Ahad, 13 Februari 2022

Bab 3.18 Kajian Inses Pendapat Agamawan Syiah

 

Kajian Sumbang Mahram Pendapat Agamawan Syiah

 

Sebahagian ulama Syiah telah mengikuti jejak langkah ulama Al-Sunnah. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan menyatakan umat manusia adalah hasil dari perkahwinan sumbang mahram. Saya akan kongsikan beberapa kenyataan mereka:

 

Di dalam Tafsir Al-Mizan, oleh Muhammad Husain Al-Thabathaba’i berkata:

 

“Berkenaan penciptaan generasi kedua manusia: 

 

Generasi manusia yang pertama, Adam dan Hawa, membiak melalui persetubuhan. Hawa melahirkan anak lelaki dan perempuan. Adakah keturunan mereka terhasil melalui persetubuhan sumbang mahram, atau melalui jalan yang lain? Berikut adalah lafaz zahir firman Allah Taala: “...dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak." (Al-Nisa’:1), berdasarkan ayat di atas, kewujudan keturunan manusia sememangnya kembali kepada Adam dan isterinya, tanpa ada lelaki atau wanita lain bersama mereka. Al-Quran hanya menyebutkan mereka sahaja yang membiak. Jika ada mereka yang lain turut membiak, maka akan disebutkan “...dan juga yang membiakkan dari keduanya dan dari yang lain..." atau menyebutnya dengan susunan perkataan yang lain. Maka dengan menghadkan konsep keturunan pada Adam dan isterinya memerlukan anak-anak lelaki mereka berkahwin dengan anak-anak perempuan mereka.

 

Hukum Islam menetapkan sumbang mahram sebagai haram, seperti yang disebutkan di dalam teks agama. Bagaimanapun, ia

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 172

 

 

adalah hukum untuk kebaikan manusia dan demi mengelakkan dari mudarat. Hukum ini bukanlah bersifat tetap dan tidak dapat diubah. Ia berada di tangan Allah Yang Maha Suci, Dia berbuat apa yang dikehendakiNya, dan Dia berhukum dengan apa yang dikehendakiNya. Oleh itu, mungkin sahaja Dia membenarkan sumbang mahram untuk sehari kerana keperluan, dan mengharamkan perkara ini pada kemudiannya apabila tidak lagi diperlukan, agar dapat mengelakkan tersebarnya perbuatan keji di dalam masyarakat.”[1]

 

Al-Tabatabai merumuskan bahawa manusia adalah hasil dari sumbang mahram antara anak-anak lelaki dan perempuan Adam (as), dengan menggunakan makna zahir firman Allah Taala, ...dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak ", kerana ayat ini tidak menyebutkan sebarang asal usul untuk keturunan selain dari Adam dan Hawa!

 

Hakikatnya, ayat ini bercakap secara zahir berkenaan jiwa-jiwa (diri-diri) di Langit Pertama, atau syurga di mana Adam (as) diciptakan. Oleh itu, jika kita ingin mengatakan ayat ini menghadkan keturunan hanya kepada Adam dan Hawa, maka ia masih merujuk kepada jiwa mereka. Ayat ini jelas menunjukkan jiwa Hawa diciptakan dari jiwa Adam (as). Penciptaan ini bermakna, jiwa Hawa adalah belahan dari jiwa Adam (as), bukan bermaksud Hawa diciptakan dari bahagian badan Adam (as) seperti yang disebutkan dalam Perjanjian Lama dan seperti yang dipercayai oleh sebahagian ulama Al-Sunnah.

 

Penciptaan Adam duniawi (as) atau penurunannya ke bumi, terjadi selepas penciptaan jiwanya (nafsnya).

 

Maka jiwa (nafs) Adam (as) telah diciptakan di syurga dari unsur tanah yang diangkat, yang kemudiannya ditiupkan roh ke dalamnya.

 

Setelah itu, jiwa (nafs) Hawa (as) diciptakan dari jiwa Adam (as).

 

Seterusnya, keseluruhan jiwa-jiwa (nafs- nafs) Bani Adam (as) telah diciptakan dari kedua mereka, termasuklah jiwa isteri kepada anak-anak lelaki Adam,

 

Inilah yang jelas ditunjukkan oleh ayat tersebut. Firman Allah (S):

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا﴾ 

{Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripada itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan  kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.} [2]

 

 

Secara umumnya, makna zahir dari ayat ini tidak dapat digunakan sebagai bukti bahawa umat manusia adalah terhasil dari perkahwinan antara saudara lelaki dan wanita (sumbang

 

________________________

[1] Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan): J 4, ms 144-145

[2] Al-Qur’an Al-Al-Karim Surah An-Nisa; Ayat 1

 


Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 173

 

 

Mahram), seperti yang didakwa oleh mereka. Kepada mereka yang tidak menerima apa yang telah saya bentangkan - walaupun ia sangat jelas - berkenaan makna ayat ini dan bagaimana ia merujuk kepada Al-Anfus (jiwa-jiwa): (yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripada itu pasangannya), Ia juga perlu mematuhi dengan apa yang kami bentangkan adalah dari aspek memahami makna zahirnya, dan dengan itu makna zahirnya telah menjadi mutasyabih (samar) padanya, dan mereka tidak boleh mengambilnya sebagai asas aqidah, kerana aqidah tidak boleh diambil dari yang mutasyabih.

 

Sebagai tambahan, kami akan menyebutkan kenyataan dari seorang lagi ulama Syiah, Nasir Makarim Shirazi:

 

“Bagaimana terjadinya perkahwinan anak-anak Adam?

 

Firman Allah SWT: {...dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai}. Apa yang kita pelajari dari ayat ini adalah tersebar dan bertambahnya bilangan manusia dari keturunan Adam hanyalah dari Adam dan Hawa, tanpa sebarang entiti ketiga.

 

Dengan kata lain, kewujudan keturunan manusia dinisbahkan kepada Adam dan isterinya, tanpa sebarang lelaki atau wanita lain yang berkongsi nasab itu bersama mereka.

 

Ini menunjukkan anak-anak lelaki dan perempuan Adam berkahwin sesama mereka sendiri, kerana jika nasab manusia bertambah bilangannya dengan mengahwini individu selain mereka, maka sebutan Allah [dari keduanya] menjadi tidak tepat. Perkara ini telah turut dibincangkan dalam beberapa hadits. Tiada apa yang menghairankan. Mengikut kesimpulan yang didapati dari riwayat para Imam Ahlul Bait (as), perkahwinan ini dibenarkan kerana masih tiada hukum pengharaman seorang lelaki mengahwini saudara perempuannya.

 

Perkara ini jelas menunjukkan sesuatu itu hanya haram jika Allah SWT mengharamkannya. Oleh itu, tiada masalah jika Allah membenarkan sesuatu pada suatu masa disebabkan oleh keperluan yang mendesak serta manfaat yang khusus, dan kemudiannya mengharamkannya pada masa yang lain.

 

Bagaimanapun, telah disebutkan dalam hadits-hadits lain, bahawa anak-anak lelaki Adam tidak mengahwini saudara perempuan mereka, dan hadits tersebut telah meyakinkan mereka yang berpegang kepada pendapat dan kepercayaan ini.

 

Dan jika terdapat hadits-hadits yang bercanggah antara satu sama lain, kita terpaksa mengutamakan yang selari dengan makna zahir Al-Quran, maka kita perlu memilih kumpulan pertama, kerana ia bersetuju dengan makna zahir dari ayat ini. seperti yang diketahui sebelum ini.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 174

 

 

Wujud satu lagi kemungkinan di sini: Anak-anak Adam berkahwin dengan manusia lain yang mendahului Adam dan keturunannya. Kerana Adam - menurut beberapa riwayat – bukanlah manusia pertama yang mendiami bumi.

 

Kajian dan siasatan saintifik menunjukkan manusia telah wujud di bumi untuk suatu tempoh yang sangat lama, sementara ‘Adam’ muncul di bumi tidak lama dahulu. Oleh itu, adalah perlu untuk menerima teori yang mengatakan: bahawa manusia lain hidup di bumi sebelum Adam dengan membandingkan ketiadaan sisa terakhir mereka dengan kemunculan Adam kita, jadi apakah yang menghalang "anak-anak Adam" daripada mengahwini sisa-sisa yang terdahulu. spesies manusia, yang berada di penghujung kepupusannya?

                      

Bagaimanapun, kemungkinan ini bercanggahan dengan makna yang zahir dari ayat ini (dan penyelidikan ini memerlukan lebih banyak kajian lanjut, di mana skop perbincangan di sini tidak dapat menampungnya).[1]

 

Mereka mengatakan sebuah koleksi riwayat keagamaan mengatakan bahawa manusia adalah produk sumbang mahram. Mereka memberatkan riwayat agama yang mendukung sumbang mahram kerana mereka membayangkan ia selari dengan makna zahir Al-Quran. Mereka menyangka ayat tersebut merujuk kepada jasad Adam, dan merujuk secara khusus kepada Adam dan Hawa sahaja. Sebaliknya, dari makna zahir, ia dengan jelas menyebutkan tentang nafs (jiwa) bukannya jasad, apabila ia mengatakan:

﴿خَلَقَكُم مِن نَّفْسٍ وَاحدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا﴾

[yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripadanya pasangannya]. Dalam masa yang sama, mereka sering terlepas pandang, samada sengaja atau tidak, bahawa riwayat yang mereka ikuti lebih bersetuju dengan kepercayaan para penentang keturunan Muhammad (as). Kebanyakan riwayat Ahlulbait (as) yang bersetuju dengan para penentangnya adalah riwayat yang dikeluarkan atas dasar taqiyah dan terdapat peraturan rasional dalam perselisihan mereka. Yang pertama ialah penolakan terhadap riwayat yang meperkatakan sumbang mahram; kerana ia selari dengan penentang keluarga Muhammad (as) dan bersetuju (selari) dengan Yahudi dan Kristian, kerana mereka adalah memegang ideologi yang salah. Di zaman yang penuh dengan perselisihan ini, petunjuk terletak pada pendapat yang berlawanan dengan mereka. Oleh itu, riwayat yang menafikan sumbang mahram sepatutnya diterima.

 

Sebagai tambahan, saya dapati Al-Tabataba’i membuktikannya di dalam Tafsirnya Al-Mizan adalah riwayat dari Al-Ihtijaj:

 

“Di dalam Al-Ihtijaj, dari Al-Sajjad (as) dalam percakapannya dengan seorang lelaki Quraisy tentang perkahwinan Habil dengan Loza, adik perempuan Qabil dan perkahwinan Qabil dengan Aqlima, saudara perempuan Habil. Beliau ditanya oleh lelaki Quraisy itu: Adakah kedua mereka mempunyai anak, dan beliau menjawab: "Ya". Kemudian ditanya oleh lelaki Quraisy itu: "Ini adalah apa yang dilakukan oleh golongan Majusi." Beliau (as) menjawab: "Mereka melakukannya setelah Allah mengharamkannya. Jangan menyembunyikan perkara ini kerana ia adalah sebahagian dari syariat Allah yang berlaku,. Bukankah Allah telah menciptakan isteri Adam dari dirinya, kemudian Allah menghalalkan Adam sebagai isterinya? Ia adalah sebahagian dari syariat di zaman mereka kemudian

 

________________________

. 1. Sumber (Shirazi - Tafsir Al-Amtsal): J 3, ms 82

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 175

 

 

Allah mengharamkannya selepas itu. Al-Hadits.

 

Saya katakan: Apa yang disebutkan di dalam hadits ini selari dengan makna zahir Al-Kitab dan pertimbangannya. Bagaimanapun, terdapat riwayat-riwayat lain yang menafikan perkara ini, dengan menyebutkan bahawa anak-anak Adam mengahwini wanita syurga dan Jin yang diturunkan kepada mereka. Saya menerima kebenarannya berkenaan perkara ini.” [1]

 

Jika kita perhatikan dengan teliti pada riwayat Al-Ihtijaj ini, kita mendapati ia juga menyebutkan masalah lain iaitu Hawa telah diciptakan dari bahagian badan Adam. Ini bermakna mereka turut mempercayai perkara ini, kerana riwayat yang menjadi sandaran mereka dengan jelas menyebutkan Hawa diciptakan dari jasad Adam, seperti mana yang disebutkan oleh Taurat (kitab Perjanjian Lama) dan juga pendapat Al-Sunnah.

 

Dan dari Abu Hamzah Al-Tsumali, yang berkata: Aku mendengar Ali bin Al-Hussain (as) bercakap dengan seorang lelaki Quraisy, katanya: Apabila Allah menerima taubat Adam, Adam telah mengadakan hubungan badan dengan Hawa, dan beliau tidak pernah melakukannya sejak mereka diciptakan. Beliau hanya melakukan perkara tersebut di bumi setelah Allah menerima taubatnya. Adam kemudiannya akan menyucikan Al-Bait dan kawasan suci sekitarnya, dan jika beliau ingin bersama dengan Hawa, beliau akan meninggalkan kawasan suci tersebut, dan membawa Hawa keluar bersamanya. Jika dibenarkan untuk melindungi tempat suci sebagai penyelesaian. Seterusnya mereka akan berghusl (mandi) kerana menghormati Rumah Suci dan pulang semula ke perkarangannya. Adam mempunyai 20 orang anak lelaki dan 20 orang anak perempuan, seorang lelaki dan seorang perempuan setiap kali Hawa hamil. Pada kehamilan pertama, Hawa melahirkan Habil dan seorang bayi perempuan bernama Aqlima. Pada kehamilan kedua, beliau melahirkan Qabil dan Loza. Loza adalah anak perempuan Adam yang paling cantik.  Apabila mereka cukup umur, Adam berasa risau akan terjadi perselisihan antara Habil dan Qabil, maka beliau memanggil mereka dan bersabda: "Aku akan mengahwinkan kamu wahai Habil dengan Loza, dan mengahwinkan kamu wahai Qabil dengan Aqlima." Qabil berkata: "Aku tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengapa kamu mengahwinkan aku kepada adik perempuan Habil yang hodoh dan mengahwinkan Habil kepada adik perempuan ku jelita?" Adam bersabda: "Aku akan membuat keputusan ini dengan cabutan undi. Jika cabutan Qabil jatuh kepada Loza, maka aku akan mengahwinkan mereka. Jika cabutan itu jatuh kepada Aqlima, maka aku akan mengahwinkan kamu dengannya." Mereka berdua bersetuju dengan cadangan Adam (as), mereka membuat cabutan. Cabutan Habil jatuh kepada Loza, adik kepada Qabil, sementara cabutan Qabil jatuh kepada Aqlima, adik Habil. Maka Adam mengahwinkan mereka dengan apa yang datang kepada mereka dari Allah.

 

Katanya: Allah mengharamkan perkahwinan sesama saudara selepas itu." lelaki Quraisy itu bertanya: Adakah kedua mereka mempunyai anak, dan beliau menjawab: "Ya". Kemudian lelaki Quraisy itu berkata: "Ini adalah apa yang dilakukan oleh golongan Majusi pada hari ini." Ali bin Al-Hussain menjawab: " Majusi melakukannya setelah Allah mengharamkannya. Kemudian Ali bin Al-Hussain (as) berkata: Jangan menyembunyikan perkara ini kerana

 

________________________

. 1. Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan) tafsir surat Al-Nisa, ayat: 1

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 176

 

 

ia adalah sebahagian dari syariat Allah yang berlaku,. Bukankah Allah telah menciptakan isteri Adam dari dirinya, kemudian Allah menghalalkan Adam sebagai isterinya? Ia adalah sebahagian dari syariat di zaman mereka kemudian Allah mengharamkannya selepas itu.[1]

 

Saya akan menyebutkan riwayat-riwayat yang jelas dari Keluarga Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim) di mana mereka menafikan amalan sumbang mahram. Mereka juga berlepas diri dari orang-orang yang mengatakan anak-anak Adam mengamalkannya, walaupun jelas haiwan-haiwan sendiri mengelak dari melakukan sumbang mahram. Ini telah dibuktikan secara saintifik hari ini di kalangan komuniti chimpanzi dan gorilla yang mengelak dari melakukannya. Jika ini halnya, bagaimana mereka yang mengaku diri mereka sebagai agamawan menisbahkan sumbang mahram kepada umat manusia?!

 

Adakah masuk akal apabila mereka menolak evolusi kerana mereka menentang idea manusia dan chimpanzi mempunyai nenek moyang yang sama, atau menentang idea bahawa asal usul jasad manusia lama dahulu dari mawas, sedangkan dalam masa yang sama, mereka meletakkan manusia moden, khususnya Adam dan anak-anaknya, pada darjat yang lebih rendah dari mawas, seperti kata mereka, manusia menerima dan mengamalkan pembiakan seksual di antara saudara lelaki dan wanita, perbuatan yang dielakkan oleh komuniti chimpanzi dan gorilla selama jutaan tahun. Kita tidak bercakap tentang sebarang manusia di sini, namun kita bercakap tentang Adam, sang Nabi Allah, dan anak-anaknya, para khalifah Allah (as)?!

 

_______________________

[1] Sumber (Syeikh Al-Tabarsi - Al-Ihtijaj): Bahagian 2, ms 43 44

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: