakui Tuhan itu wujud. Ini adalah kesimpulan yang beliau tidak mahu akui, walaupun ia sangat jelas.

 

“Terdapat sekurang-kurangnya dua kumpulan kelawar, paus bergigi, dan mungkin beberapa jenis mamalia pada tahap tertentu, semuanya telah bergabung secara bebas pada teknologi sonar, pada suatu waktu beberapa ratus juta tahun yang lepas. Kita tidak tahu, mungkin beberapa haiwan yang kini telah pupus, seperti pterodactyls mungkin, juga telah mengevolusikan teknologi tersebut secara bebas.”[2] 

 

“Landak Afrika telah lama dipercayai sebagai berkait rapat dengan Landak Amerika, namun sekarang, kedua landak ini didapati telah mengevolusikan bulu berduri mereka dengan cara berbeza. Mungkin bulu berduri ini berguna kepada kedua landak ini untuk sebab yang sama di dua benua ini. Yakinkah kita bahawa generasi taxonomis tidak akan menukar fikiran mereka sekali lagi? Apa keyakinan yang boleh kita letakkan pada taxonomi, jika penggabungan evolusi adalah pemalsu yang cekap dalam keserupaan yang menipu?” [3] 

 

____________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 137

[2] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 140

[3] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 358

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 246

 

 

Dr. Dawkins melihat fakta-fakta ini sebagai bukti kekuasaan pemilihan semulajadi, namun malangnya, beliau tidak melihat petunjuk yang lebih kuat iaitu – walaupun perbezaan pada titik mula dan persekitaran mereka – hasil (matlamat) yang sama masih dicapai, kerana evolusi itu bermatlamat!

Adakah mungkin untuk seorang yang rasional untuk melihat berbagai objek membawa maklumat berkenaan gerakan mereka, dan bergerak di laluan yang akan menyebabkan mereka untuk bergabung pada satu titik tunggal, dan kemudian mereka mengatakan objek-objek ini tidak bermatlamat dan maklumat yang memberi petunjuk kepada pergerakan mereka adalah rambang, tidak patuh-hukum dan tidak bermatlamat?

Tanyalah diri kita: jika pergerakan mutasi atau perubahan genetik adalah rambang sepenuhnya dan tidak mengikuti sesuatu hukum untuk mencapai suatu matlamat, dan jika proses pemilihan tidak bertujuan untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka panjang, maka bagaimana maklumat ini menyebabkan semuanya mencapai titik yang sama setelah mereka menamatkan jalan evolusi mereka?

 

 

 


   Rajah 12: Menunjukkan perbezaan antara mata manusia dan sotong

 

Sumber [1]: Ogura dan al., Analisis perbandingan ekspresi gen untuk evolusi konvergen mata kamera antara sotong dan manusia


_________________

1. Sumber:

Ogura, A., Ikeo, K., & Gojobori, T. (2004). Analisis perbandingan ekspresi gen untuk evolusi konvergen kamera mata antara sotong dan manusia. Penyelidikan genom, 14(8), 1555-1561. Boleh didapati di:

http://genome.cshlp.org/content/14/8/1555/F1.expansion.html

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: