Khamis, 17 Februari 2022

4.03 Mesin Kecerdikan

 

Mesin Kecerdikan (Mesin Kecerdasan)



Saya telah menyebutkan sebelum ini bahawa matlamat evolusi adalah untuk menghasilkan mesin kecerdikan, kerana ia adalah kaedah kelangsungan hidup

 

 



Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 197

 

 

yang terbaik dalam persaingan sengit antara gen untuk terus hidup. Walaupun kewujudan tujuh bilion manusia di bumi hari ini adalah lebih dari mencukupi untuk membuktikan fakta ini, saya masih akan mendiskusikan tajuk ini secara ringkas untuk penjelasan lanjut.

Jika kita andaikan mutasi genetik itu sememangnya bersifat rambang (rawak) dari awal lagi, ia pasti akan memberikan gen yang sesuai untuk pembinaan mesin kecerdikan (alat kecerdasan). Sebutan mesin kecerdikan bukan semata-mata bermakna otak moden yang dimiliki oleh manusia dan haiwan, malah ia juga melibatkan apa sahaja yang boleh kita bayangkan sebagai permulaan untuk otak, contohnya sel saraf tunggal.

Sememangnya, organisme yang memiliki kecerdikan pasti akan terpilih dalam persaingan serta mempunyai peluang survival (kelangsungan hidup) yang lebih tinggi. Jika organisme yang mempunyai mesin kecerdasan bersaing sesama sendiri, organisme yang mempunyai lebih kecerdikan akan memenangi perlumbaan survival bagi yang terkuat. Kemunculan mesin kecerdasan adalah tidak dapat dielakkan dalam evolusi, begitu juga dengan penambahbaikannya sedikit demi sedikit. Oleh itu, kita dapat katakan bahawa ia adalah matlamat yang pasti bagi evolusi. Ringkasnya, evolusi sentiasa akan mendapatkan kecerdikan (mencapai kecerdasan). 

Ingin saya tekankan bahawa saya tidak mengatakan keputusan untuk sebarang persaingan antara individual mahupun spesis akan sentiasa memenangkan individu yang cerdik. Namun apa yang saya katakan adalah gen untuk membina mesin kecerdasan adalah yang terpilih dalam persaingan, dan pastinya merupakan pemenang dalam perlumbaan.

Oleh itu, berdasarkan sifat dan keadaan konfrontasi, individu yang lebih cerdik atau yang mempunyai mesin kecerdasan yang lebih baik, kadang-kala boleh kalah kepada individu yang kurang cerdik, iaitu yang mempunyai mesin kecerdikan yang lebih lemah, atau tidak mempunyai mesin kecerdikan langsung.

Spesis yang mempunyai mesin kecerdikan yang lebih baik mungkin akan kalah disebabkan oleh sifat dan keadaan konfrontasi kepada spesis yang mempunyai mesin kecerdikan yang lemah dalam persaingan untuk survival.

Namun begitu, apabila gen untuk pembinaan mesin kecerdikan dan menyatukannya ke dalam genome yang membina organisma hidup telah wujud, ia tidak boleh kalah dalam persaingan kepada gen lain, dan ia tidak boleh dibuang dari genome yang membina organisme. Sebaliknya, ia akan berkembang maju dengan kadar yang semakin pantas. Ini kerana wujud perbezaan yang ketara antara gen ini dan gen lain dalam persaingan untuk terus hidup, berkembang dan berada di hadapan.

Persaingan antara gen tidak terhad hanya untuk survival. Malah, persaingan turut wujud antara mereka untuk kekal di hadapan di dalam genome yang membina badan-badan organisme. Gen-gen ini akan berusaha untuk menjadi bilangan yang paling banyak, walaupun persaingan ini tidak terjadi dalam keadaan yang kita sedari. Apa pun, ia masih menuruti undang-undang umum evolusi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: